Pendahuluan
Definasi
Etika
Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Perkataan
ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap
atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ia terbahagi
kepada dua:
i) Normatic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah
laku yang baik dan jahat.
ii) Matacthic iaitu yang terbahagi kepada dua : analitic yang berfungsi
menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik atau
jahat dan critical yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa
yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi
etika. (Mustafa
Haji Daud - Etika Pengurusan 1996)
Etika merupakan displin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada
penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan
perseorangan serta antara individu. (Abdul
Rahman Md. Aroff - Teori Etika dan Amalan Moral 1999)
Guru merupakan agen moral, kerana mereka terlibat dengan manusia
yang mempunyai unsur nilai iaitu nilai baik atau jahat. Berdasarkan
Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matalamat untuk memenuhi tuntutan
“JERI” mewujudkan insan yang seimbang (holistik) dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelek. Keadaan ini sudah tentunya memerlukan
satu tatasusila/etika yang perlu diikuti oleh semua guru. Setiap
organisasi perlu mempunyai kod etika profesion sebagi panduan tingkah
laku setiap ahli.
Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari membina kod etikanya
sendiri. Kementerian Pendidikan Malaysia membina kod etika ini menggunakan
istilah Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan
manusia. Guru sangat perlu bagi melahirkan insan yang seimbang dari
semua segi. Pembangunan insan harus diseimbangkan agar nilai-nilai
moral masyarakat supaya sentiasa terpelihara. Mahathir (1999), guru-guru
dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani
oleh pelajar dan masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu,
antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat,
bahasa dan kemahiran berkomunikasi.
Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak,
sahsiah dan moral pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan
sekolah dengan watak yang dapat dibanggakan oleh para pelajar, ibu
bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan insan cemerlang menjadi
begitu penting sekali bagi negara yang akan menjadi negara maju
pada awal abad yang akan datang.
Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan
dan menjadi amalan yang berpanjangan bagi setiap murid. Sepanjang
hayatnya mereka akan ingat bagaimana guru-guru menerap ilmu pengetahuan,
budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati diri sehingga
sebati dalam jiwa. Dalam konteks ini guru merupakan manusia yang
telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu,
beriman dan bertakwa.
Matalamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan
memjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini
merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jesteru itu satu, Etika Profesion Perguruan Malaysia dan Etika
Kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian
Pendidikan Malaysia mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab,
dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab masing-masing.
Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini guru dapat
menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi
pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan
nilai-nilai akhlak mulia. Etika ditakrifkan sebagai “satu cabang
ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik
dan dengan kewajiban dan tanggungjawaj moral”. (Harold Koontz &
Heinz Weihrich - Pengurusan terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod &
Siti Nadzrah Sheikh Omar -DBP)
Etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam organisasi.
Walaubagaimana cekap sekalipun pengurusan, sememangnya tidak bererti
jika tidak dibaluti dan diikat dengan etika pengurusan yang sempurna.
Etika akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang, perkhidmatan
cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini akan bererti jika
ianya mematuhi nilai-nilai moral.
Perbincangan yang akan dibincangkan dalam bab ini hanya meliputi
Tatasusila (Etika) Profesion Perguruan Malaysia supaya ianya
dapat dijadikan sebagai panduan untuk melihat kepada keberkesanan
etika ini dalam menjadi amalan setiap warga pendidik.
“Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi
mutu profesion, maka kod etika telah pun disediakan. Kod etika ini
telah pun disediakan dalam bentuk ikrar dan lazimnya tercetak di
halaman depan buku persediaan mengajar guru”. (Ee
Ah Meng Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih 1989)
(Lampiran
yang dilampirkan merupakan rujukan Tatasusila (Etika) Profesion
Perguruan Malaysia sebagi rujukan kritis).
1.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR.
1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami
daripada hal-hal lain.
Ciri ini adalah merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan. Tetapi
adakah ciri ini sebenarnya berlaku. Realiti yang berlaku guru banyak
mengajar displin mata pelajaran ke arah mencapai kelulusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Jadi di mana akan berlaku perubahan
moral. Sepatutnya guru mengimbangi antara kecemerlangan akademi
dengan kebajikan dan keselamatan pelajar. Etika sudah ada secara
teori tetapi yang mempunyai aspirasi tersendiri. Tetapi realiti
sebenar yang berlaku di sekolah tidak seperti yang diharapkan.
