Make your own free website on Tripod.com
Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

PENDAHULUAN

            Internet dan intranet merupakan sistem rangkaian komunikasi yang terulung pada masa kini. Melalui sistem rangkaian ini, kita dapat berkomunikasi dengan lebih mudah dan kita juga dapat memperolehi apa sahaja maklumat yang berada disekeliling kita dengan lebih mudah dan cepat.

Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh internet dan intranet dan ia boleh memberi banyak keuntungan jika ia digunakan dengan betul. Salah satu kemudahan yang diberikan ialah kepantasan untuk kita mendapatkan maklumat. Salah satu daripada caranya ialah dengan menggunakan ‘finger’.   

          Apa yang kita boleh perolehi daripada finger adalah bergantung kepada berapa banyak maklumat yang  tersedia pada tapak atau site yang kita finger. Finger mungkin menyenaraikan perkara  yang berkaitan dengan  pengguna seperti nama login, nama penuh, lokasi pejabat, nombor telefon, masa login, masa menunggu, masa terakhir mail dibaca dan kandungan fail .plan serta .project daripada direktori perumah pengguna semasa.  Seseorang menggunakan finger untuk mendapatkan maklumat tentang kita.

            Untuk ini, di dalam kertas projek ini kami akan membincangkan dengan lebih lanjut perkara-perkara yang berkaitan dengan finger.

DEFINISI

‘Finger’ adalah satu program  yang membenarkan kita  mengenal pasti  secara khusus siapakah yang sedang berada dan memasuki ke dalam akaun rangkaian atau siapakah yang sedang berada dalam sesuatu nod (seperti nod PIP). Ia juga memaparkan fail perancangan pengguna. Ia juga adlah suatu program yang ringkas untuk digunakan.

Jika sesuatu akaun di’finger’,  ‘finger’ terhadap akaun itu akan memberitahu kita berbagai-bagai maklumat tentang  akaun tersebut. Apa-apa maklumat yang dikembalikan adalah berubah-ubah dari satu akaun kepada akaun lain. Maklumat yang biasa adalah seperti nama tuan punya akaun, kali terakhir dia login ke dalam akaun dan mungkin juga tentang fail perancangan pengguna.

Bagaimana pun sesetengah akaun, tidak boleh  di ‘finger’ . Ini adalah kerana :

a)      alamat e-mail mungkin tidak betul-betul wujud

z     Contohnya,  Illionis University mempunyai ‘aliases’ jadi  setiap orang  mempunyai alamat  e-mail yang kelihatan sama yang mana ia mudah untuk diingati. Akan tetapi ianya bukan akaun yang betul.  Misalnya,     “a-starr1@uiuc.edu” tidak akan melaksanakan tugas sebagaimana akaun yang betul iaitu atstarr@ux1.cso.uiuc.edu, yang mana ia boleh di’finger’.

b)      akaun hos sistem mempunyai pilihan untuk tidak run pelayan finger

z     sebabnya mungkin kerana perkaitan dengan kebebasan atau ianya bukanlah satu keperluan.

c)      alamat e-mail yang salah

z     kekadang kita memasukkan alamat atau akaun yang salah tentang sesiapa yang hendak di finger. Contohnya, alamat yang ingin dikembalikan ialah  “joe@pop1.mailer.college.edu bukannya joe@college.edu.

Masa atau tarikh akhir login adalah bukan satu pengukur yang baik untuk mengetahui bila seseorang itu memasuki akaun kali terakhir. Seseorang selalu menggunakan cengkerang (shell) seperti cengkerang UNIX, vax dan sebagainya untuk login.  Tetapi kebanyakkan pengguna mengunakan dengan baik akaun cengkerangnya tetapi masih lagi guna akaun untuk e-mail melalui program mail pada komputer dekstop mereka. Dengan ini, seseorang mungkin boleh memeriksa e-mail setiap hari tetapi pendaftaran tidak perlu untuk setiap bulan.

