Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

Apakah E-Mail ?

Selamat datang ke dunia E-mail. Electronic Mail (atau ringkasnya e-mail ) adalah sumber Internet terulung untuk aktiviti komunikasi, melaksanakan kerja dan penyebaran maklumat. Setiap hari tidak terkira pesanan yang dihantar dari satu bahagian Internet kepada satu bahagian lain di seluruh dunia.

Sistem mel boleh membawa pelbagai maklumat; sama ada dokumen, bahan penerbitan, atur cara komputer, fail multimedia, grafik, gambar, kod HTML, serta audio dan video dalam bentuk digital dengan melampirkan bersama e-mel. E-mail telah menjadi satu norma baru kepada komunikasi individu, antara rakan dalam pejabat dan antara rakan niaga.

Sejarah Internet yang mengandungi kumpulan sumber maklumat seluruh dunia bermula sekitar tahun 1970-an. Ia diasaskan melalui sekumpulan rangkaian komputer yang dibangunkan pada tahun tersebut. Internet dimulakan dengan satu rangkaian yang dipanggil ARPANET yang dimajukan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, dan seterusnya ia dikembangkan menjadi seperti sekarang.

Keperluan perhubungan melalui e-mel timbul bagi memudahkan penghantaran nota dan hasil pembangunan jaringan ilmu tersebut pada peringkat permulaan. E-mel seterusnya disediakan dalam pelbagai jaringan kawasan setempat (LAN) dan jaringan kawasan luas (WAN) sebagai satu kaedah ahli-ahli kumpulan kerja berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan adanya LAN dan WAN, maka sistem e-mel terus berkembang bagi melaksanakan pertukaran maklumat melalui Internet.

Terdapat berjuta orang yang sedang menggunakan Internet, dan sistem e-mel boleh mengandungi apa sahaja maklumat yang terfikir oleh manusia. Hal ini kerana e-mail merupakan alat komunikasi yang paling murah dan cepat. Dengan E-mail kita dapat berhubung dengan siapa saja yang mempunyai hubungan ke Internet di seluruh dunia. E-mail telah mengugat penggunaan surat biasa, telefon dan fax dimasa kini. Untuk kegunaan komunikasi rutin, e-mel adalah lebih pantas dan mudah jika dibandingkan dengan penggunaan memo.

Daripada banyak kegunaan dan aplikasi internet, ternyata surat elektronik ini paling popular dan mempunyai kebaikan nyata kepada perniagaan sebagai alat perhubungan. Penggunaan E-Mail secara tersusun akan menghasilkan keberkesanan yang tinggi untuk setiap bidang kehidupan.

Konsep E-Mail

Konsep e-mel adalah mudah. E-mail adalah suatu kemudahan penghantaran bahan-bahan seperti fail-fail dokumen, imej, suara, perisian, gambar, grafik dan sebagainya yang boleh dilakukan secara elektronik. Bahan yang dimaksudkan disini adalah dalam bentuk ‘softcopy’ atau format komputer. Anda harus faham bahawa dengan kemudahan e-mail; jarak, lokasi dan masa tidak lagi menjadi masalah. Anggaplah semua pengguna internet lain berada disekeliling anda.

Dengan E-mail, data dikirim secara elektronik sehingga sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat. Kita juga dapat mengirim e-mail lebih dari satu orang sekaligus pada masa yang sama.

Bagaimana E-Mail berfungsi ?

Proses penghantaran dan pengiriman e-mail bolehlah dibandingkan seperti surat-surat biasa menerusi pos. Terdapat tiga langkah sebelum dihantar iaitu :

1.       menulis surat – dilakukan oleh pengirim

2.       mengisih surat – dilakukan oleh pejabat pos

3.       menghantar surat – dilakukan oleh penghantar surat

E-mail berfungsi adalah seperti kita mengirim surat dengan pos biasa, dimana kita mengirimkan ke pejabat pos dengan alamat yang kita tuju. Dari pejabat Pos tersebut surat akan disampaikan ke pejabat Pos yang terdekat dengan alamat yang dituju dan akhirnya sampai ke alamat tersebut. Si penerima hanya membuka peti suratnya saja yang ada di depan rumah. Disini Si pengirim tidak tahu adakah penerima yang dituju tersebut sudah menerima surat tersebut atau tidak, sehinggalah surat itu dibalas. Sebagai contoh seorang pelajar sekolah menengah di Malaysia boleh menghantar e-mail kepada rakannya di Jepun.

