Pendahuluan.
PIBG
sebagai pembantu sekolah memerlukan suatu pengurusan strategik kearah
menanangi perubahan dalam pendidikan dan menjayakan Konsep Sekolah
Berkesan. Pengurusan yang strategik amat diperlukan bagi melahirkan
persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan
ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Kepimpinan
dan pengurusan seharusnya diberi perhatian yang berat dalam menggerakkan
sesuatu organisasi begitu juga dengan sekolah. Pengetua perlu
mengalami perubahan yang pesat selaras dengan keadaan semasa. Ini
adalah kerana tanpa kepimpinan dan pengurusan berkesan seseorang
pengetua, pendidikan bertaraf dunia tidak akan tercapai. Kepimpinan
dan pengurusan harus mempunyai pengurusan yang berkesan untuk mencapai
kecemerlangan dalam sesuatu organisasi. Kecemerlangan sesuatu
organisasi adalah bergantung kepada stail kepimpinan dan pengurusan
menggunakan sumber, untuk mencapai matalamat organisasi dengan mengekalkan
dan mewujudkan hubungan yang baik dan waras. Di samping itu
pengetua seharusnya berani dan sanggup mengambil rasiko terhadap
tindakan yang dilakukan. Pengetua mestilah bersedia mendengar, menerima
pandangan, berbincang dan mengamalkan pengurusan dengan cara bermuafakat
dan musyowarah.
Pengetua
harus memberi pimpinan yang memberasangkan dan membawa motovasi
kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar. Bersifat
kreatif, inovatif dan imaginatif serta mempunyai pelbagi idea untuk
memggerakkan sekolah. Di samping itu pengetua harus memberi
pengupayaan empowerment kepada guru-guru dan kakitangan
di bawahnya bagi mewujudkan pengurusan yang berkesan. Keadaan
ini boleh:
i) Membina
dan memupukkan budaya baru yang positif dan mendorong para pendidik
bersifat kreatif, inisatif dan imaginatif dan juga berinisiatif.
ii) Membuka
peluang para pendidik menggunakan daya fikiran dan daya usaha mereka
ke arah kecemerlangan sekolah.
iii)
Para pendidik lebih bersemangat dalam pengurusan dan melakukan kerja
dengan perasaan yang menyeronokkan.
iv)
Para pendidik akan berusaha mempastikan segala yang dihadapi dapat
diselesaikan kerana tanggungjawab diberi bersama kuasa yang ada
untuk memperbaikinya.
Sebagai
seorang pengetua berkesan seharusnya boleh dilambangkan dengan keupayaan
membina minda pelajar yang cemerlang, bermoral, berakhlak mulia,
berketrampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dengan pelbagai
situasi.
Manusia
perlu bertindak melengkapkan diri dalaman dan luaran,jasmani dan
rohani - untuk mengelakkan diri daripada dilanda perubahan masa
yang sangat laju dan mengalami kejutan masa keretakan
dan keruntuhan sosial dan mungkin juga kemusnahan
(Dr.
Wan Mohd zahid Mohd Nordin 1994)
Pengetua
diiktiraf sebagai tenaga pengerak utama dalam mendidik, membimbing
dan membina keyakinan pelajar dalam mencapai kecemerlangan di peringkat
sekolah. Peranan ini amat penting dalam menbentuk watak dan
sahsiah pelajar sejajar dengan matalamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Usaha ini perlu dimulai
dengan mewujudkan sekolah dengan watak yang boleh dibanggakan oleh
para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Konsep
sekalah berwatak pada dekad 1990an ini tertumpu kepada pembelajaran
yang konstruktif di mana pengetahuan dibina sendiri
oleh
pelajar sebagai individu
(Dato
Sri Mohd Najid (1999)
Sehubungan
dengan ini pengetua dan guru-guru seharusnya menjadi role model
oleh para pelajar dan seharusnya mempunyai sifat-sifat yang mulia. Peranan
pengetua sebagai pendorong dan pemyumbang kepada pencapaian kecemerlangan
pelajar bagi menghadapi alaf baru adalah penting dan perlu diteruskan
dan dipertingkatkan. Pengetua mesti memahami dasar dan perubahan
dalam pendidikan, kemahiran-kemahiran pengurusan dalam konteks perubahan,
pengurusan dalam era teknologi maklumat, kepimpinan dan perancangan
strategik, nilai-nilai dan perubahan sikap dan pengurusan personel
dalam pendidikan.
