PENGENALAN
MICRO CHANNEL ARCHITECTURE
(
SENIBINA SALURAN MIKRO)
Micro Channel Architecture (MCA) atau senibina saluran mikro
merupakan satu kaedah penyaluran data dari mikropemproses ke peralatan
input output lain disalurkan melalui saluran yang dinamakan bas.
Komputer Personal System/2 (PS/2) menggunakan bas
bentuk baru iaitu dalam istilan teknik yang dinamakan senibina bas
selari atau ‘parallel bus architecture’. IBM telah mengistilahkan
senibina ini sebagai Micro Channel Architecture atau dengan ringkasnya
MCA.
Menurut penjelasan IBM, bas yang digunakan dalam Personal Computer
(PC) diibaratkan seperti sebatang jalan dengan dua jalur. Dengan
adanya mikropemproses yang semakin cepat memproses data, dua
jalur tidak mencukupi dan tidak dapat menampung data yang akan disalurkan
dan ini akan menimbulkan masalah serta akan menyebabkan kesesakkan.
Sistem baru MCA, ibarat lebuhraya yang banyak jalur. Data dapat
disalurkan dengan lebih bebas dan cepat. Selain daripada itu, MCA
sekaligus dapat menangani beberapa tugas dibandingkan dengan saluran
lama yang digunakan pada PC, yang hanya dapat menangani satu demi
satu tugas. Data dalam komputer, lebih canggih dapat ditangani oleh
MCA sehingga memungkinkan perhubungan antara mini komputer dengan
kerangka utama.
APAKAH BAS
KOMPUTER?
Papan pemproses (processor board) ialah komponen utama mini komputer.
Didalamnya terdapat papan litar tercetak (printed circuit board
(PCB)). Semua cip-cip mikropemproses, ROM dan RAM selalunya terletak
diatas papan ini. Papan litar tercetak mengandungi ukiran litar
yang dipanggil bas (bus) yang menghubungi cip-cip dan komponen elektronik
lain.
Terdapat tiga jenis bas iaitu bas kawalan, bas data dan bas alamat.
Bas kawalan berfungsi untuk membawa arahan dan menghubungkan unit
kawalan dalam unit pemprosesan pusat dengan komponen-komponen lain
dan bas data pula berfungsi khusus untuk menguruskan perhubungan
data diantara bahagian-bahagian komputer sementara bas alamat berfungsi
untuk memudahkan proses penyimpanan dan pemanggilan serta pencarian
bait-bait tertentu pada lokasi alamat dalam ingatan utama komputer.
Komputer mempunyai beberapa slot perhubungan untuk membolehkannya
berhubung dengan alat-alat periferal luar. Slot-slot
perhubungan
ini selalunya terletak diatas papan litar bercetak. Terdapat dua
jenis perhubungan iaitu perhubungan selari (parallel) dan perhubungan
bersiri (serial). Setiap jenis perhubungan hanya boleh dilakukan
melalui kad antara muka (interface card). Kad ini bertindak sebagai
penimbal (buffer) di antara dua dunia yang berlainan ini supaya
setiap pesanan atau maklumat yang disampaikan oleh satu pihak difahami
oleh pihak yang satu lagi.
Mikrokomputer membenarkan perhubungan perkakasan dengan alat periferal
luar dengan luasnya. Ingatan komputer mudah ditambah dengan hanya
melengkapkan cip-cip RAM kepada kepada slot yang disediakan.
Contohnya sebuah komputer Apple pula boleh berfungsi seperti komputer
IBM PC dengan meletakkan kad antara muka IBM pada slotnya.
Perluasan serta penambahan alat-alat luar berjaya meningkatkan keupayaan
mikrokomputer sehingga memenuhi matlamat kegunaannya. Kita boleh
menghubungkan mikrokomputer dengan kerangka utama atau mikrokomputer
lain, supaya dapat bertukar maklumat. Kita juga boleh menggunakan
mikrokomputer untuk mengawal alat-alat elektronik lain. Ciri-ciri
unik ini menjadikan mikrokomputer satu alat yang sesuai untuk di
miliki oleh masyarakat umum, sama seperi televisyen dan radio di
rumah.
