Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

1.0 PENGENALAN FALSAFAH


Apakah falsafah? Sejak zaman purba lagi, manusia telah mula berfalsafah dalam setiap aspek kehidupan termasuk budaya, kesenian, sains dan agama. Falsalah merupakan tanggapan yang berbentuk umum yang teryang terhasil daripada pengalaman terhadap seluruh pengalaman hidup yang dialami oleh individu individu berkenaan. la merupakan suatu usaha oleh individu itu untuk memberi pengertian atau makna kepada fenomena fenomena alam yang wujud di dalam pengalamannya.

Seringkali anda mendengar perkataan falsafah disebut orang di mana-mana sahaja misalnya falsafah negara, falsafah pendidikan negara, falsafah hidup, ijazah doktor falsafah dan ada pula yang berfalsafah berkenaan dengan sesuatu. ‘Apakah yang dimaksudkan dengan istilah falsafah ini ? Jika ianya dianggapkan sebagai satu ilmu, maka sudah tentu ia tidak serupa atau menyamai dengan ilmu-ilmu yang telah kita kenal seperti sejarah seperti sejarah, sains, politik atau agama hanya oleh kerana bidang bidang ilmu ini mernpunyai 'sempadan' tersendiri : manakala falsafah seperti maksud ungkapan ungkapan di atas seolah-olah tiada mempunyai sempadan atau parameter yang dapat dikatakan khusus untuknya.

Terdapat tiga pendapat atau konsepsi orang ramai terhadap ilmu falsafah, iaitu:
i. Ilmu falsafah dianggap sebagai ilmu yang sangat sulit dan sukar difahami; manakala objek perbincangannya seringkali kelihatan semacam terpisah daripada alam reality. Perkara-perkara yang menjadi kajian flsafah seolah-olah hanya wujud di alam fantasi; tidak berpijak di bumi nyata. Kebanyakan permasalahan yang menjadi bahan perbahasannya pula tiada berkesudahan atau penghujungnya. Misalnya, perkara yang dibincangkan 2,500 tahun dahulu di bumi Yunani masih lagi diperkatakan sehingga ke hari ini.
ii. Ilmu ini dianggap sebagi milik para sarjanawan dan professor-profesor yang tinggal di menara gading. Ia merupakan ‘domain’ manusia yang mempunyai fikiran yang bergeliga. Hanya mereka sahaja yang layak untuk memperkatakan perkara-perkara yang bersifat abstrak dan teoritis.
iii. Disebabkan ilmu falsafah boleh mempersoalkan apa sahaja tanpa batasan terutamanya mengenai permasalahan yang berkaitan dengan metafizika, maka ia juga dianggap sebagai ilmu yang berbahaya kerana ia boleh mendorong seseorang ke jalan yang ‘sesat’ kerana pendapat mereka bercanggah dengan pendapat umum. Kebanyakan ahli falsafah beragama Kristian dan Islam pada masa dahulu terpaksa menerima hukuman sebagai orang-orang yang telah’murtad’ daripada agama anutan mereka. Ahli falsafah Greek, Socrates, dipaksa meminum racun hamlock disebabkan dia dituduh cuba meracuni fikiran masyarakat dengan idea-ideanya yang bercanggah dengan pendapat umum.
Ketiga-tiga pendapat di atas, kelihatan seolah-olah tidak menaruh sedikit pun simpati terhadap disiplin ilmu ini. Namun demikian sebelum sesuatu keputusan yang negative dijatuhkan ke atasnya, eloklah kita cuba untuk mengenali apakah sebenarnya ilmu ini? Bagaimanakah sifat atau “nature”nya?

1.1 SIFAT ILMU FALSAFAH
Terdapat dua sifat ilmu falsafah, iaitu :
a) Tidak mempunyai ‘Body of Knowlegde’
i. Ilmu falsafah berbeza daripada ilmu-ilmu yang lain yang pernah kita kenal atau pelajari. Ilmu –ilmu lain mempunyai persamaan antara mereka dalam bentuk di mana mereka mempunyai ‘body of knowlegde’ masing-masing. Ilmu sains misalnya, mempunyai ‘body of knowlegde’nya sendiri yang telah dibina sejak zaman pra sejarah dan masih berkembang hingga ke ahri ini. Sebagai contoh, hamper 2,500 tahun yang lalu di Yunani, Anaxagoras dan Democritus telah mula mempesoalkan tentang komposisi zat benda atau zarah (matter) dan hasilnya, mereka mengeluarkan satu teori atau prinsip agung yang menyatakan bahawa segala yang wujud adalah terbina daripada zarah-zarah seni yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan berat.
Ahli falsafah Inggeris, Bertrand Rusell menganggap bahawa kedudukan ilmu falsafah berada di antara ilmu sains yang bersifat pasti dan ilmu keagamaan (teologi) yang bersifat dogmatik. Ilmu falsafah katanya terletak di dalam ‘no man’s land’ semata-mata oleh kerana ia tidak mempunyai ‘body of knowlegde’nya sendiri. Oleh itu, ilmu falsafah kadangkala menggunakan pengetahuan dari kedua-dua disiplin ini untuk dijadikan bahan penyelidikan dan perbincangan.

ii. Ilmu falsafah memberi tumpuan pemerhatian kepada permasalahan yang berkaitan dengan rahsia kewujudan alam semesta secara keseluruhannya. Contoh persoalan seperti : “Siapakah yang menjadikan alam semesta ini?” , “Apakah komposisinya?”, “Adakah kewujudannya secara accident tanpa sebarang matlamat atau grand design?”, “Adakah suatu kuasa agung yang mengatur pergerakan segala sesuatu dan menentukan hala tujunya?” , dan “ Apakah yang dimaksudkan dengan istilah kemanusiaan dan ke manakah kesudahannya?” . Sebenarnya masih wujud beratus-ratus soalan lagi yang dapat kita golongkan kepada permasalahan falsafah yang memerlukan jawapan. Dengan lain perkataan, falsafah melihat sesuatu permasalahan itu dalam bentuk keseluruhan bukan pada bahagian-bahagiannya sahaja kerana setiap kejadian itu ada kaitannnya di antara satu sama lain.
Bagi keseluruhan ahli falsafah mereka tidak bergantung secara mutlak kepada matlamat yang diperoleh melalui pancaindera atau persepsi semata ketika berhujah untuk membuktikan kebenaran ke atas permasalahan yang diselidiki. Sebaliknya, mereka mengutamakan common sense atau sesuatu yang dapat diterima akal yang waras dan penggunaan kaedah perbahasan dialektika. Ianya memerlukan masa yang panjang dan tanpa sebarang gangguan untuk membuat refleksi ke atas sesuatu isu atau permasalahan semasa, misalnya berada di bilik studi. Disebabkan keadaan inilah, maka kebanyakan ahli falsafah dikenali sebagai ‘armchair speculators’.

