Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

PENGENALAN KEPADA LEBUHRAYA MAKLUMAT DAN INTERNET

1.1 Pengenalan Kepada Internet
Internet menyediakan kemudahan untuk bertukar maklumat dalam format boleh-guna-semula dan boleh-baca, misalnya carta, gambarajah, jadual, imej, pengkalan data atau kod perisian. Dengan demikian, perkhidmatan ini merupakan pusat bagi segala sumber maklumat (perpustakaan maya) seperti katalog, pengkalan data, perkhidmatan, penerbitan dan sebagainya.
Internet menyediakan kemudahan mel elektronik, berita dan perkhidmatan maklumat pada kos sama seperti sambungan telefon. Malah internet mempunyai kemudahan carian. Oleh itu kemudahan internet dapat digunakan untuk tujuan perniagaan, perhubungan, pendidikan, rekreasi dan lain-lain.
Sekarang ini dengan adanya sistem perhubungan seperti ini di seluruh dunia menjadikan kebanyakan pekerja akan duduk di rumah dan menghantar kerja yang disiapkan melalui kabel tembaga atau optik.
Internet menyediakan satu perkhidmatan piawai yang terbaik untuk menghantar dan menerima mel ketika pengguna log sistem komputer secara jarak jauh atau menggunakan alat bergrafik seperti Jaringan Sedunia (WWW) untuk merayau ke tempat yang menyediakan maklumat di seluruh dunia.

1.2 Sejarah Internet
Pada tahun 1957, projek ARPA (Advanced Research Project Agency) diwujudkan untuk membina satu rangkaian komputer yang menghubungkan satu bandar dengan satu bandar yang lain di Amerika Syarikat.
Perkhidmatan mel elektronik bermula setelah ARPANET dibina pada tahun 1969.
Pada 1972, spesifikasi bagi telnet dikeluarkan.
Pada 1973, spesifikasi bagi ftp dikeluarkan.
Pada 1974, Protokol Kawalan Pemancar atau TCP (Transmission Control Protocol) diperkenalkan untuk mengendalikan penghantaran data di dalam rangkaian.
Pada 1979, usenet ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar siswazah di Universiti Duke.
Pada 1990, archie (diguna untuk mencari maklumat dalam lokasi ftp) diperkenalkan.
Pada 1991, gopher, WAIS dan WWW diperkenalkan.
Pada 1992, Jaring ditubuhkan dan diselenggarakan oleh MIMOS. Pada tahun ini juga veronica diperkenal.
Pada 1995, tahun lebuhraya maklumat di mana enjin carian WWW, bahasa Java dan VRML diperkenalkan.

1.3 Definasi Internet
Internet ialah suatu rangkaian antarabangsa yang merangkaikan beribu-ribu sistem komputer, samada dirumah, pejabat, organisasi atau institusi, dengan menggunakan bahasa yang sama. Setiap rangkaian yang disambung ke internet boleh dipecahkan kepada rangkaian yang lebih kecil.

1.4 Hak Milik Internet
Secara umumnya, internet tidak dimiliki oleh mana-mana organisasi atau individu. Oleh itu, organisasi yang berkenaan adalah bertanggungjawab untuk membina rangkaiannya sendiri. Organisasi yang menyediakan perkhidmatan rangkaian yang menentukan apa-apa bayaran yang akan dikenakan kepada pengguna.

1.5 Asas Internet
1.5.1 Model pengkomputeran Internet
Internet menggunakan model pengkomputeran tersebar (distributed computing) dan pengkomputeran pelayan-pelanggan.

