Make your own free website on Tripod.com
Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 
UJI KAJI

1. Gabungkan prinsip-prinsip ujikaji (Rawakan, Kawalan, dan Ulangsama/Rerlikasi) dengan ciri-ciri penting ujikaji (Olahan, Kawalan dan Cerapan) untuk memberi kaitan yang releven dan bermakna. Mungkin sedikit huraian perlu untuk menjernihkan pertalian antara mereka.

2. Apakah kekuatan dan kelemahan ujikaji?

3. Setakat yang anda faham tentang ujikaji sehingga kini, komen tentang kesusuaiannya dalam penyelidikan pendidikan.

NO.2 KEKUATAN UJIKAJI

1. ULANGSAMA

Kawalan dan pengasingan boleh dibuat. Kekuatanya ulangsama boleh dibuat. Adanya ulangsama ini keesahan dapatan ujikaji boleh diterima.

2. REPLIKASI.

Ujikaji yang sama boleh dijalankan oleh orang yang berlainan. Apabila banyak ujikaji dijalankan maka kemungkinan keputusan/kesimpulan hasil yang diperolehi adalah tepat.

3. PENGASINGAN PEMBOLEH UBAH.

Pemboleh ubah dapat diasingkan dan dikawal. Keadaan ini akan menghasilkan keputusan yang baik.

NO.2 KELEMAHAN UJIKAJI

1. Kesimpulan yang menyeleweng.

Apabila banyak bentuk ujikaji dibuat adalah diragukan tentang keputusan terakhirnya. Kemungkinan keputusan yang dibuat adalah menyeleweng daripada faktar sebenar ekoran daripada pengaruh-pengaruh tertentu semasa ujikaji dijalankan.

2. Artificial.

Kadangkalanya tidak sesuai kerana apa yang dibuat semata-mata tiruan.

3. Data tidak serupa.

Ujikaji biasanya banyak kali dijalankan dan ini mungkin penerangan yang menjelaskan tentang ujikaji dibuat tidak diperjelaskan maka penyelidik-penyelidik lain yang berminat untuk membuat ujikaji tentang perkara yang sama akan menjalankan ujikaji lain dan hasilnya akan berlainan. Keadaan akan menimbulkan keraguan apabila ianya diketengahkan.

4. Sukar untuk membuat alat pengukur.

Adalah sukar untuk membentuk alat-alat pengukur yang sama dan perbezaan akan berlaku jika alat pengukur adalah berbeza. Sebagai contoh pengunaan pembaris keluli berbanding dengan angkup vernier keadaan ini akan menyebabkan ukuran yang berbeza didapati.

5. Kesilapan mengukur tindakbalas ujikaji.

Dalam sesuatu ujikaji mungkin berlaku kesilapan mencatat gerakbalas dan tingkahlaku. Keadaan ini akan berlaku sesuatu yang meragukan.

6. Alat ukur digunakan

Pengunaan alat ukur juga kadangkalanya mendatangkan kesan kepada ujikaji yang dijalankan. Contohnya pengunaan pembaris keluli, angkup vernier dan mikrometer memberi bacaan kepada ketepatan yang berlainan. Perbezaan ukuran ini akan menyebabkan kesan kepada kajian.

7. Sejarah kajian.

Biasanya kesan sejarah sering terjadi apabila kajian ujikaji yang dilakukan memerlukan tempoh kajian yang lama. Apabila keadaan ini berlaku kajian yang dijalankan tidak boleh diterima.

8. Persekitaran.

Persekitaran yang berbeza menyebabkan keputusan yang didapati tidak sesuai digunakan ditempat yang lain. Ujikaji hanya sesuai untuk satu-satu tempat yang tertentu sahaja.

9. Kesahan populasi.

Kesahan populasi ini timbul kerana penggunaan subjek yang besar menyebabkan kesukaran mencerap kesan pembolehubah. Manakala penggunaan subjek yang kecil pula akan mengurangkan keyakinan terhadap dapatan dan hasil penyelidikan.

10. Kesesuaian.

Melakukan banyak penyelidikan akan menghasilkan penemuan yang kurang dipercayai, ini adalah berpunca dari tidak membuat penulisan langkah yang terperinci bagi setiap penyelidikan. Keadaan ini akan menyebabkan penyelidik menggunakan piawai prosedur yang berlainan.

11. Kaedah ini memerlukan kecerdasan

Kaedah ini memerlukan kecerdasan penyelidik-penyelidik dalam menentukan sesuatu ujikaji berjalan lancar. Sebarang kesilapan tentang data akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat.

12. Memerlukan penglibatan berlebihan.

Ujikaji juga memerlukan penglibatan yang berlebihan sedangkan kadangkalanya hasil yang diperolehi tidak seperti yang dijangkakan.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002