b) Falsafah dan sains
Falsafah bermula dengan pertanyaan. Ada pendapat yang menyatakan bahawa falsafah itu adalah proses bertanya yang dicetuskan oleh perasaan ingin tahu. Apabila seseorang itu mulai mengesyaki akan ketepatan, kebenaran dan kesahihan sesuatu pendapat, atau idea yang dikemukakan kepadanya, dia akan mula membuat pertanyaan untuk memperjelaskan kefahamannya mengenai sesuatu pendapat tersebut. Misalnya, jika seseorang menyoal anda: “Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan?” . Mungkin jawapan kepada sebahagian daripada soalan tersebut dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dengan bantuan peralatan seperti pernafasan, denyutan jantung, tekanan darah otak yang masih berfungsi dan sebagainya. Kesemuanya ini dapat diukur dan dipastikan dengan cara menggunakan peralatan tertentu. Tetapi kita akan menghadapi kesukaran apabila elemen’nyawa’ atau’roh’ diambil kira sebagai sebahagian daripada definisi kehidupan. Apakah itu roh atau nyawa? Bagaimanakah sifat atau rupanya dan di manakah ia berada di dalam tubuh manusia?. Pertanyaan seperti ini sudah terkeluar daripada keupayaan sains untuk menjawab; jauh sekali untuk membuktikan entitinya. Ketidakupayaan sains untuk membuktikan elemen roh tidak pula bermakna bahawa roh tidak ada. Akal tidak dapat menerima kenyataan ini, ia tetap yakin tentang kewujudan roh kerana setiap yang hidup dan bernyawa itu memerlukan roh. Jadi untuk memberi jawapan kepada soalan “Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan?”, maka selain dari sains, falsafah juga diperlukan. Falsafah dapat menggunakan kaedah spekulasi dan membuat andaian disebabkan elemen roh berada di luar jangkauan pancaindera manusia untuk mengetahuinya.
Namun demikian, walau apapun caranya yang dipergunakan un tuk menjawab soalan-soalan tersebut, perkara pokoknya, seseorang yang dapat menggunakan akalnya dengan sempurna sudah pasti memerlukan bukti-bukti yang dapat diterima akal terhadap kesahihan sesuatu kenyataan di atas. Bukti-bukti yang ingin diperoleh itu pula bergantung kepada objek yang dipersoalkan dan persetujuan kaedah yang hendak diaplikasikan. Misalnya, jika objek atau perkara yang hendak diperkatakan itu termasuk di dalam bidang sains, maka kaedah sains juga perlu dipakai untuk mengukur kesahihan kenyataan di atas. Tetapi jika sekiranya objek yang hendak disahkan kebenarannya itu tidak dapat diperoleh dengan menggunakan kaedah sains, maka kaedah falsafah yang berbentuk spekulatif atau kaedah keagamaan yang berbentuk akidah atau kedua-duanya sekali perlu digunakan.

1.2 PERANAN FALSAFAH
Terdapat empat peranan falsafah yang utama, iaitu:
II. Falsafah sebagai 'ibu' pengetahuan aqli,
II. Falsafah sebagai ilmu untuk mencari kebenaran,
III. Falsafah sebagai cintakan kebijaksanaan; dan
IV. Falsafah sebagai pendorong ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Berikut adalah perbincangan yang lebih mendalam mengenai setiap peranan falsafah yang dinyatakan tadi,
I. Falsafah Sebagai 'Ibu' Pengetahuan Aqli
Jika kita menyingkap kernbali sejarah permulaan perkembangan Ilmu Falsafah maka kita akan sedar bahawa falsafah merupakan 'ibu' bagi keseluruhan ilmu aqli manusia. Dengan ini saya maksudkan setiap jenis ilmu yang dihasilkan oleh akal fikiran atau minda manusia dan disahkan (verified) oleh sensasi pancaindera.
Falsafah bermula dengan usaha untuk mencari prinsip utama di sebalik kejadian alam semesta mengenai permaslahan- permaslahan yang berkaitan dengan sifat dan dzat substansi, komposisi alam semesta, makna kewujudan, kausaliti, fenomena alam dan seumpamanya. Falsafah didalami zaman Yunani atau Greek tidak membezakan di antara ilmu falsafah dan sains. Setiap apa sahaja menjadi bahan inquiri ahli ahli falsafah di zaman itu. Walau bagaimana pun persoalan persoalan yang diperbincangkan itu adalah semata mata berbentuk cetusan minda yang senantiasa ingin tahu (queriousity) dan bersifat spekulatif dan dilakukan dengan cara yang tidak sistematis.
Ahli ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle misalnya telah membicarakan pelbagai permasalahan yang ada kaitan dengan sains tabii seperti fizik, kimia, biologi ilmu tumbuhan (botany) ilmu kaji bintang (astronomy) dan lain lain di samping, membicarakan juga makna substansi, kausaliti, etika dan teologi. Tetapi, isu atau permasalahan yang diperbincangkan sebagaimana yang saya sebutkan di atas masih berada di tahap yang kabur atau kurang jclas jika dibandingkan dengan pengetahuan yang kita miliki pada masa kini. Pengetahuan yang telah didapati tersebut kemudiannya telah berkembang dan dimantapkan dengan penemuan kaedahkaedah baru yang tidak bergantung kepada perbahasan dialektika dan logik semata, tetapi mengutamakan peralatan yang canggih untuk membukukan kesahihan teori teori yang diutarakan cendekiawan cendekiawan tersebut (kaedah sains seperti yang saya sebutkan di atas). Akhirnya maka lahirlah berbagai jenis disiplin ilmu sebagaimana yang kita kenal pada masa kini. Misalnya ilmu psikologi, pendidikan, geografi, sejarah, sosiologi, ekonomi, perundangan dan lain lain dengan berbagai kaedah penyelidikan masing masing.
Perlu juga dijelaskan di sini bahawa unsur ilmu yang kedua adalah ilmu yang didapati melalui wahyu yang diperturunkan khusus bagi para Rasul dan Nabi nabi. Oleh itu, seluruh bentuk ilmu keduniaan bermula dari 'perasaan ingin tahu' atau inkuiri falsafah yang berasal dari negara Yunani atau Greek. (Pendapat lain mengambil kira juga pengetahuan yang dihasilkan oleh Negara Cina purba, India purba, Mesir purba dan Mesopotamia).
Falsafah dapatlah dikatakan menjadi sebahagian daripada milik budaya keintelektualan seluruh masyarakat manusia yang berakal. Walaupun sifatnya tidak 'tangible' sebagaimana ilmu ilmu lain, ilmu yang tercetus hasil daripada perbincangan permasalahan permasalahan falsafah telah 'melahirkan' berbagai teori, ideologi dan disiplin ilmu lain yang memberi kesan ke atas kehidupan manusia di seluruh dunia baik dahulu mahupun sekarang. Sebagai contoh, ideologi ideologi seperti demokrasi, liberalisme, sosialisme, teokrasi yang dihasilkan oleh ahli ahli falsafah seperti John Locke, Sigmund Freud, Karl Marx, Jeremy Bentham, John Dewey, Ibnu Sina, Al Ghazali dan lain lain telah menjadi pegangan hidup sebahagian besar dari masyarakat dunia pada masa kini.