Pengurusan
sekolah yang berkesan sememengnya memerlukan seorang pengetua yang
berfungsi sebagai jeneral untuk melaksanakan strategi-strategi
secara berkesan. Ibarat di medan perang, strategi-strategi ini seharusnya
merupakan tindakan reaktif dan proaktif yang perlu dibuat dengan
cepat untuk mencapai kedudukan yang lebih baik daripada musuh.
Dapatan
menunjukkan di sekolah yang mana pengetuanya kurang berkesan prestasi
pelajarnya kurang memuaskan. Sebaliknya sekolah pengetuanya berkesan
rata-rata pelajarnya mempunyai prestasi yang cemerlang. Mereka
mempunyai latar belakang yang unggul berupaya mencapai prestasi
yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan sekolah di mana pengetuanya
tidak berkesan.
(Peter
Mortimore , 1996)
Dalam
konteks ini memperlihatkan bahawa pengetua boleh menggerakkan dan
memajukan sekolah. Edmonds (1978) mengatakan bahawa pengetua
boleh menjadikan sekolah itu daripada tidak berkesan kepada berkesan. Pengetua
berkesan seharusnya menetapkan falsafah wawasan dan matlamat sekolah.
Sebagai
pengurus sesebuah sekolah pengetua perlulah mewujudkan ciri-ciri
berikut (ainscow 1991):
* Mempunyai
visi untuk organisasi.
* Berkebolehan
menyampaikan visi untuk
memperolehi
komitmen staf.
* Berupaya
menukarkan visi kepada tindakan.
* Mempunyai
stail pengurusan yang terbuka tapi tegas.
* Percaya
kepada kebolehan staf.
* Mempunyai
keazaman dalam menetapkan objektif
yang
mencabar.
* Mempunyai
kebolehanmerancang dangan fleksibel.
* Mempunyai
kebolehan memperolehi sumber terutamanya
sumber
manusia.
* Mempunyai
kebolehan menaikkan tahap pekerja.
Ciri-ciri
ini perlulah dimiliki oleh seseorang pengetua sebagai pengurus sekolah
kearah keberkesanan pengurusan sekolah. Pengetua perlulah merancang
dengan teliti penetapan Visi dan Misi sekolah supaya keberkesanan
pengurusan dapat dizahirkan dengan nyata.
Setelah
melihat profil ciri-ciri seorang pengetua sebagai pengurus sekolah
dan keberkesanannya mewujudkan pengurusan yang berkesan di sekolah. Di
sisi ditunjukkan beberapa isu-isu yang kritikal dalam pendidikan
dan implikasinya ke atas pengurusan sekolah. Seterusnya dicadangkan
beberapa langkah yang harus diambil oleh pengetua bagi mengatasi
masalah tersebut. Isu-isu yang diketengahkan ini merupakan isu yang
perlu diketahui dan diselesaikan oleh pengetua sebagai pengurus
sesebuah sekolah.
Isu
1
IKLIM
SEKOLAH YANG KURANG MENYERONOKKAN.
Keadaan
sekolah dapat menyuburkan pembangunan intelek dan sosial, serta
memberi kesejahteraan mental kepada para pelajar. Faktor ini amat
penting dalam memajukan sekolah. Pengetua seharusnya memberi
peluang kepada pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah memainkan
perana penting dalam menjaga iklim sekolah. Walaupun di peringkat
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan pertandingan Kebersihan
Keceriaan dan Keselamatan Sekolah (3K) Namunpun demikian terdapat
sekolah yang tidak mengambil berat tentang hal ini dengan membiarkan
iklim sekolah dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Dwyer (1986)
mendapati komponen iklim sekolah terdiri daripada bangunan, persekitaran
sekolah yang teratur dan selamat,iklim sosiol yang positif di sekolah
dan hubungan sekolah dengan masyarakat setempat. Tetapi perkara
ini tidak dititik beratkan oleh pengetua sekolah. Dalam hubungan
ini pengetua haruslah memainkan peranan supaya iklim sekolah berada
dalam keadaan yang baik supaya sistem pengajaran dan pembelajaran
di sekolah tersebut berjalan dangan lancar.
