|
5.0
TONGGAK DUA BELAS
(i)Menghargai
Masa(ii) Ketekunan Membawa Kejayaan(iii)Keseronokan Bekerja(iv)Kemuliaan
Kesederhanaan
(v)Ketinggian Peribadi(vi) Kekuatan Sifat Baik Hati(vii) Pengaruh
Teladan(viii) Kewajipan Menjalankan Tugas(ix)Kebijaksanaan Berhemat(x)
Keutamaan Kesabaran(xi)Peningkatan Bakat(xii)Nikmat Mencipta
6.0
ANALISIS DAN TAFSIRAN
6.1
MENGHARGAI MASA
Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur
hidup. Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi.
Dengan demikian, masa yang berlalu secara yang tidak berfaedah merupakan
modal yang telah lesap.
Banyak petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa.
al Quran (al Asr 103: 1 3) memperingati manusia tentang masa. Dalam
semua budaya juga terdapat kata kata hikmat yang menyentuh keperihalan
mahalnya masa, contohnya 'time and tide wail for no man ".
Peribahasa kita sendiri mengatakan masa itu emas"!
Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan
masa. Misalnya, apabila membuat sesuatu kerja, "Do it right
the first time", supaya tidak perlu diulang sekali lagi. Perbincangan
kerja yang teliti juga akan menjamin kerja berjalan lancar dan masa
dijimatkan. Oleh yang demikian, antara nilai yang diutamakan dalam
menghargai masa ialah:
(i)Segerakan tindakan;(ii)Tepati masa;(iii) Rancang masu dan tugas;
dan(iv) Menyelesaikan tugas pada masa yang tetapkan).Amalan-amalan
negatif pula akan mengakibatkan pembaziran masa. Misalnya mencuri
tulang semasa bertugas atau berbual bual kosong.
6.2
KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang
tekun tidak menerima kekalahan. Genggam bara api biar jadi arang,
kata orang tua tua. Orang Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa
bersama dengan mereka yang sabar (al Baqarah 2:153).
Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. Orang yang
berdisiplin, bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka
yang tidak berdisiplin pula tidak bekerja atau curi tulang semasa
mereka sepatutnya bekerja. Ketabahan diperlukan apabila berhadapan
dengan masalah, besar atau kecil. Setiap halangan adalah cabaran
dan bukannya pematah semangat.
Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikap
hangat hangat tahi ayam " tidak boleh dijadikan model, sebaliknya
contohi semangat "kaizen" (lakukan sesuatu secara berterusan
dan berkesinambungan),seperti yang diamalkan dalam budaya kerja
Jepun. Secara ringkasnya, nilai-nilai yang perlu dipupuk untuk memastikan
kejayaan antaranya ialah:(i)Bersemangat gigih dan tekun;(ii) Berdisiplin(iii)Dedikasi(iv)Cekal(v)Berpandangan
jauh(vi)Inovatif dan kreatif.
6.3
KESERONOKAN BEKERJA
Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membebankan
dan membosankan. Penerimaan hakikat ini akan mendatangkan kepuasan
kerja, dan semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia
yang seronok bekerja bersifat proaktif (Covey, 1990: 66-44).
Bagi seorang ketua pula, minat dan pengharapan yang ditunjukkan
kepada usaha usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara
nilai nilai yang perlu dititik beratkan dalam. mewujudkan keseronokan
bekerja ialah:
(i) Kerja adalah ibadah(i i) Menghasilkan sesuatu yang berfaedah;(iii)
Komitmen terhadap kerja(iv)Sedia bekerjasama.
6.4
KEMULIAAN KESEDERHANAAN
Satu sifat terpuji ialah sederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan,
memilih jalan pertengahan antara dua extremes. Orang Islam telah
diperingatkan bahawa sebaik baik pekerjaan itu yang sederhana. Kesederhanaan
akan menjamin tidak berlakunya pemborosan. Antara sifat yang patut
diamalkan ialah:
(i)Sederhana dalam semua aspek kehidupan;(ii)Tidak membazir,(iii)
Adil dalam tindakan;(iv) Bersikap terbuka(v) Berjimat cermat.
Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka
menunjuk-nunjuk. Kerap kali pula mereka ini terdiri daripada golongan
munafik yang suka berpura pura.
6.5
KETINGGIAN PERIBADI
Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk
adalah tutur kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan
mata memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat buat. Sekalipun
dia menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia
tidak angkuh; boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya
sentiasa dipelihara. Oleh itu antara sifat ketinggian peribadi seseorang
ialah:
(i)Bersopan santun(ii)Amanah(iii) Saling hormat menghormati(iv)Sedia
membantu sebaliknya, kerendahan peribadi dapat diukur, antara lainnya,
daripada perbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah,
menyalahgunakan kedudukan dan tidak ikhlas dalam segala tindak tanduknya.
6.6
KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
Tersangat banyak sifat terpuji pada diri orang yang menghayati nilai
ini.