II. Falsafah Sebagai Ilmu Untuk Mencari Kebenaran
Dalam perjalanan hidup seseorang, ia akan mengumpul berbagai jenis pengetahuan yang ada kaitan dengan kepentingan kehidupannya. Setiap pengetahuan yang diperoleh sama ada melalui pengalaman langsung (direct experience) atau secara tidak langsung, seperti perkara perkara yang diperoleh melalui bacaan atau yang diajar oleh guru dan keluarganya akan menjadi satu sistem pengetahuan dan kepercayaan yang diterima olehnya sebagai satu sistem kebenaran. Dengan lain perkataan, ia telah membina 'world view yang sesuai dengan kemampuan minda seseorang.
Peranan falsafah adalah untuk menyemak kembali atau membuat persoalan terhadap segala bentuk ilmu, kepercayaan, dan nilai nilai yang menjadi pegangan atau prinsip hidup manusia sejagat. Adakah pengetahuan yang kita miliki dpat dipertahankan tentang kebenarannya iaitu kesahihannya. Adakah ia merupakan suatu kepercayaan tahayul atau bersifat andaian semata. Kepercayaan kepada kuasa ghaib yang dimiliki oleh bomoh, pawang dan dukun rnisaInya; adakah ia merupakan suatu kebenaran. Jika ianya benar, bagaimanakah cara untuk membuktikan kebenarannya? Namun dernikian, perkara ini bukanlah mudah dilakukan kerana sesuatu yang melibatkan prinsip kepercayaan atau ideologi jika dipersoalkan, akan mencetuskan sentimen yang kadangkala tidak menyenangkan.
Berkata Sayidina Ali R.A. salah seorang khalifah Islam di zaman Nabi Muhammad S.A.W. "Barang siapa mengenali dirinya, maka ia akan mengenali Tuhannya". Setiap usaha yang dilakukan untuk menyemak dan menyelidiki kepercayaan yang ada dalam diri setiap individu adalah usaha yang mengarah kepada mencari jalan yang benar dan akan berkesudahan dengan individu tersebut memperoleh hikmah sebagai cahaya yang akan menerangi jiwanya sepanjang masa. Kata seorang pendeta lagi; "carilah ilmu di mana sahaja kita berada". Dan ilmu itu; khususnya yang diperturunkan oleh Tuhan adalah kebenaran (the ultimate truth).

III. Falsafah Sebagai Cintakan Kebijaksanaan (love of wisdom)
Kalimat falsafah berasal daripada perkataan Greek 'filosophia’ yang membawa pengertian akan kebijaksanaan atau hikmah. Jadi boleh kita menyatakan bahawa ia sangat sesuai dengan sifat kejadian manusia yang telah dianugerahkan dengan akal yang tugas utamanya ialah untuk berfikir supaya dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah dan membeza yang baik dengan buruk sebagainya. Proses mencari hakikat kebenaran, kebaikan dan kecantikan inilah yang dikatakan sebagi proses mendapatkan kebijaksanaan atau wisdom. Misalnya seseorang yang memilih untuk melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah manakala ia tahu bahawa perbuatan itu akan mengakibatkan berbagai kesusahan yang akan menimpa ke atas dirinya dan keluarganya adalah seorang yang tidak bijak, bodoh atau bahlul.
Ahli falsafah Socrates menyebut bahawa seorang ahli falsafah itu menganggapkan dirinya hanya sebagai seorang yang mencintai kebijaksanaan dan bukan untuk memilikinya, dan 'kehidupan yang tidak diselidiki itu adalah kehidupan yang tidak berharga (an unexamined life is a life not worth living)'.
Dalam agama Islam dan juga agama agama lain, penganut penganutnya disarankan supaya mencari ilmu pengetahuan walaupun di mana mereka berada. Matlamatnya adalah supaya manusia menjadi orang orang yang berilmu dan akhirnya mencapai ke taraf bijaksana. Dari sini timbul persoalan, "Siapakah dirinya yang sebenar?" akan terjawab dan seterusnya akan memahami siapakah Tuhannya. Kebijaksanaan mempunyai pertalian dengan mencapai tahap moraliti di tingkat yang paling tinggi. Seseorang yang dianggap bijaksana atau berhikmah merupakan orang yang paling bermoral dalam masyarakatnya. Kebijaksanaan bukan sahaja setakat mahir menggunakan minda untuk menyelesaikan masalah dan menemukakan idea idea baru, tetapi seseorang itu perlu juga memiliki tingkah laku yang bijaksana. Pendapat ini mungkin bercanggah dengan pendapat Plato yang menyatakan bahawa kebijaksaan itu ialah pengetahuan (knowledge is wisdom).
Plato dalam sebuah cerita alegorinya bertajuk "The Cave" mengisahkan bagaimana sekumpulan manusia yang seumur hidup mereka bermastautin di dalam sebuah gua yang diterangi oleh lampu lampu minyak tanah. Seluruh pengetahuan yang dimiliki oleh mereka merupakan imbasan bayang bayang yang dihasilkan oleh lampu lampu berkenaan. Segala galanya yang telah mereka ketahui dianggapkan sebagai kebenaran hakiki. Tetapi apabila salah seorang daripada mereka telah berjaya keluar ke permukaan gua tersebut maka dia akan terpesona dan kagum melihat gambaran sebenar rupa bentuk keadaan persekitaran yang diterangi oleh cahaya matahari yang bersinar sinar. Dia telah menemui alam realiti, sesuatu yang sangat berbeza dari apa yang telah diketahuinya selama ini. Maka dari saat itu dia telah menjelma menjadi manusia yang mengetahui hakikat alam realiti dan sudah pasti lebih bijaksana dari rakan rakannya yang masih enggan berusaha untuk keluar dari gua yang dikongkong olch kejahilan dan tahayul.

IV. Falsafah Sebagai Pendorong Ke Arah Kehidupan Yang Lebih Bermakna
Telah ditegaskan bahawa falsafah merupakan satu usaha manusia untuk mencari hikmah atau kebijaksanaan. Sesiapa yang memiliki kebijaksanaan, ia merupakan orang paling bertuah dan di pandang mulia sesama manusia dan juga Tuhannya. Kehidupan yang bahagia adalah kehidupan penuh bermakna.
Mungkin peranan falsafah yang terakhir ini iaitu sebagai pendorong ke arah kehidupan yang lebih bermakna merupakan yang terpenting dan mengatasi seluruh disiplin ilmu yang lain. Kehidupan yang bermakna ialah kehidupan yang bahagia di mana seseorang itu telah berdamai dengan dirinya (be at peace with himse1f) tanpa perasaan takut, ragu, atau gelisah, redha dan diredhai. Di sinilah lahirnya perbezaan di antara peranan falsafah dan sains. Sains tidak mungkin menghasilkan sifat manusia begini!
Kita mungkin kagum terutama sekali dengan keupayaan sains dan teknologi mencipta segala macam peralatan bagi membolehkan manusia hidup dengan senang dan selesa di dunia ini. Namun begitu, penemuan penemuan hasil daripada penyelidikan sains adalah bersifat neutral. Ini bermakna ia tidak mengambil kira nilai nilai moral dan kemanusiaan yang lahir bersama dengan pengetahuan yang diperoleh. Penemuan tenaga nuklear misalnya, boleh digunakan untuk penjanaan kuasa elektrik yang sudah tentu diperlukan oleh manusia terutama sekali yang bermastautin di negara negara beriklim sederhana dan dingin. Tetapi di sebaliknya, tenaga yang sama jika disalahgunakan akan mendatangkan kesengsaraan yang amat dahsyat kepada manusia seperti mana yang berlaku di Bandaraya Hiroshima dan Nagasaki, Jepiin semasa Perang Dunia Kedua dahulu. Matlamat sains ialah untuk memberi penerangan (to explain nature). Tugas sains akan berakhir setelah semua maklumat diperoleh dan disatukan ke dalam satu teori bersifat sejagat.
Tugas falsafah (termasuk theology dan theosophy) adalah untuk memastikan segala ilmu yang diperoleh hasil daripada penyelidikan sains dapat dimanfaatkan ke arah mendatangka kebahagiaan kepada kehidupan manusia keseluruhannya. Apakah makna kehidupan ini jika sekiranya kita senantiasa hidup di dalam ketakutan?
Kebanyakan ahli falsafah khususnya yang membicarakan aspek moral atau akhlak (tanpa mengira bangsa keturunan, tempat tinggal dan zaman) adalah orang orang yang sangat prihatin terhadap cara bagaimana pengetahuan yang diperoleh dipergunakan dengan sebaiknya terutama sekali bahan ciptaan sains.