Fail-fail perancangan adalah satu seni yang tidak nampak. Ia mungkin adalah sebagai  satu perancangan  permulaan untuk laman Web. Ia boleh jadi fail-fail teks sama ada yang panjang atau pendek dan boleh memberi apa sahaja maklumat yang seseorang masukkan kedalamnya sama ada berkaitan dengan waktu kerja, sebut harga dan sebagainya. Kebanyakkan mesin hanya membenarkan perancangan itu untuk baca sahaja apabila ada seseorang lain   finger daripada sistem yang sama.

            Contoh finger :

a)      finger atstarr@amherst.edu  à akaun Vax

b)      finger atstarr@unix.amherst.edu à akaun UNIX

Contoh finger di atas adalah finger yang biasa dilaksanakan pada World Wide Web (WWW). Keputusan adalah kelihatan sama tidak mengambil kira kaedah finger mana yang kita gunakan.

PERKHIDMATAN FINGER

1) BAGAIMANA UNTUK MEWUJUDKAN FINGER

a)      Dengan akaun  UNIX atau Vax

z     Kita tidak perlu buat apa-apa. Jika sistem anda adalah fingerable, seseorang boleh finger kita dengan menggunakan cengkerang mana kita login.

z     Untuk mempunyai fail perancangan dengan menggunakan akaun unix, kita perlu sunting (edit) fail di dalam  direktori utama  yang dipanggil ‘plan’. Kita juga boleh menukar beberapa direktori data dengan menaip

chfn  à bermaksud ‘change  finger?’

pada prompt sistem manakala melalui akaun Vax, kita perlu sunting fail yang di panggil plan.txt  di mana kita perlu tukar  perlindungan (protction) pada fail tersebut.

b)      Mac atau Windows

Jika kita mempunyai satu cengkerang akaun (shell akaun), kita masih tetap boleh finger terus melalui akaun cengkerang kita dan boleh memiliki satu fail perancangan di dalamnya.

c)      Mesin Dekstop

Komputer kita memerlukan  satu  alamat IPnya sendiri bila ia hendak dihubungkan dengan internet. Sebaik-baiknya perlu ada satu alamat yang statik kerana alamat yang dinamik kadangkala menyebabkan seseorang tidak tahu alamat mana yang diperlukan untuk finger kita.

2) BAGAIMANA UNTUK  FINGER

Finger adalah satu program yang mudah untuk digunakan. Biasanya kita finger seseorang dengan mengunakan mailnya.

Dari komputer Mac atau Window :

1)      Finger untuk Macintosh

z     Anda boleh run finger secara terus atau setup Internet config/IceTEe untuk hantar URLs  dengan taip finger ://chzl2@cornell.edu untuk finger.

z     Masukkan alamat yang hendak di finger contohnya, chzl@cornell.edu. dan tekan butang finger. Pada komputer Mac kita juga boleh setup Internet Congig/IceTEe untuk hantar finger URLs  dengan taip finger://chzl@cornell.edu untuk Eudora. Format  finger URL adalah finger://username@host

Melalui World Wide Web

-         Yahoo menyenaraikan Finger Gateways dan kita boleh finger melalui WWW ini.

Melalui e-mail

-         hantar mail kepada infobot@infomania.com dengan line subjek FINGER chzl@cornell.edu.

-         daripada satu akaun cengkerang (UNIX atau Vax). Format umum

$ finger joeblow@xyz.edu

-         untuk finger seseorang yang sedang menggunakan sistem yang sama dengan sistem yang kita guna, kita hanya perlu taip $ finger janedoe  

-         Dengan menggunakan mesin UNIX,  selalunya kita boleh finger dengan menggunakan sebahagian daripada namanya. Contohnya, $finger davis@abc.edu (akan memulangkan semua yang bernama Davises).

-         Kita perlu berhati-hati dengan  kaedah di atas, jika kita lakukan untuk  nama semasa, atau nama terakhir yang mana  selalunya dalam nama pertama, kita akan dilimpahi dengan data nama tersebut.

