Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 
Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad 21.

Pendahuluan

Dalam suasana yang gawat dan tidak pasti, Malaysia semestinya bergerak ke depan mengatasi pelbagai masalah, dan dalam masa yang sama Malaysia juga terpaksa sama-sama bersaing dalam dunia yang serba kompetetif. Salah satu “pra-syarat” menuju paradigma baru ini ialah pengisian wawasan pendidikan negara menuju abad 21. Ini merupakan sebagai suatu cabaran dan harapan ke arah pendidikan bertaraf dunia.
Dr.Wan Shamsuddin Bin Wan Mamat (Disember 1998)
Penyeliaan dan Kepimpinan Pendidikan.
Universiti Putra Malaysia Terengganu. 

Berdasarkan kenyataan ini beberapa perspektif dapat dirumuskan untuk menghadapi cabaran pendidikan dalam kedudukan dunia yang global. Cabaran kritikal dalam pembangunan sistem pendidikan negara untuk membina pengurusan sekolah bertaraf dunia. Paradigma baru ialah kearah pengisian wawasan pendidikan menuju abad ke 21.

Kegagalan mewacanakan pengisian wawasan pendidikan maka hasrat pembangunan negara akan terjejas. Persidangan Pendidikan Nasional yang berlangsung dari 8 April hingga 11 April 1993 di Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan perhimpunan bersejarah kerana ia dapat menggarap dan mendalami dengan seutuh-utuhnya kedalam minda dan jiwa erti dan makna perjuangan pengisian Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020.

Pengupayaan (Empowerment).

Pada kebiasaannya guru-guru dan para pemimpin pendidikan menunggu arahan dan pekeliling untuk bertindak walaupun kes tersebut merupakan kes kecemasan. Sehubungan dengan ini dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti sekiranya keadaan ini berterusan ianya akan menjejaskan sistem pendidikan untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia. Penurunan kuasa seperti salah satu agenda wawasan pendidikan adalah penting bagi mengerakkan perancangan agenda wawasan pendidikan. Budibicara, kebijaksanaan dan juga kuasa diturunkan kepada guru untuk memikirkan dan merancangkan cara-cara terbaik bagi melaksanakan pengurusan perubahan, pengurusan kurikulum, ko-kurikulum dan lain-lain dengan cara yang sesuai, cekap dan berkesan untuk mencapai ke arah pendidikan bertaraf dunia dan mencapai matalamat Falsafah Pendidikan Negara.

Objektif:

i. Membina dan memupukkan budaya baru yang positif dan mendorong para pendidik bersifat kreatif, inisatif dan imaginatif dan juga berinisiatif.

ii. Membuka peluang para pendidik menggunakan daya fikiran dan daya usaha mereka dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti.

iii. Para pendidik lebih bersemangat dalam pengurusandan melakukan kerja dengan perasaan yang menyeronokan walaupun dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti.

iv. Para pendidik akan berusaha mempastikan segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan kerana tanggungjawab diberi bersama kuasa yang ada untuk memperbaki.

Budaya Ilmu.

Pemupukan Budaya Ilmu melibatkan budaya membaca, menghayati dan seterusnya mengamalkannya. Malahan budaya ilmu menjadi pra syarat ke arah menjayakan cita-cita membangunkan sebuah negara bangsa yang maju, berwibawa dan cemerlang. Namu dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti tetapi budaya ilmu perlu juga diberi penekanan dalam menjayakan pendidikan bertaraf dunia.

Pemupukan budaya ilmu seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas dan bukan sekadar menanam sikap suka membaca justeru ianya melibatkan pengaplikasian ilmu dalam aktiviti-aktiviti kehidupan, pembentukan insan yang berakhlak dan berilmu. Penyusunan program bersepadu hasil pengemblengan tenaga antara pihak sekolah, masyarakat dan pelajar menjadi inti pemupukan budaya ilmu. Budaya ilmu merupakan tunjang pembinaan bangsa yang maju dan bertemadum dan menjadi benteng kekuatan sesebuah negara.