1.5.2 Pelanggan dan Pelayan
Sama seperti data-data dan aplikasi yang disimpan dalam cakera keras, maklumat atau fail-fail disimpan dalam komputer yang dinamakan pelayan. Pelayan ini yang disambungkan ke rangkaian komputer seluruh dunia dikendalikan oleh organisasi atau individu dengan maksud untuk berkongsi sumber dan maklumat dengan pengguna lain. Apabila kita dalam internet dan memerlukan maklumat tertentu, komputer kita akan berhubung dengan komputer pelayan jarak jauh (remote) di mana maklumat yang dikehendaki ditempatkan. Apabila permintaan diterima, maklumat ini akan dipecahkan kepada paket. Paket ini membawa maklumat alamat komputer kita. Paket ini dihantar melalui kabel atau talian telefon.. Apabila paket ini tiba ke komputer penerima, ia akan digabungkan semula untuk membentuk mesej asal bagi membolehkan penerima mebaca dan bertindakbalas seperti yang dikehendaki.
Komputer yang meminta perkhidmatan daripada komputer lain dinamakan pelanggan. Komputer yang memberikan perkhidmatan dinamakan pelayan.
Aplikasi pelayan dan pelanggan adalah dua aplikasi perisian yang berlainan. Perisian pelayan adalah perisian yang beroperasi dalam sesebuah komputer yang sentiasa menanti permintaan yang akan dibuat oleh pelanggan. Dengan lain perkataan pelayan mestilah sentiasa dihidupkan (ON).
Aplikasi pelanggan adalah perisian yang diguna untuk mendapat perkhidmatan sesuatu aplikasi. Pelanggan hidup apabila pengguna menggunakannya dan berhenti apabila penggunaannya tamat.
Proses pemindahan data dikendalikan oleh protokol rangkaian yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Protokol rangkaian ialah satu set peraturan dan panduan untuk mengelolakan penghantaran data melalui rangkaian.

1.5.3 Alamat Protokol Internet
Tiap-tiap komputer dalam internet mempunyai identiti yang unik yang dinamakan alamat protokol internet (IP). Alamat IP adalah satu nombor seperti berikut:
121.16.237.7
161.142.16.62
224.171.7.80

1.5.4 Nama Domain
Nama domain adalah nama yang digunakan untuk mewakili alamat IP bagi yang melambangkan identiti atau nama pengguna atau organisai yang menggunakan sesebuah komputer. Nama domain adalah mudah untuk diingat berbanding dengan alamat IP. Contoh:
ftp.microsoft.com 198.105.232.1
relays.jaring.com 192.228.128.15
www.yahoo.com 192.153.156.22

1.5.5 Apakah yang diperlukan?
Keperluan asas: Komputer, asesori

1.5.6 Komputer
Komputer PC, Macintosh atau stesen kerja (Sun, HP, IBM)

1.5.6 Modem
Modem ialah suatu alat yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi. Modem menukarkan isyarat digital daripada komputer penghantar kepada isyarat analog untuk dipancarkan menerusi talian telefon. Isyarat yang dipancarakan ini akan ditukar semula kepada isyarat digital.
Terdapat beberapa jenis moden di pasaran. Modem juga dibahagi kepada dua: dalaman atau luaran. Modem dalaman dibina pada 'motherboard' manakala modem luaran dipasang di luar sistem. Modem luaran lebih mahal.
Ciri penting pada modem yang perlu dilihat ialah kelajuannya, biasanya diukur dalam bps (bit per saat). Supaya dapat beroperasi dengan baik, dapatkan modem dengan kelajuan sekurang-kurangnya 14.4kbps. Harga: 14.4kbps (RM170-RM330), 28.8kbps (RM350-RM790).

1.5.7 Talian Telefon
Perkhidmatan yang paling murah. Sambungan ke internet melalui cara ini dinamakan 'dial-up'. Ini adalah disebabkan modem perlu mendial perumah (kadang-kadang dinamakan nod) sebelum disambung ke internet. Jika menggunakan sambungan dial-up, kemudahan 'waiting call' pada modem perlu dinyahbolehkan kerana perkhidmatan mungkin mengganggu semasa kita melunsuri web.

1.5.8 Melanggan Talian Terus.
Sebelum dapat mencapat internet, kita perlu mendaftar dengan MIMOS atau Telekom Malaysia Berhad. MIMOS menyediakan perkhidmatan internet melalui JARING (Joint Advanced Research Integrated Networking). Telekom Malaysia menwarkan perkhidmatannya melalui Rangkaian TMnet.
MIMOS telah memberi lesen kepada empat syarikat untuk menyediakan perkhidmatan jaring iaitu:
- Time Multimedia Sdn. Bhd.
- The New Straits Times Technology Sdn Bhd
- Silicon Communications Sdn Bhd dan
- Utusan Melayu (M) Berhad.
Selain daripada itu, kita juga dapat sambungan ke internet melalui sambungan talian 'lease' (sewa). Cara ini lebih mahal tetapi banyak kebaikannya. Anataranya ialah kurang masalah terhadap kesibukan talian. Tetapi cara ini hanya dibenarkan untuk kegunaan korporat atau institusi sahaja.