Sebenarnya e-mail tersebut telah dikodkan (encoded) kepada teks terlebih dahulu (paket) sebelum dihantar kepada penerimanya, dan menukar (convert) kepada format asal apabila diterima.

Anda mempunyai pesanan yang hendak dihantar menerusi jaringan komputer kepada seorang atau lebih penerima. Bagi kandungan e-mel tersebut dihantar dengan jayanya, kandungan mesti mengandungi maklumat mengenai penghantar dan penerima. Penghantaran e-mel dibahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian ialah perisian yang anda gunakan untuk mengendalikan e-mel dan satu bahagian lagi proses pemindahan e-mel.

Kelebihan E-mail

1.       Menjimatkan masa untuk menghantar sesuatu maklumat sama ada dalam bentuk teks atau grafik serta audio melalui 'attachment' fail.

2.       Mengurangkan kos berbanding surat biasa. E-mail dapat menghantar fail kepada seorang penerima atau lebih penerima sekali gus. Bayangkan kos pos biasa jika anda mahu menghantar 100 pucuk ke seluruh dunia.

3.       Lokasi tepat dan dijamin selamat berbanding pos biasa yang hanya berpandukan alamat dan kekecekapan posmen. Bagaimana pula jika penerima tiada di rumah ?

4.       Dapat mengetahui masa e-mail tersebut dihantar.

Alamat E-Mail

Setiap pengguna perlu ada akaun e-mel. Seperti mana proses menghantar surat melalui proses pos biasa yang perlukan alamat penerima, begitu juga penerima e-mel mesti mempunyai alamat e-mel. Jika anda menghantar pesanan/maklumat melalui Internet, anda akan menggunakan skema pengalamatan e-mel Internet.

Contoh alamat e-mel ialah hashimie@tm.net.my atau rohayu@mimos.my. Alamat ini mempunyai dua bahagian utama. Bahagian pertama, hashimie atau rohayu, adalah nama pengenalan pengguna (ID). Sementara mimos.my atau tm.net.my merupakan nama domain. Keseluruhan alamat e-mel di atas bermaksud hashimie yang berada di nama domain tm.net.my. Setiap orang mempunyai alamat e-mel yang unik, maksudnya tidak ada dua orang di dunia ini mempunyai alamat yang sama.

Sebenarnya sistem domain ini mempunyai tahap-tahap tertentu. Seperti contoh hashimie@tm.net.my, ia mengandungi nama pengenalan pengguna dan dua tahap domain. Skema sistem penamaan domain (DNS) menyediakan pengenalan unik kepada organiasi, sistem komputer, dan individu yang berlainan dalam Internet. Dua tahap domain, tm.net.my, membawa erti pengguna tersebut, iaitu Hashimie, bekerja di organisasi bernama tm.net dan berlokasi pula di Malaysia yang diwakili oleh my.

Pengguna Internet akan memperoleh alamat e-mel apabila mereka mendaftar keahlian Internet. Di Malaysia, pengguna boleh mendaftar sebagai ahli Internet sama ada melalui JARING atau TMnet. Sekiranya pengguna individu mendaftar keahlian Internet melalui JARING, mereka akan diberikan alamat e-mel seperti berikut, IDpengguna@pd.jaring.my. Jika mereka mendaftar melalui TMnet, maka alamat e-mel berbentuk IDpengguna@tm.net.my.

Pengguna Internet juga boleh mempunyai alamat e-mel dengan cara mendaftar melalui laman web yang diberi secara percuma. Laman web terkenal yang memberi alamat e-mel secara percuma kepada pengguna ialah seperti Waumail, Hotmail, Yahoo, Rocketmail, dan Mailexcite. Contoh alamat e-mel ini ialah jerteh127@hotmail.com, di mana ali ialah nama pengenalan pengguna dan hotmail.com adalah nama domain.

Memahami Kandungan E-Mail

Walau apapun jenis sistem e-mail yang digunakan, terdapat kesamaan asas yang boleh digariskan. Secara umumnya, kandungan e-mel adalah mudah, ia mengandungi kepala dan badan, seperti di bawah:

To : mkar18@jaring.my
From : hashimie@jaring.my
Subject :Teks Jalinan Jaring

Secara mudah, kepala e-mel mengandungi semua maklumat penting yang diperlukan bagi perjalanan e-mel kepada penerima atau kembali ke panghantar jika e-mel tidak dapat dihantar kepada penerima atau alamat penerima tidak wujud. Paling kurang pun, kepala mengandungi alamat penghantar dan penerima. Ia turut merangkumi subjek yang menjadi petunjuk kandungan e-mel.