1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira
faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,
keturunan atau agama.
Sepatutnya semua guru bersikap adil dan saksama ke atas semua pelanggang
(pelajar) dengan mengenepikan semua unsur-unsur lain. Tetapi apa
yang realiti berlaku di sekolah di mana kelas yang pandai biasanya
diberi penekanan yang lebih supaya pelajar dapat perstasi yang cemerlang
manakala kelas yang terbelakang penekanan kurang dibuat.
Pembelajaran dilakukan secara Mastery Learning untuk lulus dalam
peperiksaan.
1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Menjaga kerashiaan dan mengambil langkah-langkah menyimpan kerahsiaan
adalah penting demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala maklumat
tidak boleh disebarkan kepada pihak ke tiga kerana mungkin akan
didedahkan kepada pihak yang lain pula dan dengan ini kerahsiaan
tidak akan terjamin. Apa yang realitinya berlaku di sekolah hanyalah
Unit Bimbingan dan Kaunseling sahaja yang memegang kepada kod etika
ini manakala yang lainnya menganggapkan perkara kerashiaan adalah
perkara biasa.
1.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri
atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.
Sememangnya berlaku demikian di sekolah kerana guru telah mendapat
gaji tetap secara bulanan. Namu pun begitu sekiranya berlaku kelas
tambahan maka biasanya guru-guru di bayar elaun khas melalui Persatuan
Ibubapa dan Guru-guru (PIBG). PIBG memainkan peranan memberi sedikit
bayaran lain sebagai inesatif kepada guru-guru. Ee Ah Meng (1989)
“Guru hendaklah mengelakkan diri daripada menerima sebarang
hadiah dari ibubapa pelajar dalam menjalankan tugas-tugas
profesionalnya”
1.5 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Mohamad Sani Ibrahim (1994), berpandukan kehadiran guru-guru dalam
kursus dalam perkhidmatan, jumlah kecil kurang dari 1% daripada
populasi keseluruhan. (Petikan Suara Guru Jilid 20 No.2 Sept 1998).
Walaupun perkara ini sangat penting dalam meningkatkan mutu pendidikan
tetapi penekanan kurang dibuat oleh Kementerian Pendidikan. Perancangan
tentang hal ini hanya berlaku pada tahun 1979-1980 apabila IAB ditubuhkan.
Sebelum ini tidak ada institusi khas yang ditubuhkan untuk memberi
latihan semula kepada guru-guru setelah meraka menamatkan pengajian.
Kebanyakan guru-guru yang mengajar, mengajar “on-the job” di mana
pengalaman didapati melalui kerja yang dilakukan. Kursus-kursus
profesional dan vokasional jangka panjang tidak banyak dilakukan.
Kebanyakan
guru-guru sibuk dengan tugas-tugas harian dan tidak mempunyai masa
untuk terlibat sepenuh masa dalam program-program di atas. Tanpa
pengelibatan guru dalam perkara
di atas maka adalah sukar untuk melaksanakan program-program
pembaharuan, perubahan dan refomasi.
Sepatutnya guru-guru didedahkan dengan perkara ini supaya dapat
membuat keputusan yang bijak dan cepat, memenuhi keperluan dan selera
pelajar, mengikut piawai dan kualiti yang diiktiraf, kamampuan bertanding
dan membuat penilaian berasaskan
produktiviti dan penyempurnakan sasaran dan objektif.
Berasaskan kepada perkembangan Teknologi Maklumat
(IT) masa kini dan pengurusan dalam era teknologi maklumat masa
kini maka perancangan strategik perlu dilakukan supaya perubahan
sikap dapat berlaku melalui faktor ini.
1.6
Menunjukkan suatu cara pakaian pertuturan dan tingkahlaku yang
dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.
Ciri ini sememangnya amat dituntut kerana tingkahlaku guru akan
menjadi ikutan pelajar seperti kata pepatah “Jika guru kencing berdiri
maka murid kencing berlari” dan tidak berlaku seperti ketam menyuruh
anaknya berjalan lurus. Segala bentuk perlakuan dan watak guru biasanya
akan diikuti oleh pelajar.
Pada kebiasaannya guru mengamalkan perkara ini.
Guru mesti mempunyai pribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perwatakan
yang baik. Guru hendaklah sensitif terhadap persekitaran
kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan
dengan keadaan sekeliling kerana setiap perkembangan
guru akan dinilai oleh pelajar dan masyarakat.