1.3 POLA BIDANG FALSAFAH
Walaupun seseorang itu boleh berfalsafah mengenal apa sahaja, namun pada kebiasaannya, dan secara formalnya, pola lapangan falsafah dapat dibahagikan kepada empat bidang permasalahan yang utama iaitu Teori Pengetahuan (epistemology), metafizik, falsafah etika/moral dan estetika
1.3.1 Teori Pengetahuan
Teori Pengetahuan secara ringkasnya membincangkan scsuatu yang berkaitan dengan pengetahuan. Misalnya, apakah yang kita ketahui berkenaan dengan sifat pengetahuan. Bagaimanakah cara ia diperoleh dan dari manakah asaInya pengetahuan? Sejauh manakah pengetahuan dapat diperoleh, dan apakah piawai dan kriteria yang boleh kita gunakan untuk menentukan kesahan (validity) pengetahuan yang telah kita perolehi? Permasalahan pokok dalam bidang ilmu ini adalah mengenai proses untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Bagi rnereka yang beragama Islam, tentu sekali sudah biasa mendengar bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. telah diajar dengan ilmu yang diwahyukan melalui Malaikat Jibrail. Ilmu itu terus melekat ke dalam jiwanya dan dimanifestasikan ke dalam alam bentuk kitab yang bernama al Quran. Ilmu ini dikenali sebagai ilmu wahyu. la merupakan salah satu cara bagaimana ilmu boleh oleh para nabi dan rasul.
Bagi seluruh ahli falsafah Islam, mereka yakin bahawa satu satunya unsur ilmu yang tepat atau mutlak hanya boleh didapati dari wahyu. Selebihnya, ia akan merupakan pengetahuan yang berbentuk andaian dan sangkaan semata. Masalah inilah yang cuba hendak dijelaskan oleh Imam Ghazali apabila ia menolak segala bentuk idea yang semata mata disandarkan kepada akal manusia dengan tanpa bantuan wahyu. Nyatalah di sini bahawa al Quran merupakan mukjizat yang ketepatan isi kandungannya telah diperakui oleh kebanyakan cendekiawan dunia.
Bagi manusia biasa, ilmu boleh didapati melalui beberapa cara, termasuk dengan cara ilham (intuition). Proses berfikir dengan cara teratur dan reasoning adalah cara yang paling digemari dan diberi keutamaan oleh para cendekiawan moden barat. Permasalahan-permasalahan yang dibangkitkan oleh ahli alih falsafah ialah, adakah pengetahuan yang terhasil daripada persepsi atau pengalaman seseorang itu semata yang boleh diambil kira sebagai pengetahuan yang sebenar dan berbentuk hakiki, ataupun sebagaimana yang dipercayai oleh ahli falsafah Yunani, Plato, bahawa pengetahuan yang berbentuk hakiki hanya wujud di alam minda (roh?) sahaja manakala pengetalman yang diperoleh melalui pancaindera merupakan pengetahuan yang disifatkan sebagai pengetahuan sekunder atau ‘salinan daripada yang sebenarnya iaitu dari alam 'idea atau ideal. Oleh yang demikian maka sifatnya tidak kekal, tidak hakiki dan tidak mutlak.
Perbahasan perbahasan mengenai kaedah untuk mendapatkan ilmu yang tepat, kriteria yang digunakan untuk menentukan ketepatan sesuatu pengetahuan dan caranya seseorang itu mendapatkan pengetahuan bermula semenjak zaman falsafah Yunani. Sebagaimana yang disebutkan oleh Aristotle bahawa "semua manusia berkeinginan untuk mengetahui", berlarutan hingga ke masa kini yang terkenal sebagai falsafah analitikal dan linguistik di barat. Seorang ahli falsafah Perancis, Descartes misalnya menyoal dan mencari rahsia bagaimana hendak mendapatkan pengetahuan yang bersifat objektif, mutlak dan dapat diyakini (certianty). Hasil dari refleksinya maka beliau menciptakan suatu prinsip atau maxim yang berbunyi "I think, therefore I am (cogito ergo sum)". Tetapi masih banyak lagi persoalan yang perlu dijawab, misalnya apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘fikir’ itu sendiri. Adakah seseorang itu berfikir ia sedang tidur? Jika ia tidak berfikirk, adakah bermakna ia tidak wujud?
Falsafah Islam yang bertunjangkan ilmu tauhid, tidak lagi mempersoalkan sumber dan cara-cara mendapatkan ilmu tersebut (Syed Muhammad, 1995). Namun demikian telah timbul persoalan sama ada pengetahuan yang diperoleh melalui persepsi sensual harus duji dengan wahyu atau segala bentuk kajian dan penyelidikan perlu berpandukan kepada apa yang boleh didapati dari wahyu untuk mengelakkan manusia daripada kesesatan akal.

1.3.2 Metafizik
Istilah metafizik berasal dari perkataan Greek yang membawa pengertian sesuatu yang menjangkau alam material. Aristole di dalam bukunya Metaphysics menganggapkan kajian ini sebagai ‘the first philoshy’. Persoalan khusus di dalam metafizik ialah, permasalahan yang dikemukakan itu berada di luar jangkauan kaedah sains untuk digunakan bagi mendapatkan jawapan atau penyelesaian masalah-masalah tersebut.
Soalan seperti kewujudan roh dan bagaimana bentuknya adalah soalan metafizik. Ini kerana perkara atau objek yang hendak diketahui tidak wujud di dalam alam kebendaan dan tidak boleh diketahui melalui pancaindera manusia. Masih banyak lagi permasalahan-permasalahan yang menjadi tanda Tanya kepada kita, misalnya apakah yang dimaksudkan dengan keadilan, kesederhanaan, kebaikan, kesabaran, dan sebagainya.
Kajian ilmu ini ialah untuk memberi penjelasan mengenai prinsip prinsip dan sifat sifat umum yang berbentuk fundamental dan sarwajagat terhadap alam kosmos sama ada dari sudut fizikal dan spiritual. Di antara permasalahan-permasalahan yang pernah diperbincangkan oleh para sarjana sama ada dahulu atau sekarang ialah maksud kewujudan abadi dan sementara, kaitan di antara roh dan jasmani manusia, sesuatu yang disifatkan sebagai kekal dan yang tidak kekal. Manakala para sarjana Islam pula menumpukan perbincangan permasalahan permasalahan yang berkaiatan dengan penafsiran makna beberapa ayat al Quran, misaInya mengenal sifat keadilan Tuhan, maksud perkataan ‘arash’, al qurshi dan lain lain. Golongan Muktazilah seperti Jabariyah dan Kadariyah pada kurun ke-8 hingga ke-11 Masihi banyak membincangkan hal ini. Mereka termasuklah tokoh tokoh seperb Al Junaid, Al Farabi. lbnu Sina, lbnu Rushd, lbnu Tufail (dianggap neo Platonist neo aristotalian), Muhammad Iqbal, Al Farouqi, dan yang terkini Syed Muhammad Naquib Al Attas.
Tokoh-tokoh sarjana Islam terkenal yang termasuk ke dalam kelompok sarjanawan terkemuka metafizik,ialah Aristotle yang membicarakan di dalam bukunya “Metaphysics” tentang pelbagai perkara berkaitan dengan kausaliti , kewujudan (existence), ketuhanan, kaitan di antara roh dan jasad dan sebagainya. Ahli falsafah metafizik yang lain ialah Thomas Aquinas, Bishop Berkeley, Hume Kant, dan lain lain.

