Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

KEMAHIRAN GERNERIK

Teknologi Maklumat
Berdasarkan kepada "A conceptual Blueprint", jelaslah kepada semua guru bahawa kebolehan menguasai TM menjadi asas penting kepada sekolah bestari. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kepada semua guru untuk menguasai tajuk-tajuk berikut:
· Asas Perkakasan Multimedia
· Asas Microsoft Windows '95
· Aplikasi Mikrosoft Office '95
· Microsoft Word 7.0
· Mikrosoft Wxcel 7.0
· Microsoft Power Point 7.0
· Intergrasi Microsoft Office '95
· Asas Rangkaian & INTERNET
· Penilaian Perisian Kursus
· Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
· Pengajaran dan Pembelajaran Berintergrasikan Komputer
· Pembinaan Perisian Kursus
· Pembinaan Home Page
· Penyenggaraan Komputer Peribadi
· Pengurusan Data
· Rangkaian dan Kumunikasi Data
(Petikan Tajuk-Tajuk dari Modul TM-BPG)

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS

PENGENALAN

Perkembangan daya intelek individu telah diberikan penekanan utama dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi, dan jasmani. Selaras dengan saranan ini, maka Kemahiran Berfikir telah dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha untuk meningkatkan perkembangan intelek pelajar.

Bagi memastikan kemahiran berfikir ini dikuasai oleh pelajar, maka objektif tentang penguasaan kemahiran berfikir ini telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah. Umpamanya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), satu daripada objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir, dan mengembangkan bakat serta kreativitinya. Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula antara objektif yang diberikan penekanan ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Antaranya termasuklah Sekolah Bestari. Sehubungan dengan perkara ini Kemahiran Berfikir dijadikan sebagai satu daripada elemen utama yang dilaksanakan dalam kurikulum Sekolah Bestari. Dengan ini Kemahiran bukanlah satu mata pelajaran berasingan, tetapi merupakan elemen yang akan diajarkan secara penyebatian yang merentasi kurikulum. Semoga dengan penguasaan Kemahiran Berfikir ini diharapkan kualiti pemikiran murid akan meningkat dan mereka berkeupayaan memperoleh ilmu dan menguasai kemahiran dengan lebih berkesan.
Pelajar-pelajar yang menguasai kemahiran berfikir sudah tentu akan berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan itu dibuat. Dengan ini kemahiran berfikir akan mampu memandu pelajar menggunakan bahasa yang baik dan menghasilkan idea-idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang kritis dan kreatif.

Di samping itu pelajar-pelajarjuga akan berkeupayaan untuk membuat pertimbangan dan penilaian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu itu dari segi amalan, nilai, sikap dan norma hidup dalam konteks negara kita. Dengan adanya kemahiran berfikir juga diharapkan para pelajar dapat menghadapi cabaran-cabaran terkini dan mampu menangani cara hidup yang sesuai dengan cara perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih tanpa mengorbankan nilai dan amalan yang baik sesuai dengan rakyat Malaysia.

Pelajar-pelajar pada masa sekarang tentunya akan menjadi generasi pada masa akan datang. Oleh itu dengan menyediakan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, berketrampilan, berikan pengetahuan, dan yang mengamalkan nilai dan sikap yang positif diharapkan tahap pembangunan negara pada masa kini dan akan datang, akan menjadi lebih mantap dan berkesan.
"The level of the development of a country is determined, in considerable part, by the development of it's people's intelligence....' Luis Alberto M'achado
Begitulah pentingnya kemahiran berfikir datam sistem pendidikan, terutamanya dalam program Sekolah Bestari.

APAKAH DEFINISI DAN TUJUAN KEMAHIRAN BERFIKIR ?

Definisi yang sesuai untuk konsep kemahiran berfikir masih dipertikaikan, kerana kebanyakan tokoh pemikir mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Umpamanya George (1 970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks.

Edward de Bono (1 976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.

Mayer (1 977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

Menurut seorang tokoh pemikir lain, iaitu Chaffee (1 988), pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Satu lagi definisi tentang berfikir yang agak menarik ialah definisi yang dikemukakan oleh Vincent Ryan Ruggiero (1 984): "Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning."

Selain itu terdapat definisi yang lebih luas tentang pemikiran dan mempunyai pertalian yang erat dengan definisi di atas, iaitu definisi yang diperjelas oleh John Barell (1991): "..........I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options, the attempt to arrive at logical, reasonable jugements, and reflection on the process."
Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Berdasarkan beberapa definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, maka dapatiah dirumuskan bahawa:
"Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami."

