Make your own free website on Tripod.com
Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 

Bacalah Tulisan  Ini Terlebih Dahulu  !

Jangan terpedaya oleh topeng saya. Dengarlah apa yang tidak saya katakan !

Jangan terpedaya dengan saya . Jangan terpedaya oleh topeng yang saya pakai. Saya memakai seribu topeng , topeng yang saya takut untuk menanggalkannya, yang tidak satu pun mencerminkan diri saya yang sebenar. Kepura-puraan adalah satu seni yang sudah sebati dengan diri saya , tetapi jangan terpedaya.

Saya memberikan andaian bahawa kedudukan saya dalam keadaan selamat, semua yang bersama saya bercahaya dan tenteram , sebagaimana di dalam begitulah di luar ; rahsia adalah nama saya dan ketenangan adalah permainan saya ; semuanya berlaku dengan tenang dan saya merasa serba cukup dan tidak perlukan bantuan sesiapa. Tetapi jangan percayakan itu semua ; tolong jangan.

Sifat zahir saya kelihatan halus , tetapi itu adalah topeng saya , topeng yang selalu berubah dan sentiasa menutupi wajah saya yang sebenar. Yang berselindung disebalik topeng itu ialah ketidakpuasan hati, ketidaktenteraman dan kegelisahan . Yang berselindung disebalik topeng itu ialah diri saya yang sebenar yang dalam kekeliruan,  ketakutan dan kesunyian. Tetapi saya sembunyikan diri saya ; saya tidak mahu sesiapa pun mengetahuinya . saya panik memikirkan kelemahan saya akan terbongkkar. Sebab itulah saya gila-gila mencipta topeng untuk berselindung , satu pengzahiran yang sofistikated untuk membantu saya berpura-pura dan berselindung dari pandangan mereka yang dapat mengenal saya. Tetapi pandangan seperti itu adalah penyelamat saya. Itulah satu-satunya yang dapat membebaskan saya daripada diri saya yang telah terpenjara oleh dinding penjara buatan sendiri, dari halangan yang bersusuh payah saya binanya. Tetapi saya tidak menyatakan perkara ini kepada kamu. Saya tidak gemar. Saya takut.

Saya takut pada pandangan mata kamu yang tidak diikuti dengan kasih sayang  dan penerimaan. Saya takut kamu memperkecilkan saya, kamu akan mentertawakan saya, dan ketawa kamu boleh membunuh saya. Saya tidak takut bahawa jauh di dalam diri saya , saya tidak ada apa-apa, saya tidak berguna, dan kamu akan melihatnya dan menolak saya . Oleh itu saya bergelumbang dengan permainan kesukaan saya, kepuraan-puraan dan berputus asa, dengan kepalsuaan, diluar dan seseorang kanak-kanak kesejukkan di dalamnya.

Saya sangat ingin menjadi manusia tulen, bersahaja, dan diri saya sendiri, kamu harus menolong saya. Bantulah saya dengan menghulurkan kedua-dua belah tangan kamu, walaupun itulah yang terakhir yang saya perlukan. Setiap kali kamu bersikap baik, lembut, dan memberikan dorongan , setiap kali kamu cuba memahami saya kerana kamu benar-benar mengambil berat akan diri saya. Hati saya mula menumbuhkan saya ( hati saya kembang ) . Sayap yang sangat kecil . Sayap yang sangat lemah. Tetapi sayap itu tetap sayap. Dengan kepekaan dan simpati kamu dan keupayaan kamu untuk memahami saya, saya boleh melakukkannya, saya boleh memperbaiki diri. Kamu boleh menghidupkan kembali jiwa saya yang telah lama berkubur. Memang tidak mudah bagi kamu melakukannya.

Keyakinan dan kepercayaan pada sesuatu yang tidak bererti, berupaya membina dinding yang  teguh. Tetapi kasih sayang lebih teguh daripada dinding, dan disitulah letaknya harapan saya . Tolonglah jangan robohkan dinding itu dengan tangan yang kukuh, tetapi dengan tangan yang lembut kerana di dalamnya ada seorang kanak-kanak yang sangat sensitif, dan saya ADALAH seorang kanak-kanak.

Siapa saya, kamu mungkin hairan ? Saya adalah orang yang kamu betul-betul kenal. Saya adalah setiap lelaki, setiap wanita, setiap kanak-kanak….. Setiap manusia yang kamu temui.

Tanda tangan …….. Yang tidak bernama.

motivasi 28.9.96

 

 

 

semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002