1.3.3 Faisafah Etika/Moral
Permasalahan permasalahan yang dibincangkan di dalam falsafah etika atau moral adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip atau asas pegangan hidup yang mencorakkan tata kelakuan individu dan masyarakat atau norma norma untuk menentukan kriteria bagi mengukurnya. Permasalahan etika adalah berkaitan dengan cara kita menentukan nilai dan penilaian terhadap kelakuan manusia. lanya merupakan sesuatu masalah yang amat rumit dan menjadi suatu cabaran kepada semua umat manusia.
Matlamat terakhir ilmu falsafah ialah untuk memberi bimbingan kepada manusia supaya mereka mencapai ke taraf bijaksana dan akhirnya berubah menjadi manusia yang berakhlak mulia. Jadi, dapatlah kita katakan bahawa seluruh perbincangan falsafah sebenarnya adalah berkaitan dengan etika, akhlak, atau moral.
Aristotle di dalam bukunya "Ethics" menyatakan bahawa terdapat kaitan yang sangat rapat di
antara ilmu ini dengan ilmu politik disebabkan ianya dikelaskan sebagai ilmu praktikal (practical knowledge) iaitu ilmu yang bukan sahaja dipelajari untuk pencapaian intelek tetapi perlu diamalkan dalam kehidupan harian mamisia. Persoalan yang kerap dibincangkan termasuklah mengenai kehidupan bahagia dan cara yang terbaik untuk mencapainya. Seterusnya
bagaimanakah kita dapat mempastikan bahawa nilai nilai atau prinsip prinsip moral dengan cara yang objektif dan empiris serta bersifat universal.
Perbahasan-perbahasan yang bcrmula sejak zaman Socrates hingga ke zaman pasca moden kini telah mengeluarkan berbagai fatwa dan teori teori seperti teleologikal dan deontologikal dan ideologi ideologi seperti hedonisme, existentialisme, mystisisme, sufisme dan seumpamanya yang secara tidak langsung menjadi asas kepada ideologi politik dan sosial masyarakat tersebut.
Etika dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu berunsurkan nilai nilai sekular dan nilai nilai keagamaan berbentuk imperatif, priskriptif, sakral, dan mutlak. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan keredhaan Tuhan di hari akhirat. Manakala etika secular memberi keutamaan dan penekanan kepada akal atau perasaan emosi manusia yang dianggap sebagai yang terunggul mengatasi yang lain termasuklah segala yang diterangkan di dalam agama. Antara tokoh-tokoh yang banyak memperkatakan tentang permasalahan ini termasuklah Socrates, Plato, Aristotle, Hume, Thomas Hobb, Aguste Comte, Sarte, Jeremy Benthem, JS Mill, John Locke, Emanuel Kant, dan lain-lain. Manakala tokoh-tokoh yang terdapat di dunia timur pula termasuklah Confucious, Lao Tze, Mahatma Gandhi, Al Ghazali, Muhammad Iqbal, Naquib Al-Attas dan ramai lagi.


1.3.4 Estetika
Bidang kajian ini mengkhususkan kepada penyelidikan mengenai permasalahan yang berkaitan dengan nilai-nilai kecantikan dan kejelekan. Ia mempersoalkan sama ada kualiti tersebut wujud secara objektif objek yang dinilai atau hanya wujud dalam minda subjek yang sedang mengamati objek objek tersebut mengikut mode tertentu.
Sebahagian daripada penyelidikan berkaitan dengan operasi minda telah diambilahh oleh bidang kajian psikologi dan neurologi. Walau bagaimanapun masih terdapat pelbagai persoalan falsafah, contohnya persoalan sama ada terdapat perkaitan antara sesuatu yang cantik dengan sesuatu yang dimuliakan dan sesuatu yang jelek disamakan dengan kehinaan. Plato misalnya mengaitkan kebenaran dengan keindahan. Setiap yang benar itu katanya, adalah yang cantik dan indah. Falsafah Islam juga menganjurkan penganutnya supaya mencintai keindahan disebabkan Tuhan itu ialah yang Maha Indah.


2.0 FALSAFAH ETIKA
2.1 DEFINISI ETIKA
Etika ialah teori tentang tingkah laku perbuatan manusia yang dipandang dari segi baik buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal. Etika menyelidiki, memikirkan dan mempertimbangkan tentang yang baik dan yang buruk. Etika memandang tingkah laku manusia secara universal. Dalam pergaulan hidup harus ada anggapan mana yang baik , mana yang buruk untuk mengatur tingkah laku manusia.

Dengan demikian, ada pegangan atau pedoman dalam tingkah laku yang mengisi kehidupan masyarakat. Rumusan etika yang mula-mula dianggap umum sebagai ukuran yang sangat dihargai adalah berpandukan kepada agama. Sebagai ilmu, ia mencari kebenran sedalam-dalamnya tentang kebenaran itu.
Tanggungjawab etika ialah mencari ukuran baik buruk bagi tingkah laku perbuatan manusia. Sebagai ilmu yang menentukan ukuran atas tingkah laku perbuatan manusia, etika merupakan ilmu pengetahuan yang normatif.
Naluri hidup manusia memerlukan etika dan peraturan dakam kehidupan. Ini adalah kerana manusia hidup dalam kelompok. Manusia tidak mampu hidup bersendirian tanpa orang lain atau masyarakat. Dalam kelompok masyarakat setiap manusia mempunyai sikap,tingkah laku dan pandangan yang berbeza. Oleh itu matalah perlu ada sesuatu yang boleh menyeimbangi perbezaan tersebut. Sejarah menunjukkan etika dan peraturan dapat memainkan peranan tersebut.

