Make your own free website on Tripod.com
Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

Pusat rujukan ilmu teknologi komunikasi dan maklumat
(Bina rangkaian komputer pada Windows 95/98 - editor)
Oleh: Yedshah

SEKIRANYA anda mempunyai lebih daripada satu komputer sama ada di rumah mahupun di pejabat, anda boleh menyambungkan kesemua komputer tersebut ke dalam rangkaian (network) kerana ia akan lebih memudahkan anda. Dengan berbuat demikian, anda dapat berkongsi fail tanpa menggunakan cakera liut (floopy disk), bahkan anda juga boleh berkongsi pencetak, pemacu CD-ROM dan juga menghantar faks (walaupun anda akan memerlukan perisian tertentu untuk berkongsi operasi bagi modem). Yang terbaik sekali adalah, Windows 95 boleh melakukan kesemua tugas tersebut sebagaimana "Windows for Workgroups" boleh melakukannya.

Pemasangan kad rangkaian (network adapter) dan juga kabel (cable) boleh dikatakan agak mudah. Untuk memulakannya, anda memerlukan sama ada kabel sepaksi (co-axial) ataupun kabel terpiuh (twisted cabel). kabel sepaksi adalah lebih mudah untuk dipasang tetapi kabel yang tebal akan menyukarkan untuk memindahkannya dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi kabel yang agak nipis iaitu twisted-pair cables yang agak mirip seperti kabel telefon, adalah lebih mudah untuk dipasang dan menghasilkan rangkaian yang lebih kukuh. Ia memerlukan anda untuk membina kotak bagi penyambungan sepertimana kotak talian telefon yang dikenali sebagai hub.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti untuk memasangkan komputer bagi membentuk satu rangkaian:

Memasang perkakasan dan memasang driver. Buka sarung komputer anda, masukkan kad rangkaian ke dalam slot yang kosong dan sambungkan kabel. Lakukan perkara yang sama terhadap komputer yang lain dan pastikan kesemuanya dipasang dengan betul. Hidupkan komputer, sepatutnya Windows 95 akan mengesan kad rangkaian tersebut secara automatik dan seterusnya meminta anda supaya memasukkan disket yang didatangkan bersama dan memasangkan software driver yang bersesuaian bagi kad tersebut. Di dalam sesetangah kes, CD-ROM Windows 95 sendiri akan menawarkan drivers yang diperlukan.

Memasang perisian Pelanggan "Client" Klik Butang Start > Control Panel > Networking dan klik pada Add. Pada kotak pilihan Select Network Component, tandakan Client dan klik Add. Tandakan Microsoft di dalam kotak pilihan. Pastikan anda memilih Client for Microsoft Network. Kemudian klik OK. Di dalam kotak Main Network, klik pada Add, dan tandakan Protocol bagi tetingkap yang berikutnya (Gambar seperti di atas), klik Add. Di dalam pilihan Select Network Protocol tandakan Microsoft di ruangan sebelah kiri dan tandakan NetBeUi bagi pilihan di sebelah kanan (*nota editor: anda juga boleh klik pada TCP/IP atai IPX/SPX). Kemudian klik OK.

Setkan perkongsian pencetak dan fail Anda pastinya ingin untuk berkongsi fail dan berkongsi pencetak. Di atas sebab itulah maka anda mewujudkan rangkaian ini. Tidakkah begitu? Di dalam kekotak Network yang utama, klik pada File and Print Sharing untuk menunjukkan anda ingin berkongsi perkara tersebut. Teruskan dengan memilih OK.

Mengenalkan diri anda Pilih ruangan Identification di dalam kotak Network yang utama, sila masukkan nama bagi komputer anda, nama bagi kumpulan dan juga keterangan. Klik OK, Windows 95 akan cuba menyalin kesemua fail rangkaian. Sekiranya ia tidak terdapat di dalam cakera keras, ia akan meminta CD-ROM Windows 95. Anda juga akan diminta supaya restart komputer anda supaya semua pemasangan akan mendatangkan kesan.

Log in, berkongsi dan menambah komputer yang lain Masukkan nama pengguna dan kata laluan apabila anda memulakan komputer anda setelah kesemua komponen rangkaian telah dipasang. Klik kanan pada folder di dalam Windows Explorer, pilih Sharing daripada menu yang ada. Masukkan pilihan yang anda ingini dan teruskan dengan menekan OK. Pasangkan rangkaian yang sama bagi komputer yang lain. Lakukan perkara yang sama.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002