PENDAHULUAN
Internet dan intranet merupakan sistem rangkaian komunikasi yang terulung
pada masa kini. Melalui sistem rangkaian ini, kita dapat berkomunikasi
dengan lebih mudah dan kita juga dapat memperolehi apa sahaja maklumat
yang berada disekeliling kita dengan lebih mudah dan cepat.
Pelbagai
kemudahan yang disediakan oleh internet dan intranet dan ia boleh
memberi banyak keuntungan jika ia digunakan dengan betul. Salah
satu kemudahan yang diberikan ialah kepantasan untuk kita mendapatkan
maklumat. Salah satu daripada caranya ialah dengan menggunakan ‘finger’.
Apa yang kita boleh perolehi daripada finger adalah bergantung kepada
berapa banyak maklumat yang tersedia pada tapak atau site yang
kita finger. Finger mungkin menyenaraikan perkara yang berkaitan
dengan pengguna seperti nama login, nama penuh, lokasi pejabat,
nombor telefon, masa login, masa menunggu, masa terakhir mail dibaca
dan kandungan fail .plan serta .project daripada direktori perumah
pengguna semasa. Seseorang menggunakan finger untuk mendapatkan
maklumat tentang kita.
Untuk ini, di dalam kertas projek ini kami akan membincangkan dengan
lebih lanjut perkara-perkara yang berkaitan dengan finger.
DEFINISI
‘Finger’
adalah satu program yang membenarkan kita mengenal pasti secara
khusus siapakah yang sedang berada dan memasuki ke dalam akaun rangkaian
atau siapakah yang sedang berada dalam sesuatu nod (seperti nod
PIP). Ia juga memaparkan fail perancangan pengguna. Ia juga adlah
suatu program yang ringkas untuk digunakan.
Jika
sesuatu akaun di’finger’, ‘finger’ terhadap akaun itu akan memberitahu
kita berbagai-bagai maklumat tentang akaun tersebut. Apa-apa maklumat
yang dikembalikan adalah berubah-ubah dari satu akaun kepada akaun
lain. Maklumat yang biasa adalah seperti nama tuan punya akaun,
kali terakhir dia login ke dalam akaun dan mungkin juga tentang
fail perancangan pengguna.
Bagaimana
pun sesetengah akaun, tidak boleh di ‘finger’ . Ini adalah kerana
:
a)
alamat e-mail mungkin tidak betul-betul wujud
z
Contohnya, Illionis University mempunyai ‘aliases’
jadi setiap orang mempunyai alamat e-mail yang kelihatan sama
yang mana ia mudah untuk diingati. Akan tetapi ianya bukan akaun
yang betul. Misalnya, “a-starr1@uiuc.edu” tidak akan melaksanakan
tugas sebagaimana akaun yang betul iaitu atstarr@ux1.cso.uiuc.edu, yang mana ia boleh di’finger’.
b)
akaun hos sistem mempunyai pilihan untuk tidak run pelayan
finger
z
sebabnya mungkin kerana perkaitan dengan kebebasan
atau ianya bukanlah satu keperluan.
c)
alamat e-mail yang salah
z
kekadang kita memasukkan alamat atau akaun yang salah
tentang sesiapa yang hendak di finger. Contohnya, alamat yang ingin
dikembalikan ialah “joe@pop1.mailer.college.edu bukannya joe@college.edu.
Masa
atau tarikh akhir login adalah bukan satu pengukur yang baik untuk
mengetahui bila seseorang itu memasuki akaun kali terakhir. Seseorang
selalu menggunakan cengkerang (shell) seperti cengkerang UNIX, vax
dan sebagainya untuk login. Tetapi kebanyakkan pengguna mengunakan
dengan baik akaun cengkerangnya tetapi masih lagi guna akaun untuk
e-mail melalui program mail pada komputer dekstop mereka. Dengan
ini, seseorang mungkin boleh memeriksa e-mail setiap hari tetapi
pendaftaran tidak perlu untuk setiap bulan.
