Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

Tips And Hints (Petua dan Kiasan)


Diharapkan anda akan dapat mengambil faedah daripada apa yang terkandung di halaman ini. Terima kasih.......

BIOS SETTING
Bergantung pada jenis BIOS yang anda gunakan. Kemungkinan terdapat pelbagai maklumat lain yang tidak disertakan yang mana mungkin terdapat/tersimpan di dalam ingatan BIOS atau ROM. Sesetengah setting yang terdapat/tersenarai disini mungkin tidak terdapat di dalam komputer anda.
Sebelum mengubah apa-apa setting di dalam BIOS komputer anda, anda perlu mencatakan terlebih dahulu semua nilai asal yang terdapat di dalam setting dan menyimpannya di tempat yang selamat kerana dikhuatiri anda akan memerlukannya kembali. Adalah menjadi kebiasaan bagi komputer menjadi "crash" apabila setting di dalam BIOS diubah. Walaubagaimanapun, bagi komputer yang dilengkapi dengan BIOS yang baru, ini tidak menjadi masalah kerana pengguna boleh memlih setting yang asal atau memilih option "Load BIOS default" di dalam setting. Ini akan menyebabkan komputer menggunakan setting asal di tahap yang paling minimum agar komputer boleh berjalan/beroperasi.
Kebanyakan BIOS mengandungi utiliti bagi cakera keras "hard disk" yang dinamakan "Low Level Formatting". Kebanyakan IDE/ATA atau SCSI driver yang dipasangkan di setiap komputer selepas tahun 1992 atau selepasnya akan rosak kerana menggunakan ciri ini. Utiliti ini hanya dicipta untuk berfungsi dengan cakera keras MFM dan RLL yang digunakan pada tahun 1980 hingga 1992.

ADVANCED CMOS SETUP
Sebelum kita melangkah masuk ke "advanced chipset setup" terdapat beberapa perkara menarik yang perlu dipertimbangkan mengenai CMOS setup. Saya akan memperkenalkannya kepada anda supaya anda kan tahu apa patut anda lakukan dengannya.
Internal Cache Memory
"The internal cache" ialah kawasan ingatan dalaman yang diletakkan di dalam CPU (Central Proccessing Unit). Ingatan jenis ini juga turut dikenali sebagai "L1 Cache". Ingatan jenis ini adalah lebih pantas berbanding dengan ingatan luaran "external cache memory".
Cadangan:Setkan option ini kepada "Disable" melainkan jika anda ingin memperlahankan komputer anda sebanyak 15%.
External Cache Memory
"The external cache memory" juga dikenali sebagai ingatan luaran iaitu kawasan ingatan diantara CPU dan sistem bus dimana ingatan yang pantas diletakkan untuk menyimpan arahan yang selalu diminta. Kebanyakan komputer yang menggunakan CPU berjenis Pentium mempunyai samaada 256K atau 512K ingatan dalaman. Terdapat juga sesetangah CPU Pentium II yang boleh menampung sehingga 1MB ingatan luaran. Ingatan luaran juga dikenali sebagai L2 Cache.
Cadangan:Setkan option ini kepada "Enable"

TEMPORARY INTERNET FILES
Tahukah anda bahawa setiap kali anda masuk ke internet, setiap file yang anda buka akan disimpan di dalam folder windows yang bernama "temporary internet files". Sekiranya anda memadamkan file ini, ruang cakera keras anda akan dapat dijimatkan lagi. Walau bagaimanapun, jika anda cuba masuk ke halaman yang pernah anda masuk sebelum ini, proses akan menjadi lambat kerana browser anda terpaksa download kesemua file tersebut sekali lagi. Untuk mempercepatkan masa anda di internet, adalah disyorkan supaya anda membiarkan sahaja kesemua file tersebut