Perhatikan kepala e-mel untuk rangkaian JARING:

Subject : Update 19980830 – Account Maintenance
Date : Mon, 31 Aug 1998 02:32:28 +0800(MYT)
From : Network Operation Center <not-for-mail@jaring.my>
Reply-To : noc@jaring.my

Bahagian pertama kandungan menunjukkan apakah yang terkandung dalam kepala e-mel. Ia menunjukkan subjek, tarikh dan masa kandungan dihantar, siapa yang menghantar e-mel dan kepada siapa ia dihantar. Tetapi harus diingat kepala di atas bukanlah kepala yang lengkap.

Apa yang kelihatan ialah bahagian penting kandungan kepala e-mel, ia mengandungi banyak maklumat yang turut terkandung dalam kepala sebenar. Maklumat dalam kepala e-mel sebenar adalah dalam format yang difahami oleh komputer dalam jaringan dan pelbagai router dalam Internet bagi mengendalikan kandungan e-mel anda.

Rahsia kepala E-Mail

Kepala e-mail adalah bahagian utama struktur e-mel. Ia akan memberitahu anda dari

mana asalnya, bagaimana ia dihantar dan bila. Ia dirujuk sebagai tanda pos. Biasanya melalui internet, kandungan e-mel akan melalui beberapa jalan sebelum sampai ke destinasi sebenar. Dengan itu maklumat tersebut penting bagi mengesan asal-usul e-mel itu.

Perhatikan tiga kepala e-mel di bawah. Ia menunjukkan kepala sebenar dan bagaimana perjalanan e-mel merentasi rangkaian JARING.

1 Received: from relay13.jaring.my (relay13.jaring.my [192.228.128.124]) by ace.cdc.abu.com (8.7.1/8.7.1) with ESMTP id KAA18533 for <jacob@ace.cdc.abu.com>; Fri, 8 May 1998 10:08:01

2 Received: from hole.com (j19.kch18.jaring.my [161.142.54.153]) by relay13.jaring.my (8.8.8/8.8.7) with SMTP id KAA21792 for <jacob@ace.cdc.abu.com>; Fri, 8 May 1998 10:05:21 +0800 (MYT)

3 Received: by hole.com with Netscape Mail id <01BDC773.532A75EO@hole.com>; Fri, 8 May 1998 10.03.23 +800 Message-ID: 01BDC773.532A75EO@hole.com

Kepala pesanan e-mel membolehkan pihak JARING mengesan akaun penghantar (jika diperlukan), walaupun si penghantar telah mencuba untuk memalsukan alamat tersebut. Kepala ini, dihantar oleh penghantar, memaparkan tiga (3) tanda pos. Melalui maklumat ini sahaja pihak MIMOS boleh mengesan alamat sebenar penghantar walaupun cubaan telah dibuat untuk memaparkan alamat penghantar palsu.

1.       Tanda pos pertama ialah melalui JARING. Tanda ini dapat mengenal pasti bahawa pesanan tersebut mengambil jalan menerusi sistem relay13 dalam perjalanan menuju ke kotak mel untuk jacob@ace.cdc.abu.com.

2.       Tanda pos kedua juga turut dihasilkan dari sistem dalaman JARING dan menyatakan bahawa akaun e-mel penghantar, hole.com, adalah palsu. Kepala e-mel menunjukkan nombor IP sebenar, iaitu dalam kurungan, j19.kch18.jaring.my, yang menunjukkan dari mana pesanan dihantar.

3.       Tanda pos ketiga dijana oleh komputer penghantar itu sendiri. Kandungannya tidak boleh dipercayai.

Pemindahan E-Mail

Sama ada anda menggunakan e-mel dalam jaringan setempat atau Internet, proses pemindahan e-mel adalah sama. Setiap pengguna dalam rangkaian atau Internet mempunyai alamat e-mel yang unik. Bagaimana e-mel dihantar ? Semasa kandungan atau pesanan e-mel anda dipindahkan menerusi rangkaian atau Internet, ia dipintas oleh pelbagai komputer yang berbeza. Setiap komputer memeriksa alamat bagi melihat siapakah penerimanya. Jika kandungan e-mel tersebut ditujukan kepada komputer itu, atau komputer dalam rangkaian setempat, maka komputer akan memproses kandungan e-mel. Jika tidak, maka komputer yang memeriksa e-mel tadi akan menghantar kepada komputer lain atau menghalakan kandungan kepada sambungan jaringan yang lain.