Apakah Kesilapan Kita?
Kita sering sahaja berfikir untuk melakukan sesuatu atau bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Namun demikian kita juga sering membuat kesilapan semasa berfikir. Adakah anda pernah membuat kesilapan semasa berfikir? Cuba anda fikirkan pula mengapakah kesilapan-kesilapan itu beriaku. Cuba renung kembali apakah kesan atau akibat daripada kesilapan tersebut.

Mengikut Perkins dan Swarts (1 990) kesilapan-kesilapan utama yang sering kita lakukan semasa berfikir ialah berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru.
Kesilapan-kesilapan tersebut dapatiah dihuraikan seperti yang berikut:

Berfikir secara terburu-buru
Kesilapan ini beriaku apabila kita bertindak dengan tergesa-gesa untuk membuat keputusan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini demikian kerana kita tidak menggunakan masa yang cukup untuk bertindak. Apabila keadaan ini terjadi maka berlakulah kesilapan-kesilapan yang tidak seharusnya berlaku.

Fikiran yang sernpit
Kelemahan ini beriaku apabila kita cuba membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu itu dengan lebih luas. Kita juga tidak berusaha untuk memberi pertimbangan yang wajar, mencari makna yang tersirat, menerokai bukti-bukti lain yang nyata, meninjau pandangan-padangan orang lain, memilih alternatif-afternatif, dan mengkaji kemungkinan-kemungkinan lain. Akibat daripada tindakan seperti ini, kita mungkin terlepas pandangan untuk membuat keputusan yang terbaik.

Fikiran yang kabur
Kesalahan ini berlaku apabila idea yang hendak kita sampaikan itu idak menepati objektif yang dikehendaki. Umpamanya mungkin kita tidak memperjelaskan sesuatu konsep itu dengan lebih terperinci dengan memberi tafsiran dan contoh-contoh yang nyata. Dengan itu berlakulah kesamaran pada idea yang hendak kita sampaikan.

Fikiran yang bercelaru
Kelemahan ini beriaku apabila kita tidak merancang dan menyusun idea yang hendak kita sampaikan itu dengan cara yang sistematis. Idea yang hendak kita sampaikan itu lazimnya kita sampaikan secara rawak, iaitu tidak disusun mengikut urutan atau prinsip-prinsip tertentu. Dengan itu berlakulah perulangan dan pertindihan idea yang tidak menentu tanpa arah dan tuju hala tertentu.

Apakah Otak dan Minda itu sama?
Kita selalu bercakap tentang otak dan minda, tetapi adakah kita tahu akan maksud otak dan minda. Sebenarnya otak merupakan organ yang terletak pada bahagian kepala kita yang mempunyai sistem-sistem tertentu, manakala minda pula merupakan kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan.

Sebagai analogi otak dapat diibaratkan seperti sebilah pisau, manakala minda dapat diibaratkan seperti ketajaman yang terdapat pada mata pisau tersebut. Pisau tidak dapat digunakan dengan sempurna jika matanya tidak diasah untuk mendapatkan ketajaman yang maksimum. Begitu halnya dengan otak kita yang tidak dilatih untuk menghasilkan minda atau pemikiran yang berkualiti.

Oleh itu otak kita harus diasah dan digilapkan seperti juga mata pisau. Jika usaha ini sering dilakukan maka sudah tentulah potensi minda kita akan meningkat dari semasa ke semasa. Namun demikian kita seharusnya juga berwaspada supaya pisau yang kita asah itu dapat digunakan kepada perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah.

Otak dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu otak kanan dan otak kiri. Otak kanan letaknya di hemesfera yang terdapat pada bahagian kanan kepala, manakaia otak kiri pula letaknya di hemesfera yang terdapat pada bahagian kiri kepala.

Sesuai dengan kedudukannya maka kedua-dua bahagian otak itu disebut sebagai Hemesfera Otak kanan (HOKA) dan Hemesfera Otak kiri (HOKI).
Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu, iaitu sebagai yang dapat dilihat di bawah ini.
Hemesfera Otak Kiri (HOKI) Hemesfera Otak Kanan (HOKA)
Logik Analitis Urutan Bahasa Matematik Linear Kreatif Sintisis Global Bentuk, corak, pola, ruang Lukisan, rentak, muzik Imej, visual, gambar, imaginasi