DISABLE AUTORUN FUNCTION
Kebanyakan CD-ROm yang dijual dilengkapi dengan fail bernama autorun.inf. Komputer anda akan menjalankan segala arahan yang terdapat di dalam fail tersebut. Sekiranya anda tidak mahu komputer anda menjalankan program tersebut secara automatik, terdapat dua cara.
Cara Pertama:
Menekan Button Shift pada keyboard semasa anda memasukkan CD-ROM ke dalam pemacu.
Cara Kedua:
Pergi pada Start Button> Setting> System> Device Manager.
Klik pada tanda "+" di sebelah gambar CD-ROM.
Klik pada nama atau keterangan CD-ROM tersebut. Contohnya, MitsumiCDx
Klik pada option "properties" di bawah.
Klik pada bahagian setting. Buangkan tanda pada "Auto Insert Notification" .
Selepas berbuat demikian, komputer anda tidak akan menjalankan sebarang program dari CD-ROM secara automatik.

TAMBAHAN DARI TEMPORARY INTERNET FILES
Setiap kali anda melakukan operasi memindah turun "download" fail dari internet, fail-fail tersebut akan dimasukkan ke dalam temporary internet file. Bagi anda yang menggunakan Netscape sebagai pelayar "browser" anda. Cuba cari di dalam folder yang bernama "cache" yang berada didalam folder yang sama dengan program pelayar anda disimpan. Sekiranya anda tidak pasti, dimanakah terletaknya fail yang telah anda muat turun "download" cubalah cari di dalam folder yang telah diterangkan.

MICROSOFT PLUS
Sekiranya anda ingin menambahkan kelajuan komputer anda. Disyorkan supaya anda tidak menggunakan Microsoft Plus sebagai tamabahan atau accessories. Program ini hanya akan melambatkan komputer anda. Walaupun komputer anda kelihatan menarik, sebenarnya, proses berjalan amat lambat.

BACKGROUND SETTING
Anda dapat menjimatkan ruang ingatan komputer anda sekiranya anda setkan gambar background kepada none. Ini kerana gambar background menggunakan sumber ingatan yang agak besar.

COLOR SETTING
Pastikan anda telah meletakkan setting warna yang sesuai. Jika monitor dan kad paparan anda mampu menampung resolution 1024 by 768 mengapa anda tidak menggunakannya.

MEMPERCEPATKAN PERJALANAN ANDA DI INTERNET
Sekiranya anda mahu lebih cepat untuk meninjau ke internet tanpa melihat gambar yang dipamirkan. Anda boleh disablekan pilihan gambar tersebut. Dengan ini, hanya paparan teks sahaja yang dipaparkan.

OPTIMISEKAN PENGGUNAAN MEMORY "RAM"
RAM merupakan salah satu diantara faktor yang mempercepatkan proses di dalam komputer. Sekiranya komputer anda kekurangan komputer, perisian di dalam komputer akan berjalan atau beroperasi dengan perlahan. Anda perlu tahu cara untuk menggunakan RAM anda dengan sebaik mungkin. Diantara cara untuk menjimatkan RAM anda supaya boleh digunakan oleh program-program yang penting ialah dengan cara membuang segala perisian yang tidak diperlukan yang berada di dalam folder startup. Wallpaper yang anda gunakan juga menggunakan ruang ingatan yang besar. Cuba setkan kepada none.

MEMPERCEPATKAN PROSES SEMASA BERADA DI INTERNET
Jika anda ingin cepat mendapatkan access ketika berada di internet. Anda boleh setkan supaya pelayar anda tidak memaparkan grafik. Ini kerana fail-fail grafik adalah lebih besar daripada teks. Kebiasaannya, arahan ini boleh disetkan didalam ruangan option di dalam setiap pelayar. Tapi, ia juga bergantung pada jenis pelayar yang anda gunakan.

RESTART KOMPUTER CARA CEPAT
Sekiranya anda hanya ingin restart windows dan bukannya keseluruhan komputer. Tekan kunci shift sambil menekan restart.

