Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

  Pendahuluan.

PIBG sebagai pembantu sekolah memerlukan suatu pengurusan strategik kearah menanangi perubahan dalam pendidikan dan menjayakan Konsep Sekolah Berkesan. Pengurusan yang strategik amat diperlukan bagi melahirkan “persekolahan berwatak” supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Kepimpinan dan pengurusan seharusnya diberi perhatian yang berat dalam menggerakkan sesuatu organisasi begitu juga dengan sekolah. Pengetua perlu mengalami perubahan yang pesat selaras dengan keadaan semasa. Ini adalah kerana tanpa kepimpinan dan pengurusan berkesan seseorang pengetua, pendidikan bertaraf dunia tidak akan tercapai. Kepimpinan dan pengurusan harus mempunyai pengurusan yang berkesan untuk mencapai kecemerlangan dalam sesuatu organisasi. Kecemerlangan sesuatu organisasi adalah bergantung kepada stail kepimpinan dan pengurusan menggunakan sumber, untuk mencapai matalamat organisasi dengan mengekalkan dan mewujudkan hubungan yang baik dan waras. Di samping itu pengetua seharusnya berani dan sanggup mengambil rasiko terhadap tindakan yang dilakukan. Pengetua mestilah bersedia mendengar, menerima pandangan, berbincang dan mengamalkan pengurusan dengan cara bermuafakat dan musyowarah.

Pengetua harus memberi pimpinan yang memberasangkan dan membawa motovasi kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar. Bersifat kreatif, inovatif dan imaginatif serta mempunyai pelbagi idea untuk memggerakkan sekolah. Di samping itu pengetua harus memberi pengupayaan “empowerment” kepada guru-guru dan kakitangan di bawahnya bagi mewujudkan pengurusan yang berkesan. Keadaan ini boleh:

i) Membina dan memupukkan budaya baru yang positif dan mendorong para pendidik bersifat kreatif, inisatif dan imaginatif dan juga berinisiatif.

ii) Membuka peluang para pendidik menggunakan daya fikiran dan daya usaha mereka ke arah kecemerlangan sekolah.

iii) Para pendidik lebih bersemangat dalam pengurusan dan melakukan kerja dengan perasaan yang menyeronokkan.

iv) Para pendidik akan berusaha mempastikan segala yang dihadapi dapat diselesaikan kerana tanggungjawab diberi bersama kuasa yang ada untuk memperbaikinya.

Sebagai seorang pengetua berkesan seharusnya boleh dilambangkan dengan keupayaan membina minda pelajar yang cemerlang, bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.

“Manusia perlu bertindak melengkapkan diri dalaman dan luaran,jasmani dan rohani - untuk mengelakkan diri daripada dilanda perubahan masa yang sangat laju dan mengalami “kejutan masa” keretakan dan keruntuhan sosial dan mungkin juga kemusnahan”

(Dr. Wan Mohd zahid Mohd Nordin 1994)

Pengetua diiktiraf sebagai tenaga pengerak utama dalam mendidik, membimbing dan membina keyakinan pelajar dalam mencapai kecemerlangan di peringkat sekolah. Peranan ini amat penting dalam menbentuk watak dan sahsiah pelajar sejajar dengan matalamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Usaha ini perlu dimulai dengan mewujudkan sekolah dengan watak yang boleh dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat.

“Konsep sekalah berwatak pada dekad 1990an ini tertumpu kepada pembelajaran yang konstruktif di mana pengetahuan dibina sendiri

oleh pelajar sebagai individu”

(Dato’ Sri Mohd Najid (1999)

Sehubungan dengan ini pengetua dan guru-guru seharusnya menjadi role model oleh para pelajar dan seharusnya mempunyai sifat-sifat yang mulia. Peranan pengetua sebagai pendorong dan pemyumbang kepada pencapaian kecemerlangan pelajar bagi menghadapi alaf baru adalah penting dan perlu diteruskan dan dipertingkatkan. Pengetua mesti memahami dasar dan perubahan dalam pendidikan, kemahiran-kemahiran pengurusan dalam konteks perubahan, pengurusan dalam era teknologi maklumat, kepimpinan dan perancangan strategik, nilai-nilai dan perubahan sikap dan pengurusan personel dalam pendidikan.

Pengurusan sekolah yang berkesan sememengnya memerlukan seorang pengetua yang berfungsi sebagai “jeneral” untuk melaksanakan strategi-strategi secara berkesan. Ibarat di medan perang, strategi-strategi ini seharusnya merupakan tindakan reaktif dan proaktif yang perlu dibuat dengan cepat untuk mencapai kedudukan yang lebih baik daripada musuh.