Fail-fail
perancangan adalah satu seni yang tidak nampak. Ia mungkin adalah
sebagai satu perancangan permulaan untuk laman Web. Ia boleh jadi
fail-fail teks sama ada yang panjang atau pendek dan boleh memberi
apa sahaja maklumat yang seseorang masukkan kedalamnya sama ada
berkaitan dengan waktu kerja, sebut harga dan sebagainya. Kebanyakkan
mesin hanya membenarkan perancangan itu untuk baca sahaja apabila
ada seseorang lain finger daripada sistem yang sama.
Contoh finger :
a)
finger atstarr@amherst.edu à akaun Vax
b)
finger atstarr@unix.amherst.edu
à akaun UNIX
Contoh
finger di atas adalah finger yang biasa dilaksanakan pada World
Wide Web (WWW). Keputusan adalah kelihatan sama tidak mengambil
kira kaedah finger mana yang kita gunakan.
PERKHIDMATAN
FINGER
1)
BAGAIMANA UNTUK MEWUJUDKAN FINGER
a)
Dengan akaun UNIX atau Vax
z
Kita tidak perlu buat apa-apa. Jika sistem anda adalah
fingerable, seseorang boleh finger kita dengan menggunakan cengkerang
mana kita login.
z
Untuk mempunyai fail perancangan dengan menggunakan
akaun unix, kita perlu sunting (edit) fail di dalam direktori utama
yang dipanggil ‘plan’. Kita juga boleh menukar beberapa direktori
data dengan menaip
‘chfn’ à bermaksud
‘change finger?’
pada
prompt sistem manakala melalui akaun Vax, kita perlu sunting fail
yang di panggil plan.txt di mana kita perlu tukar perlindungan
(protction) pada fail tersebut.
b) Mac
atau Windows
Jika
kita mempunyai satu cengkerang akaun (shell akaun), kita masih tetap
boleh finger terus melalui akaun cengkerang kita dan boleh memiliki
satu fail perancangan di dalamnya.
c) Mesin
Dekstop
Komputer
kita memerlukan satu alamat IPnya sendiri bila ia hendak dihubungkan
dengan internet. Sebaik-baiknya perlu ada satu alamat yang statik
kerana alamat yang dinamik kadangkala menyebabkan seseorang tidak
tahu alamat mana yang diperlukan untuk finger kita.
2)
BAGAIMANA UNTUK FINGER
Finger
adalah satu program yang mudah untuk digunakan. Biasanya kita finger
seseorang dengan mengunakan mailnya.
Dari
komputer Mac atau Window :
1)
Finger untuk Macintosh
z
Anda boleh run finger secara terus atau setup Internet
config/IceTEe untuk hantar URLs dengan taip finger ://chzl2@cornell.edu
untuk finger.
z
Masukkan alamat yang hendak di finger contohnya, chzl@cornell.edu.
dan tekan butang finger. Pada komputer Mac kita juga boleh setup
Internet Congig/IceTEe untuk hantar finger URLs dengan taip finger://chzl@cornell.edu
untuk Eudora. Format finger URL adalah finger://username@host
Melalui
World Wide Web
-
Yahoo menyenaraikan Finger Gateways dan kita boleh finger
melalui WWW ini.
Melalui
e-mail
-
hantar mail kepada infobot@infomania.com dengan line subjek FINGER chzl@cornell.edu.
-
daripada satu akaun cengkerang (UNIX atau Vax). Format umum
$
finger joeblow@xyz.edu
-
untuk finger seseorang yang sedang menggunakan sistem yang
sama dengan sistem yang kita guna, kita hanya perlu taip $ finger
janedoe
-
Dengan menggunakan mesin UNIX, selalunya kita boleh finger
dengan menggunakan sebahagian daripada namanya. Contohnya, $finger
davis@abc.edu (akan memulangkan semua yang bernama
Davises).
-
Kita perlu berhati-hati dengan kaedah di atas, jika kita
lakukan untuk nama semasa, atau nama terakhir yang mana selalunya
dalam nama pertama, kita akan dilimpahi dengan data nama tersebut.
