Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

PENGENALAN

Untuk meningkatkan mutu pendidikan serta pengurusan sekolah, semua sekolah di negara ini mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Pelajar boleh didedahkan dengan kemahiran berguna untuk menjadikan mereka tenaga kerja yang diperlukan dalam masyarakat bermaklumat dan masyarakat industri dengan adanya ICT.

Untuk menjayakan projek ini pentadbir serta kakitangan sokongan juga perlu mahir menggunakan ICT bagi meningkatkan kecekapan pengurusan. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah telah menjalankan pelbagai projek dan aktiviti.

Antara program dan projek itu ialah Pengkomputeran, Komputer dalam Pendidikan (KPD), Pusat Sumber Elektronik (PSE), Cerdik Net, Laman Web dan TIGERWeb. Di peringkat kebangsaan pula, terdapat dua projek rintis Sekolah Bestari dan KPMN.
ICT diaplikasikan dengan tiga tujuan utama iaitu:
i) Ia digunakan untuk mengakses maklumat yang terdapat dalam CD-ROM.
ii) Ia digunakan untuk mengakses maklumat yang terdapat dalam internet.
iii) Sebagai komponen mata pelajaran dan dijadikan mata pelajaran di peringkat sekolah menengah.
Pengurus Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
i) Peringkat sekolah - Guru Besar (sekolah rendah) atau Pengetua (sekolah menengah).
ii) Peringkat Jabatan - Pegawai Pendidikan Daerah.
iii) Peringkat Negeri - Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.

Peringkat-peringkat Pengurusan Terbahagi kepada 3 bahagian Utama:

1. Pengurus peringkat atasan
Merupakan peringkat tertinggi di dalam bidang pengurusan terdiri daripada mereka yang terlibat di dalam membuat perancangan masa hadapan ,menentukan matlamat jangka panjang dan merancang strategi-strategi yang diperlukan. Contohnya: Guru Besar, Pengetua, PPD, Pengarah dan sebagainya.

2. Pengurus peringkat pertengahan
Merupakan peringkat yang bertanggungjawab menjadikan keputusan itu satu kenyataan. Mereka perlu melaksanakan reka bentuk yang besar dan berminat untuk melihat laporan terjadual dan kekecualian. Mereka mestilah cepat bertindak kepada perubahan dalam bentuk apa sekali pun. Secara umumnya mereka adalah pembantu kepada pengurus peringkat atasan. Contohnya: Penolong Kanan I, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelia Petang. (Peringkat Sekolah).

3. Pengurus peringkat bawahan
Kumpulan ini bertanggungjawab di dalam pengendalian secara menyeluruh, terutama dalam tatacara harian untuk mendapatkan hasil dan matlamat perancangan yang terakhir. Kumpulan ini memerlukan laporan terjadual yang terperinci untuk membuat keputusan bagi memastikan tugas-tugas dapat diselesaikan mengikut strategi yang ditentukan. Mereka perlu tegas dan tangkas dalam membuat tindakan. Contohnya: Penyelaras ICT, AJK perancangan TMK, guru-guru dan staf-staf sokongan.
Peranan Pihak Pengurus ( Pengetua atau Penolong Kanan)

¢ Menyediakan rancangan jangka pendek (operational), jangka sederhana, jangka panjang, perancangan strategik (strategic planning), rancangan penyelesaian masalahlah, projek, program dan skim;

¢ Menilai rancangan, projek, program dan skim yang telah dilaksanakan;

¢ Menyediakan garis panduan atau saranan untuk perancangan di peringkat jabatan, cawangan, bahagian/unit, institusi dan sekolah;

¢ Menyelaras dan memantau (monitor), menilai pelaksanaan rancangan projek, program dan skim pelajaran yang sedang berjalan dengan menitik beratkan sejauh mana rancangan-rancangan itu mencapai objektifnya selaras dengan matlamat Dasar Pendidikan Negara.

¢ Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan.

¢ Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan yang dirancang oleh Bahagian Penyelidikan dan dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan.

¢ Mengendalikan projek-projek dan melaksanakan kerja-kerja pengesanan atau pemantauan (monitoring).