MEMADAM FAIL-FAIL YANG TIDAK DIPERLUKAN
Terdapat banyak jenis fail didalam komputer kita. Tetapi awas! Jangan padam fail-fail tersebut sesuka hati anda. Diantara fail-fail yang boleh dipadam ialah fail sementara dan fail backup. Gunakan arahan find, taipkan *.tmp Padamkan semua fail yang disenaraikan. Ulangi langkah diatas dengan menaip*.bak Padamkan semua fail yang disenaraikan.

MENGGUNAKAN DAKWAT REFILL
Sekiranya pencetak ink jet anda telah kehabisan dakwat. Anda tidak perlu membeli dakwat yang baru beserta casingnya sekali. Sebaliknya anda boleh mendapatkan ink refill. Pastikan terlebih dahulu jenis pencetak yang anda gunakan. Kemudian pergi ke kedai komputer yang berhampiran untuk mendapatkan ink refill tersebut. Anda dapat menjimatkan wang anda dengan cara ini.

MENGHILANGKAN TASKBAR
Sekiranya taskbar sering mengganggu anda ketika anda sedang melakukan tugas. Anda boleh menyembunyikan taskbar dengan cara klik pada "start" button, "setting", "taskbar", "taskbar option". Seterusnya pastikan anda menandakan ruangan hide "taskbar"

MENGUBAH KEDUDUKAN TASKBAR
Anda boleh mengubah kedudukan taksbar kemana sahaja yang anda kehendaki. Hanya klik pada taskbar tanpa melepaskannya. Kemudian seretkan taskbar ke lokasi yang baru. Lepaskan mouse. Sekiranya anda menyeretkan taskbar dari bottom ke top, maka taskbar bar akan berada pada top.

MENDAPATKAN PROGRAM WINDOWS EXPLORER CARA CEPAT
Right klik mouse anda pada start button. Pilih "Explore" left klik pada "Explore"

DOUBLE CLICK, ONCE CLICK, LEFT CLICK AND RIGHT CLICK
Anda akan memperolehi lebih banyak rahsia dengan melakukan double click, once click, left click dan right click pada item-item yang tertentu. Ini tidak akan mengganggu sistem komputer anda.

PERGI KE BACKGROUND PROPERTIES CARA CEPAT
Anda hanya perlu right click pada background dan dapatkan pilihan properties. Anda akan dapat pergi ke display properties

MENGOSONGKAN DOKUMEN PADA START BUTTON
Klik pada start button, pilih settings>taskbar and start menu>start menu programs>clear. Kesemua dokumen yang baru sahaja anda bukan akan dikosongkan.

MENGGUNAKAN PROGRAM MANAGER SEBAGAI GANTI EXPLORER
Klik pada start button. klik pada run. Taipkan sysedit. Dapatkan fail System.ini. pergi ke bahagian [boot]. Gantikan shell=explorer.exe dengan shell=winfile.exe. Restart komputer anda. Setelah komputer dihidupkan. Komputer anda akan menggunakan program manager dan bukannya explorer.

MENGGUNAKAN FUNGSI TETINGKAP PADA KEYBOARD WIN95
Bagi anda yang menggunakan keyboard Win95, anda boleh menggunakan short cut yang berikut.
Windows-E = untuk membuka Windows Explorer
Windows-F = untuk membuka Find
Windows-M = Untuk mengecilkan "minimize" windows
(atau Shift + Windows + M membatalkan arahan sebelum ini "undo")
Windows-R = untuk membuka Tetingkap bagi arahan Run
Windows-F1 = untuk mendapatkan arahan Help
Windows-Tab = Untuk berpusing sekitar butang Taskbar
Windows-Break = untuk membuka System Properties dialog box

MENGGUNAKAN JALAN PINTAS DALAM WIN98
Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Win98, anda boleh menggunakan jalan pantas berikut tanpa menggunakan Mouse/Tetikus.
Untuk meminimumkan tetingkap yang sedang aktif, tekan Alt-spacebar, N.
Untuk memaksimumkan tetingkap yang sedang aktif, tekan Alt-spacebar, X.
Untuk mengembalikan tetingkap yang sedang aktif, tekan Alt-spacebar, R.
Untuk menutup tetingkap yang sedang aktif, tekan Alt-spacebar, C (atau lebih mudah lagi, tekan Alt-F4).

