Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

1. PENGENALAN

Kejayaan sesebuah organisasi amnya atau negara khasnya bergantung kepada kewibawaan pelaksanaannya. Bagi menyokong kejayaan pelaksanaannya, setiap organisasi sama ada kecil atau besar, terutamanya pentadbiran sesebuah negara mesti mempunyai jentera pentadbiran yang mantap. Jentera pentadbiran yang cekap merupakan nadi utama kejayaan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu bagi memastikan jentera pentadbiran itu berjalan dengan baik maka kaki tangan yang menjalankan tugas mestilah mempunyai amalan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni yang telah digariskan.
Sekiranya amalan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni tidak dihiraukan maka akan berlaku berbagai kecurangan dan penyelewengan dalam jentera pentadbiran tersebut. Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan masalah di mana segala dasar-dasar dan program-program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu di sini jelas menunjukkan dengan mengamalkan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni yang baik sangat penting dalam memastikan sesebuah pentadbiran itu berjalan dengan baik.

2. DEFINISI PENTADBIRAN
Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap. Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.
Untuk melaksanakan pengurusan satu organisasi. iaitu satu struktur atau sistem badan yang berwibawa diperlukan untuk melaksanakan peranan pentadbiran ini. Sistem pentadbiran negara boleh berjalan dengan baik jika organisasi itu mempunyai keahlian yang berhubung kait dan berhierarki, iaitu dalam organisasi itu ada golongan yang memerintah dan ada pula golongan yang menerima perintah dan memerintah kumpulan-kumpulan yang di bawahnya. Dengan perkataan lain, sistem pentadbiran negara ini memerlukan kerjasama di antara beberapa golongan agar golongan yang membuat dasar dan yang melaksanakan dasar itu.
Pentadbiran umumnya mempunyai cara dan sistem yang boleh berubah-ubah mengikut kemajuan politik, fahaman pemerintah dan keperluan rakyat. Masyarakat kita terdiri daripada berbagai-bagai kaum jadi sistem kerajaan harus menggambarkan cara hidup masyarakat Malaysia. Bersesuaian dengan kepentingan ini sistem kerajaan menggunakan sistem demokrasi berparlimen.
Sistem demokrasi berparlimen ini berdasarkan undang-undang. Undang-undang menentukan hak dan tanggungjawab warganegara dan warganegara patut bertindak dan tunduk pada peraturan dan undang-undang. Berdasarkan perlembagaan inilah wujudnya sistem kerajaan demokrasi berparlimen di negara kita. Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia merupakan suatu sistem yang melaksanakan dasar dan arahan eksekutif kerajaan untuk melaksanakan pembangunan dan memberi pelbagai kemudahan serta perkhidmatan kepada rakyat. Sebagai sebuah negara persekutuan, sistem pentadbiran kerajaan Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
Sistem pentadbiran kerajaan menjalankan lima peringkat yang penting iaitu membantu kerajaan membentuk dasar awam, merancang melaksana, menyelaras dan akhir sekali menilai kejayaan program-program dan projek-projek kerajaan.

3. ETIKA PENTADBIRAN AWAM

Sebuah kerajaan yang memerintah bertanggungjawab menggubal dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang difikirkan perlu untuk mencapai matlamat sosio-ekonomi dan wawasan negara. Perkhidmatan Awam merupakan institusi penting bagi melaksanakan dasar yang digubal dalam membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berasaskan kepada nilai-nilai murni sejagat. Keberkesanan dan kecekapan jentera pelaksanaan mendukung pembangunan negara meningkatkan kualiti penghidupan rakyat di negara ini.
Untuk mencapai matlamat ini, jentera pentadbiran awam dikemas kini bagi memenuhi sebarang keperluan mengikut perubahan persekitaran dan cabaran semasa. Penjawat Perkhidmatan Awam pula dikehendaki menghayati dan menanam sikap dan nilai positif agar ia menjadi teras atau tunggak kepada keperibadian dan tata kelakuan anggota Perkhidmatan Awam. Pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan oleh Kerajaan secara berterusan agar penanaman dan penghayatan sikap dan nilai murni diamalkan oleh anggota Kerajaan. Di antaranya ialah:

1. Teras Perkhidmatan Awam
2. Bersih, Cekap dan Amanah
3. Penerapan Nilai-nilai Murni
4. Kepimpinan Melalui Teladan
5. Pemakaian Tanda Nama
6. Kad Perakam Waktu
7. Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Untuk melaksanakan etika kerja yang baik anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Anggota Perkhidmatan Awam, di samping perlu memiliki nilai dan sikap yang positif, seharusnya juga mencari pendekatan baru bagi meningkatkan kepakaran agar mereka lebih cekap dan inovatif ke arah menyumbang kepada pembangunan negara.
4. TAKRIF PERKHIDMATAN AWAM
Menurut Perkara 132 Perkhidmatan Awam adalah pentadbiran seperti terdiri seperti berikut:
a. Perkhidmatan Awam Persekutuan.
b. Perkhidmatan Awam Negeri-negeri
c. Perkhidmatan Awam Bersama
d. Perkhidmatan Pendidikan
e. Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
f. Pasukan Polis
g. Angkatan Tentera
h. Badan-badan berkanun, Penguasa Tempatan Persekutuan

Mengikut Tan Sen Dato’ Mahmud bin Taib (ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, INTAN, 1992) semua kakitangan agensi di atas adalah kakitangan awam atau “Penjawat Awam” yang makan gaji” bermula daripada jawatan yang paling tinggi hingga ke paling rendah.
Pentadbiran Awam merupakan satu tanggungjawab yang menjadi nadi kepada perjalanan sesebuah negara. Pentadbiran Awam amat penting dalam mempertahankan maruah negara, kepentingan awam dan keadilan semua rakyat. keberkesanan Perkhidmatan Awam diukur dan kesedaran dan kepuasan rakyat ke atas perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Awam.
Perkhidmatan Awam perlu memiliki pengurusan yang cekap, bersih, adil, amanah dan berkesan untuk mencapai matlamat pembangunan dan kemajuan negara.
Setiap anggota Perkhidmatan Awam dilantik secara tetap, dasar-dasarnya dilaksanakan secara berterusan dan apabila seseorang itu dilantik maka bererti dia telah menandatangani suatu perjanjian untuk menunaikan tanggungjawab menyempurnakan amanah yang diberikan.

Anggota organisasi adalah pemegang amanah. Keutuhan organisasi bergantung kepada etika pengurusan yang terpuji. Oleh itu kecemerlangan organisasi adalah produk kepatuhan individu terhadap etika pengurusan.

Teras Perkhidmatan awam di Malaysia ialah:

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
Dan
PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM.

5. SEBAB-SEBAB DASAR ETIKA PERKHIDMATAN AWAM DIPERKENALKAN.
5.1 Permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam yang meningkat dan
mereka mahukan satu pentadbiran yang dapat memberi perkhidmatan
yang cekap dan berkesan.
5.2 Terdapatnya teguran dan aduan tentang ketidakcekapan perkhidmatan
awam. Oleh itu Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan untuk
mengurangkan teguran dan aduan tersebut.
5.3 Harapan agar Etika Perkhidmatan Awam dapat meninggikan lagi tahap
profesionalisme perkhidmatan awam.
5.4 Untuk mengawai faktor-faktor luaran seperti kemerosotan ekonomi
ancaman keselamatan dan gejala kurang sihat yang akan mempengaruhi
segolongan kecil pegawai am untuk menyalahgunakan kuasa yang
diamanahkan kepada mereka.