Ee Ah Meng (1989) Dalam keadaan biasa guru lazimnya didewa-dewakan
oleh kaum pelajar. Dia dianggap sebagai individu yang yang idel,
berstatus dan berkelayakan. Oleh itu tingkah laku guru sentiasa
dicontohi oleh pelajarnya. Situasi seperti ini yang menyebabkan
orang ramai menaruh harapan terhadap guru untuk menonjolkan tingkah
laku yang unggul bagi pelajarnya.
Dalam keadaan ini:
* Guru perlu menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan
yang terbaik sepanjang masa.
* Berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan
dan kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi
kepada pelajar.
* Menampilkan diri sebagai orang yang dinamik, maju berdaya saing
dan dapat mendorong seseorang berkelakuan baik.
2.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA.
2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak
merka.
Sememangnya tanggungjawab utama mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab
ibubapa. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini terdapat ibubapa yang
meletakkan tanggungjawab utama ini kepada guru-guru. Lebih-lebih
lagi jika anak-anak mereka belajar di sekolah asrama sejak tingkatan
satu lagi, maka tanggungjawab ini lebih diberikan
kepada guru-guru.
2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
Guru berusaha mewujudkan keadaan ini melalui Persatuan ibubapa
dan guru-guru dan aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah seperti
mengadakan aktiviti gotong royong Sambutan Hari Ucapan dan Penyampaian
Hadiah, Hari Keluarga, Hari Terbuka dan lain-lain lagi. Namupun
demikian bukannya semua guru dan ibubapa yang hadir. Keadaan
ini berlaku maka susahlah untuk diterapkan nilai moral secara menyeluruh.
2.3
Menggangap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai
keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan
tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali
mereka yang berhak mengetahuinya .
Pada kebiasaanya di peringkat ini kerashiaan hanyalah diamalkan
oleh konselor sekolah manakala yang lainnya menggangapkan perkara
ini suatu perkara yang biasa.
2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak
mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada
ibubapa secara teliti dan bijaksana.
Dalam hubungan ini segala maklumat seperti keputusan peperiksaan
dalaman, aktiviti ko-kurikulum perlulah dihantar kepada ibubapa
supaya mereka juga dapat mengetahui kedudukan anak-anak mereka di
sekolah dan kadangkalanya perbincangan perlu dilakukan dengan ibubapa/penjaga
bagi mereka mengetahui kedudukan anak-anak mereka di sekolah tetapi
perkara ini jarang dilakukan di sekolah.
Kesempatan ini patut digunakan oleh guru untuk mendapat latar belakang
pelajar-pelajar supaya boleh dijadikan panduan untuk mengatasi kelemahan
pelajar.
2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosiol dan ekonomi pelajar.
Setiap pelajar adalah sama dan tidak perlu diberi keutamaan kepada
mana-mana pelajar. Di Jepun contohnya semua pelajar diberi makanan
yang sama semasa rehat supaya tahap pemakanan pelajar di sekolah
adalah seimbang dan kecerdasan pelajar adalah sama. Projek program
susu sekolah yang dilancarkan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia
mempunyai matlamat yang sama. Pelajar mestilah dilayani sama rata.
Pencapaian
kanak-kanak di sekolah juga dipengaruhi oleh latar belakang keluarga.
Faktor latar belakang keluarga merangkumi unsur seperti harapan
ibu bapa, kemodenan, kelebihan kemudahan ibu bapa, status sosioekonomi,
jarakdari sekolah dan daerah tempat tinggal. Ee Ah Meng (1989)
Kajian keciciran telah menunjukkan bahawa keluarga yang miskin juga
merupakan keluarga yang kurang moden dan rendah pula motivasi pendidikannya.
Dalam hubungan ini jika mereka tidak diberi layanan yang sama rata
maka sudah tentulah pencapaian mereka akan terjejas. Motovasi
yang rendah memang akan menjejaskan dorongan kanak-kanak
untuk belajar dengan tekun dan dengan ini pencapaian
persekolahan akan juga terjejas.
2.6 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa
atau penjaga mereka. Guru
mestilah bersifat neutral dan tidak boleh menghasut pelajar
supaya membenci ibu bapanya. Sebagai contoh apa
yang berlaku sekarang ada dikalangan pelajar yang memberitahu
ibu bapa mereka supaya membenci kerajaan kerana
dihasut oleh guru mereka. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya
berlaku dikalangan guru-guru. Ee Ah Meng (1989)
Guru hendaklah menanamkan sikap baik di kalangan pelajar agar
mereka membesar menjadi warganegara yang berguna dan
taat setia kepada keluarga dan negara.