Memandangkan berpuluh sistem e-mel yang sedang digunakan sekarang ini, aktiviti pertukaran kelihatannya seolah-olah satu tugas yang agak susah. Tambahan pula, setiap sistem mempunyai kaedah bagaimana mengendalikan kandungan e-mel. Walau bagaimanapun, piawai pertukaran kandungan telah dibangunkan yang membolehkan paling kurang pun pertukaran teks ASCII.

Penggunaan sistem e-mel yang berlainan memerlukan suatu aplikasi penyambung bagi membolehkan penerimaan kandungan e-mel dari sistem yang berlainan tersebut. Aplikasi inilah yang dinamakan pintu masuk aplikasi (application gateway). Terma mudah pintu masuk aplikasi ialah penterjemah. Seperti mana peranan penterjemah berfungsi bagi proses komunikasi di kalangan penutur bahasa asing, begitu juga sistem e-mel menggunakan penterjemah bila pertukaran kandungan berlaku.

Pintu masuk mengetahui bagaimana menterjemahkan kandungan di antara dua sistem yang berbeza. Ia menerima satu kandungan dalam satu format dan menghantar dalam format yang lain.

Pintu masuk sebenarnya menggabungkan perkakasan dan perisian yang menyediakan kaedah mencapai jaringan komputer tertentu. Semasa anda menggunakan e-mel, anda tidak menyedari bahawa pintu masuk aplikasi wujud kerana ia melaksanakan tugas di belakang tabir. Sistem e-mel JARING juga mempunyai pintu masuk bagi menjayakan komunikasi dan pertukaran e-mel antara sistem e-mel yang berlainan.

Asas Sistem E-Mail

Sebagai pengguna Internet, anda boleh menghantar dan menerima maklumat dari sesiapa sahaja dalam rangkaian global tersebut. Apabila anda ingin menghantar fail ‘binary’ yang tidak boleh diwakilkan dengan teks biasa, seperti program komputer atau gambar grafik, terdapat kemudahan lampiran bersama teks pesanan. Dengan lain perkataan, anda boleh menghantar sebarang jenis data kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja.

Salah satu penggunaan e-mel ialah membenarkan dua orang atau lebih yang berjauhan bekerja bersama-sama dalam satu projek. Ia juga menjadi satu medium yang murah untuk seseorang berhubung dengan orang lain di mana sahaja tanpa menggunakan telefon biasa yang mahal dan pelbagai masalah lagi. Yang pastinya menjadi satu perkara biasa bagi dua orang atau lebih saling berhubungan kerana kerja melaksanakan projek yang sama, tetapi mereka tidak pernah berjumpa. Hanya pertukaran e-mel menjadi medan perbualan mereka.

Membincangkan perihal kemudahan e-mel ini, tentu kita terfikir bagaimanakah semua sistem dapat digabungkan bersama-sama. Lagipun, Internet merupakan gabungan beribu-ribu jaringan yang berbeza serta menggunakan komputer dan perisian yang berlainan. Bagaimana semua sistem yang berbeza ini dapat bersama-sama melaksanakan pertukaran mel?

Jawapannya ialah penggunaan sistem piawai penghantaran e-mel yang dipanggil SMTP. SMTP merupakan singkatan kepada Simple Mail Transfer Protocol, yang membentuk sebahagian daripada protokol TCP/IP. Ia menjelaskan format maklumat e-mel dan bagaimana maklumat dikendalikan semasa proses penghantaran berjalan.


Setiap komputer yang bersambungan dengan Internet melarikan atur cara mel bagi mempastikan setiap maklumat dialamatkan dan dihantar kepada destinasi yang betul dan dalam cara yang sepatutnya. Atur cara ini dipanggil agen penghantaran bagi menyediakan sambungan mel anda kepada dunia luar. Sebagai pengguna, anda tidak berinteraksi dengan sistem agen penghantaran secara langsung, tetapi agen ini melaksanakan tugas di belakang tabir menerima dan menghantar mel melalui SMTP. Atur cara mel yang anda gunakan dipanggil agen pengguna. Agen inilah sebenarnya bertindak sebagai antara muka anda dengan sistem e-mel. Ia membenarkan anda membaca, mengarang kandungan, dan membuang e-mel.