-
Untuk mecari siapa yang biasanya login ke dalam sistem
kita hanya perlu taip:
$ finger
-
dan untuk melihat siapa yang biasanya log ke dalam
sistem yang lain kita perlu taip:
$ finger
@abc.edu
3)
FINGERTRACE
a)
GNU Fingerd
Fingerd
(finger Daemon) adalah satu program yang menerima dan menangani
permintaan terhadap finger .Ia diperlukan kerana ia merupakan satu
pelengkap kepada pilihan untuk melaksanakan fail (~/.fingerrc) apabila
permintaan terhadap finger masuk. GNU Fingerd memberikan lebih banyak
sifat-sifat supaya ia lebih standard.Antara sifat-sifatnya ialah
pilihan untuk melaksanakan fail $HOME/.fingerrc yang mana $HOME
merujuk kepada kita punya direktori perumah. Sifat inilah yang akan
kita pergunakan untuk menambahkan atau mendapatkan maklumat tentang
siapa yang ingin tahu tentang kita.
Sifat-sifat
lain bagi GNU Fingerd ialah beberapa “ pengguna istimewa” yang melengkapkan
berbagai-bagai maklumat. Antara “pengguna istimewa” ialah :
1.
Version – kembalikan versi pelayan
2.
Help – memaparkan fail bantuan (pilihan)
3.
Local – digunakan untuk menghadkan skop finger
4.
Clients – menyenaraikan pelanggan yang berhubung kepada pelayan
finger
5.
Free – memaparkan mesin yang masih kosong untuk dihubungkan
kepada finger
6.
Site – memaparkan maklumat pada lama pelayan finger.
Pihak
pentadbiran juga boleh mencipta ‘pengguna istimewa’ ini untuk membolehkan
fail-fail di papar.
b)
fail .fingerrc
Apabila
permintaan terhadap finger masuk dalam pelayan finger kita, kita
boleh lihat fail ~/.fingerrc. Jika ia ada di dalam pelayan dan ia
dilaksanakan maka hasil finger kemudiannya akan disalurkan melalui
fail tersebut. Jadi kebiasaannya, hasil finger ini akan dibawa kepada
fail kita sebagai piawai masuk, dan piawai keluar dihantar dalam
jawapan permintaan finger. Untuk pindahkan input kepada output kita
gunakan arahan :
cat
Beberapa
arahan ini ditambah untuk mengenal pasti dari mana permintaan finger
itu datang.
c)
Mencari host
Untuk
mecari host finger beberapa arahan perlu digunakan. Antaranya ialah
:
z
Arahan netstat
Arahan netstat
adalah pelengkap maklumat tentang penyambungan kepada antara komputer.
Dengan kata lain ia adalah suatu alat yang menjadi pelengkap kepada
penyambungan antara hos dan juga penyambungan kepada terminal. Jika
kita padankan penyambungan terminal kepada terminal yang digunakan
untuk finger daemon kemudian kita boleh ambil
z
n- flag
Ia memaparkan
pemendekkan nama host netstat jika ia terlalu panjang. Kerana itu,
kita perlu menggunakan -n flag untuk mendapatkan nombor IP disebalik
nama host itu.
z
Terminal fingerd
Terminal fingerd
biasanya 79. Fail perkhidmatan adalah senarai fail perkhidmatan
dan disitu terdapat gabungan terminal ( terdapat beberapa pengecualian
tetapi finger bukan salah satu daripadanya). Lihat kepada fail dan
cari nombor terminal mana yang dapatkan perkhidmatan ‘finger’.
Dapatkan
maklumat :
Set FROM=netstat
–n| grep 79| head –1| awk ‘{print$5}’| sed ‘s/\.//g’
SetLFROM=’~$USER/.fhba
$FROM[1].$FROM[2].$FROM[3].$FROM[4]
Apakah yang
dilakukan oleh arahan ini ? Ia menyatakan bahawa pembolehubah FROM
untuk finger hos dan terminal. Ia kemudiannya run program ~/.fhba
(yang mana ia adalah satu aturcara C kepada kompiler) yang menggunakan
Domain Name Server (DNS) untuk menukar nombor IP ke dalam nama host
yang lebih bermakna.
