Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

  Tajuk2; Falsafah Etika.

Soalan:

1. Jelaskan maksud etika dari segi istilah dan apakah ukuran/kriteria yang digunakan untuk menentukan etika?
Jawapan:
Etika ialah kelakuan yang dianggap baik kerana menepati sesuatu ukuran yang disetujui ramai. Bagaimanapun, setiap masyarakat mempunyai ukurannya sendiri. Ada masyarakat yang menjadikan perintah Tuhan sebagai ukuran baik buruk sesuatu kelakuan. Ada masyarakat yang merujuk kepada norma-norma masyarakat sebagai penentu etika. Selain itu ada juga orang-orang tertentu yang tidak mahu tunduk kepada ketentuan tuhan atau norma masyarakat. Mereka hanya tunduk kepada ketentuan sendiri.

2. Berikan lima contoh amalan yang beretika dan tidak beretika dalam agama yang anda anuti.
Jawapan:-
Contoh amalan beretika:
a. Amanah
b. Jujur
c. Bertanggung jawab
d. Tolong menolong
e. Menepati janji
Amalan tidak beretika
a. Memfitnah
b. Bohong
c. Khianat
d. Takbur
e. Tamak

3. Jelaskan maksud dan berikan contoh-contoh yang sesuai bagi setiap jenis etika berikut:
a. Etika keagamaan
b. Etika kerasionalan
c. Etika keprofesionalan
d. Etika perniagaan
Jawapan:-
Maksud bagi perkataan tersebut;
a. Etika keagamaan.
Ialah etika yang bersumberkan ajaran agama. Kitab suci setiap agama menjadi rujukan etika untuk penganut-penganutnya. Sebagai contoh, Al Quran dan hadis menjadi sumber rujukan bagi penganut Islam, Bible untuk orang-orang Kristian dan Rigvedo untuk orang-orang Hindu.
b. Etika Kerasionalan:-
Ialah etika yang ditentukan oleh pertimbangan akhlak semata-mata dan tidak terikat kepada mana-mana ajaran agama. Peraturan etika ini, bagaimanapun berubah bila manusia mengubah fikirannya. Ada kala sesuatu kelakuan dikira baik pada satu masa tetapi berubah menjadi tidak baik pada masa yang lain.
c. Etika keprofesionalan
Ialah tatatertib yang diamalkan oleh setiap ahli di dalam sesuatu profesion untuk menjaga nama baiknya dan keselamatan pelanggan-pelanggannya. Contohnya ialah etika guru, doktor dan peguam.
d. Etika perniagaan
Ialah peraturan-peraturan yang perlu diamalkan oleh peniaga-peniaga supaya setiap ahli masyarakat yang terdiri daripada majikan, pekerja, pelanggan dan orang ramai tidak mengalami apa-apa masalah atau kesusahan apabila mengguna barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002