Pengetua
mestilah menyelesaikan hal ini dengan mengenengahkan isu atau masalah
yang di hadapi oleh sekolah, status semasa yang berlaku di sekolah,
standard yang hendak dicapai dan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan
masalah. Seterusnya memastikan kriteria kemajuan yang telah dicapai
setelah tindakan di ambil. Sebagi contoh di sini dalam menjaga
kebersihan kawasan, landskap, kemudahan rekreasi,Kebersihan/keceriaan
kelas, bangunan, kantin, sikap pelajar terhadap kekotoran, sikap
guru-guru,kebersihan dan kekemasan bengkel, danasrama.
Pengetua
seharusnya menyediakan garis panduan yang perlu diikuti oleh semua
orang dan perancangan dibuat dalam menyelesaikan hal berkenaan dengan
iklim sekolah. Strategi perancangan ini sangat penting dimainkan
oleh pengetua bagi menentukan kecemerlangan iklim sekolah. Semua
pihak mestilah mengikuti program iklim sekolah ini supaya mendapat
tempat yang selesa kepada pelajar untuk belajar. Sekiranya sekolah
berlaku dua sesi pagi dan petang maka iklim sekolah mestilah sama,
sama ada sebelah pagi atau petang. Keadaan kemudahan sekolah yang
digunakan secara bersama pada sebelah pagi dan petang oleh pelajar
yang berlainan tidak dijadikan alasan kepada kemerosotan iklim sekolah. Strategi
perancangan sangat penting dimainkan oleh pengetua bagi menentukan
kecemerlangan iklim sekolah
Sebagi
contoh di sini dalam menjaga kebersihan kawasan, landskap, kemudahan
rekreasi,Kebersihan/keceriaan kelas, bangunan, kantin, sikap pelajar
terhadap kekotoran, sikap guru-guru,kebersihan dan kekemasan bengkel,
danasrama. Panduan yang dibuat ini dapat dijadikan panduan
kepada semua pihak dalam menetukan iklim sekolah beradan dalam keadaan
yang baik dan cemerlang. Semua pihak mesti melihat kepada isu/masalah,
status semasa, standard yang hendak dicapai dan tindakan yang diambil
dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit.
ISU
2
KEKURANGAN
GURU-GURU DALAM BIDANG TEKNIKAL.
Perkara
ini merupakan suatu perkara yang amat kritikal sekarang ini. Di
mana di sekolah menengah teknik dan vokasional kekurangan guru dalam
bidang ini amat ketara berlaku. Pengetua mestilah mencari jalan
penyelesaian supaya sistem pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar.
Perkara
ini berlaku kerana semasa Dr.Wan Mohd Zahid Mohd Nordin menjadi
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, di mana beliau telah membuat
perubahan di mana aliran vokasional dan kemahiran di sekolah menengah
vokasional dimansuhkan secara berperingkat dan akhirnya dalam tahun
2000 aliran ini tidak terdapat lagi di sekolah menengah vokasional/teknik. Malahan
guru-guru yang berkemahiran pula akan ditukarkan ke sekolah menengah
akademik untuk mengajar kemahiran hidup. Keadaan ini diteruskan
lagi setelah Dato MatNor Daim mengambil alih kepimpinan sebagi Ketua
pengarah Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan ini pengambilan
guru-guru pelatih ke Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur telah
ditutup pada tahun 1997 dan 1998.