6. RASIONAL NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Nilai-nilai dan Etika Perkhidmatan Awam pada dasarnya adalah prinsip yang menjadi pegangan iman sesebuah masyarakat yang mengawal kehidupan masyarakat itu. Sumber-sumber nilai ini terdapat dalam agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran yang merupakan kebudayaan masyarakat tersebut.
kefahaman terhadap nilai-nilai tersebut adalah penting kerana nilai dan etika dapat:
a. menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka sebagal pekerja negara.
b. memberi penyatuan dan penyelarasan di antara ahil perkhidmatan
awam sebagal institusi utama yang membuat sumbangan kepada
pembangunan tamadun manusia.
c. adalah standard mutlak bagi mendorong ahli-ahli perkhidmatan
awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan
7. MATLAMAT
Jangka pendek: untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kualiti pengeluaran. Jangka panjang untuk mencapai keamanan, keadilan dan kesejahteraan hidup masyarakat.
Oleh itu etika dan nilai-nilai murni hendaklah digembleng dalam rangka dasar Perkhidmatan Awam agar kualiti dan prestasi perkhidmatan dapat ditingkatkan ke arah kecemerlangan melalui usaha-usaha pengurusan yang berkualiti.

Langkah yang telah mereka ambil ialah menggubal dasar dan melaksanakan program-program berikut:
• Etika Perkhidmatan Awam dan Konsep Perkhidmatan Cemerlang
• Penggunaan Kad Perakam Waktu
• Penggunaan Tanda Nama
• Sambutan Hari Perkhidmatan Awam
• Penyediaan Kertas Bertajuk: Amalan-amalan Yang Tidak Prod uktif
• Anugerah kualiti Perkhidmatan Awam
• Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
• Anugerah Khas Perkhidmatan Awam Bersih, Cekap dan Amanah
• Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam
• Kepimpinan Melalui Teladan
• Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
• Pekeliling Meningkatkan keberkesanan Perkhidmatan Awam
• Teras Perkhidmatan Awam
• Dasar Pandang ke Timur
• Anugerah Kualiti Perdana Menteri
• Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
8. KECURANGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Kecurangan dalam Pengurusan Perkhidmatan Awam bermaksud wujudnya tata laku yang melencong dari etika dan nilai yang telah ditetapkan dalam dasar Perkhidmatan Awam. Impak kecurangan ini akan membawa kepada kepincangan institusi Perkhidmatan Awam dan seterusnya menyebabkan hilangnya kebolehpercayaan masyarakat terhadap kredibiliti dan kesahihan Perkhidmatan Awam. Akhirnya sistem dalam masyarakat akan menjadi porak-peranda dan hancur.

8.1 CONTOH PERBUATAN YANG DIANGGAP MELANGGAR TATA KELAKUAN
KAKITANGAN AWAM (PAM 4(1))

8.1.1 Bersubahat dengan Musuh-Musuh Negara:
Seseorang pegawai boleh dianggap tidak menumpukan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Dipertuan Agong, Negara dan kerajaan sekiranya dia bersubahat dengan unsur-unsur dan anasir-anasir subversif seperti ahli komunis, penagih dadah dan lain-lain.


8.1.2 Sengaja Membocorkan Rahsia Kerajaan:
Seseorang pegawai telah melanggar tata kelakuan ini jika membocorkan rahsia kerajaan kepada orang yang tidak berhak untuk mengetahui atau memilikinya. Contohnya menjual dan membocorkan kertas peperiksaan SPM. Melanggar Undang-Undang / Peraturan kerajaan dengan tujuan menentang Kerajaan:Umpamanya mogok atau meninggalkan tempat kerja tanpa kebenaran merupakan pelanggaran tata kelakuan.
8.1.3 Memperkecil-kecilkan dan memburuk-burukkan dasar serta tindakan
kerajaan:
Seseorang pegawai boleh dianggap telah melanggar tata kelakuan ini jika memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar kerajaan dalam sesuatu persidangan atau seminar antarabangsa dan sebagainya.

8.1.4 Mengelakkan din daripada mempertahankan dasar dan tindakan
kerajaan sedangkan adalah kewajipannya untuk berbuat demikian:
Seseorang pegawai boleh dianggap telah melanggar tata kelakuan ini jika tidak menjalankan tugasnya untuk mempertahankan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.