JALAN PINTAS MEMBACA FLOOPY DISK
Apabila anda ingin melihat kandungan data di dalam cakera liut (Floopy Disk), adakah anda akan membuka "My Computer" atau pun "Window Explorer" kemudian klik dua kali pada ikon pemacu disk? Anda boleh memudahkan tugas ini dengan hanya melakukan sekali "double click" sahaja. Buat satu jalan pintas "shortcut" pada "desktop" anda. Dari situ, anda boleh melihat kandungan cakera liut hanya dengan melakukan klik dua kali pada "shortcut" tersebut.
Untuk membuat "shortcut" bagi pemacu liut, letakkan ikon pemacu cakera liut di dalam "My Computer" ataupun "Window Explorer". Klik kanan pada gambar ikon ini, tarik ia keluar ke "desktop" dan lepaskannya. Apabila menu "pop up" keluar, pilih "Create Shortcut(s) Here". Kemudian, namakan "shortcut" ini kepada nama yang sesuai seperti "Floopy Drive A". Cuba jalan pintas ini dengan memasukan sekeping Disk ke dalam pemacu. Klik dua kali pada gambar ikon. Kesemua kandungan fail akan dipaparkan pada "screen".

MENGELAKKAN DARIPADA MENAIP SEMASA "CAPS LOCK" ON
Anda boleh mencipta bunyi amaran sebagai tanda anda telah mengaktifkan kekunci "CAPS LOCK". Untuk melakukan ini:
Klik pada butang Start>Settings>Control Panel.
Klik dua kali pada pilihan "Accessibility Options".
Pada bahagian "Keyboard", tandakan kekotak "Use ToggleKeys".
Klik pada bahagian "General".
Di dalam pilihan "Automatic reset", buangkan tanda kekotak "Turn off accessibility features".
Klik OK.
Sekarang, apabila kekunci CAPS LOCK, NUM LOCK ataupun SCROLL LOCK diaktifkan, komputer akan memberi amaran dengan mengeluarkan bunyi beep. Komputer akan mengeluarkan nada bunyi yang agak rendah semasa kekunci dilepaskan. Mendengar nada bunyi beep yang agak tinggi akan membantu anda untuk berhenti daripada menaip kerana terdapat kesilapan.

MENYEMBUNYIKAN "TASKBAR"
Untuk memaksimumkan ruang penglihatan anda, anda boleh tetapkan "properties" bagi "taskbar" kepada "Auto Hide".
Klik butang Start>Settings>Taskbar.
Pilih "Auto hide" dan klik OK.
"Taskbar" akan hanya muncul sekiranya anda menggerakkan penunjuk pada bahagian hujung "screen" dimana anda menyorokkannya. Anda juga boleh memanggil kembali "taskbar" dan "Star menu" dengan menggunakan kekunci CTRL + ESC

CARA-CARA UNTUK PERGI KE WINDOWS EXPLORER
Cara pertama, klik bebutang Start dan pilih Programs. Seterusnya pilih Windows Explorer.
Cara kedua, klik ikon My Computer dua kali sambil menekan kekunci Shift.
Cara ketiga, pergi kepada sisi tetingkap fail dan klik dua kali sambil menekan kekunci Shift.

PADAM FAIL SECARA TERUS
Biasanya jika anda membuang fail ia akan tersimpan di dalam Recycle Bin. Jika anda mahu membuangnya terus, klik fail terus dan bawa ke Recycle Bin sambil menekan kekunci Shift. Atau tekan Shift dan Delete serentak setelah memilih fail yang hendak dibuang.

