Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 
TEKNIK PENGUMPULAN DATA

DALAM PENYELIDIKAN TINJAUAN

Terdapat empat jenis pengumpulan data primer yang digunakan oleh para penyelidik:

i) Banci.
ii) Tinjauan biasa (tinjauan pemberita).
iii) Pemerhatian.
iv) Tinjauan sampel.
i) Banci.

Banci merupakan penghitungan yang menyeluruh terhadap semua anggota kumpulan yang menjadi subjek kajian. Kumpulan data meliputi seluruh populasi yang dikaji di mana, liputan dalam banci adalah seratus peratus.

Kebaikannya.

i) Berbentuk fizikal contohnya bilangan pelajar atau pendapatan seseorang, di mana bancian adalah nyata. Ini menjadikan bancian tepat dan boleh dipercayai.

ii) Liputan tinjauan seratus peratus dan menjadikan ianya tepat.

Kelemahannya.

i) Berbentuk gagasan dan konsep seperti minat, sikap dan pendapat di mana bancian tidak nyata. Ini menjadikan pengukuran gagasan tidak boleh diukur secara langsung. Pengukuran secara tidak langsung terhadap ciri-ciri yang membentuk gagasan.

ii) Memerlukan masa yang lama untuk menjalankan tinjauan seluruh bancian kerana melibatkan semua anggota/subjek.

iii) Perbelanjaan besar (kewangan tinggi) kerana melibatkan semua populasi. 

TEMU BUAL BERSEMUKA.

KEBAIKAN.

1. Kaedah ini mudah diselesaikan dengan keadaan.
Pembanci berpeluang menerangkan maksud tinjauan, menerangkan soalan-soalan yang agak susah, dan menukar cara menyoal mengikut reaksi responden.

2. Pengawalan ke atas sampel.
Pengkaji akan dapat menentukan responden dan kawasan kajian bagi penemu bual mengadakan temu bual. Satu kawalan yang baik dapat diperolehi dan ini akan 
mengelakkan berlakunya bias.

3. Kadar respon yang tinggi.
Pengkaji mendapat maklumat yang lebih melalui kaedah ini. Responden yang enggang menjawab adalah didapati sedikit sahaja kerana adalah sukar bagi mereka untuk menolok satu permintaan daripada penemu bual yang berada dihadapanmereka.

4. Tindakbalas responden dapat dikaji.
Banyak maklumat tentang tingkah laku responden dapat diperolehi kerana dapat menilai samada jemu atau tidak.

5. Keadaan responden.
Pengkaji dapat menentukan sendiri keadaan responden, sama ada dia seorang yang siuman atau tidak dan boleh mengelakkan keraguan.

6. Responden dapat digalakkan bercakap.
Jika responden enggang bercakap, penemu bual boleh memujuk dia untuk meneruskan jawapan. Soalan boleh dijelaskan dan dengan ini jawapan lebih tepat dan lengkap.

TEMU BUAL BERSEMUKA.

KELEMAHANNYA.

1. Perbelanjaan untuk mengendalikan kaedah ini adalah tinggi.

2. Sistem yang kemas perlu diwujudkan untuk memberi keyakinan.

3. Penemu bual boleh mempengaruhi jawapan responden melalui cara soalan itu dikemukan. Nada soalan mempengaruhi jawapan responden terutama soalan berbentuk pandangan dan sikap.

4. Sifat penemu bual seperti jantina bangsa umur dan keadaan sosialnya mempengaruhi jawapan responden.

5. Penemu bual sendiri mungkin akan menipu terutama jika letih.

6. Masa yang lama kadangkalanya diperlukan untuk mencari responden.

7. Rekod tidak dapat dirujuk untuk memberi jawapan.

8. Temu bual tidak menjamin kerashiaan.

MELALUI TELEFON.

KEBAIKANNYA.

1. Masa untuk mengumpulkan maklumat dapat dijimatkan. Jika kajian memerlukan jawapan yang cepat maka kaedah ini adalah paling baik.

2. Perbelanjaan adalah rendah jika dibandingkan dengan temu bual bersemuka. Ini adalah kerana tidak ramai diperlukan dan penyelia tidak ramai.

3. Jika soalan sensitif akan mendapat gerak balas yang lebih tinggi kerana responden tidak mengenali atau berhadapan dengan penemu bual dan tidak merasa malu untuk menyatakan sesuatu.