Dapatan menunjukkan di sekolah yang mana pengetuanya kurang berkesan prestasi pelajarnya kurang memuaskan. Sebaliknya sekolah pengetuanya berkesan rata-rata pelajarnya mempunyai prestasi yang cemerlang. Mereka mempunyai latar belakang yang unggul berupaya mencapai prestasi yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan sekolah di mana pengetuanya tidak berkesan.

(Peter Mortimore , 1996)

Dalam konteks ini memperlihatkan bahawa pengetua boleh menggerakkan dan memajukan sekolah. Edmonds (1978) mengatakan bahawa pengetua boleh menjadikan sekolah itu daripada tidak berkesan kepada berkesan. Pengetua berkesan seharusnya menetapkan falsafah wawasan dan matlamat sekolah. 

Sebagai pengurus sesebuah sekolah pengetua perlulah mewujudkan ciri-ciri berikut (ainscow 1991):

* Mempunyai visi untuk organisasi.

* Berkebolehan menyampaikan visi untuk

memperolehi komitmen staf.

* Berupaya menukarkan visi kepada tindakan.

* Mempunyai stail pengurusan yang terbuka tapi tegas.

* Percaya kepada kebolehan staf.

* Mempunyai keazaman dalam menetapkan objektif

yang mencabar.

* Mempunyai kebolehanmerancang dangan fleksibel.

* Mempunyai kebolehan memperolehi sumber terutamanya

sumber manusia.

* Mempunyai kebolehan menaikkan tahap pekerja.

Ciri-ciri ini perlulah dimiliki oleh seseorang pengetua sebagai pengurus sekolah kearah keberkesanan pengurusan sekolah. Pengetua perlulah merancang dengan teliti penetapan Visi dan Misi sekolah supaya keberkesanan pengurusan dapat dizahirkan dengan nyata.

Setelah melihat profil ciri-ciri seorang pengetua sebagai pengurus sekolah dan keberkesanannya mewujudkan pengurusan yang berkesan di sekolah. Di sisi ditunjukkan beberapa isu-isu yang kritikal dalam pendidikan dan implikasinya ke atas pengurusan sekolah. Seterusnya dicadangkan beberapa langkah yang harus diambil oleh pengetua bagi mengatasi masalah tersebut. Isu-isu yang diketengahkan ini merupakan isu yang perlu diketahui dan diselesaikan oleh pengetua sebagai pengurus sesebuah sekolah.

Isu 1

IKLIM SEKOLAH YANG KURANG MENYERONOKKAN.

Keadaan sekolah dapat menyuburkan pembangunan intelek dan sosial, serta memberi kesejahteraan mental kepada para pelajar. Faktor ini amat penting dalam memajukan sekolah. Pengetua seharusnya memberi peluang kepada pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah memainkan perana penting dalam menjaga iklim sekolah. Walaupun di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan pertandingan Kebersihan Keceriaan dan Keselamatan Sekolah (3K) Namunpun demikian terdapat sekolah yang tidak mengambil berat tentang hal ini dengan membiarkan iklim sekolah dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Dwyer (1986) mendapati komponen iklim sekolah terdiri daripada bangunan, persekitaran sekolah yang teratur dan selamat,iklim sosiol yang positif di sekolah dan hubungan sekolah dengan masyarakat setempat. Tetapi perkara ini tidak dititik beratkan oleh pengetua sekolah. Dalam hubungan ini pengetua haruslah memainkan peranan supaya iklim sekolah berada dalam keadaan yang baik supaya sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut berjalan dangan lancar.

Pengetua mestilah menyelesaikan hal ini dengan mengenengahkan isu atau masalah yang di hadapi oleh sekolah, status semasa yang berlaku di sekolah, standard yang hendak dicapai dan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah. Seterusnya memastikan kriteria kemajuan yang telah dicapai setelah tindakan di ambil. Sebagi contoh di sini dalam menjaga kebersihan kawasan, landskap, kemudahan rekreasi,Kebersihan/keceriaan kelas, bangunan, kantin, sikap pelajar terhadap kekotoran, sikap guru-guru,kebersihan dan kekemasan bengkel, danasrama.