1.5.9 Perisian Perhubungan
Untuk Windows 3.x
Trumpet Winsock
Untuk Apple Macintosh
MacTCP (membolehkan Mac berkomunikasi dengan lain-lain komputer yang menggunakan TCP/IP)
MacPPP
MacSLIP

1.6 Pengenalan Kepada Lebuhraya Maklumat

1.6.1 Apakah Lebuhraya Maklumat
Komputer memerlukan perantaraan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Jenis bahan perantaraan yang boleh digunakan adalah udara (contoh: satelit), kabel tembaga (contoh: talian telefon) dan kabel optik. Setiap perantaraan memerlukan teknik penghantaran yang tersendiri.

1.6.2 Ciri-ciri Lebuhraya Maklumat
Lebuhraya maklumat membenarkan berbagai jenis maklumat seperti teks, audio, gambar, video dan lain-lain dihantar melaluinya. Lebuhraya yang laju adalah mempunyai lebar jalur yang tinggi dan membolehkan maklumat melaluinya dengan pantas. Walau bagaimanapun, kesesakan akan berlaku jika banyak data disalurkan dengan kadar yang tinggi.

1.6.3 Jenis dan Kelajuan Maklumat
Kelajuan sesuatu talian bergantung kepada teknik penghantaran dan bahan yang digunakan seperti kabel atau gentian optik. Contoh:
T1 1.5Mbps
T3 44.7Mbps
E1 2Mbps
Kabel UTP 10 - 100Mbps
Talian telefon sehingga 28.8kbps

1.7 Aplikasi Internet

Aplikasi yang boleh digunakan dalam internet adalah seperti: e-mel, ftp, telnet, berita usenet, gopher, Veronica, Archie, IRC (Internet Relay Chat), MUD (Multi-user-domain) WAIS (Wide Area Information System) dan WWW (World Wide Web).

1.7.1.E-mel
E-mel telah difahami oleh kebanyakan pengguna komputer sebagai satu cara untuk menghantar surat kepada penerima melalui komputer dengan berkesan, murah dan pantas. E-mel juga dapat diguna untuk nenghantar fail, dokumen, imej, audio dan video dalam bentuk digital dengan melampairkan bersama e-mel.
Setiap pengguna perlu ada akaun e-mel. Untuk mengguna e-mel, pengguna hanya perlu tahu bagaimana:
- mengarang dan menghantar mel baru
- memeriksa dan membaca mel
- membalas dan menghantar mel
- menghantar fail bersama mel.
Contoh perisian: Mailtool, Pine, Mail, Eudora Pro, Microsoft Exchange

1.7.2 Senarai mel (Listserv)
Aplikasi ini menggunakan kemudahan e-mel. Pengguna menghantar perbincangan, soalan atau komen kepada senarai. Butiran ini kemudiannya akan dihantar kepada semua pelanggan. Pengguna yang berdaftar dengan satu senarai sahaja yang akan menerima mel yang dihantar. Kemudahan ini mendapat sambutan hebat daripada pengguna e-mel. Contoh pelayan senarai mel:
listserver@jaring.my
listserv@tamvm1.tamu.edu
listserv@earn-relay.ac.uk
majordomo@lists.internic.net
majordomo@vector.casti.com

1.7.3 Perbincangan usenet
Merupakan suatu perkhidmatan papan buletin elektronik global yang menggunakan internet sebagai cara capaian. Mengandungi beribu-ribu kumpulan perbincangan tentang topik-topik tertentu. Dengan kemudahan ini, pengguna dapat berkongsi maklumat dan pendapat dengan pengguna lain di seluruh dunia. Tiap-tiap kumpulan berita membincangkan topik yang tertentu. Pengguna boleh menjawab perbincangan dan menghantar artikal sendiri dibaca oleh orang lain.
Kumpulan berita dikelolakan dan dikumpulkan berdasarkan kepada nama bidang.
Contoh: news.announce.newusers, news.newusers.questions. Perisian pelanggan: FreeAgent, Netscape Newsreader, NewsAgent

1.7.4 Telnet
Istilah yang digunakan untuk menggunakan komputer secara jarak jauh (remote login) di mana-mana tempat dalam internet. Biasanya digunakan untuk mencari maklumat dalam pengkalan data atau pusat sumber awam dan menggunakan komputer sendiri dari mana-mana tempat dalam internet. Perisian pelanggan: NetTerm.