Rajah 1.. Fungsi HOKA dan HOKI
Berdasarkan penerangan di atas dapatlah diperhatikan bahawa HOKI lebih memberikan tumpuan kepada kemahiran kritis dan HOKA lebih memberikan tumpuan kepada kemahiran kreatif. Oleh itu kedua-dua bahagian otak ini hendaklah diberikan perhatian yang sama dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kita bukan sahaja pelajar yang kritis, tetapi kita juga memerlukan pelajar yang kreatif. Dengan ini kedua-dua otak kanan dan otak kiri hendaklah dikembangkan dengan sewajarnya melalui rangsangan, bahan, alat dan aktiviti berfikir daiam pengajaran dan pembelajaran. Seseorang pelajar itu seharusnya mendapatkan kemahiran menggunakan kedua-dua bahagian otak itu untuk mendapatkan potensi minda yang optimum.

Apakah Jenis Kemahiran Berfikir?
Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran yang dikemukakan oleh ahli-ahli pemikir dan penulis-penulis dalam bidang berkenaan. Sungguhpun begitu secara amnya kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada dua domain utama, iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.
Kemahiran Berfikir Secara Kritis ialah kecekapan dan keupayaan rrienggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Contoh-contoh Kemahiran Secara Kritis adalah seperti yang berikut:
· Membanding dan membeza
· Membuat kategori
· Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
· Membuat sekuens
· Menerangkan sebab
· Membuat ramalan
· Mengusul periksa andaian
· Membuat inferens
· Mengesahkan sumber maklumat

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif pula ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Antara contoh Kemahiran Berfikir Secara Kreatif termasukiah:
· Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai,
· Mencipta analogi
· Mencipta metafora

Selain keniahiran-kemahiran yang disenaraikan di atas terdapat dua lagi kemahiran yang penting iaitu Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah. Kedua-dua kemahiran ini sebenamya boleh berada di dalam kedua-dua domain kemahiran berfikir yang telah dibincangkan sebelum ini. Membuat Keputusan dan menyelesaikan Masalah dapat juga berperanan sebagai proses kepada kemahiran-kemahiran tadi. Dengan kata lain kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembeiajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah Membuat Keputusan atau Menyelesaikan Masalah.

Walaupun kemahiran-kemahiran tersebut dibahagikan kepada dua domain iaitu kemahiran berfikir secra kritis dan kreatif tetapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran-kemahiran tersebut harus ah dilihat secara keseluruhan, iaitu tanpa dipisah-pisahkan mengikut domain yang telah ditentukan.

Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, kesemua kemahiran tersebut perlu melalui sama ada proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Oleh itu jika kemahiran-kemahiran berfikir ini diguriakan dan diamalkan, sudah tentulah para pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu idea, konsep, atau isu yang sedang dipelajari.

Secara mudah KBKK ini dapat ditunjukkan melalui rajah yang berikut:
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Kemahiran Berfikir Secara Kritis Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Membanding dan membeza Membuat kategori Menerangkan sebab Meneliti Bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan Mengusul periksa andaian Membuat ramalan Membuat lnferens Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai Mencipta analogi Mencipta metafora
Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah


SOALAN Shaari Osman
Soalan dan penyoalan jika digunakan dengan baik akan membantu pelajar berfikir secara mendalam dan meluas. Sebagai seorang guru adalah amat penting dikuasai kemahiran membentuk soalan yang baik dan menggunakannya dengan baik bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Soalan-soalan mempunyai potensi untuk dikembangkan dalam tiga aspek iaitu:
· Aras : Mengikut Teksonomi Bloom
Soalan Bertumpu atau bercapah
· Skop : Lingkaran Solan
· Fokus : Memberi fokus kepada isi pelajaran atau kemahiran berfikir
Taksonomi Bloom
Bloom menyatakan aras-aras solan mengiku kiraki bermula daripada aras rendah hingga kepada aras yang lebih tinggi. Aras dalam kontek teksonomi Bloom adalah merujuk kepada aras kognitif. Soalan aras tinggi berupaya untuk mencabar pemikiran kita samaada bercorak pemikiran kritis atau kreatif. soalan aras tinggi juga dapat membantu memperkasakan pemikiran kita. Aras kognitif mengikut taksonomi Bloom adari aras rendah kepada aras tinggi adalah seperti berikut:
· Pengetahuan
· Kefahaman
· Aplikasi
· Analisis
· Sintesis
· Penilaian

Soalan Bertumpu dan Bercapah
Soalan dapat diklasifikasikan sebagai menumpu atau bercapah berdasarkan kepada jawapan samaada bersifat lebih subjektif atau objektif. Soalan yang memerlukan jawapan yang bersifat objektif dikenali sebagai soalan bertumpu dan soalan yang memerlukan jawapan yang lebih subjektif ialah soalan bercapah. Soalan bercapah lebih tinggi arasnya kerana ia mampu mencabar pemikiran pelajar.

