Make your own free website on Tripod.com
Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

  Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ingatan Komputer

Apabila anda menyemak senarai spefikasi sesebuah komputer, fakor utama yang harus dilakukan ialah dengan mengambil kita jenis pemprosesan juga kelajuan komputer tersebut. Selain daripada itu, anda juga perlu berhadapan dengan satu lagi perkara yang penting iaitu kapasiti bagi ingatan bantuan. Kebiasaannya pengguna akan bertanya tentang berapa banyak jumlah data yang boleh disimpan di dalam cakera keras dan kemudian bertanya tentang berapa banyak ingatan yang terdapat di dalam komputer tersebut

Terdapat dua jenis ingatan di dalam komputer iaitu ingatan bantuan dan juga ingatan utama. Ingatan utama ialah kawasan storan yang digunakan semasa komputer anda dihidupkan. Ia hanya bersifat sementara. Ia dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Cache dan RAM. RAM itu sendiri dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti DRAM, SRAM, EDO dan SDRAM. Setiap satu mempunyai fungsi dan kemampuan yang berbeza. Ingatan bantuan pula ialah cakera keras yang kita gunakan untuk menyimpan maklumat secara kekal di dalam komputer.

Di dalam sesebuah komputer, data akan disimpan buat sementara waktu dengan mengikut aplikasi yang digunakan. apabila anda menaip denga menggunakan perisian pemprosesan perkataan, anda akan dapat melihat pada skrin komputer bahawa data yang anda taip akan disimpan buat sementara waktu di dalam RAM. Setiap perkataan akan diproses mengikut cara yang berbeza. Tapi yang penting sekali ialah anda mesti menyimpan data tersebut ke dalam ingatan bantuan (cakera keras) terlebih dahulu bagi mengelakkan kehilangan data semasa bekalan elektrik terputus dan supaya mudah untuk mendapatkan kembali data tersebut. Sekiranya data tidak disimpan di dalam cakera keras, kesemua data atau maklumat yang terdapat di dalam komputer akan hilang begitu sahaja apabila bekalan elektrik terputus atau anda menutup suiz komputer.

RAM adalah singkatan dari perkataan RANDOM ACCESS MEMORY atau di dalam Bahasa Malaysianya ialah Ingatan Capaian Rawak. Di dalam RAM terdapat beribu-ribu perintang atau mungkin juga berjuta-juta (bergantung pada saiz). Apabila arus elektrik dialirkan pada papan logik kepada suis kecil yang akan mengawal perlakuan arus terhadap sesuatu tindakan sama ada "on" atau "off" (komputer hanya mengenali tanda "on" dan "off" sahaja)
Semasa kita menggunakan sesuatu perisian, ingatan akan melakukan tugas-tugas seperti menyimpan data dan membenarkan data untuk dipanggil atau digunakan semula. Apabila bekalan elektrik terputus, semua data yang disimpan akan dibersihkan. Oleh kerana itulah RAM akan cepat berubah atau membuat perubahan berbanding dengan ROM dimana data tersebut hanya boleh dibaca sahaja. Contoh yang paling mudah ialah CD-ROM dimana data hanya boleh dibaca sahaja dari CD tersebut dan tidak boleh dipadam

Selain daripada RAM terdapat satu lagi jenis ingatan yang lebih pantas dikenali sebagai Cache. Cache mempunyai dua peringkat. Cache adalah secara semula jadi dikenali sebagai "smart buffer" atau mempunyai halangan memori bagi menyimpan data buat sementara. Dengan menggunakan kebijaksanaan algoritma, penyimpanan data cache memerlukan tindakan yang cepat kepada persembahan operasinya.

Peringkat pertama (Level 1) cache adalah kecil tetapi terletak tepat pada pemprosesan tersebut sendiri. Jenis ingatan ini tidak boleh ditukar. Jumlah L1 pada generasi pemprosesan bergantung kepada jangka waktu yang tertentu. Bagi pemprosesan jenis Standar Pentium biasanya mempunyai 16K, cache dibahagikan kepda 8K bagi kod penyimpanan data dan 8K bagi kod penyimpanan Pentium dengan teknologi MMX mempunyai dua kali jumlah L1 iaitu 16K bagi kod penyimpanan dan 16K bagi kod penyimpanan data. Pentium II mempunyai jumlah L1 sebanyak 32K. Tindakan cachenya lebih pantas dan mempunyai kelajuan jam yang tinggi.

Peringkat kedua (Level 2) bekerja hampir sama dengan ingatan L1. Perbezaan besar yang ketara adalah pada pemprosesan luaran. Ia tidak memerlukan tidnakan terlalu pantas bagi menyimpan data. Ini disebabkan ingatan cache kurang selektif. Ia terlalu besar di dalam penyimpanan maklumat mengikut keperluan jenis pemprosesan bagi akan datang. L2 di datangkan dengan dua jenis iaitu 256K dan 512K dan sekarang telah menjangkau 1MB atau 1024K.
Pada peringkat kedua cache akan dimasukkan sekali pada ingatan, tapi sekarang ia akan berubah. Pemprosesan Pentium II akan didatangkan dengan 512K pada cache L2 sebagai bahagian dalaman pada cartridge. Untuk itu, apabila anda membeli komputer, cuba dapatkan cache yang bersaiz besar.sekurang-kurang 512K kerana ia turut mempengaruhi prestasi komputer anda.

Sebagai kesimpulannya, semakin banyak jumlah RAM yang anda miliki, bermakna lebih baik. RAM dapat disimpulkan sebagai kawasan kerja anda manakala CPU (Central Processing Unit) hanya berfungsi untuk memproses setiap arahan yang diterima. Sekiranya anda mempunyai pemproses yang laju tetapi ingatan yang kurang. Komputer anda tidak akan dapat beroperasi dengan baik. Anda tidak boleh membuka pelbagai aplikasi atau program dalam sesuatu masa. Bayangkan dengan RAM yang banyak, anda dapat lakukan pelbagai kerja dalam satu masa seperti mendengar muzik, melayari internet, mencetak dokumen dan pelbagai lagi.

Ikhlas dari yedshah
http://members.xoom.com/yedshah
 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002