Agen pengguna membantu pengguna mengarang, menghantar dan melihat e-mel, sementara agen pemindahan pesanan melancarkan perjalanan mel merentasi jaringan yang pelbagai Konsep di sebalik e-mel sebenarnya mudah. Ia merupakan penghantaran maklumat yang dihantar merentasi jaringan di antara penghantar dan satu atau lebih penerima, seperti dalam gambarajah di bawah.


Penghantaran e-mel melibatkan dua bahagian. Satu daripadanya ialah perisian bagi mengarang pesanan/maklumat e-mel dan satu lagi proses penghantaran e-mel itu sendiri. Perisian e-mel boleh jadi sudah ada dalam satu sistem pengoperasian, seperti Windows 95, ataupun satu perisian khusus yang mesti dipasang ke dalam sistem pengoperasian.

Kemudahan e-mel tidak semestinya ada hanya apabila seseorang pengguna menggunakan Internet. Banyak organisasi menggunakan e-mel dalam jaringan persendirian suatu organisasi yang sudah sedia ada. Namun demikian penggunaan dalam situasi ini ada faktor kekurangan kerana e-mel hanya boleh dimanfaatkan di kalangan pengguna yang disambungkan kepada jaringan itu sahaja. Seseorang pengguna itu hanya boleh menghantar dan menerima maklumat e-mel daripada dan kepada pengguna-pengguna lain yang dihubungkan kepada jaringan tersebut. Orang lain di luar jaringan tidak boleh menggunakan kemudahan ini.

Sama ada anda menggunakan e-mel dalam jaringan kawasan setempat atau melalui Internet, proses pemindahan e-mel tetap sama. Anda hanya pastikan kepada siapa maklumat hendak dihantar dan beri arahan penghantaran bagi menghantar maklumat tersebut melalui jaringan. Unsur utama bagi mempastikan maklumat e-mel dihantar dengan betul ialah alamat penerima mesti tepat.


Perisian E-Mail

Sekarang ini melunsuri World Wide Web adalah satu kemestian kepada pengguna Internet. Jesteru itu, pelayar seperti Netscape Communicator dan Internet Explorer telah menyediakan kemudahan e-mel yang diletakkan bersama-sama dalam sistem mereka. Tahukah kamu bahawa semua perisian ini adalah percuma ?

Kandungan e-mel dikendalikan oleh perisian e-mel. Terdapat banyak jenis perisian e-mel yang boleh digunakan. Contoh lain Mailtool, Pine, Mail, Eudora Pro, Microsoft Exchange

Jenis yang anda gunakan bergantung kepada banyak faktor, yang paling utama ialah jenis sistem pengoperasian yang digunakan. Jika anda mengguna sistem pengoperasian yang mempunyai kebolehan rangkaian dalaman (seperti UNIX), maka perisian e-mel telah tersedia dalam sistem pengoperasian tersebut. Sebaliknya, jika perisian e-mel itu adalah salah satu daripada fungsi yang ditambah kepada sistem pengoperasian, maka e-mel itu merupakan atur cara yang ditambah (seperti Windows 95).

Bagaimana menggunakan E-mail ?

1. Perisian

Terdapat beratus perisian e-mail yang digunakan. Contoh perisian yang di gunakan untuk menggunakan e-mail adalah Netscape Mail dan browser yang di gunakan adalah Netscape Communicator.

Untuk mengguna e-mel, pengguna hanya perlu tahu bagaimana:

1.       mengarang dan menghantar mel baru

2.       memeriksa dan membaca mel

3.       membalas dan menghantar mel

4.       menghantar fail bersama mel.

Sekarang kita memperkenalkan penggunaan sistem mel elektronik Netscape Messenger melalui pendekatan;

·         Mencapai, Menjawab dan Memanjangkan (Foward) Mel

·         Menghantar, Membuat Salinan dan Lampiran (Attachment) Mel

Persediaan

Untuk membolehkan se-sebuah set komputer peribadi (PC) digunakan sebagai pusat mel elektronik peribadi Netscape Messenger, komputer yang digunakan mestilah telah lengkap disediakan dengan perisian Netscape Communicator, dan telah juga menentukan komponen Netscape Messenger (salah satu komponen isian Netscape Communicator) sedia disetkan kepada:

·         alamat e-mail pengguna

·         pelayan POP (POP server) yang digunakan, atau dalam bahasa senang, pejabat pos dimana mel-mel pengguna diterima.

Akaun mel pengguna dengan pelayan POP mestilah masih aktif, dan pengguna adalah bertanggungjawab keatas kata laluan (password) yang telah diwujudkan. Secara am Netscape Communicator hanya membenarkan satu alamat mel elektronik pengguna bagi setiap set komputer peribadi.