MENCETAK FAIL CARA PANTAS
Cara yang mudah untuk mencetak sesebuah dokumen tanpa membukanya ialah dengan membuka Explorer dan klik serta bawa fail tersebut kepada ikon Printer.

MENGOSONGKAN MENU DOKUMENT
Untuk mengosongkan menu Documents, klik bebutang kanan pada Taskbar dan pilih Properties. Seterusnya pilih Start Menu Program dan klik butang Clear dan Documents Menu. Kemudian klik OK.

MULAKAN KOMPUTER DARI DOS PROMPT
Jika anda tidak mahu memulakan komputer anda dengan Windows 95, tekan kekunci <F4> untuk memulakan komputer dari DOS.(jika komputer anda pernah menggunakkan DOS)

MENDAPATKAN START MENU MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI
Untuk mendapatkan Start menu dengan menggunakan papan kekunci tekan kekunci <Ctrl><Esc>.

BUKA FAIL CARA CEPAT
Jika anda telah membuka WordPad atau Word 7.0, anda hanya perlu membuka Explorer dan pilih fail teks yang anda mahu buka. Klik fail tersebut dan tanpa lepas gerakan fail tersebut kepada "title bar" WordPad atau Word 7.0. Fail tersebut akan terbuka.

MEMBERSIHKAN SKRIN
Untuk membersihkan skrin daripada ikon yang tidak digunakan contohnya Microsoft Network dan My Briefcase, klik ikon tersebut dan bawa ikon tersebut kepada ikon Recycle Bin.

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FAIL
Setiap fail yang wujud di dalam komputer mempunyai sifat-sifat berikut yang perlu anda ketahui.
Nama fail tersebut. Cth: user.dat
Saiz fail tersebut.Cth: 145kb
Waktu fail tersebut dibina. Cth:10.45AM
Tarikh fail tersebut dibina. Cth:10/12/98
"Attribute" Cth: Read Only, Hidden, Archieve, System.

SIMPAN FAIL FORMAT "PDF"
Sekiranya anda cuba melakukan "left click" pada fail yang mempunyai sambungan PDF, Acrobat Readers akan membukakannya untuk anda. Walaubagaimanapun, ia hanya akan membenarkan anda membaca dan mencetaknya tetapi tidak membenarkan anda menyimpannya. Penyelesaiannya adalah dengan "right click" pada "link" dan pilih "Save TargetAs"

BUKU ALAMAT DALAM PERJALANAN
Sekiranya anda sering mengembara, saya ingin mencadangkan supaya anda mengeksport buku alamat kepada format fail teks. Dengan cara ini, anda boleh membawa bersama maklumat buku alamat ke dalam sekeping disket dan tidak perlu bimbang kerana tidak dapat membacanya kerana semua komputer mempunyai perisian Notepad. Carannya amat mudah. Masukkan sekeping disket kosong kedalam pemacu A. Buka Buku Alamat "Address Book" pilih File>Go>Eksport>Address Book. Apabila kotak dialog "Export" dibuka, pilih "Textfile" (Comma Separated Values). Klik pada Eksport dan masukkan nama fail. Contohnya A:\alamat.txt <file:///A:/alamat.txt> Klik "Next" dan pilih medan yang ingin dieksport. Setelah anda membuat pilihan. Klik "Finish". Kembali kepada kotak dialog. Klik "Close" untuk menyimpan perubahan yang anda telah lakukan dan tutup kotak dialog.

TASKBAR PROPERTIES
Untuk membuka kotak dialog bagi "Taskbar" cara cepat, anda hanya perlu "right click" pada ruangan kosong pada "taskbar" dan pilih "Properties".