SIFAT-SIFAT
DAN FAEDAH YANG DIPEROLEHI DARIPADA MCA DARI SEGI:
a) Kemampuan dan kebolehan
Salah satu aspek penting MCA ialah memberi kebaikan yang tidak membataskan
kepada 32-bit sistem dan 32-bit peranti. MCA ditakrifkan sebagai
8 dan 16-bit untuk laluan data dan 24-bit untuk laluan alamat. Ini
bermakna kos yang digunakan adalah rendah dan papan litar boleh
dibina mengikut senibinanya. Pemproses 286 dan 386SX sistem
boleh dikongsi kebaikannya dalam senibina bas yang baru ini. Sistem
nombor yang besar dan kegunaannya dapat mengembangkan slot sistem
pemacu dan harga papan litar juga adalah rendah. Bagi pengguna yang
tidak memerlukan fungsi 32-bit tidak perlu membayarnya.
b) Persesuaian Perisian
Persesuaian dapat dibahagikan kepada dua faktor iaitu faktor perkakasan
dan perisian. Daripada dua faktor ini faktor persesuaian perisian
adalah lebih penting sejak berkembangnya perisian penggunaan. Tidak
kurang pentingnya kesan dalam persesuian perisian ke atas pengguna
yang terakhir. Jika program atau aturcara yang wujud tidak
dapat dilaksanakan
dalam sistem baru, maka tidak satu pun perkakasan baru itu mempunyai
nilai.
c) Persesuaian AT board
Dalam persesuaian perkakasan , sistem saluran mikro tidak boleh
menggunakan PC/XT/AT yang lama. Banyak penambahan dilakukan dalam
papan litar untuk PC/XT/AT sistem dengan menyediakan fungsi perkakasan
seperti video, pencetak,disket dan pengawal disk penuh yang dibina
dalam sistem hari ini. Kebanyakkan sistem baru dilengkapi dengan
memori pada sistem board dan tidak lagi memerlukan pengembangan
kad ingatan. Kebanyakkan kad-kad lama adalah 8-bit peranti merupakan
teknologi logik dan ingatan yang ketinggalan zaman dan ini membuatkan
satu keputusan yang tepat iaitu dengan pelaksanaan penalti dalam
sistem baru.
Selain daripada ketiga-tiga sifat yang telah diterangkan tadi banyak
lagi sifat dan faedah yang kita perolehi daripada MCA ini
iaitu seperti sifat kesempurnaan data, persesuaian dari segi saluran
mikro board, sifat pengkhususan masa dan sebagainya.
Pada akhirnya industri
ini menerima kehadiran senibina saluran mikro yang dapat mengatasi
kekurangan board yang boleh digunakan. Ini dapat membayangkan
bahawa setiap fungsi dalam board sekarang boleh digunakan
untuk sistem saluran mikro sebagaimana kebanyakkan kad yang menawarkan
bus master yang unik dan lebih cekap berbanding dengan sistem komputer
zaman awal.
Pada
bahagian ini dapat kami simpulkan bahawa senibina saluran
mikro atau MCA ialah penghantaran maklumat secara umum melalui bus
yang menyediakan banyak kebaikkan atau faedah untuk hari ini dan
masa akan datang. Ia bersifat senibina yang semakin mendekatkan
kita dengan mikrokomputer. Kebanyakkan kawalan mendapat persetujuan
yang baik daripada semua pihak terhadap perkembangan persesuaian
papan litar sama ada PC, XT dan At. Keadaan ini lebih jelas dengan
adanya fungsi yang baru iaitu senibina saluran mikro atau MCA.
PENGUASAAN
BUS SALURAN MIKRO
Salah satu sifat yang paling penting bagi MCA ialah sokongan penguasaan
yang berlipat kali ganda. Penguasaan saluran mikro ialah mikropemproses
atau setiap litar yang direka untuk mengawal bas yang bergerak terlalu
pantas, pemacu alamat data dan pengawal isyarat. Kecekapan ini boleh
digunakan untuk menghantar maklumat diatas sistem memori atau pemacu.
