INFO SAINS

 

Kebanyakkan ular bertelur. Tetapi ular kapak ( didapati di Snake Temple, Pulau Pinang) melahirkan anak.

Platipus adalah mamalia yang bertelur

Haiwan yang terbesar ialah ikan paus biru.  Ia boleh membesar sepanjang 30.5 meter dan berjisim 125 000 kg.

Haiwan yang mempunyai 6 kaki dikelaskan sebagai serangga.

Kini, sesetengah haiwan dan tumbuhan di dalam hutan hampir pupus disebabkan oleh penerbangan hutan secara berleluasa.  Ini  termasuklah panda, orang utan, rotan, dan beberapa jenis pokok kayu keras.
Panda yang hanya dijumpai di negara China kini hanya tinggal kurang daripada 1000 ekor.

Pokok kaktus yang biasanya ditemui di kawasan gurun adalah tumbuhan berbunga. Oleh itu tumbuhan ini membiak melalui biji benih.

Katak dewasa bernafas melalui dua cara iaitu kulit lembap dan paru-paru. Katak bernafas melalui paru-paru apabila berada di darat dan bernafas melalui kulitnya yang lembap apabila berada di dalam air. Berudu katak yang tinggal di dalam air bernafas melalui insang.
 
 
 


SETERUSNYA