3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA.
3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh
merosokkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun
yang bertentangan dengan Rukunnegara.
Sepatutnya guru mendidik, mencorok, membimbing disamping memberi
ilmu supaya pelajar dapat berfungsi dalam masyarakat dengan penuh
tanggungjawab dan harmonis.
Tetapi apa yang berlaku:
* Ada guru yang menerapkan nilai, kepercayaan dan fahaman
mereka sendiri seperti apa yang berlaku guru
membawa bersama-sama pelajar dalam gerakan refomasi.
* Mereka juga membentuk pelajar mengikut apa yang
mereka fikirkan betul.
* Kadangkala terdapat fahaman guru berkonflik dengan hasrat
dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara atau Tatasusila
Profesioan Perguruan Malaysia. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya
wujud dikalangan guru-guru.
3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai
yang boleh
membantu dan membimbing mereka menjadi
warganegara yang yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna
menghormati orang tuan dan menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Perkara
ini biasanya dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum di
sekolah, di mana pelajar diasuh menghormati ketua.
Kegiatan
ko-kurikulum boleh membantu pelajar dalam menanam sikap suka tolong
menolong, melakukan amal kebajikan,menjauhi perkara keji,dan merupakan
etika yang mulia yang dapat dilahirkan melalui kegiatan ko-kurikulum.
Semua pelajar dari pelbagai kaum akan menyertai aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum seperti persatuan, unit beruniform, sukan dan
olahraga. Dengan ini semangat bersama, toleransi, bertimbang
rasa akan dapat dipuput. Guru-guru dan pelajar memahami
antara satu sama lain dan dengan ini dapat memupuk
semangat bersama di kalangan pelajar berbilang kaum
dan perpaduan akan dapat dipupuk. Apa yang realitinya
berlaku ada dikalangan pelajar yang tidak menyertai kegiatan ini
maka sukarlah untuk memupuk perkara ini secara menyeluruh.
Guru sepatutnya dapat membentuk pelajar menjadi
warganegara yang taat setia, berguna serta menghormati
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Dalam setiap program sekolah sepatutnya masyarakat setempat tidak
dilupakan. Tetapi apa yang berlaku di sekolah di mana pihak pentadbiran
lebih kepada penunjulan diri di peringkat jabatan seperti Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) tanpa menjemput
masyarakat setempat. Sepatutnya jika diadakan majlis rasmi sekolah
seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Hari Keluarga, masyarakat
setempat dijemput sama.
Faktor lain yang menjadi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
ialah mewujudkan kerjasama melalui PIBG, sepatutnya PIBG dan masyarakat
sama-sama memainkan peranan dalam memajukan sekolah . Walaubagaimanapun
terdapat sekolah di mana PIBG hanya wujud pada namanya sahaja tetapi
semua perkara diuruskan oleh pihak sekolah.
Sebagai contoh sambutan Hari Guru setiap tahun ianya dijalankan
sendiri oleh warga pendidik. Sepatutnya pihak ibubapa harus terlibat
sama bagi menghargai pengorbanan guru-guru mendidik anak-anak sehingga
berjaya. Walaupun perkara ini terdapat dalam etika perguruan tetapi
dari segi realitinya hanya pihak guru memainkan peranan tanpa sokongan
dari pihak lain.
Guru sememangnya memainkan peranan cergas dalam meninggikan kehidupan
moral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat tetapi biasanya guru
lebih bertindak bersendirian dalam hal ini. Sebagai contoh masalah
merokok yang semakin tinggi di kalangan pelajar sekarang ini
hanya pihak sekolah yang cuba mengatasinya dengan mengadakan hukuman
rotan, gantung persekolahan dan lebih berat lagi buang sekolah.
Tetapi terdapat di kalangan ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka
meghisap rokok di rumah. Sekolah sepatutnya rapat dengan masyarakat
dan dari masa ke semasa sekolah sepatutnya memberi pertolongan kepada
masyarakat dan sebaliknya. Ini adalah kerana sekolah diwujudkan
untuk kepentingan dan keperluan masyarakat, serta meyediakan pelajaran
secara formal kepada anak-anak ahli masyarakat dan melatih mereka
untuk melahirkan mereka rakyat yang berkemahiran untuk masyarakat
dan negara.