Pengetua seharusnya menyediakan garis panduan yang perlu diikuti oleh semua orang dan perancangan dibuat dalam menyelesaikan hal berkenaan dengan iklim sekolah. Strategi perancangan ini sangat penting dimainkan oleh pengetua bagi menentukan kecemerlangan iklim sekolah. Semua pihak mestilah mengikuti program iklim sekolah ini supaya mendapat tempat yang selesa kepada pelajar untuk belajar. Sekiranya sekolah berlaku dua sesi pagi dan petang maka iklim sekolah mestilah sama, sama ada sebelah pagi atau petang. Keadaan kemudahan sekolah yang digunakan secara bersama pada sebelah pagi dan petang oleh pelajar yang berlainan tidak dijadikan alasan kepada kemerosotan iklim sekolah. Strategi perancangan sangat penting dimainkan oleh pengetua bagi menentukan kecemerlangan iklim sekolah

Sebagi contoh di sini dalam menjaga kebersihan kawasan, landskap, kemudahan rekreasi,Kebersihan/keceriaan kelas, bangunan, kantin, sikap pelajar terhadap kekotoran, sikap guru-guru,kebersihan dan kekemasan bengkel, danasrama. Panduan yang dibuat ini dapat dijadikan panduan kepada semua pihak dalam menetukan iklim sekolah beradan dalam keadaan yang baik dan cemerlang. Semua pihak mesti melihat kepada isu/masalah, status semasa, standard yang hendak dicapai dan tindakan yang diambil dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit.

ISU 2

KEKURANGAN GURU-GURU DALAM BIDANG TEKNIKAL.

Perkara ini merupakan suatu perkara yang amat kritikal sekarang ini. Di mana di sekolah menengah teknik dan vokasional kekurangan guru dalam bidang ini amat ketara berlaku. Pengetua mestilah mencari jalan penyelesaian supaya sistem pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Perkara ini berlaku kerana semasa Dr.Wan Mohd Zahid Mohd Nordin menjadi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, di mana beliau telah membuat perubahan di mana aliran vokasional dan kemahiran di sekolah menengah vokasional dimansuhkan secara berperingkat dan akhirnya dalam tahun 2000 aliran ini tidak terdapat lagi di sekolah menengah vokasional/teknik. Malahan guru-guru yang berkemahiran pula akan ditukarkan ke sekolah menengah akademik untuk mengajar kemahiran hidup. Keadaan ini diteruskan lagi setelah Dato MatNor Daim mengambil alih kepimpinan sebagi Ketua pengarah Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan ini pengambilan guru-guru pelatih ke Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur telah ditutup pada tahun 1997 dan 1998.

Tetapi setelah Dr.Abdul Shukor Abdullah mengambil alih jawatan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mulai 29 April 1998, senario ini telah berubah di man sistem pendidikan vokasional dan kemahiran dihidupkan semula malahan pelajar-pelajar sekolah akademik ditawarkan belajar aliran vokasional di sekolah menengah vokasional pada sebelah petang. Mulai tahun 1999 sistem pendidikan vokasional dan kemahiran telah dikekalkan semua di semua sekolah menengah teknik dan vokasional demi untuk mencapai wawasan 2020.

Oleh kerana sistem pengambilan guru telah diberhentikan selama dua tahun di Maktab Perguruan Teknik dan bilangan pelajar dan kelas di sekolah menengah teknik dan vikasional pula telah bertambah maka sudah pastilah akan mengalami kekurangan guru yang amat ketara. Keadaaan ini mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk dipulihkan.

Sehubungan dengan ini pengetua mestilah dapat mengambil strategi pemulihan untuk menentukan pengajaran dan pembelajaran dan berjalan seperti mengadakan jadual waktu anjal, kedatangan ke sekolah mengikut waktu mengajar, mengambil guru sandaran tidak terlatih (GSTT), bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan.

Pendek kata pengetua mestilah mempunyai ciri-ciri pengetua yang berkesan dalam menyelesaikan hal ini dan seterusnya mempastikan perancangan dan perubahan dalam sistem pendidikan tidak menjejaskan para pelajar.

ISU 3

GURU-GURU KURANG DIDEDAHKAN DENGAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

Mohd Sani Ibrahim (1994), jumlah guru yang mengikuti kursus dalam perkhidmatan adalah amat kecil iaitu kurang dari 1% jumlah populasi keseluruhan guru. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Elaine Waithe dan David Warner dalam tahun 1995 terhadap pengetua-pengetua di seluruh England pengetua juga kurang didedahkan dengan kursus dalam perkhidmatan.

