Orang tak punya cita-cita, seperti burung tanpa sayap.......
 

INFO SAINS

 
Anak gajah mengambil masa selama 22 bulan untuk berkembang di dalam gajah betina sebelum dilahirkan.

 
Burung layang-layang banyak menggunakan masa hayatnya untuk terbang dari satu tempat ke tempat yang lain. Biasanya burung ini terbang sejauh 900km sehari. Pada waktu malam, burung ini terbang walaupun sedang tidur. Pada masa itu, burung ini hanya melambatkan pengibasan sayapnya daripada 10 kali sesaat kepada 7 kali sesaat. Burung layang-layang kadang kala mendarat untuk bertelur dan menjaga anaknya.

 
Seorang dewasa dengan saiz sederhana mempunyai 40000 mililiter air dalam badannya. seorang dewasa mempunyai 5000 mililiter darah.

 
Tahukah anda bagaimana kulit haiwan disediakan?
Kulit haiwan mentah dikeringkan atau direndamkan dalam larutan garam sehingga menjadi coklat. Kemudian kulit itu dibasuh dan daging yang masih melekat kepadanya dikikis keluar. Kulit itu direndamkan dalam bahan kimia iaitu larutan tanin selama 4 bulan. Selepas itu, kulit itu dibasuh dan dikeringkan sekali lagi.

 
Masa yang paling singkat untuk mengelilingi bumi dengan kereta ialah 40 hari dan kapal terbang ialah 37 jam.

 
 
 


MENU TUTORIAL