Guru mestilah bertindak dan bertingkah laku yang sopan dan dapat
diterima oleh masyarakat kerana sekolah adalah sebahagian
daripada masyarakat yang membayangkan matlamat
dan hasrat serta aspirasi sesuatu masyarakat. Dalam hubungan
ini segala tingkah laku guru akan menjadi ikutan kepada
masyarakat. Sekolah semestinya memperlihatkan normal-normal,
kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat.
Pihak sekolah boleh menganjurkan berbagai-bagai kursus atau ceramah
yang menarik minat ahli-ahli masyarakat seperti tentang agama, akhlak,
moral, penyakit-penyakit bahaya dan lain-lain lagi. Perkara ini
memberi pengetahuan dan matalamat kepada ahli-ahli masyarakat.
Tetapi realitinya perkara ini tidak diberi penekanan dalam
pengurusan sesebuah sekolah. Guru sepatutnya menjadi rujukan umum
dan perlu berada dalam keadaan yang boleh diterima oleh masyarakat.
4.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESIOAN
PERGURUAN.
4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru. Sebagai
seorang yang profesional maka sudah tentulah seseorang
guru akan menjaga profesion perguruan dan maruah seseorang
guru. Mohd Najib (1996), Untuk mencapai hasrat kita ke
arah mewujudkan word class education dan seterusnya world class
nation, kita memerlukan gabungan tenaga, pemikiran dan daya
kreatif dari setiap warga Kementerian.Warga Kementerian perlu
visi dan nilai yang dikungsi bersama.
Oleh hal yang demikian kita perlu sama-sama menjaga profesion
perguruan supaya pelanggang dan stakeholder kita berasa berpuas
hati dan kehendak-kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi.
Apa yang masyarakat mahu ialah penghasilan kerja sama
ada perkhidmatan atau barangan dikeluarkan tanpa
cacat, tepat, dan boleh dipercayai. Sehubungan dengan ini maka
kita perlu menjaga profesion perguruan maruah seseorang
guru.
4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru.
Guru sepatutnya berusaha meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing.
Guru dilarang daripada terlibat dalam aktiviti lain
seperti berniaga, ejen insuran, ejen jualan langsung kegiatan
politik, dan kegiatan luar yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai seorang guru.
Tetapi apa yang berlaku sekarang ada dikalangan guru yang berniaga
di pasar malam, memandu kereta sewa hingga larut malam
untuk menambahkan pendapatan. Walaupun mereka mengetahui
hal ini tetapi perkara ini terpaksa dilakukan kerana keadaan
ekonomi yang terdesak berbuat demikian.
Akibatnya mereka hadir ke sekolah sebagai memenuhi syarat perkhidmatan
dan mengajar memenuhi masa yang diperuntukkan
sahaja. Jiwa dan raga tidak komited kerana ada
agenda lain yang lebih menguntungkan sedang menanti. Kalau
diperincikan lagi tentang hal ini makla sudah tentulah banyak lagi
tindakan tata tertib yang boleh diambil kepada guru kerana ianya
jelas melanggar akta perjanjian sebagai seorang guru.
4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab
kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
Berusaha dengan sepenuhnya adalah sangat dituntut supaya peningkatan
kecemerlangan dalam semua segi dapat dicapai. Dalam
hubungan ini guru perlu menyediakan perancangan pelajaran
yang kemas dan teratur, objektif pelajaran jelas, memastikan
minat serta pengetahuan sedia ada pelajar diambil
kira dalam merancang pelajaran, set induksi yang baik
dan dapat menarik minat pelajar, langkah di peringkat
perkembangan pelajaran disusun mengikut prinsip dari mudah kepada
kompleks dan seterusnya menyediakan penutup yang sesuai
sama ada penutut sosial atau kognatif pelajar. Tetapi apa
yang realitinya berlaku biasanya perkara ini diberikan penekanan
semasa latihan mengajar kemudian selepas itu tiada
penambahbaikan dibuat.
Dalam hubungan ini ke arah persediaan memasuki alaf baru, maka
kita perlu melihat kembali struktur dan mekanisme pelaksanaan
secara total ke arah mewujudkan sistem pendidikan
yang efisyen, efektif dan bertaraf dunia.
4.4 Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka
yang baru dalam profesion perguruan.
