Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

  Etika dan Nilai-nilai Murni Malaysia

Soalan

1. Apakah kepentingan Bahasa kebangsaan dan kebudayaan Kebangsaan bagi negara kita?
Jawapan:-
Sebagai negara yang berbilang kaum, di mana satu kaum dengan kaum yang lainnya wujud jurang pemisahan, iaitu dalam bentuk berlainan bahasa serta berlainan budaya. Dalam situasi sebegini, peranan Bahasa kebangsaan dan kebudayaan Kebangsaan adalah sangat penting. Kedua-duanya menjadi "alat pengikat" yang dapat menghasilkan perpaduan kaum.

2. Penjajah memupuk perpecahan kaum dan pemerintah hari ini memupuk perpaduan kaum. Bincangkan pernyataan ini.
Jawapan:-
Semasa negara ini di bawah pemerintahan penjajah British dahulu, pihak penjajah mendapati mereka dapat mengukuhkan kewibawaan mereka dengan sengaja menghalang perpaduan dan kerjasama di kalangan pelbagai kaum yang mendiami Tanah Melayu. Dengan kata lainnya, penjajah telah memastikan bahawa di antara satu golongan etnik dengan yang lainnya, tidak wujud persefahaman. Strategi "pecah dan perintah' ini diaplikasikan dalam pelbagai lapangan.
Pada hari ini perpaduan kaum menjadi agenda utama pemerintah. Langkah-langkah yang dilaksanakan kini adalah kesinambungan kepada dasar yang serupa yang telah dijalankan pada masa yang lepas. Dalam usaha kerajaan untuk memastikan tercapainya matlamat wawasan 2020, integrasi dan kerjasama kaum masih menjadi cabaran yang perlu diatasi.

3. Pilih 3 nilai murni dalam etika Malaysia dan kenal pasti unsur-unsur kerohanian, kemanusiaan, dan kewarganegaraan yang terkandung di dalamnya.
Jawapan:-
Tiga nilai murni yang berkenaan ialah:-
i. Baik hati
Unsur kerohanian dalam nilai murni ini berkaitan dengan sifat belas kasihan dan bertimbang rasa. Satu sifat negatif yang sering terdapat pada manusia ialah sifat berdengki dan berdendam. Manakala sifat belas kasihan adalah sifat ketuhanan atau kudus. Unsur kemanusiaan pula adalah sifat murah hati. Manusia yang murah hati, dikasihi dan dihormati oleh orang lain. Unsur kewarganegaraan dapat dilihat pad sifat saling faham-memahami. Di dalam negara kita yang berbilang kaum ini, kefahaman antara satu kaum dengan lain penting sekali, untuk mengelakkan persengketaan.

ii. Keadilan
Unsur kerohanian pada nilai terdapat apabila seorang ketua jabatan berlaku adil terhadap orang bawahannya. Ketua yang adil ialah orang yang bersifat takwa, ertinya takut kepada Allah s.wt. unsur kemanusiaan juga terdapat pada nilai ini, iaitu bila orang yang berkuasa tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasanya terhadap mereka yang lemah. Unsur kewarganegaraan pula terdapat pada pemerintah yang adil menjalankan tanggung jawabnya.

iii. Kejujuran
Orang yang jujur sentiasa tulus dan ikhlas dalam tindak tanduknya. Dia sedar walaupun tidak dilihat orang , namun hakikatnya Allah s.w.t sentiasa memerhati segala gerak lakunya. Di sinilah terletaknya sifat kerohanian pada nilai ini. Kejujuran dalam hubungan seseorang dengan seorang lain menggambarkan kesucian hati, iaitu sifat peri kemanusiaan yang unggul. Seorang warganegara yang baik jujur dalam memainkan peranannya sebagai rakyat. Dia tidak menipu kerajaan dengan mengelak daripada membayar cukai yang mandatori, misalnya cukai pendapatan.

4. Senaraikan lima nilai dalam tonggak dua Belas yang dapat menghasilkan rakyat yang;
a. "teguh dalam nilai-nilai keagamaan dan kerohanian", dan
b. "cekap dan berkualiti" dalam pelaksanaan perkhidmatannya.
Yang manakah di antara (a) dan (b) yang bertindih fungsinya.
Jawapan:
Rakyat yang "teguh dalam nilai keagamaan dan kerohanian" dapat dihasilkan oleh nilai-nilai berikut:
¢ Menghargai masa
¢ Keseronokan bekerja
¢ Ketinggian peribadi
¢ Kewajipan menjalankan tugas
¢ Keutamaan kesabaran

Rakyat yang "cekap dan berkualiti" dalam melaksanakan perkhidmatannya pula dapat dihasilkan oleh nilai-nilai berikut:
¢ Ketekunan membawa kejayaan
¢ Keseronokan bekerja
¢ Pengaruh teladan
¢ Kewajipan menjalankan tugas
¢ Keutamaan kesabaran.

Nilai-nilai yang bertindih fungsinya dalam senarai di atas ialah:-
¢ Keseronokan bekerja
¢ Kewajipan menjalankan tugas
¢ Keutamaan kesabaran

5. Apakah aspek-aspek pembangunan bukan material yang hendak kita pelihara dalam proses mencapai taraf negara membangun pada tahun 2020?
Jawapan:-
Taraf negara membangun yang hendak kita capai pada tahun 2020 tidak pula akan mengorbankan aspek-aspek pembangunan bukan material yang berikut:-
i. Sosial
ii. Kerohanian
iii. Kebudayaan
iv. Kualiti hidup.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002