2.2 KEPENTINGAN ETIKA
Etika membicarakan tingkah laku perbuatan yang bertanggung jawab iaitu tanggungjawab terhadap diri sendiri, sesama manusia, keturunan, keluarga, masyarakat dan negara, Tuhan dan sesiapa sahaja. Dengan penjelasan yang diberikannya, bagaimana orang seharusnya bertindak, etika adalah untuk mengatur tingkah laku. Dalam kehidupan sehari-hari,selagi kta menghadapi berbagai masalah seperti keinginan, perubahan, perselisihan, perjuangan, cita-cita, kejahantan, kezaliman dan lain-lain. Jika hal ini kita hadapi bersungguh-sungguh, masuklah kita ke dalam permasalahan etika. Setiap orang akan memikul tanggungjawab terhadap diri sendiri, tanggungjawab terhadap Tuhan, tanggungjawab kepada negara,tanggungjawab kepada individu lain dan sebagainya.
Sebagai contoh, tanggungjawab manusia tehadap Pencipta. Tuhan mencipta manusia supaya mereka mengabdikan diri kepada-Nya. Memperhambakan diri kepada Tuhan ialah dengan berserah diri menyeluruh kepada-Nya, mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan-Nya. Yang diinginkan dari manusia ialah supaya ia berfikir baik, bertindak baik dan berlaku baik. Jelaslah bahawa tingkah laku perbuatan manusia dipengaruhi, didasari dikendalikan atau diarahkan oleh etika.
Manusia dalam kehidupannya memerlukan barang-barang seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan alat-alat untuk memudahkan kehidupannya. Keperluan kepada barangan melahirkan kegiatan yang penting dalam ekonomi. Tingkah laku manusia untuk mendapatkan keperluan hidup itu menjadi permasalah etika. Ia berdasarkan bagaimana untuk mendapatkan keperluan tersebut, sama ada secara baik atau atau jahat, dengan cara yang awajar atau tidak wajar. Nilai-nilai inilah nilai etika. Di sinilah letaknya kepentingan etika kepada manusia.
Tingkah laku atau perbuatan seharian itu membentuk cara hidup iaitu kebudayaan. Etika mengendalikan cara melakukana dan membuat sesuatu. Sebagai ilmu, etika berperanan melukis sesuatu yang baik atau buruk. Etika membahaskan apa yang dipandangnya dai ia adalah bersifat teori dan apa yang didapatinya, etika membahas secara kritis, ditimbang dan dihargai serta disusun aturan atau norma-normanya.

Alat pengetahuan ialah budi, sedangkan alat nilai adalah hati.Alat etika ialah hati sanubari. Hati itulah yang menyalahkan atau membenarkan tindakan kita. Apabila kita melakukan kejahatan, timbul rasa sesalan dalam hati kita. Sebaliknya, kalau kita melakukan tindakan baik, timbul kepuasan dalam hati kita. Adakalanya hati itu memeperingatkan manusia agar terhindar dari bahaya. Seringkali terjadi pertentangan antara rasa, fikiran dan kemahuan.
Malaikat atas suruhan Tuhan menggerakkan hati kepada yang baik, sebaliknya syaitan membisik kepada sesuatu yang jahat. Kalau diterimanya gerak-geri yang berasal dari malaikat, lahirlah perbuatan yang baik. Sebaliknya jika bisikan syaitan yang diterimanya, timbullah perbuatan yang jahat. Oleh itu perlulah akal diisi dengan ilmu melauli budi dengan agama melalui hati, sehingga dengan penerangan ilmu dan agama, akal tidak sesat jalan dalam memberikan keputusan.

2.3 PERBANDINGAN DI ANTARA NILAI, MORAL, DAN ETIKA

2.3.1 NILAI
Secara umumnya, nilai atau "values" adalah satu panduan kepada segala perilaku, sistem kepercayaan serta pemikiran manusia yang berbentuk dinamik dan sentiasa berubah. Mengikut pandangan Smith (1977), manusia tidak dilahirkan dengan sistem nilai, tetapi kita dilahirkan ke dalam budaya dan masyarakat yang mendorong, mengajar serta mendidik mengenai nilai-nilai mereka kepada kita. Sepertimana yang dihuraikan sebelum ini, pembelajaran mengenai nilai akan diusahakan oleh ibu bapa dengan berpandukan kepada nilai, peraturan serta norma sesebuah masyarakat. Proses memperolehi nilai ini berlaku sejak manusia berada di zaman kanak-kanak dan ia akan terus diperolehi di tahap-tahap perkembangan yang seterusnya.
Nilai manusia adalah dinamik (Kirschbaum, 1977). Nilai dan kepercayaan manusia boleh berubah dengan adanya pengaruh-pengaruh luaran atau dalaman, perkembangan, pembesaran mahupun pengalaman-pengalaman ke atas diri individu. Ia berubah sepanjang kehidupan manusia. Umpamanya, bagi kanak-kanak, mungkin nilainya berpusat di sekitar aktiviti bermain, bagi remaja ialah hubungan dengan kawan sebaya, bagi dewasa muda ialah hubungan dengan pasangan intim mereka, bagi dewasa pula ialah kerja yang mereka lakukan dan bagi orang tua, nilai mereka berpusat di sekitar berkhidmat kepada orang lain. Namun, semua nilai ini adalah berpandukan kepada norma-norma serta nilai umum masyarakat.
Mengikut Smith (1977) lagi, terdapat pelbagai bentuk nilai; nilai objektif, nilai ontologikal, nilai metafizikal dan nilai moral. Namun, kebanyakan kita memahami nilai dari segi apa yang boleh atau harus dengan apa yang tidak boleh atau tidak harus, iaitu dengan menggunakan nilai dalam bentuk yang moralistik.
Rokeach (1979) yang banyak membuat penelitian serta pengukuran mengenai nilai manusia serta masyarakat menyatakan bahawa nilai manusia merangkumi segala aspek kehidupan secara holistik. Beliau juga menyatakan bahawa petunjuk-petunjuk bagi nilai adalah matlamat hidup, tujuan hidup, aspirasi, sikap, perasaan, maksud, kepercayaan, aktiviti-aktiviti, masalah, penggunaan masa, penggunaan wang ringgit serta tenaga.
Pegangan, kepercayaan dan amalan individu dengan merujuk kepada garispanduan yang dipersetujui oleh sekelompok manusia (Mahmood, Sabitha & Rasidah, 1996).
Standard dalam pengkongsian terhadap apa yang diingini ..... menentukan perihal baik-buruk (Brinkerhoff & White, 1985).
Nilai adalah berkaitan dengan perihal betul, salah, baik, buruk, moral, tidak bermoral, beretika atau tidak (Thiroux, 1985).
Prinsip dalam kebudayaan yang mengandungi idea tentang apa yang kebanyakan manusia inginkan dalam sesuatu masyarakat ....... (dan) norma sesuatu masyarakat selalunya berasaskan kepada nilai yang dipersetujui (Shepard, 1990).
Idea yang dikongsi bersama manusia tentang apa yang baik dan buruk serta apa yang diingini dan apa yang tidak.... membawa implikasi kepada kelakuan manusia seharian (Light&Craig, 1989).

Dalam buku "Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam", nilai ialah kepercayaan yang menolong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.