Budaya ilmu merupakan teras dalam menjayakan cita-cita membangunkan sistem pendidikan ke arah pendidikan bertaraf dunia. Malaysia ingin melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu dalam tempat yang tertinggi dalam kehidupan. Keadaan ini akan meningkatkan profesionalisme, dengan meningkatnya kefahaman dan pengelibatan komuniti terhadap kepentingan ilmu.

Dengan adanya budaya ilmu dengan sendirinya daya kreativiti dapat dilahirkan untuk menyesuaikan dengan keadaan yang berlaku bagi menyelasaikan masalah kegawatan dan tidak pasti yang timbol. 

Budaya Cemerlang.

Bagi mencapai matalamat pendidikan bertaraf dunia aspek kecemerlangan merupakan pengisian terpenting. Jika dinilai dalam konteks aspirasi rakyat Malaysia hari ini yang mengalami kegawatan dan ketidak pastian maka keperluan terhadap kemajuan di segi intelek, rohani dan jasmani amat tinggi. Selain dari itu, masyarakat Malaysia juga memerlukan kemantapan perpaduan, kerohanian hidup sejati dan keperihatinan terhadap displin, kerana kecemerlangan sebagai kejayaan tertinggi, hasil daripada sesuatu usaha yang bersistematik, terancang dan berterusan.

Kecemerlangan pelajar bukan hanya bermakna ketinggian pencapaian akademiknya tetapi juag dari segi jasmani dan rohani secara menyeluruh, serentak dan seimbang. Usaha mencapai kecemerlangan pelajar bergantung kepada kualiti, kebolehan dan kesungguhan institusi sekolah di dalam kualiti, kemantangan pemikiran, pandangan yang luas, kuasa penganalisaan dan iltizim semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Meyujudkan konsep budaya cemerlang di segi akademik, pengurusan pentadbiran dan perhubungan sosial adalah amat penting dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia. Kecemerlangan akademik memerlukan kepada peningkatan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi pelajar dan keperhatinan dan kerjasama ibubapa adalah penting dalam kegawatan dan ketidak pastian. Kecemerlangan dalam bidang pengurusan juga menentukan budaya cemerlangan. 

Sekolah Penyayang.

Dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti dan pelbagai timbol, maka perkhidmatan penyayang merupakan salah satu komponen yang memainkan peranan yang penting dan utama. Perkhidmatan ini perlu bermula dari peringkat pembuat dasar, pentadbir, sekolah dan seterusnya diperingkat ibubapa dan masyarakat.

Perkhidmatan penyayang perlu dibina dan ianya merangkumi sifat bertimbang rasa, adil semasa menjalankan tugas, mesra dalam memberi layanan dan memahami serta sensitif terhadap masalah yang dihadapi oleh semua pihak, di dalam atau di luar organisasi. Di dalam Islam menghormati, menyayangi, berbalas kasihan antara satu dengan yang lain dan menjaga kebajikan orang bawahan adalah merupakan tanggungjawab yang wajib. 

Keperluan kepada perkhidmatan penyayang merupakan sifat semulajadi yang diperlukan oleh seseorang. Untuk itu Islam telah menjadikan sifat kasih sayang sebagai unsur-unsur iman yang utama:

“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak

(dikira) beriman sehinggalah kamu berkasih sayang.

maksud hadis. 

Dalam usaha untuk menjayakan matalamat pendidikan bertaraf dunia maka perkhidmatan penyayang perlulh diambil kira dan merupakan suatu keperluan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Program perkhidmatan penyayang perlulah diberikan penekanan dalam menjayakan pendidikan bertaraf dunia.

Sistem Penegsanan.

Pengesanan mrupakan salah satu fungsi pengurusandan salah satu komponen penting dalam pengurusan kurikulum. Pengurusan tidak akan lengkap dan perkembangan kurikulum tidak akan berkembang tanpa pengesanan. Tujuannya adalah untuk membolehkan pihak perancang dan pelaksana mengetahui status pelaksanaan dan perkara-perkara yang berlaku.