1.7.5 ftp
Maklumat yang disimpan dalam komputer seperti artikal dan program boleh dikongsi dengan kemudahan pemindahan data melalui internet. Ftp (File Transfer Protocol) diguna untuk memindahkan fail dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ftp membenarkan pelanggan menyimpan fail untuk kegunaan awam dan "downloading" oleh pengguna internet (anonymous).
Arahan ftp:
Masuk ke program ftp ftp
Membuka sambungan open nama_fail
Menutup sambungan close
Keluar dari program ftp bye
Masuk ke sesuatu direktori cd nama_direktori
Keluar dari sesuatu direktori cd ..
Mensenaraikan fail ls atau ls -l atau dir
Set mod pemindahan ke teks text
Set mod pemindahan ke mod binari bin
Menyalin fail get nama_fail
Menghantar fail put nama_fail
Contoh lokasi:
ftp.microsoft.com
ftp.cica.indiana.edu
ds.internic.net
explorer.arc.nasa.gov
marvel.loc.gov
Perisian pelanggan: WS_FTP

1.7.6 Archie
Suatu perkhidmatan yang digunakan untuk mencari fail dalam lokasi ftp anonymous di dalam internet. Jika kita tidak mempunyai perisin archie ini, kita boleh menggunakan kemudahan ini dengan cara telnet kepada pelayan.
Contoh:
% telnet archie.au
% login: archie
Untuk keluar daripada archie, taipkan arahan quit.
Lokasi lain:
archie.rutgers.edu
archie.sura.net
archie.doc.ic.ac.uk
archie.funet.fi

1.7.7 Gopher
Suatu perisian yang menyambungkan pelbagai komputer dan arkib maklumat dalam bentuk teks (tanpa kemudahan grafik) dalam internet dan kemudiannya memaparkan item dalam bentuk menu. Buku-buku dan artikal boleh didapati secara "online" melalui sistem ini. Asalnya dibangunkan di Universiti Minnesota sebagai sistem maklumat kampus.
Menggunakan gopher adalah mudah kerana pengguna akan dibawa dari satu menu ke menu yang lain berpandukan kepada item yang ada dalam menu. Tidak ada arahan yang perlu dimasukkan.
Contoh:
PSN: gopher://csf.colorado.edu:70/11/psn
APA: gopher://apa.oxy.edu:70/1
Liverpool Philosophy Gopher: gopher://gopher.liv.ac.uk:70/11/phil
Utrecht Philosophy Gopher: gopher://gopher.phil.ruu.nl:70/1
Valdosta Philosophy Text Archive:
gopher://catfish.valdosta.peachnet.edu:70/11/ccr/subjv/phil/texts
Sirim: gopher://gopher.sirim.my
Perisian pelanggan: ws_gopher.

1.7.8 Veronica
Merupakan rakan bagi gopher. Ia membolehkan pengguna memberikan kata kunci (keyword) untuk mencari maklumat dalam gopher dengan pantas.
Walau pun ruang gopher boleh dibuat carian dengan menggunakan veronica, ia masih lagi sukar untuk dapat apa yang kita kehendaki. Tempat yang baik untuk dimulakan ialah "American Philosophical Association dan PSN (APA: gopher://apa.oxy.edu:70/1).