9. AMALAN-AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH JABATAN KERAJAAN UNTUK
MELAKSANAKAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM (Pekeliling Am 5/79)

9.1 Pemberian Penghargaan:
Pegawai-pegawai yang memberi perkhidmatan yang cemerlang boleh diberi penghargaan dalam bentuk pingat, sijil kepujian, cenderamata dan kursus-kursus berkaitan.
9.2 Mengadakan Dialog dan Perbincangan:
Dialog dan perbincangan boleh diadakan dalam jabatan untuk menerangkan cara-cara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam, dan ceramah oleh pegawai-pegawai atasan boleh diberi sebagai latihan dalaman dalam jabatan kerajaan.
9.3 Penubuhan Jawatankuasa seperti Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial:
Aktiviti-aktiviti yang sesuai dari segi kesihatan, kebajikan, sosial dan mengeratkan perhubungan di antara kakitangan kerajaan boleh diadakan melalui kelab-kelab tersebut.
9.4 Mengeluarkan Berita Jabatan Sebagal alat Komunikasi:
Berita jabatan boleh dikeluarkan sebagai salah satu alat komunikasi di antara kakitangan jabatan.

9.5 Mengadakan Malis Jamuan Teh atau makan:
Majlis seperti ini akan dapat memberi kesempatan kepada semua pegawai dan
kakitangan bergaul mesra antara satu dan seterusnya dapat menanamkan
semangat kekitaan.

10. TERAS PERKHIDMATAN AWAM.
10.1 . Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
Ia bertujuan menggalakkan tiap-tiap kakitangan kerajaan mempunyai hasrat
untuk meninggikan mutu perkhidmatannya. Seseorang itu tidak harus berpuas
hati dengan apa yang dicapai setakat hari ini. Sebaliknya haruslah sentiasa
berusaha untuk memikirkan cara-cara baru untuk menjalankan kerjanya demi
faedah rakyat dan negara. Dengan ini matlamat-matlamat yang telah ditentukan
dapat dicapai dalam jangka masa yang dijadualkan.
10.2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Seseorang itu haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi,
memahami segala implikasi daripada tindakannya serta sanggup menerima
padah atau pujian daripada perbuatan itu.
10.3. Berusaha mengikis sikap pentingkan din sendiri.
Seseorang itu haruslah sentiasa berpandukan kepada peraturan yang
ditetapkan dan tidak mengambil langkah mengikut hati dan perasaannya
sahaja. Beliau mestilah mengamalkan disiplin agar kecurangan dan
penyalahgunaan kuasa tidak akan berlaku.

10.4. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
Seseorang itu hendaklah jujur, mesra, muhibah dengan memberi perkhidmatan
kepada rakyat dan negara tanpa mengira keturunan dan pangkat. Seseorang pegawai awam harus berkhidmat dengan penuh perasaan, mesra dan amalan muhibah. Sesuai dengan masyarakat majmuk negara kita, pegawai-pegawai awam dikehendaki bukan sahaja berbaik sesama mereka malah mesti sentiasa menunjukkan rasa kemesraan dan rasa pertimbangan kepada mereka yang datang ke pejabat untuk pertolongan tanpa mengira keturunan dan pangkat mereka.
10.5 Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
Seorang itu haruslah membantu rakyat memahami dasar-dasar dan program-
program pembangunan negara. Mereka harusnya memberitahu, membimbing
dan memberi tunjuk ajar kepada rakyat untuk mengambil peluang dalam usaha
pembangunan negara. Matlamatnya agar rakyat dapat berdikari tanpa
mengharapkan pertolongan semata-mata.
10.6 Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh negara.
Seorang itu haruslah bekerjasama dan membantu negara untuk membanteras
gejala-gejala yang menjurus kepada musuh negara (dari dalam dan luar negara).
10.7 Berpegang teguh kepada ajaran agama.
Seorang itu hendaklah orang yang mempunyai pegangan kepada ajaran agama
masing-masing. Ini akan memberi kekuatan kepada seseorang itu apabila
berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan.

NILAI DAN ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002