¢ Mengumpul, memproses data dan maklumat pendidikan seperti data dan maklumat pelajar, tenaga pengajar dan bangunan sekolah bagi kegunaan jabatan-jabatan di Kementerian Pendidikan

¢ Meneliti dan menyelaras semua permohonan/keperluan peralatan komputer di sekolah melalui Jawatankuasa Teknologi Maklumat, untuk dihubungkan ke Jabatan Teknologi Maklumat di Kementerian Pendidikan
Peranan Pengurusan Peringkat Ketiga ( Penyelaras ICT dan AJK)
Merancang, mengurus, menyelia dan melaksanakan penggunaan kemudahan Infrastruktur Teknologi di Sekolah iaitu:
" Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SMS) untuk pengurusan sekolah.
" Penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching-Learning Materials - TLM atau Courseware) dalam pengajaran dan pembelajaran.
" Memastikan kemudahan Infrastruktur Teknologi yang diterima adalah betul dari segi kualiti dan kuantiti seperti yang terdapat dalam spesifikasi
" Menyedia inventori bagi kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan.
" Mengurus dan menyelenggarakan kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan.
" Mengurus akaun pengguna dan e-mel.
" Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
" Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan Infrastruktur Teknologi ditempatkan.
" Menyediakan garis panduan / peraturan / tatacara penggunaan kemudahan Infrastruktur Teknologi.
" Menyediakan keperluan Infrastruktur Teknologi untuk kegunaan guru-guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah .
" Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, Sistem Pengoperasian Rangkaian atau perisian-perisian seperti SSMS dan TLM dan menyelesaikan masalah tersebut.
" Merancang pembelian bahan habis guna (consumables).
" Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) IT sekolah.
" Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran IT dengan cara belajar sendiri atau melalui kursus /seminar /bengkel dan sentiasa mengikuti perkembangan IT semasa.
" Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan sistem aplikasi SSMS dan TLM.
" Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menilai TLM.
" Memberi kursus dalaman kepada masyarakat sekolah.
" Meningkatkan budaya IT sekolah.
" Memastikan keselamatan kemudahan Infrastruktur Teknologi Pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang di tempatkan peralatan komputer.
" Memastikan Bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
" Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
" Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.
" Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut :
" Memastikan komputer bebas dari virus.
" Membuat salinan (backup) dan replikasi.
" Membina laman web sekolah.
" Memastikan kandungan laman web betul dan terkini.
" Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti IT sekolah kepada pihak yang berkenaan.
" Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan Sekolah dari masa ke semasa

Merancang dan melaksanakan Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) di sekolah.
Matlamatnya
" Mengkaji, mengguna dan memahami sistem dan persekitaran yang berkaitan dengan pengkomputeran;
" Membina pengetahuan tentang prinsip dan proses pengkomputeran;
" Mengenal pasti serta meneroka keperluan dan peluang yang boleh ditangani melalui pengkomputeran;
" Menjana idea bagi keperluan pembelajaran;
" Mengguna pengkomputeran dengan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah;
" Menyedari kepentingan penggunaan pengkomputeran terhadap kehidupan harian;
" Menghargai kepentingan dan sumbangan pengkomputeran dalam kecemerlangan pembelajaran.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Terdapat dua pendekatan yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan menyampaikan ilmu tentang pengkomputeran, iaitu:
"belajar tentang pengkomputeran";

Pendekatan "belajar tentang pengkomputeran" digunakan dengan tujuan menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas pengkomputeran bagi membolehkan pelajar menjadi pengguna pengkomputeran yang berkesan. Manakala pendekatan "belajar dengan pengkomputeran" menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah dengan tujuan menyediakan pelajar dengan ilmu yang membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan teknologi.

Kedua-dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah bersifat hands-on dan mind-on. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran Pengkomputeran sebahagian utamanya adalah berbentuk praktikal. Olahan kandungan kurikulum Pengkomputeran kepada lima bidang pengetahuan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan tanpa berhierarki. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran boleh dimulakan dengan mana-mana bidang pengetahuan sekiranya kemahiran asas pengendalian pengkomputeran sudah dikuasai.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002