Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

  Tajuk : Etika Kristian, Hindu, Budhis dan Confucius.

Soalan.

1. a. Nyatakan dua kitab suci agama Kristian dalam Bible.
b. Senaraikan empat nilai utama dalam etika Kristian.
c. Senaraikan empat ajaran kebaikan agama Kristian.
Jawapan;
a. Dua kitab dalam Bible ialah:-
i. The Old Testment (Perjanjian Lama)
ii. The New Testament (Perjanjian baru)

b. Empat nilai utama dalam etika Kristian ialah:
i. kasih sayang
ii. berpuas hati
iii. keadilan
iv. bertanggung jawab

c. Ajaran-ajaran kebaikan agama Kristian ialah:
i. Bersembahyang dan berdoa
ii. Mengheningkan cipta dan bermeditasi
iii. Berbuat baik dan tekun bekerja
iv. Meminta maaf dan mengawal nafsu
v. Jauhi zina dan elakkan minuman keras

2. Dasarkan keterangan yang telah diberi, cuba anda sebutkan dengan maknanya sekali konsep-konsep penting dalam etika Hinduisme.
Jawapan:
Konsep-konsep penting dalam etika Hinduisme:-
i. Asyrama (putaran hidup)
ii. Dharma ( tanggung jawab)
iii. Karma (tindakan dan kesannya)
iv. Purusyartha (matlamat hidup)

3. Selaras dengan suruhan dan larangan, jelaskan bagaimanakah peribadi Hinduisme yang diingini?
Jawapan:-
Peribadi Hinduisme:
Seorang penganut Hinduisme sebenar mempunyai budi pekerti yang baik, berpuas hati dengan apa yang ada, sabar, berdisiplin, murah hati, ikhlas, bersikap benar, mampu mengawal hawa nafsu serta tidak menyakiti orang lain, tidak hasad dengki dan tidak tamak haloba.

4. Nyatakan Empat Kebenaran Mulia dan Jalan Mulia Lapan Berlapis dalam etika Budhisme.
Jawapan:
Empat Kebenaran Mulia :
a. Kebenaran kesengsaraan
b. Kemunculan kesengsaraan
c. Kehilangan kesengsaraan
d. Cara menamatkan kesengsaraan.
Jalan mulia lapan Berlapis:-
a. Fahaman yang betul
b. Fikiran yang betul
c. Percakapan yang betul
d. Perbuatan yang betul
e. Kehidupan yang betul
f. Usaha yang betul
g. Kesedaran yang betul
h. Tumpuan yang betul

5. Senaraikan suruhan dan larangan Budhisme.
Jawapan:-
Suruhan dan larangan dalam etika Buddhisme:-
Suruhan-suruhan:
a. Bersikap benar
b. Bermurah hati
c. Mengawal diri

Larangan-larangan:
a. Membunuh
b. Mencuri
c. Mencari keseronokan nafsu syahwat
d. Berbohong
e. Meminum arak.

6. Cuba anda nyatakan dengan maknanya sekali konsep-konsep penting dalam etika Confucianisme.
Jawapan:-
Konsep-konsep penting dalam etika Conficianisme;
Dao (cara yang unggul)
Di (sifat-sifat murni)
Li (kod upacara)
Ren ( perasaan kemanusiaan)
I (moraliti)

7. Bagaimanakah peribadi yang dikehendaki dalam Confucianism?
Jawapan:
Peribadi yang dikehendaki:
Orang-orang yang berpegang teguh kepada Conficianisme sentiasa baik hati, taat setia, amanah, rela berkorban, berkelakuan baik, berhubung secara baik dengan semua orang, bersikap adil dan berperibadi mulia.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002