-         Untuk mecari siapa yang biasanya login ke dalam sistem kita hanya perlu taip:

$ finger

-         dan untuk melihat siapa yang biasanya log ke dalam sistem yang lain kita perlu taip:

$ finger @abc.edu

3) FINGERTRACE

a)      GNU Fingerd

Fingerd (finger Daemon) adalah satu program yang menerima dan menangani permintaan terhadap finger .Ia diperlukan kerana ia merupakan satu pelengkap kepada pilihan untuk melaksanakan fail (~/.fingerrc) apabila permintaan terhadap finger masuk. GNU Fingerd memberikan lebih banyak sifat-sifat supaya ia lebih standard.Antara sifat-sifatnya ialah pilihan untuk melaksanakan fail $HOME/.fingerrc yang mana $HOME merujuk kepada kita punya direktori perumah. Sifat inilah yang akan kita pergunakan untuk menambahkan atau mendapatkan  maklumat tentang siapa yang ingin tahu tentang kita.

Sifat-sifat lain bagi GNU Fingerd ialah beberapa “ pengguna istimewa” yang melengkapkan berbagai-bagai maklumat. Antara “pengguna istimewa” ialah :

1.      Version – kembalikan versi pelayan

2.      Help – memaparkan fail bantuan (pilihan)

3.      Local – digunakan untuk menghadkan skop finger

4.      Clients – menyenaraikan pelanggan yang berhubung kepada pelayan finger

5.      Free – memaparkan mesin yang masih kosong untuk dihubungkan kepada finger

6.      Site – memaparkan maklumat pada lama pelayan finger.

Pihak pentadbiran juga boleh mencipta ‘pengguna istimewa’ ini untuk membolehkan fail-fail di papar.

b)      fail .fingerrc

Apabila permintaan terhadap finger masuk dalam pelayan finger kita, kita boleh lihat fail ~/.fingerrc. Jika ia ada di dalam pelayan dan ia dilaksanakan maka hasil finger kemudiannya akan disalurkan melalui fail tersebut. Jadi kebiasaannya, hasil finger ini akan dibawa kepada fail kita sebagai piawai masuk, dan piawai keluar dihantar dalam jawapan permintaan finger. Untuk pindahkan input kepada output kita gunakan arahan :

                  cat

Beberapa arahan ini ditambah untuk mengenal pasti dari mana permintaan finger itu datang.

c)      Mencari host

Untuk mecari host finger beberapa arahan perlu digunakan. Antaranya ialah :

z     Arahan netstat

Arahan netstat adalah pelengkap maklumat tentang penyambungan kepada antara komputer. Dengan kata lain ia adalah suatu alat yang menjadi pelengkap kepada penyambungan antara hos dan juga penyambungan kepada terminal. Jika kita padankan penyambungan terminal kepada terminal yang digunakan untuk finger daemon kemudian kita boleh ambil

z     n- flag

Ia memaparkan pemendekkan nama host  netstat jika ia terlalu panjang. Kerana itu, kita perlu menggunakan  -n flag untuk mendapatkan nombor IP disebalik nama host itu.

z     Terminal fingerd

Terminal fingerd biasanya 79. Fail  perkhidmatan adalah senarai fail perkhidmatan dan  disitu terdapat gabungan terminal ( terdapat beberapa pengecualian tetapi finger bukan salah satu daripadanya). Lihat kepada fail dan cari nombor terminal mana yang dapatkan perkhidmatan ‘finger’.

Dapatkan maklumat :

Set FROM=netstat –n| grep 79| head –1| awk ‘{print$5}’| sed ‘s/\.//g’

SetLFROM=’~$USER/.fhba $FROM[1].$FROM[2].$FROM[3].$FROM[4]

Apakah yang dilakukan oleh arahan ini ? Ia menyatakan bahawa pembolehubah FROM untuk finger hos dan terminal. Ia kemudiannya run program ~/.fhba (yang mana ia adalah satu aturcara C kepada kompiler) yang menggunakan Domain Name Server (DNS) untuk menukar nombor IP ke dalam nama host yang lebih bermakna.

