Huraikan
bagaimana jangkaan guru boleh mempengaruhi prestasi seseorang pelajar
1.0
Pengenalan
Perbezaan
individu di kalangan murid bolehlah dianggap perkara semula jadi.
Ia boleh berlaku pada sebarang peringkat umur iaitu sama ada kanak-kanak
atau orang dewasa. Di peringkat sekolah menengah rendah, sistem
pendidikan di negara kita cuba membuat pembezaan atau pengaliran
tertentu, iaitu khasnya berdasarkan prestasi seseorang pelajar.
Pengaliran yang paling ketara sekali di negara kita ialah menempatkan
pelajar-pelajar yang cerdik di sekolah-sekolah elit seperti Sekolah
Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Teknik
dan Sekolah Menengah Asrama Penuh yang lain.
Manakala
di peringkat sekolah pula, pelajar-pelajar dibahagikan ke kelas-kelas
berdasarkan ukuran prestasi pelajar berdasarkan peperiksaan tahunan.
Misalnya, selepas PMR pelajar dialirkan kepada beberapa jurusan
seperti aliran sains, teknikal, agama dan biasa namun di dalam setiap
jurusan tersebut juga mengandungi kelas yang terbaik dan kurang
baik. Hal ini berlaku kerana ia berkait rapat dengan anggapan guru
terhadap prestasi pelajar secara umumnya.
2.0
Definisi konsep
Kamus
Dewan Edisi Ketiga (1994) mendefinisikan jangkaan ialah sebagai
suatu bentuk dugaan atau ramalan. Dalam hal ini, ia berkait rapat
dengan ramalan atau jangkaan guru terhadap prestasi pelajar dalam
bidang akademik di sekolah.
Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) guru bermaksud pembimbing atau pendidik
yang menyampaikan ilmu. Dalam konteks ini, guru sentiasa bersedia
merancang unit-unit pengajaran, memotivasikan serta menilai pelajar
dari semasa ke semasa.
Prestasi
pelajar bermaksud hasil yang telah diperoleh atau dicapai oleh seseorang
pelajar. Dalam kajian ini, ia merujuk kepada hasrat guru untuk melihat
peningkatan prestasi pelajar dalam bidang akademik keseluruhannya..
3.0
Jangkaan Guru
Mengikut
Sharifah Alawiyah (1987), terdapat beberapa jenis atau bentuk pengaliran
dan pembezaan yang biasa dilaksanakan di sekolah atau bilik darjah
dalam sistem pendidikan sesebuah negara, iaitu pengaliran, bukan
pengaliran, pengaliran berband (banding) dan pengaliran tersembunyi,
pengaliran berset (setting) dan pengaliran bergred (grading)
Rentetan
dari sistem pendidikan yang wujud di negara kita seperti bentuk
pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan telah membawa kesan
dan ia berkait rapat dengan jangkaan guru terhadap prestasi seseorang
pelajar di sekolah.
3.1
Tindakan guru apabila jangkaan prestasi pelajar telah dibuat
3.1.1
Pengaliran Berband (Banding)
Apabila berlakunya situasi yang sedemikian, lazimnya guru akan mengumpulkan
pelajar secara tidak saksama iaitu yang pandai serta lemah, sedikit
dan lebih ramai yang mempunyai pencapaian sederhana di dalam kelas.
3.1.2
Pengaliran Tersembunyi (Convert)
Pengaliran jenis ini ialah tidak berdasarkan penilaian kebolehan,
tingkah laku dan latar belakang keluarga sebaliknya ia berdasarkan
kriteria atau pandangan guru yang tersendiri. Biasanya pada peringkat
murid-murid yang baru masuk ke sekolah rendah atau Darjah Satu,
guru telah membuat pemilihan berdasarkan tingkah laku atau pandangan
serta kepercayaan guru sendiri. Kumpulan tersebut biasanya dikekalkan
untuk beberapa tahun.
3.1.3
Pengaliran Berset (Setting)
Mengumpulkan murid berdasarkan kebolehan mata pelajaran tertentu.