Disini terdapat tiga jenis master iaitu:
a) sistem master
b) pengawal DMA (Direct Memory Access )
c) bus
master
Sistem master memperuntukkan sistem sumber dan melaksanakan sistem
pengoperasian yang penting. Dalam personal komputer yang terdahulu
sistem master sama dengan sistem mikropemproses. Ia
biasanya tidak memenuhi kewajipan di dalam sistem, tetapi ia bukanlah
satu kewajipan.
Pengawal DMA ialah jenis penguasaan yang istimewa yang mana ia dapat
menghantar data diantara DMA dengan memory. Pengawal DMA
bukan pengantara untuk mengawal bus tetapi perkhidmatan DMA adalah
sebagai penimbang tara. Pengantara penguasaan bus digunakan oleh
bus dalam memproses maklumat yang dihantar oleh peranti input output
atau memory.
Kesemua tiga jenis penguasaan ini boleh mengawal bus dengan pantas
melalui pemacu alamat, data dan pengawal isyarat. Penjelasannya
kadang-kadang kurang jelas. Sebagai contoh, sesetengah orang menggunakan
sebahagian penguasaan sistem dan penguasaan bus secara bertukar
ganti.
MCA DARI SEGI PERKAKASAN DAN PENGGUNAAN
A) PERSONAL
SYSTEM/2 (PS/2)
n MODEL 50
n MODEL 60
n MODEL 80
B) IBM RISC
SYSTEM / 6000
IBM PERSONAL
SYSTEM/2
Dalam mikripemproses 80286 dan 80386, bus PC telah ditukar
dengan yang baru dan teknologi yang canggih yang IBM mengistilahkan
sebagai MICRO CHANNEL ARCHITECTURE (MCA) atau dalam bahasa Melayu
senibina saluran mikro.
MCA ini pada keseluruhannya
berbeza dari segi rekaan dan tidak sesuai dengan PC yang terdahulu
atau perkembangan kad AT. Bus baru versi 16-bit masih menggunakan
24 baris alamat dan 16 baris data. Ia dapat menampung sama ada dalam
linkungan 8 atau 16-bit. Senibina ‘bus, terbaru adalah wujudnya
8 saluran yang semuanya dapat menjalankan tugas secara serentak
dengan persisian yang berbeza. Yang dimaksudkan dengan persisian
disini ialah alat yang dipasang kepada sesebuah komputer dan tertakluk
dibawah kawalannya. Alalt tersebut merupakan alat input output
atau storan termasuklah pencetak, pemplot, tetikus dan sebagainya.
Direct Memory Access (DMA) atau capaian ingatan secara terus
antara peranti input output, perkakasan, persisian dan ingatan tanpa
melalui unit pemprosesan komputer. Ini akan mempercepatkan pindahan
data terutamanya dalam peranti-peranti storan seperti cakera dan
pita magnatik.
Lapan saluran DMA didalam MCA bus baru membenarkan banyak
memory dihantar kepada sesuatu tempat. Oleh sebab itu, sumber-sumber sistem dapat dikongsi secara serentak oleh proses-proses
yang berbeza. Ini membenarkan komputer berkomunikasi dengan persisian
melalui pengembangan bus dalam multitasking (pelbagai tugas yang
dapat dilaksanakan dalam satu masa).
Banyak
perbezaan yang ketara antara saluran mikro (MCA) bus yang digunakan
dalam model 50, 60 dan 80. Untuk bekerja dengan MCA bus, pengembangan
papan litar utama atau ‘mother board’ mestilah mengandungi kod-kod
yang istimewa. Kod ini adalah diperlukan untuk komputer bagi mengubahsuai
struktur organisasi dalaman apabila persisian yang baru ditambah.
Sebenarnya, ‘self-configuring’ sentiasa dilaksanakan setiap masa
semasa komputer dibuka dan perisian ini dibina dan disimpan dalam
ROM. IBM mengistilahkan sebagai ‘Programmable Option System atau
POS.
Setiap pengembangan board mempunyai kod yang unik dan dibaca oleh
POS pada sistem yang mempunyai kuasa yang tinggi. Sebelum mana-mana
kad beroperasi dengan MCA bus, ia pada mulanya mestilah diaturcarakan
dengan peranti kod yang dihasilkan oleh IBM.