1.7.9 Papan Buletin
Papan buletin beroperasi dengan menggunakan kemudahan e-mel. Berita dan kenyataan mengenai mesyuarat, konferen, peluang pekerjaan dan lain-lain diposkan secara elektronik ke pelanggan. Berita ini akan dibaca apabila pelanggan "log in".
Beberapa alamat yang berguna:
PHILOS-L
Pemilik: Stephen Clark (srlclark@liverpool.ac.uk)
Untuk melanggan, hantar satu baris mesej melalui e-mel seperti berikut:
listserv@liverpool.ac.uk
subscribe philos-l nama_awal nama_akhir
PHILOSOP
Pemilik: Istvan Berkeley (istvan@gpu.srv.ualberta.ca)
Untuk melanggan, hantar satu baris mesej melalui e-mel seperti berikut:
majordomo@majordomo.srv.ualberta.ca
subscribe philosop
PSN
Pemilik: Martha Gimenez (gimenez@csf.colorado.edu)
Untuk melanggan, hantar satu baris mesej melalui e-mel seperti berikut:
listserv@csf.colorado.edu
subscribe psn nama_awal nama_akhir
DERRIDA-L
Pemilik: David L. Erben (dafacaa@cfrvm.bitnet)
Untuk melanggan, hantar satu baris mesej melalui e-mel seperti berikut:
listserv@cfrvm.bitnet
subscribe derrida nama_awal nama_akhir
HEGEL-L
Pemilik: fwilson@bucknell.edu
Untuk melanggan, hantar satu baris mesej melalui e-mel seperti berikut:
listserv@bucknell.edu
subscribe hegel-l nama_awal nama_akhir
NIETZSCH [sic]
Pemilik: Malcolm Brown (Malcolm.Brown@dartmouth.edu)
Untuk melanggan, hantar satu baris mesej melalui e-mel seperti berikut:
listserv@dartmouth.edu
subscribe nietzsch nama_awal nama_akhir
Thinknet lists (Heidegger, Sartre and many others)
Pemilik: Kent Palmer (palmer@think.net)
Untuk mendapatkan senarai BBS yang terdapat pada Thinknet, hantar mesej seperti berikut kepada:
listserv@think.net
HELP
Untuk melanggan satu daripada tempat yang tersenarai dalam Thinknet, hantar satu baris mesej kepada:
listserv@think.net
subscribe listname nama_awal nama_akhir

1.7.10 WAIS (Wide Area Information Servers)
Perkhidmatan ini diguna untuk mencari maklumat mengenai sesuatu perkara dalam sesuatu fail dalam internet. Ia diguna oleh organisasi yang besar untuk mengindeks data yang besar.
Pelanggan wais boleh diguna melalui telnet:
quake.think.com login: wais
http://www.archive.org

1.7.11 World Wide Web
WWW (web) adalah paling popular. Web mengandungi berjuta-juta laman maklumat yang disimpan dalam komputer di seluruh dunia. Web berkebolehan menggabungkan teks, gambar, suara, video, animasi dan lain-lain. Selain daripada itu web juga dapat memberi khidmat e-mel, ftp, gopher, wais dan lain-lain. Tiada arahan yang perlu dimasukkan untuk menjelajah web. Dokumen atau lokasi lain boleh dimasuki dengan hanya mengklik link yang terdapat dalam dokumen semasa.
Penggunaan web dengan meluas merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan internet yang amat pesat kebelakangan ini.
Melalui WWW, peniaga atau pengguna dapat membuat pemasaran dan menerbitkan dokumen untuk disebarkan ke seluruh dunia.
Bahagian berikutnya membincangkan WWW dengan lebih mendalam.

1.8 World Wide Web

World Wide Web adalah suatu istilah yang digunakan untuk menerangkan semua kandungan maklumat dan multimedia yang boleh diperolehi dalam internet.
WWW adalah aplikasi yang paling menarik di Internet dan seperti Email aplikasi ini sangat penting dan banyak digunakan. Aplikasi ini kadang disebut "The killer application" atau "the world is in your fingertip" kare na sedemikian mudahnya kita dapat mendapatkan informasi tidak hanya teks tetapi gambar (images), maupun multimedia.
Dalam aplikasi ini banyak fasilitas yang dapat dilakukan seperti:
· memesan atau membeli suatu barang secara online
· mendaftar secara online
· mengakses multimedia, dlsb.
Informasi yang diletakkan di WWW disebut "HomePage" dan setiap homepage mempunyai alamatnya masing-masing. Untuk dapat menarik perhatian user sehingga homepage dapat sering dikunjungi user, maka kita harus mendesign semenarik mungkin dan ban yak terdapat informasi yang jelas. Dalam hal ini bidang seni sangat dibutuhkan, sehingga dunia periklanan dan dunia bisnis semakin semarak.
Aplikasi yang paling sering digunakan saat ini di dunia adalah Netscape Navigator.
Asalnya dibangun di CERN (Europen Laboratory for Particle Physics) oleh Tim Burner dengan tujuan untuk menyediakan protokol yang sepunya (sama) dan mudah untuk mendapatkan maklumat yang boleh-baca yang disimpan pada sistem berjarak jauh dengan menggunakan rangkaian. Dengan kemudahan ini ahli-ahli fizik CERN (http://www.cern.ch/) dapat berkongsi dokumen.
Objektif sistem ini adalah supaya saintis dapat bertukar berbagai bentuk data dengan menggunakan konsep hypertext, hyperlink dan hypermedia. Hypertext ialah konsep asas di mana maklumat disimpan dan diambil semula dalam bentuk bukan hirarki, capaian maklumat boleh melompat dari satu tempat ke tempat yang lain hanya dengan cara hyperlink. Laman web boleh terdiri daripada imej, wayang, suara, 3D. Laman juga boleh diletakkan di mana-mana dalam internet. Dengan kemudahan ini, web senang digunakan untuk kita merayau mencari maklumat.
Hypermedia adalah grafik yang boleh diguna untuk link. Kita mengaktifkan hypertext dan hypermedia, tugas ini dinamakan hyperlink, dengan mengklik pada perkataan yang bergaris atau grafik.