Tetapi
setelah Dr.Abdul Shukor Abdullah mengambil alih jawatan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia mulai 29 April 1998, senario ini telah berubah
di man sistem pendidikan vokasional dan kemahiran dihidupkan semula
malahan pelajar-pelajar sekolah akademik ditawarkan belajar aliran
vokasional di sekolah menengah vokasional pada sebelah petang. Mulai
tahun 1999 sistem pendidikan vokasional dan kemahiran telah dikekalkan
semua di semua sekolah menengah teknik dan vokasional demi untuk
mencapai wawasan 2020.
Oleh
kerana sistem pengambilan guru telah diberhentikan selama dua tahun
di Maktab Perguruan Teknik dan bilangan pelajar dan kelas di sekolah
menengah teknik dan vikasional pula telah bertambah maka sudah pastilah
akan mengalami kekurangan guru yang amat ketara. Keadaaan ini
mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk dipulihkan.
Sehubungan
dengan ini pengetua mestilah dapat mengambil strategi pemulihan
untuk menentukan pengajaran dan pembelajaran dan berjalan seperti
mengadakan jadual waktu anjal, kedatangan ke sekolah mengikut waktu
mengajar, mengambil guru sandaran tidak terlatih (GSTT), bagi memastikan
perkara ini dapat diselesaikan.
Pendek
kata pengetua mestilah mempunyai ciri-ciri pengetua yang berkesan
dalam menyelesaikan hal ini dan seterusnya mempastikan perancangan
dan perubahan dalam sistem pendidikan tidak menjejaskan para pelajar.
ISU
3
GURU-GURU
KURANG DIDEDAHKAN DENGAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN
Mohd
Sani Ibrahim (1994), jumlah guru yang mengikuti kursus dalam perkhidmatan
adalah amat kecil iaitu kurang dari 1% jumlah populasi keseluruhan
guru. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Elaine Waithe
dan David Warner dalam tahun 1995 terhadap pengetua-pengetua di
seluruh England pengetua juga kurang didedahkan dengan kursus dalam
perkhidmatan.
Bahan-bahan
resmi kerajaan telah banyak menyebut tentang pentingnya dibangunkan
semula staf atau tenaga manusia dalam organisasi. Rasional dan andaian
dibangunkan staf untuk sistem pendidikan yang pesat mengalami perubahan
seperti di Malaysia ini adalah jelas. Ini adalah kerana:
i) Reformasi
dan pembaharuan sistem pendidikan negara di semua tahap persekolohan.
Banyak sekali perubahan dalam aspek kurikulum, sistem penilaian
mata pelajaran, latihan guru, jadual persekolahan dan seterusnya.
ii) Penggunaan
komputer dan teknologi maklumat secara meluas dan menyeluruh terutama
dengan adanya lebuh raya multimedia (MSC) telah meroboh corak komunikasi
dan penggunaan dan penghasilan maklumat. saluran komunikasi semakin
pantas dan canggih.
iii) Penstrukturan
semula jentera pentadbiran pendidikan terutama di kementerian Pendidikan
yang mementingkan fokus dan keselarasan tanggungjawab dan tugas
di kalangan pentadbir-pentadbir pendidikan.
Perubahan-perubahan
ini secara tidak langsung menuntut golongan pengurus dan kakitangan
lain merubah dan mengadaptasikan tingkahlaku dan sikap kerja mereka. Sebagai
individu kakitangan pendidkan disaran menjadi lebih canggih, profesional,
efektif, bestari, dan bermacam-macam lagi. Selaku pendidik adalah
disarankan supaya menjadi ejen pembaharuan dan peneroka kepada idea-idea
baru. Mereka dipinta menjadi penggerak utama transformasi pendidikan
negara ke arah menjadikan satu sistem pendidikan yang berkualiti
dan bertaraf dunia.
Namu
pun demikian bilangan guru yang dapat mengikuti kursus dalam perkhidmatan
ke arah mewujudkan satu cara pengajaran mengikut perubahan yang
berlaku amat kurang. Secara sedar atau tidak pentadbiran pendidikan
dan menjalankan kerja secara on- the job di mana,
pengalaman hanya didapati melalui kerja yang dilakukan. Kursus-kursus
profesional dan vokasional jangka panjang tidak banyak dijalankan. Pelatih-pelatih
berpengalaman untuk mengendalikan program latihan di bidang pengurusan
masih belum mencukupi, kebanyakannya sibuk dengan tugas seharian
meraka.