Lingkaran Soalan
Lingkaran soalan ialah soalan yang memberikan tumpuan kepada skop-skop tertentu. iaitu skop perkara, individu dan luar individu.
Perkara
Segala soalan yang dikemukan ditumpukan kepada tajuk atau teks bacaan secara langsung.
Contoh soalan: Namakan lima jenis buah-buahan tempatan?.
Soalan ini memberi fokus terus kepada tajuk atau teks.

Individu
Individu merujuk kepada orang yang terlibat membaca teks atau orang yang soalan tersebut ditujukan, misalnya pelajar. Soalan tersebut perlulah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatian, atau pandangan individu tersebut. Dengan cara ini konsep ilmu yang baru dipelajari itu tidak terasing di dalam pemikiran murid. Ia sebaliknya dapat membina kosep yang bersepadu dengan apa yang telah difahami sebelum ini.
Contoh soalan: Adakah anda suka makan buah-buahan tempatan?, beri alasan anda.

Luar Individu
Merujuk kepada skop di laur individu (pelajar) seperti masyarakat, komuniti, manusia sejagat, kawasan, daerah, negeri dan mungkin juga luar negara sesuai dengan pengalaman yang ada pada pelajar tersebut. Soalan ini perlulah dirujuk kepada luar individu tetapi masih lagi berkisar
di kalangan tema yang sedang dibaincangkan

Contoh Soalan: Senaraikan nama buah-buahan luar negara yang terdapat di dalam pasaran ?
Bagi meningkatkan lagi kemahiran berfikir di kalangan pelajar, setiap lingkaran dapat digabungkan menjadi dua atau tiga lingkaran,

Gabungan antara perkara dengan individu (P+I)
Contoh Soalan: Pada pendapat anada (I), bagaimana industri buah-buahan tempatan dapat
dimajukan ?

Gabungan antara Individu dengan Luar Individu (I+LI)
Contoh Soalan: Pada pendapat anda (I) mengapakah kerajaan kita tidak menggalakkan rakyatnya
membeli buah durian dari negara Thai (LI) pada masa ini.

Gabungan antara Perkara dengan Luar Individu
Contoh Soalan: Apakah perbezaan anatara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan luar
negara (LI)

Gabungan antara Perkara, Individu dan Luar Individu (P+I+LI)
Contoh Soalan: Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) daripada buah-buahan
negara barat (LI). Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini (I)?.
Beri alasan anda.

PETA MINDA
Lakaran grafik pemikiran individu. Ia menjadikan sesuatu yang tersirat kepada yang tersurat. Peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan

Bentuk Peta Minda
Bentuknya berbagai bergantung kepada kreativiti penulis. Perkara yang menjadi asas ialah mudah, menarik dan memberikan makna kepada penulis tersebut.

Panduan menghasilkan peta minda
· Gunakan kertas kosong tanpa garis
· Gunakan secara landskap
· Mula dari pusat
· Lukiskan imej pusat menggambarkan idea, isi, pandangan atau pun pemikiran anda
· Gunakan sekurang-kurangnya 3 warna
· Saiz imej pusat 2"x 2"
· Biarkan imej pusat terbuka
· Kembangkan garisan dari pusat ke arah luar. Di atas garisan ini tulis topik utama/idea utama dalam bentuk perkataan, gambar atau kedua-duanya.
· Garisan utama lebih besar dan organik
· Garisan ini sama panjang dengan perkataan di atasnya
· Satu perkataan untuk satu garisan
· Dari garisan utama kembangkan garisan-garisan lain mengikut keperluan
· Garisan-garisan itu lebih nipis daripada garisan utama.
· Gunakan huruf kecil
· Gunakan kata kunci atau imej
· Guanakan imej berwarna dan 3-D dalam simbul
· Letakkan perkataan di atas garisan
· Jadikan corak yang menarik
· Gunakan anak panah, gambar dan corak untuk menunjukkan perkaiatan
· Gunakan bentuk ringkas serta kod-kod peribadi untuk keseronokan dan keberkesanan
· Biarkan kreatif adan asli
· Jadikan peta minda sesuatu yang menghiburkan

Penghargaan:
Kumpulan Penulis Modul KBKK, dan TM
dipetik dr My Page http://members.xoom.com/arios

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002