1.
Netstat –n à memaparkan hubungan antara nombor-nombor IP
2.
Grep 79 à mencari semua line antara 79 sebagai terminal
3.
Head-1 àmengambil tempat utama
4.
Awk ‘{print$5}’ à memaparkan kolum kelima (penyambungan kepada hos)
5.
Sed’s/\.//g’ à menukar ‘.’ kepada ruang, ini membuatkan pembolehubah senang unutk
digunakan
Dalam
versi ini kita lakukan keperluan terakhir, kelima dan nombor yang
akan kita gunakan untuk mencari pengguna sistem.
Walau
bagaimanapun tidak semua sistem menggunakan format yang sama untuk
netstat. Jika kita dapat satu mesej seperti “subcript not found”
atau kesilapan yang seumpamanya, cuba tukar simbol $5 kepada $2.
Jika ia tidak dapat dilaksanakan juga kita boleh juga cuba tukar
kepada simbol $1,$3 atau $4.
z
Arahan .fhba
Merupakan satu
arahan dalam aturcara C yang ditulis untuk menukar nombor IP kepada
nama hos. Kita juga perlu gunakan arahan nslookup semasa
menggunakan arahan .fhba.
d)
mencari pengguna
Setelah
kita mendapatkan hos dan terminal kita pergi pula tentang mencari
pengguna semasa. Terdapat dua cara untu kmencari pengguna. Cara
yang biasa digunakan adalah menggunakan protokol pengenalpastian
untuk meminta hos pengguna mana yang menggunakan terminal ($FROM[5])
untuk mencapai terminal finger (79). Bagaimanapun, tidak semua hos
mempunyai ciri pengenalan dipasang. Jika pengenalpastian itu gagal,
kita boleh hantar permintaan finger kepada hos untuk mengetahui
siapakah yang login pada sistem pada masa itu. Contohnya,
setWHO=’~$USER/bin/idlookup
$LFROM $FROM[5]79’
Aturcara
ini me’run’kan idlookup yang digunakan oleh protokol pengenalpastian
untuk menanyakan hos finger ($LFROM), user mana yang menggunakan
terminal $FROM[5] untuk mencapai terminal finger (79). Jika gagal,
kita harus lakukan sesusatu. Pembolehubah $? Akan mengembalikan
status pelaksanaan arahan terakhir dan jika ia bukan 0 kita tahu
ia adalah gagal. Contoh arahan:
If($?
!= 0) set WHO=0
e) finger
pengguna
Untuk
mengetahui sama ada seseorang pengguna itu login ke dalam akaunnya,
kita perlu taip username pada promt User dan sempurnakan nod alamat
internet pada prompt Machine. Contohnya, untuk melihat ST876543
login ke dalam PIP, kita perlu mengisi ruang yang disediakan dengan
maklumat yang disediakan. Apabila semua maklumat telah diisi, tekan
butang ‘finger’.
Jika seseorang itu login, kita akan mendapat satu line laporan
termasuk nama, apa yang sedang dilakukan dalam PIP dan kita juga
dapat mengetahui dari mana dia login. Walau bagaimana pun, kita
juga akan dapat laporan seseorang yang tidak login pada masa tersebut
iaitu kali maklumat tentang kali terakhir dia login ke dalam akaunnya.
f)
finger seluruh nod
Finger
keseluruhan nod akan membenarkan kita mencari kesemua pengguna
yang log akaunnnya di dlam nod tertentu. Apabila kita ingin finger
kesemua nod, kita perlu tinggalkan ruang User prompt itu kosong,
dan dengan menaip alamat lengkap nod Internet pada Machine prompt.
Perlu diingatkan bahawa ia kadang-kadang adalah tidak mustahil untuk
memendekkan nama nod tempatan.
g) Sifat-sifat
lain
Setiap
masa kita finger pengguna atau nod, alamat ini akan disimpan didalam
satu menu hirarki. Jika kita tidak keluar dari Finger kita boleh
finger alamat lain sekali lagi dengan lebih cepat secara memilih
salah satu menu Finger bawah menu File. Jika kita
ingin
menyimpan alamat-alamat ini, ia boleh didapati pada masa akan datang
kita run finger, tolak ke bawah Menu Save finger daripada Menu File.