1.      Netstat –n  à memaparkan hubungan antara nombor-nombor IP

2.      Grep 79    à mencari semua line antara 79 sebagai terminal

3.      Head-1     àmengambil tempat utama

4.      Awk ‘{print$5}’ à memaparkan kolum kelima (penyambungan kepada hos)

5.      Sed’s/\.//g’ à menukar ‘.’ kepada ruang, ini membuatkan pembolehubah senang unutk digunakan

Dalam versi ini kita lakukan keperluan terakhir, kelima dan nombor yang akan kita gunakan untuk mencari pengguna sistem.

      Walau bagaimanapun tidak semua sistem menggunakan format yang sama untuk netstat. Jika kita dapat satu mesej seperti “subcript not found” atau kesilapan yang seumpamanya, cuba tukar simbol $5 kepada $2. Jika ia tidak dapat dilaksanakan juga kita boleh juga cuba tukar kepada simbol $1,$3 atau $4.

z     Arahan .fhba

Merupakan satu arahan dalam aturcara C yang ditulis untuk menukar nombor IP kepada nama hos. Kita juga perlu gunakan arahan nslookup semasa menggunakan arahan .fhba.

d)      mencari pengguna

Setelah kita mendapatkan hos dan terminal kita pergi pula tentang  mencari pengguna semasa. Terdapat dua cara untu kmencari pengguna. Cara yang biasa digunakan adalah menggunakan protokol pengenalpastian untuk meminta hos pengguna mana yang menggunakan terminal ($FROM[5]) untuk mencapai terminal finger (79). Bagaimanapun, tidak semua hos mempunyai ciri pengenalan dipasang. Jika pengenalpastian itu gagal, kita boleh hantar permintaan finger kepada hos untuk mengetahui siapakah yang login pada sistem pada masa itu. Contohnya,

setWHO=’~$USER/bin/idlookup $LFROM $FROM[5]79’

Aturcara ini  me’run’kan idlookup yang digunakan oleh protokol pengenalpastian untuk menanyakan hos finger  ($LFROM), user mana yang menggunakan terminal $FROM[5] untuk mencapai terminal finger (79). Jika gagal, kita harus lakukan sesusatu. Pembolehubah $? Akan mengembalikan status pelaksanaan arahan terakhir dan jika ia bukan 0 kita tahu ia adalah gagal. Contoh arahan:

If($? != 0) set WHO=0

e)      finger pengguna

Untuk mengetahui sama ada seseorang pengguna itu login ke dalam akaunnya, kita perlu taip username pada promt User dan sempurnakan nod alamat internet pada prompt Machine. Contohnya, untuk melihat ST876543 login ke dalam PIP, kita perlu mengisi ruang yang disediakan dengan maklumat yang disediakan. Apabila semua maklumat telah diisi, tekan butang ‘finger’.

      Jika seseorang itu login, kita akan mendapat satu line laporan  termasuk nama, apa yang sedang dilakukan dalam PIP dan kita juga dapat mengetahui dari mana dia login.  Walau bagaimana pun, kita juga akan dapat laporan  seseorang yang tidak login pada masa tersebut iaitu kali maklumat tentang kali terakhir dia login ke dalam akaunnya.

f)        finger seluruh nod

Finger keseluruhan nod akan membenarkan kita  mencari kesemua pengguna yang log akaunnnya di dlam nod tertentu. Apabila kita ingin finger kesemua nod, kita perlu tinggalkan ruang User prompt itu kosong, dan dengan menaip alamat lengkap nod Internet pada Machine prompt. Perlu diingatkan bahawa ia kadang-kadang adalah tidak mustahil untuk memendekkan nama nod tempatan.

g)      Sifat-sifat lain

Setiap masa kita finger pengguna atau nod, alamat ini akan disimpan didalam satu menu hirarki. Jika kita tidak keluar dari Finger kita boleh finger alamat lain sekali lagi dengan lebih cepat secara memilih salah satu menu Finger bawah menu File. Jika kita

ingin menyimpan alamat-alamat ini, ia boleh didapati pada masa akan datang kita run finger, tolak ke bawah Menu Save finger daripada Menu File.  Begitu juga kita boleh menyingkirkan alamat-alamat ini dengan memilihnya daripada hirarki Remove Menu daripada  Menu File.