2.3.2 MORAL
Moral dan nilai adalah saling berkaitan dalam ertikata moral ditakrifkan dengan berpandukan kepada nilai bersama. Secara umumnya, ahli-ahli falsafah percaya bahawa perkataan moral diarahkan kepada makhluk-makhluk yang rasional sahaja dan tidak kepada makhluk yang tidak berpandukan kepada prinsip-prinsip rasionaliti. Umpamanya, perbuatan-perbuatan haiwan yang "tidak senonoh" yang dilakukan secara terbuka tidak kita takrifkan sebagai "tidak bermoral" tetapi perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh manusia yang rasional akan dinyatakan sebagai kelakuan yang tidak bermoral.
Oleh itu, takrifan moral akan hanya ditujukan kepada manusia yang boleh berkelakuan sejajar dengan prinsip-prinsip serta peraturan yang menstrukturkan atau mengarahkan rupa bentuk tingkah laku (Grassien, 1992). Dalam erti kata lain, perkataan "moral" akan hanya digunakan ke atas makhluk yang berupaya menahan serta menstrukturkan keinginan, kemahuan serta kehendak mereka dengan berdasarkan kepada prinsip-prinsip rasionaliti.
Pettman (1979) melihat moral sebagai produk sosial yang terhasil dari kebiasaan (habit) dan kepentingan diri (self interest) manusia, juga didorongi oleh kepekaan mengenai apa yang betul dan apa yang harus. Ini bermakna bahawa manusia dalam sesebuah masyarakat akan menggariskan bentuk-bentuk tingkah laku yang bermoral dengan berpandukan kepada sumber-sumber tertentu seperti agama, kepercayaan, atau adat turun temurun untuk dijadikan sebagai panduan kepada tingkah laku anggota-anggota masyarakat.
Fahaman mengenai konsep moral yang dipegangi oleh sesebuah masyarakat juga akan berubah. Pendapat-pendapat baru mengenai perilaku bermoral yang lazimnya tercetus melalui pentaakulan dan wacana falsafah (philosophical reasoning and discourse) akan membawa kepada kewujudan teori-teori moral yang baru. Teori ini pula memuatkan kriteria khusus bagi pengaplikasian konsep moral yang tepat dan dengan itu membekalkan asas kepada penilaian kelakuan moral yang kukuh (Montague, 1992).
2.3.3 ETIKA
Perkataan etika dan moral juga adalah saling berkait, dan ramai penyelidik dalam bidang ini serta ahli-ahli falsafah sering menggunakan maksud yang sama bagi kedua-dua perkataan ini (Kirschenbaum, 1977; Smith, 1977; Cederblom & Dougherty, 1990; Grassien, 1992; Montague, 1992; White, 1992).
Secara umumnya, etika ialah mengenai apa itu betul dan apa itu salah (White, 1992). Secara khususnya pula etika ialah satu kajian falsafah mengenai moraliti, iaitu, keperiakuan yang betul, sifat-sifat yang bermoral, obligasi, kebertanggungjawaban, keadilan sosial dan kehidupan yang baik secara keseluruhannya (Grassien, 1992).
Menurut White (1992) lagi, etika mempunyai tujuan untuk menilai tindak tanduk manusia, sama ada apa yang dilakukan itu betul atau salah dengan berpandukan kepada standard etika atau standard moral manusia serta masyarakatnya. Oleh kerana etika mempunyai tujuan ini, maka apa yang penting dalam etika ialah harus terdapat standard yang tepat serta bersesuaian untuk dijadikan asas untuk perbandingan. Jikalau asas ini melencong dari apa yang difahami sebagai "baik", "harus" atau "boleh", maka ia tidak dapat memberi asas kepada penilaian etika.
Terdapat dua cabang dalam kajian falsafah mengenai moraliti; pertama ialah kajian yang berbentuk diskriptif dan kedua ialah kajian yang berbentuk saintifik. Kajian yang diskriptif lazimnya mengenalpasti secara perihalan perilakuan, gelagat serta perbuatan yang bermoral atau yang tidak bermoral, manakala kajian yang berbentuk saintifik menggunakan pentaakulan falsafah bagi menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu bermoral atau sebaliknya.
Grassien (1992) seterusnya membahagikan kajian saintifik mengenai moral kepada dua bahagian; iaitu etika normatif dan metaetika. Etika normatif merupakan percubaan untuk membekalkan jawapan-jawapan yang sistematik dan mempunyai justifikasi terhadap persoalan-persoalan moral. Manakala metaetika pula adalah kajian falsafah mengenai moraliti. Ia meneliti ke dalam makna dan logik mengenai persoalan moral, mengariskan prinsip-prinsip moral serta membekalkan asas bagi taakulan moral (moral reasoning).
Etika ialah satu persoalan untuk memahami apa yang dapat membentuk kehidupan yang baik dan sesuatu urusan untuk mencapai kehidupan yang lebih sempurna (Buchholz, 1989).
Etika ialah:-
Penerimaan standard dalam bentuk peribadi atau kebajikan sosial yang dipercayai sebagai benar .......... apa yang dirasai sebagai betul ........ sesuai dengan kepercayaan agama ............ sesuai dengan peraturan (Harris, 1992).
Mengelak dan menyelesaikan konflik dengan cara yang bertamadun (Thomassen, 1992).
Menyesuaikan diri dengan standard yang ditetapkan dalam sesuatu profesion atau kumpulan ...... betul dan salah dalam sikap dan tindakan individu (Toffler, 1986).
Dalam buku "Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam", ... tanggungjawab seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
R. C. Solomon (1984), etika dibahagikan kepada dua kategori :
a) Perwatakan individu termasuklah apa yang dimaksudkan sebagai insan soleh (good person)
b) Peraturan masyarakat (sosial rule) berfungsi mengatur dan mengawal perlakuan manusia terutamanya peraturan yang mutlak mengenai perilaku betul atau salah (moral).

2.4 AGAMA DAN ETIKA
Setiap masyarakat, tidak kira bila atau di mana sekalipun berada, mereka sudah pasti mempunyai agama untuk menjawab soalan soalan yang mereka hadapi. Agama merupakan penyelesaian kepada persoalan persoalan mengenai siapa pencipta alam ini, siapa penyebab kepada sesuatu peristiwa, dan siapa tempat meminta clan memohon. Agama juga menentukan peraturan peraturan hidup bergantung kepada agama yang dianuti. Ada agama yang hanya memberi peraturan mengenain hubungan manusia dengan tuhannya, pada masa dan tempat tertentu sahaja. Manakala hal hal kehidupan yang lain seperti hal politik, ekonomi, pendidikan dan sosial, ahli-ahli masyarakat bebas membuat apa saja. Fungsi agama bagi masyarakat ini hanya untuk keperluan individu sahaja. Agama tidak mengatur hubungan sosial, dan tidak menentukan etika dalam hidup. Bagi mereka, bidang agama adalah mengenai hubungan manusia dengan tuhan sahaja dan tidak berperanan langsung dalam menentukan etika dalam hidup sesama manusia. Dengan kata lain, agama dan etika adalah dua perkara yang berbeza.

