TEORI
KEPIMPINAN @ KEPEMIMPINAN (LEADERSHIP)
Kepemimpinan
(Takrif)
Satu
proses mempengaruhi individu untuk bekerja bersama ke arah sesuatu
matlamat.
Menumpukan
kepada perkara yang berkaitan dengan perubahan organisasi.
Pengurusan
Menumpukan
kepada perkara yang berkaitan dengan pencapaian matlamat organisasi.
Perbezaan
di antara Pengurusan dengan Kepemimpinan
Pengurusan
|
Kepemimpinan
|
Dalam suasana yang aman
|
Dalam keadaan huru hara / tegang
|
Merancang matlamat
|
Merancang haluan dan arah tuju
|
Menyusun kerja
|
Mendapatkan sokongan
|
Mengawal
|
Memotivasi
|
Matlamat / pencapaian
|
Wawasan / visi / misi
|
#
Tidak semua pemimpin adalah pengurus
Bagaimana
pemimpin mempengaruhiu pengikut untuk mencapai wawasan.
- Pembentukan
wawasan yang menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada keadaan
semasa.
- Mendapatkan
sokongan pengikut ke arah mencapai wawasan melalui :-
- Berkomunikasi
dengan pengikut dan menerangkan wawasan yang hendak dicapai.
- Melibatkan
pengikut dari segi pembentukan strategi untuk mencapai wawasan.
- Memberi
motivasi kepada pengikut dan menjadi role-model.
Bagaimana
mengukur keberkesanan pemimpin.
- Prestasi
dan pencapaian organisasi dari segi untung rugi, jumlah jualan,
pulangan, pelaburan, produktiviti dan market saham.
- Kepuasan
bekerja, motivasi dan komitmen bekerja pengikut.
Masalah
– kreteria yang sama digunakan untuk mengukur pengurusan.
Proses
pemimpin mempengaruhi pengikut dengan menggunakan kuasa.
- Proses
Dalaman (Interlizatation)
- Tindakan
untuk melakukan sesuatu tugas berdasarkan kepada sokongan dan
komitmen pengikut terhadap aktiviti yang dijalankan oleh pemimpin.
- Penglibatan
pengikut berdasarkan keyakinan bahawa aktiviti pemimpin adalah
sesuatu yang penting dan bermanfaat yang sealiran dengan kepercayaan
diri serta nilai pengikut.
- Kuasa
pemimpin terdiri daripada kebolehan mengetahui nilai serta kepercayaan
diri pengikut.
- Proses
Instrumental.
- Pengikut
melakukan sesuatu tindakan untuk mendapatkan ganjaran dan mengelakkan
hukuman
- Sumber
kuasa pemimpin terdiri daripada kawalan ke atas sumber dan hukuman.
- Proses
Identiti.
- pengikut
meniru identiti, tingkahlaku serta gaya yang ditunjukan oleh
pemimpin.
- Pengikut
didorong oleh kegiatan untuk diterima, dikenali atau dihargai
oleh pemimpin.
- Kuasa
pemimpin terdiri daripada personaliti dan karisma pemimpin.
Kesan
ke atas pengikut.
- Komitmen.
Pengikut
berusaha sedaya upaya untuk melakukan tugas yang diminta oleh pemimpin.
- Perlaksanaan.
- Pengikut
melaksanakan permintaan pemimpin tetapi memberikan usaha yang
minima.
- Pengikut
tidak yakin akan permintaan pemimpin adalah sesuatu yang penting
dan berguna.
- Penentangan
(Resistance)
Pengikut
berusaha sedaya upaya menentang perlaksanaan sesuatu permintaan
melalui ;
- Memberi
alasan mengapa tindakan tidak dapat dibuat.
- Meminta
pemimpin menukar sesuatu arahan.
- Meminta
autoriti lebih atas untuk masuk campur.
- Taktik
melambatkan kerja dengan harapan pemimpin akan lupa.
- Sabotaj
dan usaha menggagalkan permintaan.
- Tidak
mahu melaksanakan permintaan pemimpin.
Aliran
Teori Kepimpinan.
- CIRI
– CIRI DAN SIFAT PEMIMPIN (Trait Theories)
Ciri-ciri
pemimpin yang berkesan.
- Mempunyai
karisma.
