Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

  Tajuk Tajuk Amalan Etika Perniagaan

Soalan

1. a) Apakah enam prinsip ekonomi Islam?
b) Huraikan dasar-dasar yang digunakan dalam Islam apabila membicarakan tentang ekonomi?
Jawapan:-
a) Enam prinsip ekonomi Islam ialah:_
i. Allah s.w.t adalah pemilik sebenar
ii. Allah s.w.t memberi hak kepada manusia untuk memiliki kekayaan
iii. Kekayaan alam hendaklah dinikmati bersama
iv. Penghapusan riba penting dalam sistem kewangan Islam
v. Nilai akhlak utama dalam Islam ialah akhlak Islamiah.
vi. Sumber-sumber kekayaan adalah atas kehendak Allah

b) Islam merupakan satu tatacara hidup yang menyeluruh dan menyediakan prinsip yang penting serta sesuai bagi mengawal aspek kehidupan, kerohanian, moral, sosial, politik, dan ekonomi manusia. Ajaran Islam sesuai bagi semua masa; masa lalu, masa kini dan masa depan. Kekayaan lebih bersifat sejagat dan merangkumi seluruh masyarakat. Islam tidak membezakan antara individu atau kumpulan dalam atau luar Islam. Pendekatan Islam lebih berdasarkan akal dan keadilan.

2. a) Apakah garis panduan dalam menggubal etika pengurusan perniagaan?
b) Ada dua pendekatan yang dikemukakan bagi etika perniagaan Barat. Jelaskan.
Jawapan:-
a) garis panduan dalam menggubal etika pengurusan perniagaan:-
i. Setiap pekerja wajib mematuhi undang-undang negara
ii. Setiap syarikat hendaklah melindungi dan memelihara maruah pekerjanya, tanpa ada diskriminasi.
iii. Hadiah dan penghargaan peribadi dilarang kepada kakitangan pengurusan sesebuah syarikat

c) Dua pendekatan yang dikemukakan bagi etika perniagaan barat ialah:-
i. mengikut pendekatan persaingan setiap peniaga dan orang yang terlibat dalam perniagaan inginkan mendapat keuntungan yang banyak. Mereka mencari sebanyak keuntungan yang boleh tanpa diganggu oleh mana-mana pihak termasuklah oleh pihak pemerintah. Mereka berpendapat masalah ekonomi dapat diselesaikan sekiranya mereka terlibat dalam perniagaan itu seboleh-bolehnya bebas bersaing tanpa diganggu.
ii. Pendekatan kawalan kerajaan pula mengutarakan perlunya kerajaan memiliki dan menguasai semua perniagaan bagi menjaga kepentingan dan kebaikan masyarakat dalam kemiskinan. Pihak kerajaan hendaklah campur tangan dalam urusan perniagaan. Ia akan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Semua orang akan bekerja untuk kepentingan bersama. Baik dan buruk ditentukan oleh kuasa pusat yang mewakili masyarakat. Semua akan berkongsi keuntungan.

3. a) "Islam mengharamkan segala penipuan". Huraikan.
b) Bagaimanakah bentuk insurans yang dihalalkan dalam Islam?
Jawapan:-
a) Islam mengharamkan segala jenis penipuan khususnya dalam aktiviti jual beli dan perniagaan. Seorang Muslim mestilah jujur dalam urusan perniagaannya. Diriwayatkan bahawa suatu hari Nabi Muhammad s.a.w menemui seorang penjual makanan. Baginda menyentuh makanan yang dihidangkan dan didapati sebelah dalam makanan itu basah. Apabila ditanya kenapa makanan itu basah sipenjual menjawab bahawa makanan itu terkena hujan. Lantas baginda pun menyuruh supaya yang basah diletakkan di sebelah atas untuk dilihat oleh pelanggan.
b) Perniagaan insurans berasaskan takaful adalah dari segi niat, prinsip dan urus niaga. Peserta rancangan takaful bersetuju bersama-sama memberi sumbangan kewangan berdasarkan "tabarru" iaitu derma dengan niat membantu sama lain. Objektif utama bukanlah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan dan perlindungan.
Prinsip amalan takaful boleh disimpulkan sebagai satu usaha kerjasama, lindung melindungi dan tolong menolong antara anggota masyarakat yang sama-sama inginkan perlindungan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya malapetaka dan bencana. Syarikat takaful memberi perlindungan keluarga dan takaful am kepada anggota masyarakat yang menyertai skim tersebut. Peserta adalah pemilik harta. Keuntungan akan ditetapkan semasa perjanjian dibuat umpamanya 70;30, 60:40, 50:50. Syarikat akan menjelaskan bagaimana wang caruman akan diniagakan. Di samping itu pencarum juga dijelaskan hak-hak mereka serta syarat-syarat perlindungan yang diberi.

4. a) Huraikan tentang beberapa prinsip perbankan Islam.
b) Terangkan cara keuntungan diagihkan mengikut syariah.
Jawapan:-
a) Prinsip perbankan Islam ialah:-
i. Konsep wadiah adalah akad antara tuan punya barang dengan yang menyimpan barang. Tujuan akad ini adalah bagi menjaga barang tersebut daripada hilang, musnah, dicuri dan sebagainya.
ii. Konsep mudharabah iaitu perjanjian yang dibuat oleh satu pihak yang mengeluarkan modal (sahib ul-mul) dengan pengusaha (mudharib). Tujuannya adalah bagi membiayai projek perniagaan atas dasar pembahagian keuntungan perniagaan tersebut.
iii. Prinsip musyarakah. Iaitu perkongsian atau usaha sama untuk menjalankan perniagaan yang bermotifkan keuntungan. Keuntungan akan dibahagikan mengikut nisbah yang boleh dipersetujui.
iv. Prinsip murabahah. Iaitu penjualan sesuatu barang pad harga yang termasuk margin keuntungan seperti mana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kos dan margin keuntungan ditetapkan semasa perjanjian dibuat.

b) Keuntungan diagihkan mengikut syariah:-
i. Keuntungan dalam sesuatu perniagaan adalah hasil persetujuan antara pihak pembeli dan penjual.
ii. Bayaran ini ditetapkan untuk kali pertama sahaja.
iii. Urusan perniagaan akan berakhir apabila barang dan harga bertukar tangan
iv. Peminjam tidak perlu membuat apa-apa bayaran. Ia hanya perlu meletakkan harta bendanya sebagai cagaran untuk pinjaman tersebut.

semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002