Sehubungan dengan pendidikan bertaraf dunia maka pengukuran dan penganalisian data setiap aktiviti perlu dilakukan bagi mengetahui kedudukannya menepati matalamat yang ditetapkan. Ianya juga boleh dijadikan panduan dan petunjuk untuk mengkaji kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki.

Dalam keadaan kegawatan ekonomi dan ketidak pasti pula maka pengesanan perlulah dibuat secara terperinci agar perancangan yang dibuat meliputi peruntukan yang ditetapkan. Penambahan peruntuk perlu dilakukan dengan sistematik supaya ianya tidak menjejaskan aktiviti yang lain. Kawalan dari segi AUDIT perlu dilakukan dari segi kewangan supaya pembelian mampu diselesaikan dalam tahun semasa dan tidak berlaku kelewatan pembeyaran di AP58. Pengesanan dalam ssemua aktiviti perlu dilakukan bagi mengatasi masalan kegawatan dan ketidak pastian ini.

Oleh hal yang demikian pengesanan dalam agenda pengisian wawasan pendidikan adalah penting dalam keadaan sekarang supaya perbelanjaan yang dibelanjakan dapat dikawal dengan sempurna. Kecemerlangan juga dapat diukur secara bijaksana.

Penutup.

Setelah kita melihat secara keseluruhan tantang pengisian wawasan pendidikan negara yang meliputi perpaduan, stai pengurusan dan kepimpinan, perkhidmatan penyayang, empowerment, sistem pengesanan, budaya ilmu, sekolah penyayang dan budaya cemerlang. Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa dalam keadaan gawat dan tidak pasti Malaysia perlu bergerak ke hadapan dengan dibantu kuat oleh pengisian wawasan pendidikan negara.

Untuk melahirkan pendidikan bertaraf dunia maka pengisian wawasan pendidikan perlu diambil kira dan menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Pemimpin pendidikan perlu bijaksana dalam menentukan perkara ini menjadi faktor yang nyata. Perubahan sistem pendidikan dengan menampilkan keberanian menanggung rasiko perlu diketengahkan tetapi tidak melibat pelajar sebagai sasaran yang menanggung rasiko. Perincian perlu dilakukan untuk membawa Malaysia ke arah pendidikan bertaraf dunia.

Rujukan dan Bibliografi.

Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin.(1994). Wawasan Pendidikan - Agenda engisian. Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

2. Dr. Wan Shamsuddin Bin Wan Mamat ( Disember 1998) Penyeliaan dan Kepimpinan Pendidikan. Pensyarah Universiti Putra Malaysia Terengganu. 

3. Ahmad Mahdzan Ayob. (1997) Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. **(edisi kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka. Lot 1037, Mukin Perindustrian PKNSAmpang/Hulu Kelang Selangor Darul Ehsan.

4. Akhbar. Cabaran Pembangunan Sistem Pendidikan Negara. Berita Harian, 25 Mei 1998. 

Shukor rangka agenda penting pendidikan Berita Harian, 11 Mei 1998

Skukur mahu perbaiki sistem persekolahan. Berita Harian, 17 April 1998.

5. Dato’ Dr. Abdul Skukor Abdullah (1998). Wawasan Kecermelangan Pendidikan. Dibentangkan pada 1 Ogos 1998,

Pengetua Berkesan: Sekolah Berkesan Cabaran Pembangunan Sistem Pendidikan Negara. Di Dewan Utama, Menara Yayasan Islam, Kuala Terengganu.

6. Prof Madya Dr. Siddiq Fadil. (1992). Masyarakat Serba Maju Abad 21 - Beberapa Cabaran Intelektual dan Budaya. Dibentangkan pada 13 Februari 1992, Konvensyen Editor Dewan Bahasa dan Pustaka. Di Hotel Regency, Port Dickson, Negeri Sembilan.

7. YAB Datuk Seri Dr. Mahathir b. Mohamad. (1991). Wawasan 2020 Malaysia: Melangkah ke hadapan. Dibentangkan pada 28 Februari 1991, Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia. Di Kuala Lumpur. 

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002