Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

TIDAK TAHU MEMBUAT LAMAN ???

Anda ingin sangat membuat laman/ website tetapi tidak tahu membuatnya. Anda tidak perlu tahu HTML untuk membuat laman yang cantik. Anda akan mengambil masa yang lama untuk belajar Tag-tag HTML menggunakan Note atau Word Pad, HomeSite atau HotDog. Mengapa perlu buang masa anda begitu saja? Programmer telah bekerja keras untuk menghasilkan perisian untuk kemudahan anda. Apa yang kami cadangkan ialah memadai dengan menggunakan Netscape Editor atau Netscape Composer. Jika anda menggunakan Microsoft FrontPage lagi baik. Anda hanya perlu menaipkan teks yang perlu dan grafik yang dikehendaki. Semua arahan ada diberikan pada perisian yang disebutkan di atas. Walau bagaimana pun jika anda ada kebolehan yang baik dalam HTML, anda mempunya beberapa kelebihan yang lain.

GRAFIK

Berkenaan dengan gambar grafik anda boleh melukisnya sendiri. Banyak perisian di pasaran boleh digunakan asalkan perisian itu boleh menyimpan fail grafik dalam format "gif" atau "jpeg". Contoh perisian membuat grafik ialah Gif Construction Set, Image folio,PaintShopPro, Macromedia dan banyak lagi. Kalau anda tidak mahu atau tidak pandai melukis memadai dengan mengambil gambar gif di laman web yang percuma. Anda cuma perlu menyimpan fail grafik itu ke dalam hard disk. Pastikan anda tidak mengambil gambar gif atau jpeg yang ada hakcipta. Dokumen yang anda baca ini dibuat menggunakan Netscape Editor. Sila klik "View, Document source" jika anda guna Netscape 3.0," View, Page source" jika anda guna Netscape 4.0, "View source" jika anda menggunakan Microsoft Internet Explorer atau "View Source" jika anda guna Mosaic dan anda dapat lihat HTML source untuk dokumen ini. Dalam source kod ini anda boleh lihat perkataan "META" yang menunjukkan dokumen ini di edit menggunakan Netscape Editor 3.01 Mozilla.

PETUA

Satu nasihat yang perlu anda ingat ialah sebelum anda ingin membuat laman sendiri, lihatlah dahulu laman-laman yang ada di internet. Lawatlah laman peribadi, laman korporat, laman organisasi, laman universiti, sekolah dan sebagainya. Apabila anda banyak melawat laman-laman ini sedikit sebanyak anda mempunyai sedikit idea untuk membuat laman sendiri. Sebelum anda buat laman sendiri, rancang dahulu di atas kertas apa yang anda nak buat dan bila sudah selesai, kerja-kerja seterus-nya adalah lebih mudah. Setelah anda siap membuat laman sendiri di komputer anda (LOKAL/komputer anda) dan telah mengujinya dengan browser dan berpuas hati baharulah anda mencari tempat percuma di Web untuk di lawati oleh orang ramai. Jika anda mempunya duit lebih anda boleh menyewa ruang di Jaring.com atau di tempat-tempat lain. Sila baca Laman PERCUMA/ FREE untuk mendapat maklumat lanjut mengenai ruang percuma untuk laman anda. "Selamat Mencuba". Kalau anda masih ragu-ragu sila e-mail Pentadbir .

sumbangan daripada :
nanizah@pl.jaring.my
 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002