Jika kita mempunyai alamat yang kita sukai dan kita berminat untuk ia kelihatan pada tetingkap Finger yang mana setiap masa kita menggunakannya, kita boleh taip dalam alamat tersebut pada ruang (User atau Machine atau kedua-duanya) dan kemudian click pada butang Set Default. Untuk melicinkan maklumat ini, tinggalkan ruang-ruang itu kosong dan kemudian tekan set Default sekali lagi.

h)      Mesej yang salah.

Perku diingat bahawa tidak semua tapak rangkaian membenarkan capaian finger. Sesetengahnya hanya menyokong perhubungan Mail atau Telnet dan akan mengembalikan keputusan yang berbunyi :

The connection timed out

yang kelihatan pada nod atau nod mesin tidak meberi jawapan langsung. Jika kita memasukkan alamat yang salah atau nod yang kita finger tidak wujud, kita juga akan dpat mesj yang berbunyi :

the machine “node” doesn’t seem to exist

Dalam kedua-dua kes di atas, kita perlu click pada butang ‘Too Bad’ dan cuba ulang finger sekali lagi.

z   Contoh mudah untuk finger

            Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Services Provider (ISP)) mungkin menyediakan kita satu utiliti finger bersama dengan apa saja perisian startupnya. Sila lihat contoh rajah 1 yang diberikan.

Untuk utiliti finger ini (juga dipanggil sebagai client, sama seperti aksesori internet), kita masukkan domain name  pelayan yang  kita mahu  untuk mencari di dalam kotak yang berlabel ‘Select Host’. Kemudian kita boleh taip kepada ruang user name atau gunakan ‘drop-down’ menu Select User name…, atau tinggalkan ruang itu kosong untuk memilih semua nama yang tersenarai. Walaubagaimana pun, bila mana kita taip seorang nama pengguna lain, nama tersebut akan ditambah kepada senarai yang telah sedia ada. Setelah selesai, click pada butang finger dan seterusnya ia akan finger pengguna yang kita mahu.

Rajah 1

PENUTUP

            Apa yang sesebuah site buat, bagainama pun,  tidak semestinya selari  dengan perbuatan lain yang lazimnya berlaku. Finger mungkin hilang keupayaan pada tempat-tempat tertentu untuk tujuan keselamatan di mana, selagi pentadbir sistem yang lain mungkin meggunakannya untuk membekalkan maklumat secara percuma. Cara terbaik untuk mencari jalan keluar adalah mencuba finger dan lihat apa yang kita dapat.  Dalam kebanyakkan kes, kita boleh gunakan aturcara untuk  menghasilkan maklumat tentang bukan hanya seorang tetapi semua pengguna yang terdapat pada tapak yang khusus.

            Sebagaimana yang telah diterangkan, untuk melakukan ini kita perlu guna arahan:

Finger@usersite

Contohnya, finger@kusza.edu.my  mengeluarkan  satu senarai  yang seakan-akan sama kepada seorang yang ingin kita run pada tapak kita sendiri dengan menggunakan arahan finger secara terus, tapi dalam keadaan ini keputusan yang akan dikeluarkan ialah senarai semua orang yang login pada tapak sistem  KUSZA.

            Secara keseluruhannnya, dapatlah kita ketahui bahawa finger menyediakan kita satu perkhidmatan di mana dengannnya kita dapat memperohi pelbagai maklumat yang berkaitan dengan pengguna yang sedang dan pernah login pada sesuatu sistem yang terdapat dalam rangakaian.

Daripada:
Noorakmal Jusoh

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002