Salah satu perkara yang sering ditimbulkan oleh guru-guru ialah biasanya
pengetua, guru besar, guru penolong kanan dan guru-guru kanan banyak
menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus dalam perkhidmatan, seminar
dan guru-guru baru kurang didedahkan tentang perkara ini. Tetapi
malangnya selepas mengikutinya tidak diadakan pula kursus dalaman
bagi mendedahkan kepada guru-guru lain terutamanya guru-guru baru.
Pendek kata sistem komunikasi guru perlu diperkemaskan di semua
peringkat: dari peringkat atasan iaitu
Kementerian sehinggalah ke peringkat negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah, sekolah hingga kepada guru-guru dan kakitangan. Sepatutnya
mereka saring membantu antara satu sama lain, sebaliknya tedapat
jurang atau gap antara mereka dan menyebabkan susah untuk menolong
antara satu sama lain. Kita perlu bantu membantu antara satu sama
lain supaya sistem pengajaran dan pembelajaran kita bukan sekadar
berkesan tetapi mampu memenuhi keperluan sebenar untuk membentuk
masyarakat yang berdaya cipta dan mampu menyumbang kepada peradaban
dunia.
4.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama
baik profesion perguruan.
Sebagai seorang yang profesional maka guru hendaklah tidak melakukan
sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan. Dalam
keadaan politik sekarang ini nampaknya terdapat dikalangan guru
yang gagal untuk mengatasi diri dari terlibat dalam gerakan refomasi
dengan membawa pelajar sama terlibat. Keadaan ini boleh mencemarkan
nama baik profesion perguruan. Segala tingkah laku guru mestilah
dijaga kerana ianya menjadi ikutan orang lain.
4.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Walaupun perkara ini termasuk dalam etika perguruan, tetapi bilangan
guru yang terlibat dalam sesebuah pertubuhan guru adalah kecil.
Guru mempunyai beberapa pertubuhan yang besar untuk menjaga kebajikan
mereka serta meninggikan mutu profesion perguruan. Jika timbul rasa
ketidakadilan, maka pertubuhan akan berusaha mengatasinya.
Antara kesatuan guru ialah National Union Of Teaching Profession
(NUTP), Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat (KGMMB). Sekarang ini
banyak koperasi guru ditubuhkan untuk membantu guru seperti Yayasan
Guru Malaysia Berhad tetapi bilngan yang menyertainya amat sedikit.
Kesimpulan.
Matalamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan
Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah merupakan
tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekiranya
kita mengikuti sepenuhnya Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia
maka kita akan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan
tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
masing-masing.
Kita dapat melihat bahawa etika mempunyai kedudukan yang istimewa
dalam pengurusan. Etika yang baik akan menghasilkan budaya kerja
yang cemerlang dan pengurusan yang berkualiti yang akan berakhir
dengan hasil perkhidmatan dan barangan yang bermutu tinggi.
Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia perlulah diikuti dan diamalkan
sepenuhnya oleh semua warga pendidik kerana ianya merupakan asas
kepada perkhidmatan yang menuju kepada pendidikan bertaraf dunia
yang diidamkan. Guru-guru telah diamanahkan untuk membentuk generasi
pelajar yang berilmu, beriman, bertakwal, berakhlak mulia serta
mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara berasaskan kod
etika profesion perguruan.
Rujukan
Abdul
Rahman Md. Arof (1999). Pendidikan Moral. Teori Etika dan Amalan
Moral . Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Abdul
Halim Hassan (1994). Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan.
Kuala Lumpur. Delma (M) SDN.BHD.
Hisham
Altalib (1992). Panduan Latihan bagi Petugas Islam. Kuala
Lumpur. Nurin Enterprise.
Mustafa
Haji Daud (1996). Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan
Publiction & Distributions Sdn.Bhd.
Rozhan
Othman (1997). Pengurusan Personal dan Perancangan
Guna Tenaga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal
Abidin Mohamed (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur:
Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Wan
Shamsuddin Wan Mamat (1999). Perancangan Pendidikan PG586. Terengganu.
Universiti Putra Malaysia.
Persatuan
Pendidikan Malaysia (Jld 20 No.2(SEP) 1998). Suara Pendidik.
Institut Aminuddin Baki Sri Layang Genting Highland
Pahang.
Samat
Buang. Sistem Komunikasi Manusia Dan Haiwan: Satu Perbandingan.
Jurnal Dewan Bahasa April 1997.
|