4. Responden tidak merasakan dirinya terancam secara peribadi kerana penemu bual tidak berada dihadapannya.

5. Pengkaji dapat mengehadkan sampelnya dengan menentukan kawasan. Pemilihan secara rawak senang dilakukan seperti 09 bagi negeri pantai timor dan 03 bagi Kuala Lumpur.

6. Kaedah ini maklumat akan diperolehi segera dengan cara menghubungi melalui telefon jika sesuatu maklumat tertinggal.

7. Kepastian sama ada temu bual telah dilakukan dapat ditentukan secara cepat apabila penyelia menghubungi semula responden melalui telefon. Apa-apa maklumat yang tertinggal dapat juga diperolehi segera melalui telefon.

8. Penemua bual juga menggunakan teknik penyiasatan (probing) untuk mendapat maklumat lebih mendalam. Selain merujuk kepada soal-selidik boleh juga mendapat respon yang baik dengan soalan-soalan terbuka.

9. Jumlah responden yang enggang menjawab adalah rendah dan menjadi tanda tanya iaitu serendah antara 1% sehingga 33%.

10. Soalan-soalan yang kompleks dapat dikemukan melalui telefon. Walaupun sebelum ini adalah dipercayai bahawa penggunaan telefon dapat menanya soalan yang mudah sahaja kerana kesukaran responden memahaminya.

MELALUI TELEFON.

KELEMAHANNYA.

1. Kaedah ini adalah terhad kepada orang yang mempunyai telefon sahaja. Keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan populasi yang dapat dihubungi melalui telefon. Bagi mereka yang tidak mempunyai telefon mereka terkeluar dari kajian.

2. Proses temu bual tidak boleh lama. Responden akan gelisah jika menjawab soalan itu memerlukan masa yang lama. Kemungkinan responden akan meletakkan telefon jika ianya lama dan membosangkan.

3. Bahan bantuan seperti kad atau alat pandang dengar tidak dapat digunakan. Oleh itu soalan-soalan yang agak mudah sahaja dapat dikemukakan.

4. Penemu bual tidak dapat melihat sendiri muka responden keadaan ini menyukarkan untuk melihat gerak geri responden semasa menjawab soalan.

5. Penemu bual tidak dapat mengesan responden yang benar-benar diperlukan itu menjawab soalan, kerana sesiapa sahaja boleh menjawab soalan dan mengaku dirinya adalah orang yang berkenaan.

6. Keikhlasan dan niat baik penemu bual boleh dipertikaikan oleh responden. Ini adalah kadang kala responden boleh menaruh niat yang negatif tentang penemu bual lebih-lebih lagi orang tidak dikenali.

7. Kadangkalanya responden tidak memikirkan secara mendalam semasa menjawab tetapi terus menjawab kerana ditanya melalui telefon. Walau pun kaedah ini cepat.

8. Cara ini tidak dapat melahirkan sesuatu yang mesra antara penemua bual dengan responden. Ianya juga tidak dapat dipastikan responden benar-benar faham soalan yang dikemukakan.

9. Satu kajian telah menunjukkan kualiti data yang didapati melalui kaedah ini tidak begitu tinggi. Ini mungkin disebabkan responden tidak menperolehi galakan dan dorongan yang mencukupi atau kemungkinan mereka engganberkerja sama semasa temu bual sedang berjalan. Kualiti data yang rendah juga di dapati melalui kaedah ini.

MELAUI POS.

KEBAIKANNYA.

1. Melalui kaedah ini tempat yang terpencil juga dapat dikaji asalkan ianya mempunyai perkhidmatan POS.

2. Perbelanjaanya adalah amat rendah. Inaya melibatkan hanya setem, kertas dan sampul surat sahaja. Perbelanjaan dari segi urusetia juaga adalah rendah.

3. Bias daripada pihak penemu bual ke atas responden tidak timbol kerana responden hanya berhadapan dengan surat dan soal selidik sahaja.

4. Responden boleh berfikir sebelum memberikan jawapan. Dia tidak akan tergesa-gesa memberi jawapan.

5. Kaedah ini sesuai dengan responden yang segan bertemu dengan penemu bual. Ini penting untuk soalan-soalan yang berbentuk peribadi.

6. Kemungkinan surat diterima oleh responden adalah tinggi.

KELEMAHANNYA.

1. Pengkaji tidak dapat melakukan “probing” (penyiasatan) ke atas jawapan responden. Galakan tidak dapat diberikan jika responden enggang kerjasama.