Begitu juga kita boleh menyingkirkan alamat-alamat ini dengan memilihnya
daripada hirarki Remove Menu daripada Menu File.
Jika
kita mempunyai alamat yang kita sukai dan kita berminat untuk ia
kelihatan pada tetingkap Finger yang mana setiap masa kita menggunakannya,
kita boleh taip dalam alamat tersebut pada ruang (User atau Machine
atau kedua-duanya) dan kemudian click pada butang Set Default. Untuk
melicinkan maklumat ini, tinggalkan ruang-ruang itu kosong dan kemudian
tekan set Default sekali lagi.
h) Mesej
yang salah.
Perku
diingat bahawa tidak semua tapak rangkaian membenarkan capaian finger.
Sesetengahnya hanya menyokong perhubungan Mail atau Telnet dan akan
mengembalikan keputusan yang berbunyi :
The
connection timed out
yang
kelihatan pada nod atau nod mesin tidak meberi jawapan langsung.
Jika kita memasukkan alamat yang salah atau nod yang kita finger
tidak wujud, kita juga akan dpat mesj yang berbunyi :
the
machine “node” doesn’t seem to exist
Dalam
kedua-dua kes di atas, kita perlu click pada butang ‘Too Bad’
dan cuba ulang finger sekali lagi.
z Contoh mudah untuk
finger
Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Services Provider (ISP))
mungkin menyediakan kita satu utiliti finger bersama dengan apa
saja perisian startupnya. Sila lihat contoh rajah 1 yang diberikan.
Untuk
utiliti finger ini (juga dipanggil sebagai client, sama seperti
aksesori internet), kita masukkan domain name pelayan yang kita
mahu untuk mencari di dalam kotak yang berlabel ‘Select Host’.
Kemudian kita boleh taip kepada ruang user name atau gunakan ‘drop-down’
menu Select User name…, atau tinggalkan ruang itu kosong untuk memilih
semua nama yang tersenarai. Walaubagaimana pun, bila mana kita taip
seorang nama pengguna lain, nama tersebut akan ditambah kepada senarai
yang telah sedia ada. Setelah selesai, click pada butang finger
dan seterusnya ia akan finger pengguna yang kita mahu.
Rajah 1
PENUTUP
Apa yang sesebuah site buat, bagainama pun, tidak semestinya
selari dengan perbuatan lain yang lazimnya berlaku. Finger mungkin
hilang keupayaan pada tempat-tempat tertentu untuk tujuan keselamatan
di mana, selagi pentadbir sistem yang lain mungkin meggunakannya
untuk membekalkan maklumat secara percuma. Cara terbaik untuk mencari
jalan keluar adalah mencuba finger dan lihat apa yang kita dapat.
Dalam kebanyakkan kes, kita boleh gunakan aturcara untuk menghasilkan
maklumat tentang bukan hanya seorang tetapi semua pengguna yang
terdapat pada tapak yang khusus.
Sebagaimana yang telah diterangkan, untuk melakukan ini kita perlu
guna arahan:
Finger@usersite
Contohnya,
finger@kusza.edu.my
mengeluarkan satu senarai yang seakan-akan sama kepada seorang
yang ingin kita run pada tapak kita sendiri dengan menggunakan arahan
finger secara terus, tapi dalam keadaan ini keputusan yang akan
dikeluarkan ialah senarai semua orang yang login pada tapak sistem
KUSZA.
Secara keseluruhannnya, dapatlah kita ketahui bahawa finger menyediakan
kita satu perkhidmatan di mana dengannnya kita dapat memperohi pelbagai
maklumat yang berkaitan dengan pengguna yang sedang dan pernah login
pada sesuatu sistem yang terdapat dalam rangakaian.
Daripada:
Noorakmal Jusoh
|