1.8.1 Cara Menggunakan WWW
Cara menggunakan web adalah mudah. Dokumen atau lokasi yang ingin dilihat boleh dimasuki jika Penunjuk Sumber Seragam (URL - Uniform Resource Locator) dokumen tersebut diketahui. URL adalah format alamat piawai yang diguna untuk menentukan lokasi laman web dalam internet atau penunjuk kepada dokumen yang terdapat dalam sesuatu link. Tiap-tiap dokumen dalam internet mempunyai sekurang-kurangnya satu URL untuk menentukan lokasinya. Dengan mempunyai URL, kita dapat mencari dan mencapainya dengan syarat komputer pelayan hidup dan tiada halangan keselamatan.
Tiap-tiap URL mengandungi jenis protokol, alamat, opsyen nombor pengkalan (nama domain) dan laluan (lokasi fail)
Format asas URL:
protokol://nama_perumah:nombor_pengkalan/laluan
atau
protokol://nama_perumah/laluan
Alamat adalah merupakan alamat di mana pelayan dilarikan dan ditentukan oleh samada nama domain perumah atau nombor IP. Nombor pengkalan adalah nombor pengkalan IP di mana pelayan dilarikan. Tetapi jika pelayan dilarikan dengan menggunakan pengkalan piawai untuk protokol, nombor pengkalan tidak diperlukan. Laluan adalah lokasi fail di mana item tersebut di rujuk oleh URL.
Contoh:
http://www.jaring.my/msia/govt/govt.html
Jenis protokol yang terdapat dalam web:
Jenis protokol Penerangan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
http Pelayan WWW
gopher Pelayan gopher
ftp Pelayan ftp
mailto E-mel
wais Pelayan Maklumat Kawasan Luas (Wide Area Information Server)
telnet Menggunakan komputer pelayan secara jarak jauh
news Berita usenet
file Pelayan fail
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dokumen resmi URL terdapat pada:
file://info.cern.ch/pub/www/doc/url-spec.txt
Dokumen panduan URL juga boleh didapati pada:
http://www.ncsa.uiuc.edu/demoweb/url-primer.html