2. Responden membaca seluruh isi kandungan dan ini mempengaruhi jawapan.

3. Pengkaji tidak dapat tahu samada responden benar-benar ikhlas menjawab soalan.

4. Masalah jawapan tidak lengkap mingkin timbul.

5. Masalah timbol jika responden tidak mengembalikan soal selidik.

6. Bilangan orang yang memulangkan semula soal selidik adalah terhad. Golongan yang ada kepentingan secara langsung untuk menjawab dan ini memberi kesan bias.

7. Cara ini adalah sesuai untuk soalan-soalan yang mudah sahaja dan maklumat yang diterima adalah muktamad. Masalah soalan kabur tidak dapat dijelaskan.

8. Susah untuk mendapat satu dafta nama responden yang lengkap dengan alamat pos. Kaedah ini tidak sesuai untuk dijalankan secara rawak.

ii) TINJAUAN BIASA.

Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh pemberita akhbar yang harus bekerja mengikut jadual yang ketat. Mereka harus mengumpulkan maklumat dengan cepat untuk disiarkan di akhbar.

KEBAIKANNYA.

1. Maklumat dapat diperolehi dengan cepat untuk disiarkan keesokan harinya.

KELEMAHANNYA.

1. Pemilihan sampel tidak berdasarkan prinsip statistik “No sampling procedure”. Sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan pemebrita akan ditanya.

2. Bilangan orang ramai yang ditemua bual semestinya beberapa orang sahaja (beberapa kerap sahaja) kerana mereka harus mengejar masa.

3. Liputan kajian kurang dari 100%, biasanya yang ditanya hanyalah 5 atau 6 orang sahaja daripada 1.5 juta penduduk. Tetapi kesimpulannya dibuat tetap berbunyi “orang ramai berpendapat.......”.

iii) PEMERHATIAN.

Ianya digunakan secara meluas oleh ahli-ahli antropologi yang sering mengkaji cara hidup suku kaum primitif di kawasan-kawasan pendalaman. Pengkaji biasanya akan berusaha tinggal bersama-sama subjek di tempat kejadian subjek sambil memerhati tingkah laku subjek dalam segala hal kehidupan mereka.

KEBAIKANNYA.

1. Sesuai digunakan terutamanya apabila penyelidik ingin mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial. Contohnya memerhatikan perkembangan kanak-kanak, memerhatikan tingkah laku pengajaran guru-guru pelatih.

2. Penyelidik memerhatikan perubahan-perubahan yang berlaku disebabkan oleh Olahan. Ia dapat mendengar dan melihat tingkah laku subjek.

3. Subjek bebas melakukan tingkah laku tanpa ganguan daripada penyelidik. Penyelidik hanya memerhati, mendengar dan mencatatkan maklumat yang didapati.

4. Penyelidikan yang lama dilakukan dan ini akan menjadikan maklumat yang didapati boleh dipercayai.

5. Pemerhatian turut serta membolehkan penyelidik menghayati tingkah laku subjek, penyelidik mempunyai persepsi yang benar mengenai maklumat yang dikumpulkan.

6. Pemerhatian tidak turut serta maklumat yang dikumpulkan lebih dipercayai kerana maklumat tersebut kurang dipengaruhi oleh reaksi subjek dan kurang dipengaruhi oleh perasaan dan sempati penyelidik.

7. Sekiranya maklumat dikumpulkan secara objektif, maklumat yang dihasilkan sangat bernilai untuk membantu membuat keputusan.

PEMERHATIAN.

KELEMAHANNYA.

1. Keberkesanan maklumat dipengaruhi oleh kaedah pemerhatian di mana sejauh mana penyelidik mengekalkan identitinya sebagi penyelidik. Jika penyelidik tidak dapat mengekalkan identiti maka maklumat tidak merujuk kepada perkara sebenar.

2. Penyelidik tidak turut serta dan berada diluar unit sosial. Ia hanya berfungsi sebagai pemerhati, pendengar dan perekod tingkah laku. Keadaan ini menjadikan maklumat kadangkalanya tidak tepat.

3. Kehadiran penyelidik mungkin menimbulkan reaksi positif atau negatif dikalangan subjek. Kadangkalanya kehadiran penyelidik membuatkan tingkah lakunya berubah semata-mata untuk tidak mengecewakan penyelidik atau subjek merubah tingkah lakunya secara sengaja kearah tidak diinginkan oleh penyelidik. Keadaan ini boleh menimbulkan maklumat yang pincang.

