|
Pusat
rujukan ilmu teknologi komunikasi dan maklumat
(Bina rangkaian komputer pada Windows 95/98 - editor)
Oleh: Yedshah
SEKIRANYA
anda mempunyai lebih daripada satu komputer sama ada di rumah mahupun
di pejabat, anda boleh menyambungkan kesemua komputer tersebut ke
dalam rangkaian (network) kerana ia akan lebih memudahkan anda.
Dengan berbuat demikian, anda dapat berkongsi fail tanpa menggunakan
cakera liut (floopy disk), bahkan anda juga boleh berkongsi pencetak,
pemacu CD-ROM dan juga menghantar faks (walaupun anda akan memerlukan
perisian tertentu untuk berkongsi operasi bagi modem). Yang terbaik
sekali adalah, Windows 95 boleh melakukan kesemua tugas tersebut
sebagaimana "Windows for Workgroups" boleh melakukannya.
Pemasangan kad rangkaian (network adapter) dan juga kabel (cable)
boleh dikatakan agak mudah. Untuk memulakannya, anda memerlukan
sama ada kabel sepaksi (co-axial) ataupun kabel terpiuh (twisted
cabel). kabel sepaksi adalah lebih mudah untuk dipasang tetapi kabel
yang tebal akan menyukarkan untuk memindahkannya dari satu tempat
ke tempat yang lain. Bagi kabel yang agak nipis iaitu twisted-pair
cables yang agak mirip seperti kabel telefon, adalah lebih mudah
untuk dipasang dan menghasilkan rangkaian yang lebih kukuh. Ia memerlukan
anda untuk membina kotak bagi penyambungan sepertimana kotak talian
telefon yang dikenali sebagai hub.
Berikut
adalah langkah-langkah yang boleh diikuti untuk memasangkan komputer
bagi membentuk satu rangkaian:
Memasang perkakasan dan memasang driver. Buka sarung komputer anda,
masukkan kad rangkaian ke dalam slot yang kosong dan sambungkan
kabel. Lakukan perkara yang sama terhadap komputer yang lain dan
pastikan kesemuanya dipasang dengan betul. Hidupkan komputer, sepatutnya
Windows 95 akan mengesan kad rangkaian tersebut secara automatik
dan seterusnya meminta anda supaya memasukkan disket yang didatangkan
bersama dan memasangkan software driver yang bersesuaian bagi kad
tersebut. Di dalam sesetangah kes, CD-ROM Windows 95 sendiri akan
menawarkan drivers yang diperlukan.
Memasang perisian Pelanggan "Client" Klik Butang Start
> Control Panel > Networking dan klik pada Add. Pada kotak
pilihan Select Network Component, tandakan Client dan klik Add.
Tandakan Microsoft di dalam kotak pilihan. Pastikan anda memilih
Client for Microsoft Network. Kemudian klik OK. Di dalam kotak Main
Network, klik pada Add, dan tandakan Protocol bagi tetingkap yang
berikutnya (Gambar seperti di atas), klik Add. Di dalam pilihan
Select Network Protocol tandakan Microsoft di ruangan sebelah kiri
dan tandakan NetBeUi bagi pilihan di sebelah kanan (*nota editor:
anda juga boleh klik pada TCP/IP atai IPX/SPX). Kemudian klik OK.
Setkan perkongsian pencetak dan fail Anda pastinya ingin untuk berkongsi
fail dan berkongsi pencetak. Di atas sebab itulah maka anda mewujudkan
rangkaian ini. Tidakkah begitu? Di dalam kekotak Network yang utama,
klik pada File and Print Sharing untuk menunjukkan anda ingin berkongsi
perkara tersebut. Teruskan dengan memilih OK.
Mengenalkan diri anda Pilih ruangan Identification di dalam kotak
Network yang utama, sila masukkan nama bagi komputer anda, nama
bagi kumpulan dan juga keterangan. Klik OK, Windows 95 akan cuba
menyalin kesemua fail rangkaian. Sekiranya ia tidak terdapat di
dalam cakera keras, ia akan meminta CD-ROM Windows 95. Anda juga
akan diminta supaya restart komputer anda supaya semua pemasangan
akan mendatangkan kesan.
Log in, berkongsi dan menambah komputer yang lain Masukkan nama
pengguna dan kata laluan apabila anda memulakan komputer anda setelah
kesemua komponen rangkaian telah dipasang. Klik kanan pada folder
di dalam Windows Explorer, pilih Sharing daripada menu yang ada.
Masukkan pilihan yang anda ingini dan teruskan dengan menekan OK.
Pasangkan rangkaian yang sama bagi komputer yang lain. Lakukan perkara
yang sama.
|
|