2. Memulakan E-mail

Klik 2 kali pada ikon Netscape Communicator yang terdapat pada desktop anda. Gerakkan tetikus pada Standard Toolbar Communicator kemudian ke menu Messenger Mailbox. Atau anda boleh klik pada yang terletak di hujung sebelah kanan pada skrin Communicator anda.

Anda boleh lihat paparan yang keluar iaitu Get Msg, New Msg, Reply, Forward, File, Next, Print, Security, Delete dan Stop.

3. Preferences

Sekiranya anda berkongsi komputer, penukaran maklumat ini penting bagi menjamin bahawa anda seorang sahaja yang boleh mengutip mail anda. Untuk itu klik di menu Edit, submenu Preferences. Letakkan tetikus ke Mail & Groups. Klik sebanyak 2 kali. Kandungan Mail & Groups akan dipaparkan. Klik pada Identity untuk menukar nama dan alamat e-mail anda (contoh: xx bin zz dan isi nama e-mail anda xx@jpk.gov.my.) Kemudian klik pada Mail Server. Tukar pada Mail Server User Name sahaja iaitu (contoh: xx@jpk.gov.my) yang lain jangan diubah.

Pastikan Leave Messages On Server After Retrival di kosongkan. Sebab ia bermaksud simpan satu salinan di server bila anda dapat message baru. Ini akan memenuhkan server dan kemungskinan message anda akan dibaca oleh orang yang tidak berkenaan.

Selesai klik OK.

Satu petua jika pengguna perlu berkongsi set komputer peribadi untuk tujuan perhubungan secara mel elektronik;

·         gunakanlah perisian mel elektronik lain seperti Eudora, Pegasus atau sebagainya, atau

·         gunakan alamat am pejabat atau tempat kerja sebagai alamat perhubungan, seperti fab@utmjb.utm.my, tidak alamat peribadi seperti dino@univ.utm.my.

Akses kepada perisian Netscape Messenger melalui pramuka Netscape Communicator ialah melalui pilihan menu Communicator - Messenger Mailbox. Bar menu untuk pencapaian ini terletak pada bahagian atas paparan Netscape Communicator

4. Menghantar Mail

Untuk menghantar mail, pengguna mesti tahu alamat penerima. Klik pada New Msg kemudian isikan alamat penerima (Mail To) bermaksud kepada yang dituju. CC salinan kepada (carbon copy) dan BCC (blind carbon copy) iaitu untuk salinan kepada sesiapa tanpa pengetahuan TO dan CC jika berkaitan. Masukan tajuk mail pada Subject dan taipkan isi surat anda di dalam ruang kosong yang di sediakan di bawahnya (Body)

Jika ada fail yang hendak dilampirkan bersama dengan mail anda samada fail, memo dan sebagainya, klik pada butang attach dan pilih file. Apabila sudah selesai klik Send.

Untuk memastikan fail tersebut benar-benar dihantar dengan betul, klik t di Inbox kemudian pilih folder Sent. Kesemua fail yang anda hantar akan disimpan dalam folder Sent.

5. Menerima Mail

Untuk mendapat mail baru anda boleh pergi ke submenu Get Messages atau klik pada butang Get Msg . Skrin Password Entry Dialog (Password mail user) akan di paparkan. Taipkan password untuk akaun e-mail yang berkenaan, huruf **** akan ditayangkan.

Semua mail yang di terima akan di masukkan dalam folder Inbox. Klik inbox maka semua mail yang kita terima akan di paparkan dalam tulisan BOLD yang menandakan mail tersebut belum di baca. Untuk melihat status mail-mail, samada telah di baca, di balas atau sebagainya, kita boleh klik pada butang ƒ atau „ sehingga kelihatan Status dan juga saiz mail yang kita terima juga boleh di ketahui.

Untuk melihat mana-mana mail masuk, kita cuma perlu klik dua kali di atas nama pengirim, atau subject atau di mana-mana yang berkait dengan mail yang hendak di buka.

 
Jika ada fail yang di lampirkan bersama, ianya akan di tunjukkan dengan gambar seperti ini dan diakhir mail anda akan kelihatan seperti berikut :-


 

yang menunjukkan dokumen yang di lampirkan itu adalah dalam format MSWord.

Apa yang kita perlu lakukan adalah meletakan tetikus pada tulisan Y2K.doc (gambar jari akan terpapar) dan klik 2 kali pada petak tersebut. Pilih Open untuk membaca atau terus simpan (save), samada di drive C atau drive A, jika anda rasa perlu untuk di simpan. Anda juga boleh terus print message yang dikehendaki.

