Make your own free website on Tripod.com
Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

  Tajuk 1. Falsafah

Soalan

1. Bagaimanakah tanggapan umum tentang falsafah? Jelaskan sifat-sifat falsafah sebenarnya..

Jawapan.
Sifat-sifat falsafah:
i. Ilmu falsafah dianggap sukar difahami, dikhususkan kepada intelektual, kadangkala mengelirukan para pengkaji dan hasil nya boleh mendatangkan perasaan curiga kepada kebanyakan orang.
ii. Falsafah sebenar tidak mempunyai 'body of knowledge' kecuali aspek persejarahannya.
iii. Ia mempersoalkan fenomena kejadian alam secara keseluruhannya.
iv. Jawapan yang diperoleh berbentuk spekulatif.

2. Bezakan antara ilmu falsafah dengan ilmu sains.

Jawapan.
Perbezaan antara ilmu falsafah dan sains ialah:
i. Falsafah menggunakan kaedah perbahasan dialektika dan logika untuk memastikan kebenaran sesuatu isu atau permasalahan, manakala
ii. Sains menggunakan kaedah penyelidikan emperika dan jawapan yang objektif.

3. Jelaskan mengapa falsafah dianggap sebagai 'ibu' pengetahuan aqli.

Jawapan.
Falsafah adalah 'ibu'aqli ialah;
i. Ilmu aqli berlawanan dengan ilmu wahyu yang berasal dari tuhan
ii. Hasil dari penyelidikan ahli-ahli falsafah dari zaman Yunani purba hingga ke hari ini merupakan berbagai bentuk disiplin ilmu seperti sains, sains sosial, psikologi, perundangan, ekonomi dan sebagainya.

4. Mengapakah sesuatu kebenaran sangat penting dalam kehidupan kita setiap hari?
Jawapan.
Kebenaran sangat penting dalam kehidupan disebabkan ia akan memberikan makna kepada kehidupan individu tersebut dan langsung akan menghasilkan kepuasan kepadanya. Juga untuk membezakan di antar manusia dengan bukan manusia.

5. Apakah yang anda ketahui mengenai istilah kebijaksanaan. Kisahkan satu "incident' yang terkandung di dalamnya elemen bijaksana atau anda anggap sebagai bijaksana.
Jawapan.
Kebijaksanaan ialah apabila seseorang itu dapat membezakan sesuatu yang jelak, buruk atau hodoh dari sesuatu yang baik, cantik dan indah dan bert6indak untuk memperolehnya atau menjauhkan dirinya.

6. Apakah yang dikatakan kehidupan yang bahagia? Bagaimanakah caranya untuk mencapai kebahagiaan hidup?
Jawapan:
Kehidupan yang bahagia ialah apabila seseorang itu dapat merasai bentuk kehidupan yang selamat, aman, tanpa kegelisahan dan keraguan. Ada dua pendapat mengenai cara untuk mencapai kebahagiaan.
a. Dengan memiliki pengetahuan yang luas mengenai seluruh aspek kehidupan
b. Dengan menjadikan seorang yang benar-benar bertakwa kepada tuhan.

7. Apakah sebenarnya peranan ahli-ahli falsafah? Mereka semata-mata berfikir di dalam kamar?
Jawapan:
Peranan ahli falsafah ialah:
i. Falsafah mencari jawapan kepada permasalahan manusia yang tidak dapat dicari oleh ilmu sains misalnya perasaan manusia seperti kasih sayang dan lain-lain.
ii. Memberikan penjelasan kepada konsep-konsep yang ada di dalam setiap ilmu pengetahuan.
iii. Mencari kebenaran kepada kepercayaan dan andaian manusia.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan teori pengetahuan atau epistemologi? Falsafah Islam mempunyai pendapat yang berbeza dari falsafah barat mengenai teori pengetahuan. Jelaskan perbezaan-perbezaan tersebut?
Jawapan:-
i. Epistemologi atau teori pengetahuan ialah berkaitan dengan permasalahan yang timbul dari persoalan mengenai asal usul pengetahuan, sifat pengetahuan, limitasi pengetahuan, sama ada pengetahuan hakiki atau tidak.
ii. Islam meletakkan ilmu wahyu sebagai satu-satunya pengetahuan yang berbentuk hakiki dan absolut.

9. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan istilah metafizik dan beri satu contoh permasalahan yang sedang diperbincangkan pada masa kini.
Jawapan:-
Metafizik mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hakikat kewujudan yang melampaui alam kebendaan dan perkaitan dan matlamat manusia di alam semesta ini.

10. Apakah yang anda faham mengenai etika. Permasalahan-permasalahan yang semacam manakah yang sering diperbincangkan di dalam disiplin etika?
Jawapan:-
Etika ialah permasalahan yang berkaitan dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang mencorakkan perlakuan manusia. Ia melibatkan penilaian atau 'judgement' ke atas perlakuan manusia dan menentukan sama ada baik atau buruk, betul atau salah, yang dipuji atau dikeji, yang patut dilakukan atau yang tidak patut dilakukan. Perkara-perkara yang diperbincangkan ialah seperti masalah keadilan, kesaksamaan kebenaran dan seumpamanya.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002