Bahan-bahan resmi kerajaan telah banyak menyebut tentang pentingnya dibangunkan semula staf atau tenaga manusia dalam organisasi. Rasional dan andaian dibangunkan staf untuk sistem pendidikan yang pesat mengalami perubahan seperti di Malaysia ini adalah jelas. Ini adalah kerana:

i) Reformasi dan pembaharuan sistem pendidikan negara di semua tahap persekolohan. Banyak sekali perubahan dalam aspek kurikulum, sistem penilaian mata pelajaran, latihan guru, jadual persekolahan dan seterusnya. 

ii) Penggunaan komputer dan teknologi maklumat secara meluas dan menyeluruh terutama dengan adanya lebuh raya multimedia (MSC) telah meroboh corak komunikasi dan penggunaan dan penghasilan maklumat. saluran komunikasi semakin pantas dan canggih.

iii) Penstrukturan semula jentera pentadbiran pendidikan terutama di kementerian Pendidikan yang mementingkan fokus dan keselarasan tanggungjawab dan tugas di kalangan pentadbir-pentadbir pendidikan.

Perubahan-perubahan ini secara tidak langsung menuntut golongan pengurus dan kakitangan lain merubah dan mengadaptasikan tingkahlaku dan sikap kerja mereka. Sebagai individu kakitangan pendidkan disaran menjadi lebih canggih, profesional, efektif, bestari, dan bermacam-macam lagi. Selaku pendidik adalah disarankan supaya menjadi ejen pembaharuan dan peneroka kepada idea-idea baru. Mereka dipinta menjadi penggerak utama transformasi pendidikan negara ke arah menjadikan satu sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Namu pun demikian bilangan guru yang dapat mengikuti kursus dalam perkhidmatan ke arah mewujudkan satu cara pengajaran mengikut perubahan yang berlaku amat kurang. Secara sedar atau tidak pentadbiran pendidikan dan menjalankan kerja secara “on- the job” di mana, pengalaman hanya didapati melalui kerja yang dilakukan. Kursus-kursus profesional dan vokasional jangka panjang tidak banyak dijalankan. Pelatih-pelatih berpengalaman untuk mengendalikan program latihan di bidang pengurusan masih belum mencukupi, kebanyakannya sibuk dengan tugas seharian meraka.

Keadaan kurangnya kursus dalam perkhidmatan ini tentunya memberi kesan yang buruk terutama kepada guru-guru yang baru yang tiada pengalaman begitu juga kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat di mana mereka telah statik dalam kerja yang dilakukan. Terdapat juga di sekolah terutama di sekolah rendah di mana guru-guru telah lama keluar dari maktab dan tidak didedah dengan teknologi terkini terutamanya penggunaan komputer. Keadaan ini akan melahirkan guru-guru yang statik. Sepatutnya mereka didedahkan dengan teknologi terkini.

Sebenarnya walaupun bidang pendidikan ini telah berusia kira-kira 40 tahun. Latihan di bidang pengurusan secara berterusan dan terancang pula bermula pada tahun 1979 iaitu apabila IAB ditubuhkan. Tanpa kursus maka sukarlah dilaksanakan program-program pembaharuan, perubahan dan refomasi. Perkara ini merupakan salah satu aspek kritikal dalam pembangunan pendidikan di Malaysia. Pengurus, baik di tahap pelaksannan sekolah mahupun diperingkat tinggi memerlukan program -program latihan profesional.Usaha yang dijalankan masih belum memadai baik dari segi kuantiti mahupun kualiti. Pendek kata program kursus dalam perkhidmatan ini perlulah disusun dengan lebih sempurna supaya kursus ini dapat dilkuti oleh semua pentadbir pendidkan dan guru-guru . Paling tidak kursus dalaman perlu diadakan bagi memastikan semua guru-guru terlibat sama kearah kecemerlangan sistem pendidkan. Pengetua harus mengatur strategi bagi mengatasi hal ini dan dapat mewujudkan suatu ciri pengurusan yang boleh membawa perubahan kepada guru-guru dalam menghadapi perubahan teknologi maklumat dan perubahan sistem pendidikan.

ISU 4

PEMILIHAN MATA PELAJARAN DI TINGKATA EMPAT KEKURANGAN PELAJAR ALIRAN SAINS

Mengikut kajian yang dijalankan pada tahun 1992, peratus pelajar yang mengikuti (elektif) aliran sains di sekolah menengah dan pengajian tinggi adalah kecil berbanding dengan aliran sastera. Hanya 25 peratus pelajar mengikuti aliran sains di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi. Nisbah pencapaian bagi kedua-dua bidang juga tidak memuaskan iaitu 35 : 65 memihak kepada bidang sastera, walaupun matalamat negara ialah 60 : 40 (Berita Minggu 9 Ogos 1992).