1.8.2 Pelanggan dan Pelayan Web
Komputer dalam internet yang bercakap dengan bahasa (protokol) HTTP (HyperText Transport Protocol) dinamakan pelayan web. Manakalan komputer dalam internet yang boleh mencapai pelayan web dinamakan pelanggan web.
Terdapat beberapa pakej pelayan web. Kita perlu tahu beberapa sifat dan keisitimewaan pakej ini sebelum membuat pilihan.
Pengkalan web boleh dipasang dengan menggunakan beberapa jenis sistem operasi seperti Unix, Windows dan Macintosh.
Terdapat beberapa pakej pelayan web. Kita perlu tahu beberapa sifat dan keistimewaan pakej ini sebelum membuat pilihan.
Perisian Platfom URL
--------------------------------------------------------------------------------------
CERN HTTPD UNIX ftp://info.cern.ch/
CERN HTTPD VMS ftp://info.cern.ch/pub/www/src/
www216-1betavms.tar_Z
GN UNIX ftp://hopf.math.nwu.edu:70/9/gn- 2.11.tar.gz
HTTPS Windows NT ftp://emwac.ed.ac.uk/pub/https
MacHTTP Mac ftp://oac.hsc.uth.tmc.edu/public/ mac/MacHTTP/
machttp_beta.sit.hqx
NCSA HTTPD UNIX, VMS ftp://ftp.ncsa.uiuc.edu/pub/web
NCSA HTTPD Windows ftp://ftp.ncsa.uiuc.edu/web
ncsa_httpd/contrib/winhttpd/
whtp13p1.zip
Plexus UNIX ftp://austin.bsdi.com/plexus/2.2.1/
dist/Plexus-2.2.1.tar.Z
Region 6 VMS http://kcgl1.eng.ohio-state.edu/
http_server_1-3.tar
SerWeb Windows ftp://winftp.cica.indiana.edu/pub
pc/win3/winsock/serweb03.zip
SerWeb Windows NT ftp://emwac.ed.ac.uk/pub/serweb/
serweb_i.zip
WEB4HAM Windows ftp://ftp.informatik.uni-hamburg. de/pub/net/winsock/web4ham.zip
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk mencapai maklumat dalam internet melalui WWW, kita perlu menggunakan 'browser' web. Browser adalah suatu kaedah antaramuka untuk merayau dalam web dan melihat lokasi web tertentu seperti yang dikehendaki. Browser akan memaparkan kandungan lokasi yang dirayau. Browser juga boleh diguna untuk mencari, melihat dan 'downlaod' maklumat dalam internet.
Terdapat banyak perkhidmatan untuk mencari maklumat dalam web jika dokumen atau lokasi yang ingin dimasuki tidak diketahui. Kemudahan seperti untuk mengambil dan mencetak halaman web disediakan oleh kebanyakan pelanggan web. Program pelanggan www juga dipanggil "browser". Pelanggan web menggunakan protokol HTTP (HyperText Transport Protocol). Bahasa bagi HTTP dinamakan HTML (HyperText Markup Language).
Contoh browser: Netscape Navigator, NCSA Mosaic, Internet Explorer, HotJava.

1.8.3 Multimedia dalam web
Selain daripada bahasa HTML, web juga boleh digunakan untuk aplikasi multimedia. Bahasa komputer yang dinamakan Java - bahasa komputer hibrid C dan C++ dioptimumkan untuk mengendalikan aksi pelayan/pelanggan dalam web oleh Sun Microsystem. Apllet kecil boleh di download kepada komputer pelanggan secara terus menerus oleh pelayan web.
VRML (Virtual Reality Modelling Language) yang dibangunkan oleh Silicon Graphics dan InterVista juga boleh digunakan untuk menghantar model 3D melalui web.
Selain daripada itu, audio dan video juga dapat dihantar dan dicapai oleh pengguna web.
Untuk kita dapat mendengar audio melalui internet, komputer kita perlu mempunyai perisian dan perkakasan yang diperlukan untuk menghasilkan suara. Fail suara boleh didownload daripada internet.

1.8.4 Enjin Carian Maklumat
Jika kita tidak pasti URL sesuatu lokasi web, kita dapat gunakan enjin carian untuk mencari lokasi yang dikehendaki. Pengguna hanya perlu menaipkan kata kunci mengenai subjek yang dicari pada tetingkap enjin carian. Contoh URL untuk enjin pencari:
Yahoo http://www.yahoo.com/
Excite http://www.excite.com/
WebDirectory http://www.webdirectory
Alta Vista http://www.altavista.digital.com
Infoseek
Memberi perkhidmatan dengan menggabungkan enjin carian dan senarai perkhidmatan. Ia mencari 'frequnetly asked quantion (FAQ)', alamat e-mel, berita terkini, senarai syarikat, web dan usenet.
http://www.infoseek.com
Hot Bot
Dikeluarkan daripada eksperimen akademik. Ia menghadkan untuk carian laman web yang mengandungi teknologi tertentu.
http://www.hotbot.com
Aplikasi seperti ftp, archie, gopher dan wais juga boleh diguna melalui browser www. Contoh:
ftp://ftp.microsoft.com
Borang permohonan archie:
http://hoohoo.ncsa.uiuc.edu/archie.html
gopher://gopher.sirim.my/

1.8.5 Bookmarking (penanda buku)
Jika kita jumpa lokasi yang menarik dan akan diguna lagi, lokasi ini boleh disimpan (ditanda) supaya kita tidak lagi perlu menaip URL tersebut. Kaedah ini dinamakan 'bookmark'.