6. Membalas Mail

Terdapat dua kaedah dalam cara membalas e-mail samada pada menu Message ke submenu Reply atau tekan butang seperti di sebelah.


Pilihan diberi sama ada untuk membalas kepada penghantar sahaja Reply To Sender atau Reply To Sender and All Receipients (balas kepada semua yang terlibat dalam mail yang di hantar oleh pengirim berkenaan). Kemudian Send. E-mail yang telah dibalas akan dipaparkan (status - replied) untuk memberitahu yang anda sudah membalas e-mail tersebut.

Memanjangkan (Foward) Mel


            Mel-mel elektronik yang diterima oleh pelayan POP mesti dicapai sendiri oleh pengguna. Setengah-setengah pelayan POP juga mempunyai syarat-syarat penggunaan tertentu di mana mel yang tidak dicapai dalam tempoh yang ditetapkan akan dimansuhkan daripada simpanan.

Klik pada ikon grafik Get Msg, masukkan kata laluan pengguna pada baris teks kotak "Password Entry Dialog," dan klik pada butang OK. Tindakan ini akan menyaring kandungan mel di pelayan POP, dan jika terdapat, mel akan diturunkan kepada komputer pengguna. Mel yang diterima oleh komputer pengguna akan disenaraikan di dalam kotak maklumat Inbox. Mel-mel baru yang belum dibaca akan disenaraikan dalam huruf tebal.

Klik pada mana-mana mel yang tersenarai dan kandungan mel akan dipaparkan untuk dibaca. Ulangkan proses bagi setiap mel yang tersenarai.

Mel yang mempunyai lampiran akan mempamerkan ikon grafik klip kertas (paper clip icon) pada sebelah kanan paparan nama penerima. Klik pada ikon ini untuk mencapai dan membaca kandungan lampiran. Pastikan bahawa komputer pengguna mempunyai perisian yang sesuai untuk tujuan ini, sebagai contoh perisian MsWord diperlukan untuk membaca lampiran fail yang dihantar dalam format MsWord, seterusnya juga untuk format-format yang berlainan. Jika komputer pengguna tidak mempunyai kemudahan yang diperlukan, rakamkan dahulu fail lampiran ini ke dalam cakera liut dan gunakan mana-mana komputer lain yang mempunyai perisian yang dimaksudkan untuk membaca atau memperlihatkan kandungan lampiran tadi.

Gunakan menu File - Print untuk mencetak mana-mana mel yang diperlukan dalam cetakan kertas.

Untuk memanjangkan (foward) mel kepada penerima lain, klik pada ikon grafik Foward, dan kotak dialog "Composition" akan dipaparkan. Kotak teks Subject: akan sedia dimasukkan dengan tajuk [Fwd: tajuk asal mel ]. Taipkan alamat e-mail penerima ke dalam kotak teks To:, taipkan teks kandungan mel jika ada, dan klik pada ikon grafik Send untuk memanjangkan mel yang diterima kepada penerima baharu.

Untuk menjawab, klik pada ikon grafik Reply, pilih opsyen "Reply to Sender" (kepada penghantar sahaja) atau "Reply to Sender and All Receipients" (kepada penghantar dan semua penerima salinan), dan kotak dialog "Composition" akan dipaparkan. Kotak dialog ini akan mempamerkan juga mel asal yang diterima pada bahagian bawah paparan.

Taipkan teks jawapan, biasanya pada bahagian atas teks penghantar (atau pada mana-mana bahagian), dan klik pada ikon grafik Send untuk membalas mel yang diterima. Selesai.

Salinan dan Lampiran Mel

Untuk mewujud dan menghantar mel kepada penerima baru, klik pada ikon grafik New Msg, masukkan alamat penerima ke dalam kotak teks To:, cadangkan tajuk mel dalam kotak teks Subject:, dan taipkan kandungan mel di ruang yang disediakan.

Santun Internet <http://www.fau.edu/rinaldi/net/index.htm>: Teks yang digubah semuanya dalam huruf kecil diterima, yang digubah semuanya di dalam huruf besar dianggap menjerit-jeritkan kandungan, yang digubah dalam huruf tebal (bold) sebagai mencabar, kedua-dua keadaan ini dianggap tidak sopan dalam etika Internet. Gunakan tanda asterik (*) pada awal dan akhir perkataan untuk penekanan maksud (emphasis). Gabungan huruf besar dan kecil untuk nama dan sebagainya diterima.