Perkembangan yang pesat dalam bidang perindustrian memerlukan banyak tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan bidang sains dan teknologi. Menjelang tahun 2000 sebanyak 180,000 pekerja baru yang berasaskan sains dan teknologi akan diwujudkan (Pusat Perkembangan Kurikulum 1993). Kementeria pendidikan telah merancang beberapa strategi untuk menambahkan bilangan pelajar yang berminat mengambil mata pelajaran sains di sekolah melalui sebaran maklumat mengenai kepentingan sains dan teknologi , peluang pekerjaan dalam bidang ini, penonjolan imej yang positif dan cemerlang terhadap sains dan pemberian ganjaran dan bimbingan. Usaha juga telah dibuat untuk meningkatkan mata pelajaran sains dan matematik melalui “gerak gempor”. Walaubagaimanapun masalah berhubung dengan prestasi dan peryertaan pelajar di dalam jurusan sains dan teknologi di peringkat sekolah masih lagi kurang. 

Untuk memenuhi keperluan negara ini pengetua harus memainkan peranan menambahkan pelajar dalam aliran sains. Keadaan ini pula mendatangkan masalah kerana pelajar yang rendah pencapaian diperingkat PMR juga ditawarkan mengikuti bidang sains kerana memenuhi keperluan negara dan akhirnya pencapaian dalam bidang ini terus merosok walaupun bertambah dari segi bilangannya. Sebenarnya jika ditinjau secara teperinci kemerosotan pencapai dalam bidang ini adalah faktof-faktor berikut:

* Pelajar mendapati mata pelajaran sains sukar difahami dan abstrak.

* Pelajar tidak berminat dengan bidang sains.

* Guru sains tidak mencukupi atau guru tidak dilatih sepenuhnya

* Kaedah mengajar sains tidak menarik.

* Kemudahan alat dalam makmal tidak mencukupi.

* Asas matematik pelajar adalah lemah.

* Pembelajaan sains tidak menyeronokan.

Berasaskan kepada beberapa faktor kemerosotan pelajar dalam mata pelajaran sains maka pengetua mestilah dapat bertindak memperbaiki hal ini supaya pelajar berminat untuk mengikuti bidang sains. Pendedahan kepada pelajar-pelajar diperingkat rendah lagi perlu dilakukan supaya tidak timbol masalah pelajar takut untuk mengikuti aliran sains. Nilai-nilai negatif seperti rendah diri, mudah putus asa, tidak berkeyakinan perlu dihapuskan dikalangan pelajar supaya mereka berkeyakinan bahawa mereka juga boleh cemerlang dalam bidan sains. Pengetua harus memainkan peranan melahirkan pelajar saintifik, inovatif dan berperanan jauh serta melahirkan lebih ramai para pelajar saintis untuk mengisi kekosongan permintaan yang meningkat dalam bidang sains dan teknologi selari dengan pembangunan negara.

5. Perancangan Strategi

Dalam mempastikan semua isu-isu dapat diselesaikan maka pengetua mestilah tahu untuk merancang strategi terbaik dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Seterusnya membentuk sesuatu strategi yang berkesan dengan membuat analisis persekitaran am, menyenaraikan strategi pilihan, analisis dan pemilihan strategi, implementasi strategi, kawalan dan maklumbalas dan penilaian. Sekiranya pengetua boleh merancang strategi ini maka segala isu yang timbol dapat diselesaikan dangan cara yang terbaik dan dapat diselesaikan. Strategi pada am terbahagia kepada strategi am dan strategi khusus.

Kesimpulan 

Setelah kita melihat secara menyeluruh satu ciri-ciri seorang pengetua sebagai pengurus sekolah dan keberkesanan pengurusannya dengan menyelesaikan beberapa isu-isu kritikal yang timbol maka boleh disimpulkan untuk menjadikan pengurusan yang berkesan pengetua perlu dapat bertindak dan menyelesaikan segala masalah yang timbol dengan cara yang bijaksana.

Kejayaan sesebuah sekolah merupakan kejayaan bagi semua pihak sama ada ibu bapa, masyarakat dan komuniti yang telibat. Pengetua seharusnya dapat menukarkan imej sesebuah sekolah kepada yang lebih efektif walaupun diperingkat awalnya mendapat tentangan guru-guru. Istilah “Kepimpinan Pendidikan” bertujuan untuk membedakan pengetua yang berorientasikan “impowerment” dengan pengetua sebagai pentadbir sesebuah sekolah. Untuk menjayakan sesebuah sekolah pengetua seharusnya menunjukkan ciri-ciri berkerja dalam satu pasukan. Bagi menentukan keberkesanan pengurusan sesebuah sekolah pengetua mestilah menpunyai wawasan, kemahiran kurikulum dan pengajaran, pengurusan strategik, pengurusan sumber manusia, hubungan manusia dan komunikasi, dan menpunyai sikap yang positif terhadap profesion perguruan.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002