Keadaan
kurangnya kursus dalam perkhidmatan ini tentunya memberi kesan yang
buruk terutama kepada guru-guru yang baru yang tiada pengalaman
begitu juga kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat di mana
mereka telah statik dalam kerja yang dilakukan. Terdapat juga
di sekolah terutama di sekolah rendah di mana guru-guru telah
lama keluar dari maktab dan tidak didedah dengan teknologi terkini
terutamanya penggunaan komputer. Keadaan ini akan melahirkan
guru-guru yang statik. Sepatutnya mereka didedahkan dengan teknologi
terkini.
Sebenarnya
walaupun bidang pendidikan ini telah berusia kira-kira 40 tahun. Latihan
di bidang pengurusan secara berterusan dan terancang pula bermula
pada tahun 1979 iaitu apabila IAB ditubuhkan. Tanpa kursus maka
sukarlah dilaksanakan program-program pembaharuan, perubahan dan
refomasi. Perkara ini merupakan salah satu aspek kritikal dalam
pembangunan pendidikan di Malaysia. Pengurus, baik di tahap
pelaksannan sekolah mahupun diperingkat tinggi memerlukan program
-program latihan profesional.Usaha yang dijalankan masih belum memadai
baik dari segi kuantiti mahupun kualiti. Pendek kata program kursus
dalam perkhidmatan ini perlulah disusun dengan lebih sempurna supaya
kursus ini dapat dilkuti oleh semua pentadbir pendidkan dan guru-guru
. Paling tidak kursus dalaman perlu diadakan bagi memastikan semua
guru-guru terlibat sama kearah kecemerlangan sistem pendidkan. Pengetua
harus mengatur strategi bagi mengatasi hal ini dan dapat mewujudkan
suatu ciri pengurusan yang boleh membawa perubahan kepada guru-guru
dalam menghadapi perubahan teknologi maklumat dan perubahan sistem pendidikan.
ISU
4
PEMILIHAN
MATA PELAJARAN DI TINGKATA EMPAT KEKURANGAN PELAJAR ALIRAN SAINS
Mengikut
kajian yang dijalankan pada tahun 1992, peratus pelajar yang mengikuti
(elektif) aliran sains di sekolah menengah dan pengajian tinggi
adalah kecil berbanding dengan aliran sastera. Hanya 25 peratus
pelajar mengikuti aliran sains di peringkat sekolah dan institut
pengajian tinggi. Nisbah pencapaian bagi kedua-dua bidang juga tidak
memuaskan iaitu 35 : 65 memihak kepada bidang sastera, walaupun
matalamat negara ialah 60 : 40 (Berita Minggu 9 Ogos 1992).
Perkembangan
yang pesat dalam bidang perindustrian memerlukan banyak tenaga manusia
yang mempunyai kemahiran dan bidang sains dan teknologi. Menjelang
tahun 2000 sebanyak 180,000 pekerja baru yang berasaskan sains dan
teknologi akan diwujudkan (Pusat Perkembangan Kurikulum 1993). Kementeria
pendidikan telah merancang beberapa strategi untuk menambahkan bilangan
pelajar yang berminat mengambil mata pelajaran sains di sekolah
melalui sebaran maklumat mengenai kepentingan sains dan teknologi
, peluang pekerjaan dalam bidang ini, penonjolan imej yang positif
dan cemerlang terhadap sains dan pemberian ganjaran dan bimbingan. Usaha
juga telah dibuat untuk meningkatkan mata pelajaran sains dan matematik
melalui gerak gempor. Walaubagaimanapun masalah
berhubung dengan prestasi dan peryertaan pelajar di dalam jurusan
sains dan teknologi di peringkat sekolah masih lagi kurang.
