Banner di atas tiada kena mengena dengan saya. Ia adalah dari syarikat yang memberi ruang web ini.
Lepak sungguh kat sini

  Tajuk 3; Falsafah Akhlak Islam

Soalan;

1. Nyatakan takrif akhlak mengikut Ibnu Maskawih dan Al-Ghazali.
Jawapan:
Takrif akhlak mengikut:
i. Ibnu Maskawih - Akhlak adalah keadaan jiwa yang mendorong untuk melakukan perbuatan tanpa melalui pertimbangan fikiran.
ii. Al-Ghazali - Akhlak adalah gejala kejiwaan yang telah meresap dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan yang mudah tanpa menggunakan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

2. bagaimanakah anda dapat mengenali akhlak murni?
Jawapan:
Akhlak murni dapat dikenali dari peribadi rasulullah s.a.w kerana beliau adalah model peribadi mulia yang harus dijadikan contoh dan teladan dalam hidup di dunia.

3. Nyatakan beberapa ayat al Quran yang mencegah perbuatan syirik. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan tauhid uluhiyah dan syirik tab'id.
Jawapan:
i. Surah an-Nisa, 4:116; Surah Luqman 31:13; Surah al-maidah 5:73
ii. Tauhid uluhiyah - Allah memiliki sifat ketuhanan dan kekuasaan ke atas segala makhluk-Nya dan Allah tempat mengabdi dan tumpuan segala ibadah.
iii. Syirik tab'id - Syirik yang mengaku bahawa tuhan terdiri dari Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

4. Apakah yang dimaksudkan syukur kepada Allah? Mengapa manusia disuruh supaya sentiasa bersyukur?
Jawapan:
i. Menggunakan nikmat dan kurniaan Allah sesuai dengan kehendak dan suruhan Allah.
ii. Manusia disuruh supaya sentiasa bersyukur agar manusia jangan suka menyombong dan membangga diri kerana nikmat adalah sesuatu yang diterima daripada Allah.

5. a) Apakah yang dimaksudkan berselawat kepada nabi?
b) Nyatakan ayat al-Quran yang menyuruh manusia supaya sentiasa berselawat kepada nabi.
Jawapan:
a. Berselawat kepada nabi bermaksud doa supaya diturunkan rahmat ke atas nabi dan memohon keberkatan ke atasnya.
b. Surah al-Ahzaab 33:56

6. Apakah yang dimaksudkan dengan orang yang berakhlak menurut perspektif Islam?
Jawapan:-
Orang yang berakhlak menurut perspektif Islam adalah orang yang meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk ibadah.

7. Jelaskan hubungan antara ibadah dengan akhlak
Jawapan:
Ibadah yang ikhlas dapat membentuk akhlak yang mulia.

 
semua maklumat di sini adalah hakmilik semua, sila perbanyakkan lagi
©SIMEE CYBER - http://simee.bravepages.com/ - 2002