Tujuan  Pengelasan



  1.  Benda hidup didapati dalam pelbagai jenis. 

  2.  Kita perlu membahagikan benda hidup itu kepada kumpulan 
       supaya setiap kumpulan benda hidup mempunyai sifat yang 
       sama. 

  3.  Cara menyusunbenda hidup dalam kumpulan yang mempunyai 
       persamaan sifat disebut pengelasan.

  4.  Pengelasan benda hidup membantu kita : 
       *  Mengenal pasti benda hidup dengan lebih mudah. 
       *  Mengkaji benda hidup dalam cara yang teratur dan baik. 

  5.  Contoh :  Haiwan dapat dikelaskan berdasarkan : 
       *  Sifat fizikalnya 
           (seperti berbulu, bersisik, berkaki, berkepak, 
            bercangkerang) 
       *  Ciri tabiatnya 
           (seperti bertelur, beranak, hidup di darat, hidup di air, 
             tabiat makan)