Pengelasan
Haiwan Mengikut Sains
|
* Burung * Reptilia * Amfibia * Ikan |
* Ahli sains mengelaskan haiwan kepada dua kumpulan yang besar,
iaitu haiwan bertulang belakangdan
haiwan
tanpa tulang belakang.
* Haiwan yang bertulang belakang disebut vertebrata.
* Haiwan tanpa tulang belakang disebut invertebrata.
* Vertebrata dikelaskan kepada lima kumpulan, iaitu
~ Mamalia ~ Amfibia
~ Burung ~ Ikan
~ Reptilia
* Setiap kumpulan vertebrata mempunyai ciri-ciri yang sama.
* Badan dilitupi oleh bulu.
* Mempunyai cuping telinga.
* Mempunyai kelenjar peluh.
* Mamalia betina melahirkan dan menyusukan
anak, kecuali mamalia yang sangat primitif.
* Bernafas melalui peparu.
* Berdarah panas (suhu badan tetap).
Manusia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan mamalia.
* Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
* Mempunyai paruh dan dua kepak.
* Mempunyai sisik pada kakinya.
* Bertelur dan telurnya dilindungi oleh
cangkerang keras.
* Bernafas melalui peparu.
* Berdarah panas.
* Kulit bersisik kering.
* Bernafas melalui peparu.
* Biasanya bertelur dan telur bercangkerang keras.
* Sesetengah reptilia mempunyai empat kaki dan
sesetengah tiada kaki.
* Berdarah sejuk (suhu badan berubah mengikut
suhu persekitaran).
* Boleh hidup di darat dan di dalam air.
* Mempunyai kulit yang lembap.
* Bernafas melalui peparu dan kulit.
* Bertelur di dalam air, telur tidak dilindungi
oleh cangkerang.
* Anaknya yang disebut berudu hidup di
dalam air dan bernafas melalui insang.
* Berdarah sejuk.
Katak
* Hidup di dalam air.
* Mempunyai sisik yang berlendir.
* Mempunyai sirip untuk bergerak.
* Bernafas melalui insang.
* Membiak secara bertelur.
* Berdarah sejuk.
Ikan-ikan