Ia mestilah dicatat dimana peranti kod unik hanya digunakan oleh
POS tetapi bukan sistem pengoperasian. Jika POS tidak mengenalpasti
perkembangan board (peranti kod) seperti hardisk, komputer
akan menabaikannya dan POS akan beroperasi jika tiada board dipasang.
Perkembangan bus dapat dilihat pada jadual dibawah yang menunjukkan
perbezaan senibina bus didalam keluarga PS/2.
MODEL
|
AVAILABLE
SLOTS
|
BUS
SIZE
|
CO
COMPATIBLE
|
Model
30
Model
50
Model
60
Model
80
|
3
3
7
4
3
|
8-bit
16-bit
16-bit
16-bit
32-bit
|
standard
PC
MCA
MCA
MCA
MCA
|
MODEL 50
Komponen model 50 mempunyai tiga perkembangan slots yang sedia
digunakan. Sebenarnya ia mempunyai empat slot tetapi satunya telah
disimpan untuk original IBM PC. Dengan PS/2 model 50 dan keatas
, IBM telah memperkenalkan perkembangan bas yang baru dipanggil
MCA. Sistem ini menggunakan penyambung yang berbeza, penyusunan
pin dan saiz kad daripada perkembangan bus terdahulu. Sekarang terdapat
2 versi bus MCA iaitu:
a) versi
16-bit untuk sistem asas mikropemproses 80286
b) versi
32-bit untuk sistem asas 80386.
Kesemua 3 slot Model
50 mempunyai versi 16-bit.
MODEL
60
Model 60 lebih baik daripada model yang sebelumnya iaitu model
50. Ia menggabungkan pemprosesan Intel 80286 yang mempunyai 10 MHz
kelajuan masa (clock speed) dan 1MB RAM dalaman.
Model 60 mempunyai
RAM yang besar sehingga 15MB. Penyimpanan cakera keras boleh dikembangkan
semaksimum mungkin sehingga 185MB.
Model 60 mempunyai 7 perkembangan slot MCA.Sebenarnya ia mempunyai
8 slot tetapi satu telah disimpan untuk pengawal kod cakera keras.
MODEL
80
Model 80 muncul dalam tiga rupabentuk. IA mempunyai 16MHz kelajuan
masa, 1MB RAM dan 44MB penyimpan cakera keras.
Setiap
model 80 mengandungi 11.44MB , 3 ½ inci floppy drive dan tujuh perkembangan
slots MCA.
IBM RISC SYSTEM/6000
RISC hanya menggunakan 32-bit slot penyambungan sejak ia tidak memerlukan
sokongan video atau ingatan yang sepadan dengannya. Sistem pemproses
didalam IBM RISC system/6000 menyimpan program-program didalam sistem
memory dalam sistem bus yang berasingan dan bukan di saluranmikro
dan ia juga tidak memerlukan ingatan yang sepadan. Penyambungan
video digunakan untuk mengatasi ketinggian VGAnya berbanding kad
keputusan seperti XGA-2 dalam bus PS/2.
Bagaimanapun RISC sistem mempunyai slot yang dilengkapi dengan penyambungan
saluran mikro secara fizikal dengan isyarat yang sesuai. Oleh sebab
itu kad dilengkapi dengan sifat-sifat yang boleh mengurangkan
fungsi level.
Setiap posisi penyambungan mempunyai dua hubungan untuk menyambung
setiap sisi kad saluran mikro. Setiap kad dalam RISC system mempunyai
178 penyambungan. Rajah dibawah menunjukkan satu rancangan 5 jenis
data penghubung bus untuk saluran mikro.
·
16-bit (58 jalur penyambung)
·
16-bit dengan penyambungan video (58
jalur penghubung dan 10 penyambungan video)
·
32-bit (89 jalur penyambungan)
·
32-bit dengan penyambungan ingatan
sepadan (89 jalur penghubung di tambah dengan 4 penyambungan ingatan
sepadan)
·
32-bit dengan penyambungan video
(89 jalur penyambung di tambah dengan 10 untuk penyambungan video)
ACTIVE
LOGIC
Didalam IBM RISC system/6000 MCA digunakan pada ‘active logic’ yang
bermaksud fungsi yang pasti adalah dilengkapi pada sistem RISC papan
input output. Ia dapat digunakan untuk semua saluran mikro kad.