(Santun Internet boleh juga di hayati melalui pilihan menu Help - Net Etiquette)

Kilk pada ikon grafik Send untuk menghantar mel.

Untuk menghantar salinan mel (c.c.) kepada penerima lain, klik pada butang To: untuk mencapai senarai turun (drop down list) jenis penerima, pilih butang c.c.: dan masukkan nama penerima sebelum mel dihantar.

Mel juga boleh disekalikan dengan lampiran dalam bentuk fail-fail teks, grafik, persembahan visual dan sebagainya.

Untuk menyertakan lampiran dengan mel yang dihantar, klik pada ikon grafik lampiran, terletak dibawah ikon alamat, masukkan nama fail di dalam kotak teks yang disediakan, atau gunakan butang Browse untuk berhijrah kepada folder atau subfolder tertentu cakera untuk mencapai nama fail yang dimaksudkan. Fail-fail yang berada pada cakera liut A: boleh juga dilampirkan. Semasa mel dihantar, fail dan kandungannya akan disalin dan dihantarsimpan ke dalam pelayan POP penerima.

7. Menyimpan Draf

E-mail yang hendak di hantar tetapi perlu ditangguhkan penghantarannya untuk sementara waktu disebabkan ada dokumen yang belum siap atau tertinggal boleh di simpan/save buat sementara waktu di dalam Menu File submenu Send Later

Jika hendak menyambung semula dokumen, klik t pada Inbox dan pergi ke Unsent Messages. Klik 2 kali pada fail yang dikehendaki dan bolehlah disambung semula. Setelah semuanya selesai anda boleh send mail itu.

Buku alamat

Salah satu kemudahan yang dibekalkan dalam perisian Netscape Communicator, juga lain-lain browser, ialah kebolehan merakam simpan butir-butir peribadi kawan, rakan dan kenalan bukan sahaja dari segi alamat e-mail tetapi juga butir-butir peribadi mereka. Apabila menggunakan kemudahan e-mail nama-nama ini boleh seterusnya disenaraikan mengikut kumpulan (group) untuk mewujudkan apa yang dipanggil sebagai senarai kumpulan mel (group mailing list). Hantaran mel mengikut secara kumpulan adalah lebih tepat (tidak dianggap sebagai salinan atau c.c.), senang dan cepat jika dibandingkan dengan keperluan mengulang mel yang sama kepada individu-individu seperti Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Akademik, atau Kumpulan Kerja. Nama-nama individu juga boleh wujud di dalam beberapa kumpulan mel yang berlainan.


Alamat e-mail dan Butir Peribadi

Alamat-alamat penghantar e-mail yang diterima oleh pengguna boleh terus dimasukkan ke dalam buku alamat dengan menggunakan kemudahan menu Message - Add to Address Book. Opsen pemilihan ialah merakamkan hanya butir-butir penghantar (Sender) atau semua penerima dan penghantar mel (All). Pramuka interaksi adalah seperti ilustrasi di bawah.

Melalui tindakan di atas sistem akan mewujudkan satu atau beberapa kad nama (name card) untuk setiap alamat e-mail yang berkaitan. Paparan seterusnya, ilustrasi di bawah, ialah kad yang dimaksudkan, yang perlu dilengkapkan dengan butir-butir lain, jika perlu.


 

Bagi penghantar e-mail yang tidak merakamkan nama sebenar, kedua-dua kotak teks First Name: dan E-mail Address: akan dimuatkan dengan alamat e-mail peghantar. Perkara ini perlu diperbaiki, masukkan nama sebenar individu ke dalam kotaks teks nama, atau kosongkan sahaja kotak ini.

Klik butang OK untuk merakamsimpan butiran yang selesai dikemaskinikan. Paparan Contact (tab kedua) membolehkan maklumat lain seperti alamat, nombor telefon dan sebagainya dimasukkan.

Bagi data-data sedia ada, seperti alamat e-mail dan butir peribadi kakitangan dalam jabatan atau unit kerja, kad-kad alamat ini boleh diwujudkan secara terus melalui pilihan menu Communicator - Address Book. Capaian ini akan mempamerkan kandungan buku alamat seperti ilustrasi di bawah: ]

Klik pada ikon grafik New Card untuk mewujudkan kad peribadi bagi setiap individu. Bentuk kad dan keperluan kemasukan adalah sama seperti yang dibuat sebelum ini

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002