Sebagai ketua dia kaya dengan sifat perikemanusiaan, simpati suka
menolong orang bawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam
keputusannya. Salahuddin AI Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-pengikutnya
dan dikagumi oleh musuh musuhnya. Pernah dia menangguh serangan
ke atas sebuah kubu orang Kristian, kerana seorang knight sedang
melangsungkan upacara perkahwinannya pada ketika itu. Antara sifat
baik hati yang perlu dipraktikkan ialah:
(i) Adil(i i)Sedia menerima teguran(iii) Bertimbang rasa(iv) Prihatin
terhadap kebajikan.
6.7
PENGARUH TELADAN
Satu sifat yang dicela pada diri seorang ketua ialah dia yang berkata,
"buat seperti apa yang aku kata, bukan seperti apa yang aku
buat". Ini sama saja seperli ketam menyuruh anaknya berjalan
betul. Dalam banyak kes pula, teladan buruk apabila ditiru, ditiru
dengan terlebih buruk lagi!
Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui
teladan. Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada
semata mata memberi arahan. Oleh iti sifat sifat yang perlu diamalkan
ialah:(i) Berkelakuan baik(ii)Amanah(iii) Telus dalam prosedur(iv)Bermoral
tinggi.
6.8
KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya
menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap
yang tepat ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggungjawab,bukan
sekadar memenuhi syarat saja.
Dalarm Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari
daripada tanggungjawab. Hukumnya. berdosa. Ada orang yang "mencuri
" waktu pejabat, berniaga secara sambilan, seperti menjadi
pengedar barangan solek dan pinggan mangkuk. Pendapatan daripada
perniagaan yang menggunakan waktu "curi" ini adalah haram.
Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan ke profesionalisme
adalah menjadi kayu ukur yang dikehendaki. Oleh yang demikian antara
sifat yang perlu diamalkan ialah:
(i) Bertanggungjawab(ii) Tekun dan sabar(iii) Mengutamakan kerja(iv)
Peningkatan kualiti
6.9
KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
Berhemat ertinya berjimat cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran
adalah dikutuk, dikatakan sahabat syaitan. Dalam kajian yang dibuat
di Amerika tentang mereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu
faktor yang sentiasa terdapat pada setiap mereka ini adalah berhemat
dalam perbelanjaan mereka, yakni tidak penah melebihi pendapatan.
Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai
situasi Misalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas
yang telah dipakai pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai
scratch paper; lampu bilik air ditutup selepas digunakan; kipas
dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat. Oleh yang demikian
antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakan usaha berhemat ialah:
(i) Tidak membazirkan harta kerajaan (ii) Bertanggungjawab terhadap
harta kerajaan(iii)Menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan
6.10
KEUTAMAAN KESABARAN
Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat
menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam,
kesabaran adalah sifat terpuji. Lumrah diketahui bahawa tidak ada
kemenangan atau kejayaan tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan
Rasulullah S.A.W., penentangan daripada pembesar pembesar Quraisy
tidak mematahkan semangat perjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya
Islam diterima dan berkembang. Demikian juga, jika kita mengkaji
sejarah reka cipta, Edison, Bell, Marconi, Baird dan lain lain pereka
cipta berjaya lantaran kesabaran.
Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif
dan dinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari alternatif
alternatif. Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah
satu aset, terutama dalam menghadapi kerenah orang lain, Oleh itu
kesabaran dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan
mengambil kira pemupukan sifat-sifat berikut:
i)Sedia menghadapi tekanan masa dan ruang(ii)Tidak mudah putus asa(iii)
Sedia menyabut cabaran.
6.11
PENINGKATAN BAKAT
Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori muhiple
inleffigences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat
menghasilkan kerja yang bermutu. Muzik ciptaan P. Ramlee hidup segar
hingga ke hari ini kerana muziknya itu adalah cetusan bakatnya.
Bakat jika tidak dipupuk dan di pertingkatkan menjadi sia sia. Sebaliknya,
jika dipertingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga
akan turut menerima. faedahnya. Di bawah konsep Persyarikatan Malaysia,
negara juga akan turut mendapat keuntungan daripada peningkatan
bakat individu individu; kejayaan sektor swasta akan mempengaruhi
juga sektor awam.
Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat
serta menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan. Idea idea baru
janganlah disekat, lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan
untuk dikembangkan. Dalam ucapan YAB Dato' Seri Dr. Mahathir sempena
perasmian Kompleks Jabatan Perkhidmatan Awam, beliau menegaskan
tentang perlunya "menajamkan bakat yang sedia ada pada seseorang".
6.12
NIKMAT MENCIPTA
Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea
idea literal seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de
Bono (Edward de Bono, 1990 dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu.
Di jabatan-jabatan kerajaan banyak tradisi kerja yang boleh digantikan
dengan yang baru. Misalnya, tradisi pegawai atasan mengelak daripada
berjumpa dengan pelanggan.
Dalam perbankan, biasanya pelanggan datang ke bank untuk menyelesaikan
urusan, misaInya pinjaman. Tetapi, hari ini ada bank yang menghantarkan
pegawainya untuk mendapatkan tanda tangan peminjam yang sedang menunggu
penerbangan di lapangan terbang.
Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau "gila gila",
akhirnya diterima dengan baik, misalnya konsep "sekolah dalam
taman". Idea menerbitkan kereta nasional kita pada masa mula
mula dicadangkan dahulu telah mentertawakan sesetengah pihak. Tetapi,
kini nyatalah idea itu sesuatu yang hebat.
|
|