UJI
KAJI
1.
Gabungkan prinsip-prinsip ujikaji (Rawakan, Kawalan, dan Ulangsama/Rerlikasi)
dengan ciri-ciri penting ujikaji (Olahan, Kawalan dan Cerapan) untuk
memberi kaitan yang releven dan bermakna. Mungkin sedikit huraian
perlu untuk menjernihkan pertalian
antara mereka.
2.
Apakah kekuatan dan kelemahan ujikaji?
3. Setakat
yang anda faham tentang ujikaji sehingga kini, komen
tentang kesusuaiannya dalam penyelidikan pendidikan.
NO.2 KEKUATAN
UJIKAJI
1.
ULANGSAMA
Kawalan
dan pengasingan boleh dibuat. Kekuatanya ulangsama boleh dibuat.
Adanya ulangsama ini keesahan dapatan ujikaji boleh diterima.
2. REPLIKASI.
Ujikaji
yang sama boleh dijalankan oleh orang yang berlainan. Apabila banyak
ujikaji dijalankan maka kemungkinan keputusan/kesimpulan hasil
yang diperolehi adalah tepat.
3. PENGASINGAN
PEMBOLEH UBAH.
Pemboleh
ubah dapat diasingkan dan dikawal. Keadaan ini akan menghasilkan
keputusan yang baik.
NO.2 KELEMAHAN
UJIKAJI
1.
Kesimpulan yang menyeleweng.
Apabila banyak
bentuk ujikaji dibuat adalah diragukan tentang keputusan terakhirnya.
Kemungkinan keputusan yang dibuat adalah menyeleweng daripada faktar
sebenar ekoran daripada pengaruh-pengaruh tertentu semasa ujikaji
dijalankan.
2.
Artificial.
Kadangkalanya
tidak sesuai kerana apa yang dibuat semata-mata tiruan.
3.
Data tidak serupa.
Ujikaji
biasanya banyak kali dijalankan dan ini mungkin penerangan yang
menjelaskan tentang ujikaji dibuat tidak diperjelaskan maka penyelidik-penyelidik
lain yang berminat untuk membuat ujikaji tentang perkara yang sama
akan menjalankan ujikaji lain dan hasilnya akan berlainan. Keadaan
akan menimbulkan keraguan apabila ianya diketengahkan.
4.
Sukar untuk membuat alat pengukur.
Adalah
sukar untuk membentuk alat-alat pengukur yang sama dan perbezaan
akan berlaku jika alat pengukur adalah berbeza. Sebagai contoh pengunaan
pembaris keluli berbanding dengan angkup vernier keadaan ini akan
menyebabkan ukuran yang berbeza didapati.
5.
Kesilapan mengukur tindakbalas ujikaji.
Dalam
sesuatu ujikaji mungkin berlaku kesilapan mencatat gerakbalas
dan tingkahlaku.
Keadaan ini akan berlaku sesuatu yang meragukan.
6. Alat
ukur digunakan
Pengunaan
alat ukur juga kadangkalanya mendatangkan kesan kepada ujikaji yang
dijalankan. Contohnya pengunaan pembaris keluli, angkup vernier
dan mikrometer memberi bacaan kepada ketepatan yang berlainan. Perbezaan
ukuran ini akan menyebabkan kesan kepada kajian.
7.
Sejarah kajian.
Biasanya
kesan sejarah sering terjadi apabila kajian ujikaji yang dilakukan
memerlukan tempoh kajian yang lama. Apabila keadaan ini berlaku
kajian yang
dijalankan tidak boleh diterima.
8.
Persekitaran.
Persekitaran
yang berbeza menyebabkan keputusan yang didapati tidak sesuai digunakan
ditempat yang lain. Ujikaji hanya sesuai untuk satu-satu tempat
yang tertentu sahaja.
9.
Kesahan populasi.
Kesahan
populasi ini timbul kerana penggunaan subjek yang besar menyebabkan
kesukaran mencerap kesan pembolehubah. Manakala penggunaan
subjek yang kecil pula akan mengurangkan keyakinan terhadap
dapatan dan hasil penyelidikan.
10.
Kesesuaian.
Melakukan
banyak penyelidikan akan menghasilkan penemuan yang kurang
dipercayai, ini adalah berpunca dari tidak membuat penulisan langkah
yang terperinci bagi setiap penyelidikan. Keadaan ini akan menyebabkan
penyelidik menggunakan piawai prosedur yang berlainan.
11.
Kaedah ini memerlukan kecerdasan
Kaedah
ini memerlukan kecerdasan penyelidik-penyelidik dalam menentukan
sesuatu ujikaji berjalan lancar. Sebarang kesilapan tentang data
akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat.
12.
Memerlukan penglibatan berlebihan.
Ujikaji
juga memerlukan penglibatan yang berlebihan sedangkan kadangkalanya
hasil yang diperolehi tidak seperti yang dijangkakan.
|