Ada pula agama yang tidak ada kaitan dengan tuhan, malah bagi penganut penganut agama tersebut tuhan tidak perlu dan tidak penting. Tuhan tidak ada dan tidak perlu dalam hidup, yang penting bagi penganut agarna ini adalah hidup beretika, bukan hidup bertuhan. Mereka pentingkan hidup yarig baik sesama manusia, malah mereka berhati hati dalam kehidupan sehari hari agar mereka tidak menzalimi makhluk lain walaupun seekor semut. Bagi mereka, apa sahaja yang bernyawa perlu dijaga dan mendapat taraf sarna dengan manusia. Haiwan tidak boleh dikasari, apalagi dibunuh atau dimakan. Bagi mereka, beragama ialah beretika sesama manusia dan makhluk-makhluk lain.
Dalam agarna lain pula, keperluan beretika mencakupi kepada Tuhan dan makhluk. Dalam agama ini:,terdapat peraturan yang menuntut bagaimana seseorang itu perlu beretika kepada Tuhan yang menciptanya dan mencipta segala keperluannya. Dengan kata lain, agama adalah satu peraturan hidup yang mengandungi perhubungan vertikal dengan tuhan dan perhubungan horizontal dengan sesama makhluk tuhan.
Sumber etikanya ialah wahyu yang diturunkan oleh tuhan, yang perlu diterapkan dalarn kehidupan. Setiap penganut diwajibkan untuk beretika kepada tuhannya, dengan mengikut sernua suruhan Nya dan menjauhi segala larangan Nya. Setiap manusia perlu bersyukur di atas rezeki yang diterimanya setiap hari.
Mereka perlu bersyukur kerana mendapat bimbingan Nya, melalui kitab suci yang diberi Nya. Setiap detik manusia perlu mengingati Nya agar sentiasa berada dalam keselamatan. Dengan cara ini dia beretika kepada tuhannya.
Setiap manusia mesti menjalankan tanggung jawab kepada keluarga, jiran, ibubapa dan masyarakatnya kerana hidup adalah suatu ibadah. Meninggalkan kewajipan bermakna tidak beretika dan tidak menunaikan ibadah. Berbuat baik, menolong antara satu sama lain, dan memelihara persekitaran adalah amalan etika yang perlu ditunaikan untuk menjadi penganut .agama ini.
Kesimpulannya, terdapat tiga jenis perhubungan antara agama dan etika, iaitu:
(i) Agama lain, etika lain. Agama ditentukan oleh tuhan, dan etika ditentukan oleh masyarakat.
(ii) Kepercayaan kepada tuhan tidak penting tetapi yang penting ialah hidup beretika, malah kewujudan tuhan tidak perlu dalam hidup mereka.
(iii) Agama dan etika tidak boleh dipisahkan. Hidup beragama bermakna hidup beretika, dan hidup beretika bermakna hidup beragama. Agama dan etika mencakupi setiap aspek kehidupan termasuklah politik, ekonomi, sosial dan seluruh kehidupan masyarakat.

2.5 UNDANG UNDANG DAN ETIKA
Setiap masyarakat mernpunyai undang-undang untuk mengawal tingkah laku alili ahlinya. Undang undang akan menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Oleh kerana kehidupan masyarakat berbeza beza, maka undang undang pun berbeza, berdasarkan kepada budaya, sejarah, pengalaman dan keperluan sesuatu masyarakat. Jadi, tidak hairanlah jika suatu tindakan yang terpuji bagi sesuatu masyarakat, mungkin menjadi sesuatu kesalahan bagi masyarakat lain. Perkara yang tidak beretika bagi sesuatu masyarakat, mungkin menjadi sesuatu perbuatan yang sesuai mengikut undang undang sesebuah masyarakat lain.
Sebagai contoh, pada,zaman apartheid di Afrika Selatan suatu ketika dahulu, perkahwinan yang sah dari segi agama antara seorang lelaki berkulit hitam dengan seorang perempuan berkulit putih dianggap bertentangan dengan undang undang Afrika Selatan dan boleh di hukum penjara. Di Amerika Syarikat sescorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lelaki yang lain dan dikira sah dari segi undang undang, walaupun dari segi etika perbuatan itu sangat jijik dan tidak beretika. Ada negara yang membenarkan lelaki dan perempuan hidup bersama tanpa berkahwin. Dari segi undang-undang kelakuan ini sah, tetapi berkahwin lebih daripada seorang isteri, tidak dibenarkan dan menyalahi undang undang negara tersebut.
Sebagai kesimpulannya, ada kelakuan yang sah dari segi undang undang tetapi tidak beretika dan ada kelakuan beretika tetapi menyalahi undang updang. Sebagai contoh lagi, ada judi yang ‘halal’ dan ada judi yang haram walaupun judi itu satu perbuatan yang tidak baik. Kegiatan perjudian adalah ‘halal’ jika diberi lesen oleh pemerintah dan dikendalikan mengikut peraturan undang undang. Tetapi judi menjadi haram jika beroperasi tanpa lesen. Dengan kata lain, apa saja kelakuan yang mengikut undang undang dikira sah dan boleh diamalkan, walaupun dari segi etika ia adalah salah. Manakala perbuatan yang beretika boleh dlikenakan hukuman, kalau undang undang negara tidak membenarkannya.

FALSAFAH ETIKA KERJA MENURUT TOKOH-TOKOH BARAT
Nilai yang menganggap pekerjaan itu adalah sesuatu yang penting, baik dan mempunyai unsur-unsur kemuliaan (Miner, 1988).
Kerja itu sebagai tempat menumpukan minat dan untuk mencapai matlamat dalam kehidupan (Davis & Newstrom, 1989).
Satu nilai dan aktiviti kerja yang berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh individu (Cherington, 1989).
Sikap individu terhadap kepentingan pekerjaan, jenis pekerjaan yang dipilih atau yang hendak mereka lakukan serta kualiti bagi usaha-usaha yang dilakukan semasa sesuatu kerja itu (Plunkett, 1994).
Satu himpunan kepercayaan terhadap pentingnya pekerjaan di samping peranan dalam memenuhi kehendak manusia ...... sikap-sikap yang positif terhadap kerja (Albanese & Van Fleet, 1983).

BIBIOGRAFI
Al Ghazali, 1977. Al Risalat A Duni. Diterjernalikan oleli Abdullall Muliammad. Kotil Billn ii: Pustaka Aman Press Scin. Blid. (Teks asal dalain tulisan jawi).
Aristotle, 1962. The Politics. Ducrjeiualikan olcli T.A. Sinclair. flarmonswordi Middlexex: Penguin Books Ltd.
Aristotle, 1953. Ethics. Diterjemahkan oleli I.A.K. Thomson. London: Penguin. Books Ltd, Geogre Allen & Unwin Ltd.
Dewey J., 1934. A Common Faith. New f laven: CT Yale University Press.
Jolin Passinore, 1957. A Hundred Years of Philosophy. England: Penguin.
Lacey A.R., 1976. A Dictionary Of Philosophy. Boston: Routledge and Kegan Paul & Henley.
Mortimer J.Adler, 1972. Great Ideas From The Great Book. New York: Simon and Scliuster Inc.
Morton Wliite 1955. The Age Of Analysis. New York: Mentor Books.
Muhammad N/IUqii n (ed)., 1992. Research Methodology In Islamic Perspective. Kuala Lumpur: S Abdul Majeed & Co.
Pervev Hoodbhoy, 1992. Islam And Science. Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co.
Rouse W.H.D. (penterjernali), 1956. Great Dialogues Of Plato. New York: Mentor Books. RUSLI1, B. 1985. The Problems of Philosophy. Oxford . Oxford University Press.
Sliaril'ah Sliifa al Attas (ed.), 1996. Islam and The Challenge Of Modernity. Ktiala Lumpur: is,rAC.
Sycd llosein Misr, 1908. Scienceand Civilization in Islam. New York: New Anmic;iii 1,11)rary.
Syed 1~dulianunad Naquib al Attas, 1995. Prolegomena to The Nietaphysics Of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002