- Kebolehan
kognitif / intlek / mental (lebih pandai).
- Jujur
dan amanah
- Dedikasi
- Keyakinan
diri
- Keupayaan
mempengaruhi orang lain
- Kreatif
- Fleksibel
dan tidak rigit
Masalah
– pengkaji mendapati bahawa teori ini berkesan dalam satu situasi
tetapi tidak pada semua situasi.
- TINGKAH
LAKU (Behavioral)
Menunpukan
kepada gelagat dan tingkah laku yang berkesan.
Gaya
kepimpinan bersandarkan kuasa dan outoriti.
- Pemimpin
Autokratik.
- mementingkan
perlaksanaan tugas (hasil lebih penting).
- Menggunakan
sumber kuasa formal.
- Membuat
semua keputusan, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan dipatuhi.
- Pemimpin
berkuasa sepenuhnya dan memegang tanggung jawab ke atas segala
hal yang berkaitan dengan organisasi.
- Berkomunikasi
secara satu hala ( atas ke bawah ).
- Banyak
menggunakan ugutan dan hukuman.
- Gaya
kepimpinan Teori X.
- Kesesuaian
gaya autokratik adalah sama dengan Teori X
Kelemahan;
- Pekerja
sentiasa berada dalam ketakutan.
- Menimbulkan
rasa ketidak puas hatian pekerja.
- Menggalakkan
pertukaran kerja (Job Turn Over) dan ponteng `kerja.
- Pemimpin
Demokratik.
- Mementingkan
aspek kemanusiaan.
- Melibatkan
pengikut dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah.
- Disentralisasikan
outoriti dan deligasi tugas kepada pengikut.
- Komunikasi
secara dua hala.
- Gaya
kepimpinan Teori Y
- Kesesuaiannya
sama dengan Teori Y.
- Pemimpin
Laissezy Faire.
- Tidak
berminat dengan urusan kerja dan hasilnya.
- Pemimpin
membiarkan pengikut untuk membuat semua keputusan @ menjalankan
apa saja aktiviti organisasi.
- Pemimpin
tidak berminat untuk memegang tanggung jawab @ mengunakan kuasa
yang ada pada pemimpin tersebut.
- Berkomunikasi
secara horizontal.
Sesuai
digunakan sekiranya ;
a. Pengikut merupakan
golongan profesional yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang
tinggi.
b.
Penekanan organisasikepada kreatviti dan inovasi.
Kelemahan;
- Galakkan
konflik di antara pengikut dan kemungkinan akan berlakunya anarki
(ketegangan / huru hara)
- Pengikut
tidak mempunyai arah tuju dan panduan.
- KONTIGENSI
( Luar Jangka )
- Satu
pendekatan yang mengambilkira aspek situasi.
- Mengkritik
teori pengurusan lain kerana cuba mencipta prinsip pengurusan
sejagat yang menyatakan sesuatu teori ini berkesan dalam semua
situasi.
- Sesuatu
teori atau teknik di dapati berkesan dalam satu situasi tetapi
tidak dala situasi yang lain.
- Tugas
pengurus adalah menentukan teknik @ teori yang khusus untuk
sesuatu yang khusus yang dapat memberikan sumbangan yang sebaliknya
ke arah pencapaian matlamat pengurusan.
- Cuba
mengenal pasti faktor situasi @ pemboleh ubah yang memberi kesan
ke atas keberkesanan sesuatu teori @ teknik pengurusan.
- Faktor
situasi :
1. Faktor
subordinat seperti kebolehan, pengalaman, kelayakan, kehendak, attitude,
minat, tahap prosfesionalisme – (menghalang keberkesanan Pemimpin)
2. Faktor
kerja seperti rutin. – maklumbalas pencapaian, kepuasan intrinsik,
kepelbagaian kemahiran. Peranan pemimpin kurang penting. Contohnya
mekanik tahu enjin yang telah dipasangnya boleh berfungsi atau tidak.
3. faktor
organisasi seperti saiz, struktur, tahap formalisasi ( apabila banyak
sangat prosedur maka kepandaian pemimpin berkurangan ), sistem ganjaran,
hubungan pekerja, budaya kerja.
- Faktor
situasi memberi kesan ke atas keberkesanan sesuatu teori @ teknik
pengurusan. Iaitu kesan negatif dan positif
|