Untuk
memenuhi keperluan negara ini pengetua harus memainkan peranan menambahkan
pelajar dalam aliran sains. Keadaan ini pula mendatangkan masalah
kerana pelajar yang rendah pencapaian diperingkat PMR juga ditawarkan
mengikuti bidang sains kerana memenuhi keperluan negara dan akhirnya
pencapaian dalam bidang ini terus merosok walaupun bertambah dari
segi bilangannya. Sebenarnya jika ditinjau secara teperinci
kemerosotan pencapai dalam bidang ini adalah faktof-faktor berikut:
* Pelajar
mendapati mata pelajaran sains sukar difahami dan abstrak.
* Pelajar
tidak berminat dengan bidang sains.
* Guru
sains tidak mencukupi atau guru tidak dilatih sepenuhnya
* Kaedah
mengajar sains tidak menarik.
* Kemudahan
alat dalam makmal tidak mencukupi.
* Asas
matematik pelajar adalah lemah.
* Pembelajaan
sains tidak menyeronokan.
Berasaskan
kepada beberapa faktor kemerosotan pelajar dalam mata pelajaran
sains maka pengetua mestilah dapat bertindak memperbaiki hal ini
supaya pelajar berminat untuk mengikuti bidang sains. Pendedahan
kepada pelajar-pelajar diperingkat rendah lagi perlu dilakukan supaya
tidak timbol masalah pelajar takut untuk mengikuti aliran sains.
Nilai-nilai negatif seperti rendah diri, mudah putus asa, tidak
berkeyakinan perlu dihapuskan dikalangan pelajar supaya mereka berkeyakinan
bahawa mereka juga boleh cemerlang dalam bidan sains. Pengetua
harus memainkan peranan melahirkan pelajar saintifik, inovatif dan
berperanan jauh serta melahirkan lebih ramai para pelajar saintis
untuk mengisi kekosongan permintaan yang meningkat dalam bidang
sains dan teknologi selari dengan pembangunan negara.
5. Perancangan
Strategi
Dalam
mempastikan semua isu-isu dapat diselesaikan maka pengetua mestilah
tahu untuk merancang strategi terbaik dalam menyelesaikan masalah
yang timbul. Seterusnya membentuk sesuatu strategi yang berkesan
dengan membuat analisis persekitaran am, menyenaraikan strategi
pilihan, analisis dan pemilihan strategi, implementasi strategi,
kawalan dan maklumbalas dan penilaian. Sekiranya pengetua boleh
merancang strategi ini maka segala isu yang timbol dapat diselesaikan
dangan cara yang terbaik dan dapat diselesaikan. Strategi pada am
terbahagia kepada strategi am dan strategi khusus.
Kesimpulan
Setelah
kita melihat secara menyeluruh satu ciri-ciri seorang pengetua sebagai
pengurus sekolah dan keberkesanan pengurusannya dengan menyelesaikan
beberapa isu-isu kritikal yang timbol maka boleh disimpulkan untuk
menjadikan pengurusan yang berkesan pengetua perlu dapat bertindak
dan menyelesaikan segala masalah yang timbol dengan cara yang bijaksana.
Kejayaan
sesebuah sekolah merupakan kejayaan bagi semua pihak sama ada ibu
bapa, masyarakat dan komuniti yang telibat. Pengetua seharusnya
dapat menukarkan imej sesebuah sekolah kepada yang lebih efektif
walaupun diperingkat awalnya mendapat tentangan guru-guru. Istilah
Kepimpinan Pendidikan bertujuan untuk membedakan pengetua
yang berorientasikan impowerment dengan pengetua sebagai
pentadbir sesebuah sekolah. Untuk menjayakan sesebuah sekolah pengetua
seharusnya menunjukkan ciri-ciri berkerja dalam satu pasukan. Bagi
menentukan keberkesanan pengurusan sesebuah sekolah pengetua mestilah
menpunyai wawasan, kemahiran kurikulum dan pengajaran, pengurusan
strategik, pengurusan sumber manusia, hubungan manusia dan komunikasi,
dan menpunyai sikap yang positif terhadap profesion perguruan.
|