Make your own free website on Tripod.com
Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

 
PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

PERATURAN AM

1. Pelajar boleh mengunakan kemudahan dan peralatan makmal komputer untuk tujuan

1.1 menyiapkan tugasan / projek

1.2 mengikuti pelajaran berbantukan komputer

1.3 menguruskan hal berkaitan dengan persatuan, kelab dan organisasi anjuran sekolah.

1.4 Melayari Internet untuk memperolehi bahan berkaitan pembelajaran.

1.5 Tidak dibenarkan menggunakan komputer makmal untuk menonton sebarang VCD atau mendengar sebarang lagu dari sebarang CD

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

1. Pelajar tidak boleh menggunakan makmal tanpa kehadiran guru.

2. Beg dan kasut hendaklah disusun dengan kemas di luar makmal.

3. Jangan membawa makanan dan minuman ke dalam makmal.

4. Tandatangani buku Log Penggunaan Komputer sebelum menggunakannya. Catatkan sebarang kerumitan sekiranya ada pada ruang yang disediakan.

5. Gunakan komputer yang dibenarkan sahaja.

6. Tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan “setting” pada komputer dan perkakasan komputer yang disediakan.

7. Dilarang memasang atau menambah atau membuang perisian ke dalam komputer yang disediakan.

8. Jangan cuba membaiki sendiri komputer anda sekiranya tidak berfungsi atau menanggalkan mana-mana kabel sambungan pada sistem tanpa kebenaran guru.

9. Jangan Bising. Sila jaga ketenteraman di dalam makmal. Alat Pembesar suara hanya boleh dipasang sekiranya bahan pengajaran adalah berkaitan dengan audio.

10. “Scan” disket anda dengan perisian mengesan virus sebelum menggunakannya.

11. Berhenti melakukan sebarang tugasan 5 minit sebelum tamat waktu pengajaran

12. “Simpan” semua tugasan pelajar dalam C:/my document, folder dan disket anda.

13. Padamkan semua komputer mengikut prosedur yang betul dan tutup semua suis yang berkaitan.

14. Pastikan kerusi disusun dengan kemas sebelum anda meninggalkan makmal. Semua kerusi plastik hendaklah disusun secara bertingkat.

15. Bersihkan tempat kerja anda dan keseluruhan makmal.

16. Sekiranya anda pengguna terakhir, pastikan segala suis, lampu, kipas, alat penghawa dingin dipadamkan.

SEKIAN TERIMA KASIH

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002