Fungsi-fungsinya adalah dilengkapkan oleh input output
channel converter (IOCC) atau dikenali sebagai saluran penukar.
IOCC adalah suatu alat iaitu cip tunggal yang menghubungkan
cabang sistem RISC, FX dan FP pemprosesan pada saluran mikro. IOCC
dilengkapi satu set kemudahan termasuklah;
·
pengawal jalan masuk ingatan capaian
terus (DMA)
·
DRAM (Dynamic Random Access Memory)
litar yang mengingatkan
·
Rajah input output yang diprogramkan
·
Cara penamatan yang berlawanan
DIRECT MEMORY ACCESS (DMA)
DMA diguna dalam kaedah yang sudah menjadi tradisi iaitu dengan
memindahkan data antara alat saluran mikro atau antara saluran mikro
dengan sistem memory. DMA disempurnakan tanpa penggunaan atau gangguan
sistem pemproses atau apa saja pemprosesan pada saluran mikro.
Pengawal DMA adalah aturcara yang telah diprogramkan oleh
OICC dan mengandungi nombor berangkai. Setiap rangkaian mengandungi
maklumat yang dikawal dan penunjuk untuk ke rangkaian yang seterusnya.
Rangkaian ini akan dihantar pada OICC dari sistem pemprosesan dan
dilaksanakan oleh pengawal DMA dalam OICC.
OICC juga bertanggungjawab membenarkan kemudahan bus master DMA
pada saluran mikro. Dalam IBM PS/2, kad saluran mikro dipindahkan
ke sistem memory yang dilaksanakan oleh kad saluran mikro sendiri.
Yang mana kad ini adalah lebih baik daripada bus. Walau bagaimana
pun dalam sistem RISC, saluran mikro pada sistem memory bus yang
lebih baik diselesaikan (clear) melalui OICC.
PROGRAM
INPUT OUTPUT
Kebanyakkan sistem komputer mempunyai dua jenis ruang alamat iaitu
sistem pemprosesan boleh baca dan tulis dan mempunyai kira-kira
dua kawasan yang berbeza. Kawasan pertama tersusun memory pemprosesan
yang digunakan untuk simpan program dan data. Kawasan yang
kedua, terdapat pelabuhan aturcara atau program ditulis adalah untuk
dibaca daripada sebab-sebab menentukan pelaksanaan pada sesebahagian
kod. Contohnya, 16 terminal bersiri iaitu input output yang menggalakkan
16 terminal tersebut dinyatakan pada ASCII terminal.
SALURAN
MIKRO PADA MASA HADAPAN
IBM telah mencipta saluran mikro menggantikan sistem bus dalam mikrokomputer.
Ia adalah untuk mengaktifkan struktur bus. Sistem ini digunakan
pada personal komputer iaitu IBM PS/2 tetapi juga menembusi komputer
IBM yang lain termasuklah minikomputer.
Sistem ini digunakan pada IBM RISC SYSTEM/6000 dan juga kerangka
utama contohnya 9370. Walau bagaimana pun IBM tidak mempunyai tugas
yang senang dalam keliling masa kedua. Apabila IBM PC diperkenalkan
dalam tahun 1981, S100 atau IEEE-696 sistem bus yang lama. Teknologi
terbaru juga diperkenalkan oleh IBM dengan memperkenalkan mesin
saluran mikro.
Pertimbangan pada kad dapat digunakan semula kurang penting untuk
minikomputer. Pengguna lebih cenderung untuk mengurangkan ruang
kosong, perlaksanaan yang tinggi dan murah. Dlam kenyataan, saluran
mikro adalah yang terkini dan banyak digunakan dalam senibina bus
minikomputer yang banyak memberikan kebaikan kepada
pengguna. Bagi model IBM
RISC SYSTEM/6000 ia direka khas dan mengandungi 3 papan yang
saling berkait antara satu sama lain iaitu:
a) CPU Planar
mempunyai cip pemprosesan, baca simpanan
sahaja, siri sistem ingatan dan siri optikal
b) I/O Planar
mempunyai saluran mikro bus yang bersiri
c) I/O Planar
yang bertahap tinggi à mempunyai papan kekunci, tetikus,
meja dan litar berselari.
|