Misalnya murid yang mendapat pencapaian yang baik dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains dalam PMR bolehlah diletakkan ke kelas aliran
sains. Di Malaysia pengaliran banyak bermula pada Tingkatan Empat.
3.1.4
Pengaliran Bergred
Pengumpulan jenis ini ialah berdasarkan kemajuan dan pencapaian
pelajar dan bukan berdasarkan ukuran kebolehan atau umur. Ia banyak
dilaksanakan di Amerika dan Rusia.
4.0
Implikasi Jangkaan guru Terhadap Prestasi Pelajar
Kajian
tentang jangkaan guru telah dibuat oleh Palardy (1967) tentang kebolehan
pelajar membaca di sekolah USA dan tersiar dalam Elementary School
Journal yang bertajuk ' what teacher believe-what children achive'.
Mengikut pendapat beliau, pelajar lelaki yang belajar dengan guru
yang menjangkakan pencapaian sama dengan pelajar perempuan maka
menunjukkan ada berlaku peningkatan. Sebaliknya kalau guru tidak
meramalkan pelajar lelaki adalah sama atau lemah dengan perempuan
maka pencapaian pelajar lelaki dalam sesuatu ujian tidak akan meningkat.
Sementara
itu, mengikut Leigh (1977), pelajar mungkin tidak percaya terhadap
jangkaan negatif yang dibuat oleh guru dan mereka boleh mengubahkan
tingkah lakunya ke arah pencapaian yang lebih baik.
Mengikut
pendapat Dor-Bremme (1991), sudah menjadi kelaziman kepada guru-guru
apabila mereka melihat pencapaian murid-murid dalam pendidikan adalah
lemah maka dengan mudah pelajar dilabelkan sebagai lemah dan tidak
ada harapan boleh maju.
Menurut
kajian Nash di sekolah rendah dan menengah di Scotland mendapati
bahawa tingkah laku murid berdasarkan jangkaan guru. Sebagai contoh
kalau guru menjangka pelajar adalah baik maka tingkah laku murid
akan menunjukkan kebaikan walaupun mereka berada di mana-mana pun,
dan pendapatnya lagi bahawa pelajar menunjukkan tingkah laku yang
tidak baik oleh sebab guru tidak menaruh harapan yang mereka adalah
berkelakuan baik.
5.0
Perbincangan
Telahan
guru terhadap prestasi seseorang pelajar perlu positif kerana dalam
hal ini pelajar yang lemah akan terus menjadi mangsa dan merasa
terpinggir. Mereka bukan sahaja diajar oleh guru-guru yang kurang
pandai tetapi juga guru-guru yang berkenaan tidak akan menjangkakan
mereka akan menjadi pelajar yang pandai. Akibatnya kemajuan mereka
sukar untuk meningkat dan kemungkinan besar jika pada masa Tingkatan
Satu sekumpulan pelajar diletakkan di kelas yang tercorot maka begitulah
nasib mereka sehingga sampai ke Tingkatan Tiga.
5.1
Ciri-ciri jangkaan yang dibuat oleh guru
i Ada yang tepat dan ada yang tidak tepat.
ii Murid-murid akan menunjukkan pencapaian berdasarkan harapan dan
jangkaan daripada guru.
iii Seandainya jangkaan yang dibuat oleh guru tidak tepat akan menimbulkan
masalah kepada guru kemudiannya.
iv Kebanyakan jangkaan yang dibuat oleh guru adalah lebih tepat
jika dibandingkan dengan masyarakat
v Jangkaan guru mungkin ada hubung kait dengan jantina.
vi Guru perlu menaruh atau menjangka harapan yang lebih tinggi agar
mereka dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Jangkaan guru ke atas prestasi seseorang pelajar turut memberi kesan
kepada pelajar yang telah ditempatkan di kelas-kelas yang tertentu.
Sebagai contoh pelajar yang diletakkan di kelas aliran sains semestinya
dianggap oleh guru sebagai pelajar yang boleh mencapai keputusan
peperiksaan yang memberangsangkan. Akibat yang timbul dari keadaan
ini ialah pelajar mungkin akan rasa tertekan kerana guru mengharapkan
pencapaian yang tinggi.