"DRAG & DROP" BAGI MEMPERKEMASKAN "START MENU" ANDA
di dalam Windows 98, lebih mudah untuk anda bagi memindahkah "programs", "shortcuts" dan "favourites". Hanya klik pada butang "Start" dan "highlight" "Programs", "Favourites" ataupun "Dokuments". Klik dan lepaskan "Item" yang anda ingin pindahkan ke lokasi yang baru. Anda juga boleh memindahkan "item" daripada "submenu" ke lokasi yang lebih atas untuk capaian yang lebih pantas.
"DRAG AND DROP TASKBAR"
Samaada anda tahu atau tidak, anda boleh meletakkan "taskbar" anda kemana sahaja yang anda kehendaki. Hanya klik pada "taskbar" tersebut tanpa melepaskannya, kemudian tarik dan lepaskan ke lokasi baru yang anda kehendaki.

MEMBINA "TOOLBAR" ANDA SENDIRI PADA "TASKBAR"
Anda boleh menukarkan mana-mana "folder" kepada "toolbar". Hnaya dengan sekali klik "folder" tersebut akan dijalankan. Untuk membina "toolbar" anda sendiri:
"Right click" pada mana-mana ruangan kosong pada "taskbar".
Klik pada "toolbar" dan pilih "new toolbar".
Klik pada "folder" anda mahu jadikan sebagai "toolbar" dan klik "OK"
Setelah anda selesai membina "toolbar", anda boleh klik dan lepaskan ke mana-mana lokasi pada "desktop"

MEMILIH TEKS TERTENTU DI DALAM MICROSOFT WORD
Sekiranya anda perlu untuk memilih lebih banyak teks selain daripada yang anda perlukan. Anda boleh mencuba cara berikut. Klik pada permulaan teks yang ingin dipilih. Tekan butang F8, kemudian gunakan kunci anak panah untuk memilih perkataan yang diingini. Apabila telah selesai, tekan butang Esc untuk menamatkan pilihan.
Untuk memilih keseluruhan muka surat. Anda perlu klik pada bahagian teratas halaman (atau mana-mana bahagian yang anda kehendaki) tekan F8, kemudian tekah Ctrl+G. Apabila kotak tetingkap "Find And Replace" muncul, pilih "page" dan klik "next". Setelah anda memilih muka surat tersebut. Klik Esc untuk menutup kotak dialog dan kemudian klik Esc lagi untuk menamatkan pilihan.
Klik Sekali
Jika anda menggunakan Windows 98 anda boleh menggunakan kemudahan klik sekali. Dengan cara ini, anda tidak perlu klik dua kali untuk melakukan sebarang operasi. Caranya ialah dengan membuka Windows Explorer>view>folder options>General>WebStyle>apply.
Tambah File Ke Dalam "Start Menu"
Caranya cukup mudah, gunakan Internet Explorer, pilih nama fail yang dikehendaki dan lepaskan kedalam "Start Menu".

TIPS UNTUK MEREKA YANG BARU BERKENALAN DENGAN INTERNET :
Untuk mengelakkan dari banyak membuang masa semasa melayari laman-laman web ( menunggu lama untuk laman terpapar).
1. Mula-mula pilih satu halaman sebagai Laman Induk (contohnya laman ini).
2. Kemudian klik link pilihan anda dengan menggunakan butang kanan mouse
3. Pilih menu Open In New Window . (klik butang kiri mouse)
4. Sementara menunggu laman itu keluar, kembalilah ke Laman Induk dan klik link lain pula guna cara yang sama.
5. Ulang step 2 dan 3, bukalah 1,2 laman lagi (jangan lebih, nanti browser jam)
6. Setiap laman yang anda buka tadi akan berada di TASKBAR iaitu pada bar yang ada butang START.
7. Setelah selesai baca maka tutuplah laman-laman tadi. (kecuali Laman Induk)
Anda bolehlah buka 2, 3 Laman Induk pada satu-satu masa. (jangan lebih nanti jadi berserabut).Tutuplah juga "Pop In Window" yang hanya mengandungi iklan penaja

Sumber dari laman web yedshah

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002