4. Tingkah laku penyelidik sendiri boleh berubah kerana jangka masa yang lama. Sekiranya perasaan sempati penyelidik mempengaruhi diri penyelidik sebagai pemerhati dan pencatat tingkah laku, penyelidik kehilangan keobjektifan dalam merekod maklumat yang diperolehi.

5. Pemerhatian penyelidik dalam tempoh yang lama boleh mendedahkan penyelidik kepada pengaruh perasaan sempati terhadap tingkah laku subjek. Tingkah laku penyelidik sendiri mungkin boleh berubah. 

iv) SAMPEL.

Sampel merupakan sekumpulan kecil unsur yang “dicabut” daripada sesuatu rangka persempelan. Sampel merupakan subjet sesuatu populasi. Sesuatu sampel mewakili sesuatu populasi yang dikaji. Ianya sangat popular digunakan oleh penyelidik dalam bidang sains sosial.

KEBAIKKANNYA.

1. Menggunakan pendekatan statistik bila mana membuat “infrences tentang populasi” yang dikaji. Maklumat yang didapati daripada sampel yang diambil. Oleh sebab itu lebih saintifik kerana pemilihan sampel dilakukan secara Rawak.

2. Kebolehpercayaannya adalah tinggi dan data dapat diperolehi dengan cepat. Populasi yang besar tidak membolehkan pengumpulan data yang cepat.

3. Perbelanjaan adalah rendah kerana tidak melibatkan kumpulan yang besar dan dapat dianalisis dengan cepat. Pengkaji tidak perlu menemu bual semua orang dalam polulasi. Dia juga tidak perlu melawat kesemua tempat dalam populasi. Perkara ini menjimatkan belanja perjalanan.

4. Prinsip persampelan yang diamalkan adalah berdasarkan konsep keberangkalian dan setiap elemen yang dipilih mempunyai peluang yang sama. 

5. Jumlah responden yang kurang tidak memerlukan ramai penemu bual bagi mendapatkan maklumat. Ini juga bermakna perbelanjaan pentadbiran adalah rendah.

6. Menjimatkan sumber kewangan. Tinjauan sample adalah lebih murah daripada menjalankan banci yang menyeluruh atas sebab-sebab yang termaklum. Tinjauan memerlukan kakitangan yang sedikit, penyeliaan yang sedikit dan masa yang lebih singkat daripada yang diperlukan oleh sesuatu banci yang menyeluruh.

7. Ketepatan. Persempalan memberi keputusan yang lebih tepat kerana sampel yang kecil itu membolehkan penyeliaan yang lebih rapi. Sebaliknya jika sampel terlalu besar, besar pula kemungkinan berbagai ralat yang akan menyusup masuk ke dalam maklumat yang dikumpulkan.

SAMPEL.

KELEMAHANNYA.

1. Berlakunya ralat antara sampel dengan populasi. Ianya berlaku kerana sampel yang dipilih sama ada secara kebetulan, selesa atau sukarela.

2. Tidak sesuai digunakan jika memerlukan maklumat daripada setiap ahli yang terdapat dalam populasi. Seperti seorang guru yang memeriksa kertas tidak boleh membuat sampel kertas yang diperiksa dan memberi markah kepada yang lain.

3. Persempelan perlu dilakukan secara saintifik dan sistematik kerana pengkaji mungkin memperolehi satu sampel yang tidak mewakili populasi sebenar.

4. Memilih subjek kumpulan yang berlainan sebagai kumpulan perbandingan. Ini menyebabkan perbandingan tidak tepat.

5. Penggunaan kumpulan sampel yang kecil bagi reka bentuk penyelidikan memerlukan analisis statistik.

6. Dalam keadaan tertentu, beberapa ciri yang terdapat dalam populasi adalah terlampau kecil dan tidak dibenarkan kita membuat persempelan.

7. Rangka persempelan yang tidak lengkap dan kemas. Ini menyebabkan pemilihan elemen bagi sampel itu menjadi kurang tepat.

8. Kita akan mendapati bahawa ciri-ciri yang diperolehi tidak semestinya serupa dengan ciri-ciri populasi. Perbezaan antara statistik (sampel) dengan parameter (populasi) ialah ralat persempelan.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002