Begitu
juga jangkaan guru kepada seseorang pelajar menjelang peperiksaan
adalah berbeza di mana guru tidak mengharapkan sangat kepada pelajar
yang lemah untuk mendapat keputusan yang baik. Dengan ini pelajar
yang lemah merasa tidak yakin oleh sebab tidak adanya rangsangan
dari gurunya sendiri. Sedangkan pelajar yang terpilih ke kelas yang
bijak, jangkaan guru terhadap mereka adalah lebih tinggi dan bersifat
positif.
6.0
Cadangan
Sebagai
seorang guru, ia perlu menaruh harapan yang lebih baik kepada pelajar
di bawah bimbingannya. Setiap tanggapan yang negatif perlu diubah.
Berilah motivasi yang tinggi kepada seseorang pelajar agar minat
dan prestasi mereka akan meningkat dari semasa ke semasa.
Untuk
mengelakkan anggapan guru terhadap prestasi pelajar menjadi negatif,
guru boleh membuat kaedah seperti meletakkan berbagai-bagai kebolehan
atau tahap para pelajar di sesebuah kelas. Para pelajar tersebut
boleh dikumpulkan menjadi dua atau kumpulan untuk mata pelajaran
yang penting sahaja. Dengan cara tersebut pelajar yang kurang pandai
boleh bersaing dengan yang pandai. Sementara pelajar yang pandai
tidak akan terjejas walau di mana mereka diletakkan. Untuk itu guru
bolehlah membuat latihan di alam kelas yang mempunyai murid yang
berbeza-beza tahap kebolehan.
Stail
atau gaya pembelajaran perlu difikirkan juga kerana sesetengah pelajar
yang lemah dapat belajar dengan bersemangat sekiranya mereka dikumpulkan
secara beramai-ramai. Di Amerika Syarikat kaedah Student Team Learning
(STL) dan Cooperative Learning Approaches (CLA) telah dimulakan
pada pertengahan tahun 1980-an. Kaedah ini telah diperkenalkan oleh
David dan Roger Johnson (1984), Elizabeth Cohen (1986), Robert Slavin
dan beberapa orang tokoh yang lain.
7.0 Kesimpulan
Sememangnya
pencapaian seseorang pelajar di sesebuah sekolah sedikit sebanyak
dipengaruhi oleh jangkaan atau label yang dianggapkan oleh guru.
Walau bagaimanapun sesuatu jangkaan yang dibuat oleh guru tidak
semestinya berlaku seratus peratus kepada pelajar.
Namun
begitu, harapan dan anggapan guru juga boleh mempengaruhi prestasi
pelajar. Perbezaan anggapan guru boleh menerangkan sekurang-kurangnya
sebahagian dari kesan iklim sekolah ke atas pencapaian di samping
menerangkan tentang kesan latar belakang sosioekonomi sesebuah sekolah.
Walaupun
ada bukti bahawa beberapa orang guru sekurang-kurangnya mempunyai
jangkaan yang berlainan untuk kumpulan pelajar yang berlainan dan
anggapan ini boleh menghasilkan perbezaan dalam prestasi pelajar.
Kebanyakan dari kajian ini tidak mempunyai reka bentuk yang dapat
membantu kita untuk mengetahui bagaimana anggapan ini berhubung
dengan pelajar dan mempengaruhi kejayaannya. Untuk tujuan ini kita
perlu melihat kajian yang berkaitan secara langsung dengan proses
interaksi di bilik darjah.
Bibliografi
Amir
Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Perak: Quantum
Books.
Ee
Ah Meng. 1994. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Haji
Zainal Abidin Safarwan. 1994. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd
Salleh Lebar. 1998. Pengenalan Ringkas Sosiologi Dan Pendidikan.
Selangor: Thinker's Library Sdn. Bhd.
Mohd
Salleh Lebar. 1994. Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Olive
Banks.1987. Sosiologi Pendidikan (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Saedah
Siraj, Zainun Ishak dan Tunku Mohani Tunku Mokhtar. 1996. Siri Pengajian
Dan Pendidikan Utusan ;Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Sharifah
Alwiah Alssagoff . 1987. Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur:
Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.
T.
Marimuthu. 1990. Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
|