1.8.6 Senarai dan Dokumen HTML Peribadi
Gunakan kemudahan 'hotlist' dan 'bookmark' untuk maklumat URL atau buat dokumen web sendiri yang mengandungi hubungan (link) dengan URL berkenaan.

1.8.7 Merekabentuk Laman Web
Kebanyakan orang tidak tahu bagaimana untuk merekabentuk dokumen hyperteks yang baik. Beberapa cadangan boleh didapati pada:
http://info.cern.ch/hypertext/WWW/Provider/Style/Overview.html
dan
http://www.willamette.edu/html-composition/strict-html.html
Senarai aturcara penukar dan penyunting HTML boleh didapati pada:
http://info.cern.ch/hypertext/WWW/Tools/Filters.html
Dokumen "Beginner's Guide to HTML" boleh didapati pada
http://www.ncsa.uiuc.edu/General/Internet/WWW/HTMLPrimer.html
Spesifikasi resmi untuk HTML boleh didapati pada
http://info.cern.ch/hypertext/WWW/Markup/Markup.html
Halaman Pembangun HTML boleh dicapai pada
http://oneworld.wa.com/htmldev/devpage/dev-page.html
Dokumen mailto boleh didapati pada
http://siva.cshl.org/email/index.html
Maklumat untuk membuat pelayan web sendiri boleh didapati pada
http://info.cern.ch/hypertext/WWW/Daemon/Overview.html

1.8.8 CGI (Common Gateway Interface)
Penerangan lanjut boleh didapti pada:
http://hoohoo.ncsa.uiuc.edu/cgi/

1.8.9 Borang
Borang boleh dibuat dalam web. Tujuannya adalah untuk membenarkan pengguna web memasukkan maklumat kepada pelayan. Borang ini boleh terdiri daripada medan teks, medan kata laluan (password), kotak semak, butang radio, menu, butang reset dan butang serahan. Penerangan lanjut boleh didapati pada:
http://www.ncsa.uiuc.edu/SDG/Software/Mosaic/Docs/
Cara menggunakan borang boleh didapati pada
http://nearnet.gnn.com/forms/help/form-help.html
dan
http://www.ncsa.uiuc.edu/SDG/Software/Mosaic/Docs?fill-out-forms/overview.html

1.8.10 Peta Imej
Web juga mempunyai kemudahan peta imej di mana pengguna boleh klik pada sebahagian imej untuk merangkai ke dokumen lain. Juga disebut sebagai peta boleh-klik.
Tutorial untuk menggunakan peta imej boleh didapati pada
http://wintermute.ncsa.uiuc.edu:8080/map-tutorial/image-map.html
- contoh peta:
Eropah http://s700.uminho.pt/europa.html
Peta dunia http://wings.buffalo.edu/world

1.8.11 Mencari alamat e-mel
Biasanya alamat e-mel ditulis dalam laman web. Kita juga boleh menggunakan browser untuk mencari:
Klik menu Window
Klik People
Jawab soalan yang dikendaki.

1.9 Virus dalam internet
Kita tidak dapat mengesan kewujudan virus dalam internet. Jika kita download sesuatu aturcara atau aplikasi dan larikannya (run), kita menghadapi risiko untuk dijangkiti virus.

1.10 Mengambil (download) imej/ikon
Perlu diingat bahawa internet juga terkaluk kepada undang-undang hakcipta. Kita perlu mempunyai etika.
Contoh pustaka ikon
Ikon umum http://www.ncsa.uiuc.edu/General/Icons/
Ikon Browser http://www.di.unipi.it/iconbrowsers/icons.html
Ikon WWW http://bsdi.com/icons/

1.11 Kesimpulan
Kita telah membincangkan dengan ringkas mengenai internet dan lebihraya maklumat. Dengan adanya kemudahan seperti ini, kita dapat berhubung, berbincang, dan berkongsi maklumat dengan pantas. Selain itu internet juga merupakan perpustakaan digital maya, dan seterusnya dapat digunakan untuk tujuan perniagaan, pendidikan, perbankan, automasi pejabat dan lain-lain.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002