Etika
dan Nilai-nilai Murni Malaysia
Soalan
1.
Apakah kepentingan Bahasa kebangsaan dan kebudayaan Kebangsaan bagi
negara kita?
Jawapan:-
Sebagai negara yang berbilang kaum, di mana satu kaum dengan kaum
yang lainnya wujud jurang pemisahan, iaitu dalam bentuk berlainan
bahasa serta berlainan budaya. Dalam situasi sebegini, peranan Bahasa
kebangsaan dan kebudayaan Kebangsaan adalah sangat penting. Kedua-duanya
menjadi "alat pengikat" yang dapat menghasilkan perpaduan
kaum.
2.
Penjajah memupuk perpecahan kaum dan pemerintah hari ini memupuk
perpaduan kaum. Bincangkan pernyataan ini.
Jawapan:-
Semasa negara ini di bawah pemerintahan penjajah British dahulu,
pihak penjajah mendapati mereka dapat mengukuhkan kewibawaan mereka
dengan sengaja menghalang perpaduan dan kerjasama di kalangan pelbagai
kaum yang mendiami Tanah Melayu. Dengan kata lainnya, penjajah telah
memastikan bahawa di antara satu golongan etnik dengan yang lainnya,
tidak wujud persefahaman. Strategi "pecah dan perintah' ini
diaplikasikan dalam pelbagai lapangan.
Pada hari ini perpaduan kaum menjadi agenda utama pemerintah. Langkah-langkah
yang dilaksanakan kini adalah kesinambungan kepada dasar yang serupa
yang telah dijalankan pada masa yang lepas. Dalam usaha kerajaan
untuk memastikan tercapainya matlamat wawasan 2020, integrasi dan
kerjasama kaum masih menjadi cabaran yang perlu diatasi.
3.
Pilih 3 nilai murni dalam etika Malaysia dan kenal pasti unsur-unsur
kerohanian, kemanusiaan, dan kewarganegaraan yang terkandung di
dalamnya.
Jawapan:-
Tiga nilai murni yang berkenaan ialah:-
i. Baik hati
Unsur kerohanian dalam nilai murni ini berkaitan dengan sifat belas
kasihan dan bertimbang rasa. Satu sifat negatif yang sering terdapat
pada manusia ialah sifat berdengki dan berdendam. Manakala sifat
belas kasihan adalah sifat ketuhanan atau kudus. Unsur kemanusiaan
pula adalah sifat murah hati. Manusia yang murah hati, dikasihi
dan dihormati oleh orang lain. Unsur kewarganegaraan dapat dilihat
pad sifat saling faham-memahami. Di dalam negara kita yang berbilang
kaum ini, kefahaman antara satu kaum dengan lain penting sekali,
untuk mengelakkan persengketaan.
ii.
Keadilan
Unsur kerohanian pada nilai terdapat apabila seorang ketua jabatan
berlaku adil terhadap orang bawahannya. Ketua yang adil ialah orang
yang bersifat takwa, ertinya takut kepada Allah s.wt. unsur kemanusiaan
juga terdapat pada nilai ini, iaitu bila orang yang berkuasa tidak
sewenang-wenangnya menggunakan kuasanya terhadap mereka yang lemah.
Unsur kewarganegaraan pula terdapat pada pemerintah yang adil menjalankan
tanggung jawabnya.
iii.
Kejujuran
Orang yang jujur sentiasa tulus dan ikhlas dalam tindak tanduknya.
Dia sedar walaupun tidak dilihat orang , namun hakikatnya Allah
s.w.t sentiasa memerhati segala gerak lakunya. Di sinilah terletaknya
sifat kerohanian pada nilai ini. Kejujuran dalam hubungan seseorang
dengan seorang lain menggambarkan kesucian hati, iaitu sifat peri
kemanusiaan yang unggul. Seorang warganegara yang baik jujur dalam
memainkan peranannya sebagai rakyat. Dia tidak menipu kerajaan dengan
mengelak daripada membayar cukai yang mandatori, misalnya cukai
pendapatan.
4.
Senaraikan lima nilai dalam tonggak dua Belas yang dapat menghasilkan
rakyat yang;
a. "teguh dalam nilai-nilai keagamaan dan kerohanian",
dan
b. "cekap dan berkualiti" dalam pelaksanaan perkhidmatannya.
Yang manakah di antara (a) dan (b) yang bertindih fungsinya.
Jawapan:
Rakyat yang "teguh dalam nilai keagamaan dan kerohanian"
dapat dihasilkan oleh nilai-nilai berikut:
¢ Menghargai masa
¢ Keseronokan bekerja
¢ Ketinggian peribadi
¢ Kewajipan menjalankan tugas
¢ Keutamaan kesabaran
Rakyat
yang "cekap dan berkualiti" dalam melaksanakan perkhidmatannya
pula dapat dihasilkan oleh nilai-nilai berikut:
¢ Ketekunan membawa kejayaan
¢ Keseronokan bekerja
¢ Pengaruh teladan
¢ Kewajipan menjalankan tugas
¢ Keutamaan kesabaran.
Nilai-nilai
yang bertindih fungsinya dalam senarai di atas ialah:-
¢ Keseronokan bekerja
¢ Kewajipan menjalankan tugas
¢ Keutamaan kesabaran
5.
Apakah aspek-aspek pembangunan bukan material yang hendak kita pelihara
dalam proses mencapai taraf negara membangun pada tahun 2020?
Jawapan:-
Taraf negara membangun yang hendak kita capai pada tahun 2020 tidak
pula akan mengorbankan aspek-aspek pembangunan bukan material yang
berikut:-
i. Sosial
ii. Kerohanian
iii. Kebudayaan
iv. Kualiti hidup.
|